You are on page 1of 4

”Dalam struktur Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK), fasilitator merupakan

komponen yang terdiri daripada ketua-ketua bahagian atau pekerja-pekerja yang dipilih
oleh pihak pengurusan. Huraikan peranan fasilitator dalam KMK dengan memberikan
contoh-contoh yang relevan.”

Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan
dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan,
bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan
banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator,
provokator dan pelbagai peranan lagi. Ini menjadikan seorang fasilitator itu, perlu
mempunyai ilmu pengetahuan yang amat luas dalam pelbagai bidang khususnya
kemahiran hidup.

PERANAN FASILITATOR DALAM KMK

 Sokongan semua peringkat


 Melatih ketua

 Suasana terbuka dan menyokong

 Pakar kepada kumpulan

 Pendengaran Penghubung aktif

 Ahli J/K Pemandu

 Mengesan kemajuan kumpulan

 Menilai dan melapor hasil/kos

Dalam struktur Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK), fasilitator adalah terdiri dari
ketua-ketua Bahagian atau pekerja-pekerja yang dipilih oleh pihak pengurusan. Fasilitator ini
adalah bertanggungjawab untuk satu KMK atau lebih. Fasilitator KMK memainkan peranan
yang penting di dalam menyelaras kumpulan, menyuntik motivasi dan menyediakan kemudahan
untuk kumpulan melaksanakan projek mereka. Fasilitator juga berperanan sebagai orang
perantaraan antara pihak pengurusan dengan kumpulan dalam menyelesaikan masalah berkaitan
KMK.

Antara peranan fasilitator adalah seperti berikut:

Fasilitator berperanan untuk berhubung dengan semua peringkat pengurusan dan mendapat
sokongan dan bantuan mereka. Fasilitator bertindak sebagai orang tengah, penghubung ataupun
1
perantaraan antara pihak atasan iaitu pihak pengurusan atau pentadbir dengan kakitangan di
dalam agensi masing-masing. Peranan fasilitator sebagai orang tengah amat penting agar segala
masalah-masalah yang timbul dalam sesuatu agensi di peringkat akar umbi dapat disampaikan
kepada pihak pengurusan dengan berkesan. Penglibatan pihak pengurusan atasan merupakan
salah satu faktor yang amat penting dalam menentukan kejayaan KMK. Ini kerana, pihak
pengurusan atasan merupakan jawatankuasa yang penting dalam merangka dasar-dasar
perlaksanaan KMK dan juga bertanggungjawab dalam memberi pertimbangan serta keputusan
kepada cadangan-cadangan permasalahan yang dikemukan KMK. Dalam hal ini, fasilitator
bertindak sebagai pemberi nasihat kepada ahli-ahli KMK tentang cara-cara penyampaian yang
berkesan, meyakinkan dan teratur agar segala permasalahan dapat disampaikan kepada pihak
pengurusan dengan lebih berkesan. Dengan ini sokongan serta bantuan dapat dihulurkan agar
permasalahan yang timbul dapat difahami dan diselesaikan dengan berhemah.

Untuk menjamin kejayaan program KMK, kemahiran serta teknik yang betul perlu diamalkan
dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang timbul dalam sesebuah agensi. Oleh itu ketua-
ketua kumpulan dalam program KMK perlulah diberi latihan terlebih dahulu bagi menjamin
kelancaran program KMK ini. Fasilitator berperanan penting dalam membekalkan latihan kepada
ketua-ketua Kumpulan dan membantu melatih ahli-ahli Kumpulan apabila diperlukan. Antara
contoh latihan-latihan yang boleh diberikan merangkumi aspek kemahiran komunikasi berkesan,
teknik penyampaian dan pemudahcaraan yang berkesan, cara mengendalikan kerja kumpulan,
memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan dan sebagainya. Latihan sebegini
memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberkesanan program KMK agar ahli-ahli
KMK dapat mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul dalam agensi dan sekaligus
meningkatkan produktiviti dan kepuasan bekerja. Latihan ini juga amat penting agar mesej atau
masalah yang hendak disampaikan oleh ahli KMK kepada pihak pengurusan dapat disampaikan
dengan berkesan.

Selain itu, fasilitator memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan suasana yang terbuka
dan menyokong (supportive) bagi menjamin ketelusan program KMK. Memandangkan falsafah
KMK adalah berdasarkan kepada pengurusan secara kemanusian maka suasana sebegini amat
penting diwujudkan agar segala permasalahan yang timbul dalam sesebuah agensi dapat
ditangani bersama secara berhemah oleh pihak pengurusan dan kakitangan. Peranan fasilitator
sebagai orang tengah amat penting bagi menjamin keharmonian hubungan kedua-dua belah
pihak dan sekaligus dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti organisasi. Pelbagai masalah
yang timbul ditempat kerja dapat diatasi seandainya kedua-dua belah pihak dapat duduk semeja
dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian kepada setiap permasalahan yang timbul. Di
sini seorang fasilitator perlulah bijak untuk mengawal keadaan agar perbincangan antara kedua-
dua belah pihak dapat berjalan lancar. Kemahiran komunikasi amat penting bagi perbincangan
membuahkan hasil yang produktif.

2
Seterusnya, fasilitator juga berperanan dalam memastikan bahawa Kumpulan akan menumpukan
aktiviti-aktiviti mereka terhadap masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka. Pada
peringkat awal ahli KMK perlulah mengenalpasti masalah-masalah berkaitan dengan kerja
seharian. Antara masalah-masalah yang dimaksudkan ialah sistem fail, perkhidmatan kaunter,
proses aliran kerja dan sebagainya. Setelah mengenalpasti masalah-masalah yang timbul ahli
KMK perlulah memilih hanya satu masalah sahaja yang perlu diselesaikan terlebih dahulu
ataupun masalah yang paling kritikal. Fasilitator berperanan dalam memberi tunjuk ajar
mahupun panduan dalam proses pemilihan masalah ini. Selain itu, fasilitator juga memainkan
peranan yang besar dalam aktiviti-aktiviti di peringkat perlaksanaan iaitu proses menganalisis
masalah, cadangan penyelesaian masalah sehinggalah kepada proses perlaksanaan projek oleh
ahli-ahli KMK. Dalam hal ini fasilitator perlulah menerangkan prosedur-prosedur yang betul dan
berkesan bagi mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul.

Oleh kerana terdapat pelbagai halangan dalam komunikasi antara pihak pengurusan dan
kakitangan maka penglibatan fasilitator sebagai orang tengah dalam penyelesaian masalah di
tempat kerja amatlah penting sekali. Ini kerana dalam kebanyakkan organisasi, komunikasi
antara pihak pengurusan dan kakitangan adalah terbatas. Perkara ini timbul kerana terdapat
pelbagai halangan komunikasi seperti perbezaan struktur dalam jabatan, maklumat yang hendak
diampaikan tidak mencukupi atau terpesong, budaya kerja yang berbeza, persekitaran yang
komunikasi yang tidak sesuai, latarbelakang yang berbeza dan sebagainya. Di sinilah peranan
fasilitator amat diperlukan kerana fasilitator boleh bertindak sebagai pemudah cara dalam
penyelesaian masalah yang timbul dengan memandu ahli KMK melalui proses penyelesaian
masalah yang rasional iaitu melibatkan semua bahagian organisasi dalam perancangan dan
proses merancang program. Mereka berkerjasama dengan ahli KMK untuk mengenali masalah
dan penyelesaian masalah.

Memandangkan fasilitator bertindak sebagai orang tengah dalam mencari jalan penyelesaian
kepada permasalahan ditempat kerja maka peranan fasilitator sebagai pakar rujuk kepada
Kumpulan tidak dapat disangkal lagi. Ini kerana seorang fasilitator merupakan orang yang tahu
selok belok tentang pengurusan sesebuah agensi dan mempunyai ilmu tentang kemahiran dan
teknik dalam penyelesaian masalah. Fasilitator membantu ahli KMK melihat masalah dengan
jelas dan mencadangkan penyelesaian yang mudah yang dapat dilakukan. Dengan adanya
fasilitator sebagai pakar rujuk, ahli-ahli KMK dapat berfikiran secara analitis dan kritikal melalui
kaedah-kaedah yang sesuai seperti percambahan fikiran (brainstorming), analisis sebab-akibat
(cause and effect analysis) dan pelbagai kaedah lagi yang difikirkan sesuai untuk menyelesaikan
masalah yang timbul.

Fasilitator juga bertindak untuk mengesan kemajuan Kumpulan di bawah kawalannya. Kemajuan
yang dicapai oleh sebuah kumpulan KMK dapat diukur dengan mengenalpasti segala aktiviti
yang telah dirangka berbanding dengan apa yang telah dilaksanakan di akhir program. Kemajuan
juga dapat diukur dengan membandingkan pencapaian sebenar berbanding dengan apa yang
dirancang bagi setiap aktiviti-aktiviti yang terlibat di peringkat perlaksanaan.
3
Akhir sekali, setelah program KMK dilaksanakan, fasilitator perlulah menilai hasil program serta
kos dan melaporkan kepada pengurusan. Keberkesanan sesebuah program KMK dapat diukur
apabila ia dapat mencapai ojektif atau matlamat yang disasarkan. Selain itu fasilitator juga perlu
mengambilkira kos-kos yang terlibat dalam perlaksanaan sesebuah program KMK. Kos-kos
yanag dimaksudkan merangkumi kos penyedian alat tulis, projector overhed, tranparensi, bilik
perbincangan, penginapan, pengangkutan dan sebagainya. Fasilitator juga perlu membuat
laporan mengenai hasil program yang dijalankan agar pihak pengurusan dapat merancang,
melaksana, meyelaras dan mengambil tindakan terhadap cadangan-cadangan penyelesaian
masalah yang dikemukakan oleh KMK.

Kesimpulannya, peranan fasilitator dalam struktur Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK)
amatlah penting untuk menjamin pembentukan sebuah KMK yang berkesan, seluruh anggota
organisasi harus memberi komitmen sepenuhnya serta mampu melaksanakan tanggungjawab
yang diberi kepada mereka dengan sempurna. Jika konsep KMK dapat dikekalkan dalam
sesebuah organisasi, maka kualiti organisasi tersebut akan lebih terjamin. 

You might also like