You are on page 1of 3

Kepentingan Jiran

Di dunia ini kita tidak akan dapat hidup sempurna dengan bersendirian. Kita perlu hidup bermasyarakat. Peranan
jiran adalah amat penting dalam hidup bermasyarakat. Banyak perkara dapat dilakukan dengan adanya jiran dan
masyarakat yang baik.

Sebagai contoh, kita boleh meminta bantuan jiran untuk memerhatikan rumah kita sekiranya kita tiada di rumah.
Rumah yang ditinggalkan kosong terdedah kepada kecurian. Hal ini kerap berlaku terutamanya ketika menyambut
hari-hari perayaan atau cuti panjang. Dengan adanya jiran bolehlah melaporkan kepada pihak polis sekiranya ada
sesuatu yang mencurigakan di rumah kita.

Jiran juga amat penting sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Jiranlah orang pertama yang akan membantu kita
sekiranya berlaku kebakaran, sakit dan sebagainya. Sekiranya sakit, kita boleh meminta bantuan jiran untuk
menghantar kita ke hospital. Selain itu anak-anak kecil juga boleh ditinggalkan di rumah jiran buat sementara waktu
ketika berlaku kecemasan.

Masyarakat kita terkenal dengan semangat bergotong-royong. Kerja-kerja yang berat akan menjadi lebih ringan dan
mudah dengan adanya bantuan daripada jiran. Sebagai contoh ketika mengadakan majlis kenduri perkahwinan.
Semua jiran yang berhampiran akan datang membantu mendirikan khemah, menyediakan makanan, melayan tetamu
dan sebagainya. Bak kata pepatah ’berat sama dipikul ringan sama dijinjing’.

Selain daripada itu, kita juga boleh meluahkan masalah yang dihadapi kepada jiran. Hal ini dapat meringankan
masalah yang dihadapi. Kita juga boleh berbual-bual dan berbincang bersama-sama jiran kita. Ini boleh
mengeratkan lagi tali persaudaran dan perpaduan.

Daripada contoh-contoh di atas jelaslah bahawa semangat kejiranan adalah amat penting dalam kehidupan kita
seharian. Jadilah jiran yang baik dan bertanggungjawab.

Panduan mudah menjawab bahagian A


Panduan mudah menjawab bahagian A, Penulisan Bahasa Melayu UPSR(Membina Ayat).

1. Kenal pasti orang yang terdapat di dalam gambar (Siapa)


Contoh : Seorang perempuan,Seorang lelaki,Sekumpulan pelajar, Dua orang wanita,Dua orang anggota
polis,Seorang doktor......

2. Kenal pasti kata kerja atau perkara yang dilakukan (apa)


Contoh :berdiri,makan,berbual,duduk,bersiar-siar,merawat,berbaris,memotong,membasuh......

3. Kenal pasti lokasi (di mana)


Contoh: di kebun, di taman, di ruang tamu, di halaman, di atas bangku, di kantin, di hospital.....

4. Gunakan kata sifat jika sesuai.


Contoh : besar,cantik,tinggi,rimbun,rendang,redup,bersih,putih.....

5. Gunakan kata hubung yang sesuai.


Contoh: dan,sambil,lalu,kerana,supaya,untuk.....

Contoh membina ayat mudah:

1. Seorang murid lelaki sedang berbaris untuk membeli makanan di kantin.


2. Seorang lelaki sedang bersiar-siar di taman bunga.
3. Sekumpulan pelajar sedang duduk di bawah sepohon kayu yang rendang.

* Mungkin sesuai kepada sebahagian murid (lemah/sederhana).

Teknik Menjawab Bahasa Melayu Penulisan UPSR - Bahagian C

Contoh Jawapan Bahagian A Penulisan UPSR - Set 2

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

1. Gambar di atas menunjukkan situasi para penjual dan para pembeli di sebuah pasar minggu.

2. Seorang lelaki sedang berurusan dengan penjual sate, dia hendak membeli sate ayam.

3. Seorang ibu dan dua orang anaknya hendak membeli minuman sejuk daripada sebuah gerai.

4. Seorang wanita ingin membeli sehelai baju, dia sedang tawar-menawar harga baju tersebut.
5. Orang ramai lebih gemar membeli-belah di pasar minggu kerana harganya lebih
berpatutan.

Contoh Jawapan Bahagian A Penulisan UPSR - Set 1


Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

1.Beberapa orang murid sedang berbaris untuk membeli makanan dan minuman di kantin.

2. Seorang pekerja kantin sedang melayan murid-murid yang hendak membeli makanan.

3. Seorang pekerja kantin sedang membasuh pinggan-mangkuk yang telah digunakan.

4. Seorang budak lelaki sedang memasukkan bungkusan makanan ke dalam tong sampah.

5. Beberapa orang murid sedang menikmati makanan yang mereka beli di kantin tersebut.

You might also like