Professional Documents
Culture Documents
Oleh: Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris
1. Pengenalan
Selama ini, apabila isu kebudayaan kebangsaan dibincangkan, ia dilakukan oleh para sasterawan
dan persuratan, khusunya budayawan Melayu. Justeru, bagi melihat perbincangan terdahulu
mengenai topik ini, kita ikutilah perbincangan ahli sasterawan dan persuratan, iaitu para
cendekiawan Melayu. Walaupun kita jelas dalam membina dasar dan mengatur strategi bagi
membangunkan ekonomi, pendidikan, pertanian, kesihatan, dll. tetapi kita tidak sebegitu konkrit
apabila membina dasar untuk kebudayaan kebangsaan. Sekalipun dasar dapat diungkapkan tetapi
pelaksanaannya masih jauh daripada memuaskan. Malah dasar dan stategi kebudayaan kebangsaan
adalah uasaha yang tidak kunjung selesai (Taib Osman, 1988). Ia adalah pelaburan jangka panjang
sesebuah bangsa. Kita lihat secara ringkas perkembangan Dasar Kebudayaan Kebangsaan kita.
a. Perlembagaan Malaysia
Perlembaan Malaysia menjamin hak asasi setiap kaum. Artikel 3 melindungi kebebasan semua
kaum beragama, walaupun agama Islam adalah agama rasmi negara. Artikle 152 menjamin hak
setiap kaum menggunakan bahasanya sendiri walaupun bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan
dan Bahasa Rasmi negara. Ini adalah dua unsur penting dalam kebudayaan yang sering diungkit
oleh kaum lain dalam menolak Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Situasi begini berterusan di Malaysia sehinggalah 1971. Ketiadaan dasar bagi menentukan objektif
kebudayaan negara menyebabkan aspek ini diabaikan. Tiada langkah-langkah konkrit diambil bagi
mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Iklim positif dan neutral yang dizahirkan oleh
Persidangan Penulis Malaya di Singapura pada tahun 1962 itu tidak dimanfaatkan. Perkembangan
kebudayaan kebangsaan itu tidak mendapat perhatian sehingga selepas Mei 69.
c. Pindaan Perlembagaan 23 Februari 1971
Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Tun Abdul Razak Hussein membuat ucapan penting menyangkut
isu bahasa kebangsaan dan kebudayaan kebangsaan. Tindakan positif diperlukan bagi memperbaik
keadaan selepas 13 Mei 1969. Beliau membuat beberapa penegasan yang sudah mula dilupakan
pada masa itu, khususnya “kontrak sosial” di antara kaum bagi mencapai kemerdekaan. Beliau
menyatakan “kontrak sosial” yang dibuat, “It is hardly necessary for me in this House to expound
upon the careful and balanced character of the Constitution which was so painstakingly negotiated
and agreed upon by the major races in Malaysia before we attained independence. .... The basic
provision relating to the acquisition of citizenship represented a fair and balanced compromise. The
same careful and balanced approach runs through the other provisions of the Constitution protecting
the legitimate rights of all races in Malaysia. ... The provision of Bahasa Malaysia as the sole
official and National Language is balanced by the guarantee for the use of the languages of other
races other than for official purposes.” ... “Pengertian perkataan “tujuan-tujuan rasmi” atau “official
purposes” dalam Artikel itu ... bermakna .. sebarang tujuan Kerajaan, sama ada Kerajaan
Persekutuan atau Negeri, termasuklah mana-mana tujuan untuk pihak berkuasa awam.”
e. Joint Memorandum on National Culture Submitted to the Ministry of Culture, Youth and Sports
by the Major Chinese Organisations in Malaysia, 1983.
Lima belas buah organisasi China menghantar memorandum kepada Menteri Kebudayaan, Belia
dan Sukan pada 27 Mac 1983. Badan-badan itu ialah: The Selangor Chinese Assembly Hall, Penang
Chinese Town Hall, The Perak Chinese Association, The Federation of Chinese Association (Johor),
Terengganu Chinese Assembly Hall, Kelantan Chinese Assembly Hall, Negeri Sembelin Chinese
Assembly Hall, The Federation of Chinese Associations (Sarawak), United Chinese School
Committees, Association of Malaysia, United Chinese School Teachers’ Association of Malaysia,
Pahang Chinese Chamber of Commerce, Malacca Chinese Chamber of Commerce, Kedah Chinese
Chamber of Commerce, Perlis Chinese Chamber of Commerce, dan Sabah United Chinese
Chamber of Commerce. Dalam dokumen setebal 321 halaman ini, ketiga-tiga asas Dasar
Kebudayaan Kebangsaan ditentang sepenuhnya. Dokumen ini terlalu panjang bagi dibicarakan.
Hanya butir penting diturunkan. Mereka berkata, “we oppose the present policies on national
culture, language and education, and the the three principles used .. to mould the national culture.”
Mereka menentang kerana:
1. Proses membentuk asas kebudayaan kebangsaan daripada satu kaum sahaja melanggar hak
kaum lain,
2. Apabila kepentingan Islam ditekankan maka peranan budaya dan agama lain dinafikan,
3. Menunjukkan dasar yang tertutup berpusat kepada Melayu sahaja dan tidak liberal,
4. Menafikan sistem nilai yang bertindih antara budaya,
5. Bercanggah dengan hakikat Rukunegara yang menghormati kebudayaan semua kaum,
6. Memaksa melalui sistem pentadbiran dan ini tidak dapat diterima oleh bukan Melayu,
7. Membahagikan kebudayaan kepada kaum sebagai peribumi, pendatang dll akan menjadi
punca diskriminasi,
8. Sesetengah chauvisnist Melayu berfikir bahawa semua kaum hanya boleh diintegrasi melalui
satu bahasa dan satu budaya sahaja. Dll.
Sebagai contoh, gejala anak-anak yang "menjawab" ibu bapa bukanlah suatu hal yang tidak ada
kaitannya dengan bahasa ekspresif. Konsep-konsep seperti "derhaka" dan "syurga itu di bawah
tapak kaki ibu" hanya terkandung dalam bahasa-bahasa yang sudah menyerap idea-idea induk
dalam Islam, seperti Bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Inggeris tidak memberi peluang kepada
kemasukan konsep-konsep itu ke dalam benak individu-individu yang telah membuang bahasa
Melayu sebagai bahasa ibundanya. Nilai-nilai yang terkandung di dalam sastera Melayu seperti
dalam cerita-serita Si Tanggang, Malim Kundang, Batu Belah Batu Bertangkup, Siti Zubaidah juga
tidak ada kesempatan untuk masuk ke benak mereka. Tempatnya akan diganti oleh cerita-cerita
seperti Little Red Riding Hood, Cinderella, Pinochio, Snow White, Rapunzel, Goldilock dan lain-
lain. Hero mereka bukan Hang Tuah dan rakan-rakannya tetapi Robin Hood dan King Arthur And
The Knights Of The Round Table.
Maka itulah sebabnya kita mempertahan bahasa Melayu sebagai asas Dasar Kebudayaan
Kebangsaan. Membenarkan bahasa lain diterima sebagai wahana Kebudayaan Kebangsaan akan
menusnahkan himpunan memori kita, memusnahkan jati diri kita yang dipertahankan dalam
Perlembagaan kita.
Atas alasan yang sama kita boleh dituduh pula apakah kita tidak menzalimi bahasa dan kebudayaan
lain. Tidakkah kita menghalang atau memusnahkan himpunan memori kaum lain yang diminta
menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan rasmi. Tidak, sama sekali tidak. Hal Kebudayaan
Kebangsaan adalah hal rasmi. Dalam “kontrak sosial” kita, hak asasi setiap kaum dijamin dan
dipelihara. Tiada siapa yang dihalang daripada menggunakan, mengajar dan meneruskan bahasa
sendiri, asalkan bukan untuk tujuan rasmi, sebagai yang dijelaskan oleh Tun Abdul Razak di
Parlimen pada 23 Februari 1971.
a. Kontrak Sosial
Kita akan terus mempertahan “kontrak sosial” kita. Walaupun perkara penting ini sudah
dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia, dan sudahpun dijelaskan apa rasionalnya, tetapi masih
mahu ditagih. Oleh yang demikian, adalah menjadi tugas kita mengingatkan kembali perihal
“kontrak sosial” yang mengimbangi hak masing-masing kaum, dan kepentingan bahasa Melayu
seperti yang dijelaskan oleh Tun Abdul Razak Hussein itu tidak diketepikan. Kita tidak perlu mudah
terbeli dengan alasan oleh kerana demokrasi maka semua orang mempunyai hak yang sama.
Malaysia bukan sebuah negara yang kosong sebelum kedatangan mereka maka semua orang sama
taraf.
Oleh sebab dasar yang terbuka, media Cina menyelubungi hidup kita sehari-hari. Di samping
menentang mereka tidak henti-henti membawa unsur budaya mereka masuk tanpa halangan. Setiap
minggu ada kontena yang membawa filem dan video dari Hong Kong dan Taiwan masuk ke
Malaysia. Malah pengarah drama dan filem Hong Kong telah mula mempengaruhi pengeluaran
filem dan video kita.
4. Kesimpulan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang diasaskan pada budaya setempat, bahasa Melayu dan agama
Islam adalah wajar. Itu hak kita yang dijamin dalam “kontrak sosial.” Apabila ini dibantah, maka
maruah kita sebagai peribumi juga dinafikan.