You are on page 1of 13

TEORI

TAJUK 1 : PENGENALAN KPD KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI (KAUB)

KONSEP

• Bermatlamat melahirkan insan yang BERDIKARI, kenal faham teknologi, kenal faham ekonomi &
mmpunyai sifat & sikap yakin diri, kreatif, inovatif, inisiatif, produktif & boleh berinteraksi dgn
baik.

DEFINISI

Kemahiran urus diri

: fokus kpd perkembangan sosial, hidup berkeluarga,penjagaan diri, perkembangan peribadi &
pengurusan
rumah tangga.

Kemahiran pra-vokasional

: membolehkan murid knlpsti btk KH, pra-vok, &asas vokasional yg sesuai dgn tahap kefungsian
@keupayaan mereka.

• Membincgkan program2 & prkhdmatan yg berfokus trhdp transisi dr dunia sekolah kedalam
komuniti dr
penelitian yg dibuat trhdp minat & aptitude vokasional serta peluang kerjaya remaja & dewasa
kurg upaya

KEPENTINGAN KAUB kpd murid2 BP

Supaya boleh :

• Berdikari & jalankan aktiviti seharian

• Menyediakan diri hadapi situasi sebenar

• Mengamalkan kebersihan & kesihatan yg baik utk dirinya & persekitaran

• Mengaplikasi pengetahuan di blk drjh dalam kehidupan.

KEPENTINGAN ANALISIS TUGASAN dalam KAUB

Supaya dapat :

• Mengetahui tahap murid


• Membantu guru untuk persediaan pengajaran
• Penyediaan intervensi
• Membantu murid belajar secara berperingkat
• Membantu ibu bapa ikuti perkembangan murid
• Sebagai bukti penilaian
• Merekod.
Teori Psikososial

Menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu hubungan sosial dengan individu

di persekitaran.

•Perkembangan psikososial ini

Perkembangan psikososial ini membentuk personaliti kanak- kanak.

•Terdapat 8 peringkat

perkembangan psikososial dalam teori ini yang saling berkait antara satu sama lain.

Terdapat matlamat yang perlu dicapai dalam setiap peringkat.

•Individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan di dalam setiap peringkat.

•Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan
membawa akibat kepada imej kendiri individu.

1. Asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan ( Lahir hingga 1 tahun)

•Asas kepercayaan timbul jika mendapat jagaan yang sempurna secara tetap oleh penjaganya.

•Mengikut kepercayaan Erikson, jika tidak diberi penjagaan yang sepatutnya seperti penyusuan
tidak dijaga atau lampin tidak bertukar, ketidakpercayaan kepada orang lain timbul dalam diri bayi
yang akan menimbulkan ketakutan dan berprasangka.

2. Autonomi lawan keraguan (1 hingga 3 tahun)

Perkembangan tertumpu pada perkembangan fizikal

•Kanak-kanak cuba melakukan aktiviti fizikal tanpa bantuan-mereka ingin mempunyai autonomi
terhadap diri sendiri. –cuba makan minum, membuang air, pakai kasut sendiri.

•Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk berdikari dan meneroka perlakuan fizikal akan merasa
mempunyai autonomi.

•Kanak-kanak yang tidak diberi peluang akan merasa ragu- ragu terhadap keupayaan sendiri.
3. Inisiatif lawan rasa bersalah ( 4 hingga 5 tahun)

Kanak-kanak cuba berdikari

•Kanak-kanak akan cuba untuk menjadi lebih berdikari.

Mereka meneroka persekitaran dan mencuba kemahiran- kemahiran baru.

•Mereka suka bertanya dan meminta penjelasan untuk peristiwa dan situasi yang dilalui.

•Inisiatif dalam diri kanak-kanak digalakkan dengan sokongan dan peluang oleh orang dewasa
manakala galakan kanak-kanak lain menghargai hasil kerja rakan.

•Rasa bersalah terhadap diri sendiri akan timbul apabila kanak-kanak dihukum atau tidak diberi
peluang semasa mencuba kemahiran..

4. Industri lawan rasa rendah diri (6 hingga 11 tahun)

Kanak-kanak pelu menguasai kemahiran

•Tugasan utama-timbulkan rasa kompetensi dan industri.

•Industri-kejayaan dalam melaksanakan sesuatu kemahiran dan menghasilkan sesuatu yang


memuaskan hati kanak-kanak.

•Kemahiran yang diperoleh berkisar di alam persekolahan.

•Kanak-kanak yang gagal dalam peringkat ini akan merasa rendah diri dan tiada keupayaan bukan
sahaja terhadap pencapaian akademik tetapi juga dalam hubungan sosial dengan individu di
persekitaran mereka.

5. Identiti lawan kekeliruan identiti (12 hingga 18 tahun)

•Remaja mencari identiti dan membina personaliti diri.

•Ingin memahami diri sendiri dan bagaimana mereka berbeza dengan orang lain.

•Harus menyeimbangi kehendak diri sendiri dengan kehendak orang di persekitaran-ibubapa,


guru, rakan.

•Mencari-mereka meniru identiti orang lain di persekitaran. Mencari-mereka meniru identiti orang
lain di persekitaran.

•Erikson percaya bahawa remaja yang berjaya melepasi krisis ini akan berjaya membina identiti
diri.

krisis ini akan berjaya membina identiti diri.


•Gagal-kecelaruan identiti, rasa tidak selamat, ragu-ragu dan akan mengalami pelbagai masalah di
peringkat seterusnya.

6. Keintiman lawan keasingan ( Awal Dewasa 18 hingga 35 tahun)

•Krisis utama-membentuk hubungan intim melalui perkahwinan serta membina kehidupan


berkeluarga.

•Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain(suami/isteri
dan anak) tanpa hilang identiti diri..

•Mereka yang tidak dapat membentuk keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari
perhubungan dengan orang lain.

7. Generativiti lawan kekakuan (Pertengahan dewasa 35-65 tahun)

Kehidupan berkeluarga

8. Integeriti lawan kekecewaan (65 + tahun)

Kejayaan dalam hidup

•Pada peringkat ini seseorang individu telah melalui pelbagai pengalaman dan cabaran di dalam
hidupnya.

•Individu yang berjaya melepasi segala krisis perkembangan akan bangga dengan segala
pencapaian dan kejayaan yang diperolehi.

•Kegagalan melepasi krisis-krisis perkembangan akan membawa kepada kedukaan dan


kekecewaan di hari tua.

Organisasi Bengkel dan Keselamatan


A Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan

1.Pengurusan organisasi bengkel dan keselamatan adalah satu sistem pegurusan bengkel
berasaskan kerjasama guru dan murid.

2.Pegurusan bengkel menjamin keadaan bengkel teratur dan selamat untuk kerja amali.

3.Formen dan penolong formen yang dilantik di kalangan murid memastikan ahli-ahli kumpulan
melakukan tugasan penbersihan, penyusunan alatan, serta memastikan peraturan keselamatan
dipatuhi.
Langkah keselamatanAmalan 4M

1.Membersih
a) Kebersihan fizikal - kebersihan diri seperti berpakaian kemas, memakai apron, memakai kasut
getah, berambut dan berkuku pendek.
b) Kebersihan mental - berfikiran dan bersikap positif seperti memberi tumpuan ketika berada
dalam bengkel dan sentiasa mengutamakan keselamatan dan kebersihan bengkel.

2.Menyusun atur

a) Alatan dan bahan yang digunakan perlu disusun dan disimpan di tempat yang asal.
b) Bahan beracun dan mudah terbakar mesti disimpan di tempat yang selamat.

3.Menilai

a) Penilaian terhadap diri sendiri - contohnya ketepatan langkah kerja, hasil kerja, dan
melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan asas serta penggunaan alat pemadan api.
b) Penilaian terhadap tempat kerja - contohnya memastikan pencahayaan dan pengedaran udara
yang baik dalam bengkel.

4.Mendisplin
a) Memastikan keadaan bengkel sentiasa kemas dan teratur.
b) Sentiasa mematuhi peraturan keselamatan bengkel, keselamatan alatan, keselamatan diri dan
rakan, serta keselamatan penggunaan elektrik.

Peraturan keselamatan bengkel


- Tingkap dibuka semasa bekerja.
- Suis ditutup selepas digunakan.

Peraturan keselamatan alatan


- Simpan semua bahan dan alatan ke tempat asal.
- Gunakan alatan tangan yang betul.

Peraturan keselamatan diri


- Memakai apron dan kasut getah.
- Rambut mesti pendek dan kemas.
- Baju lengan panjang hendaklah dilipat.
- Mematuhi peraturan dan mengikut arahan guru.
- Melaporkan kemalangan kepada guru.

Keselamatan penggunaan elektrik


- Tangan mesti kering.
- Jangan memperbaiki peralatan elektrik sendiri.
- Tidak terlalu membebankan litar.
- Matikan suis jika berlaku kejutan elektrik.

Jenis bahan pemadam api


Label       

   Jenis bahan pemadam api          Bahan baker / punca api


A          Air                           Kayu, sampah sarap, plastic, kain
B          Buih                            Minyak, cat, petrol, lekar, thinner, gas
ABC          Debu kering                   Semua jenis bahan
BC          Karbon dioksida              Minyak, cat, petrol, lekar, gas, peralatan elektrik

Etika dan budaya kerja


1.Etika kerja - disiplin dan sikap terhadap kerja.
a) Menepati masa - menghadiri kelas dan menyiapkan kerja mengikut masa yang ditetapkan.
b) Bertanggungjawab - menyimpan alatan yang digunakan, melakukan tugasan yang diberi oleh
formen, menjaga keselamatan diri, rakan, dan alatan.
c) Amanah - bersikap amanah menjaga harta benda bengkel.
d) Patuh - mematuhi peraturan dan arahan guru.

2.Budaya kerja - peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sesebuah organisasi.

3.Contoh budaya kerja:


a) mempunyai hubungan yang baik di kalangan pekerja
b) menjamin mutu kerja yang baik dan produktif
c) sentiasa mengamalkan tabiat kerja yang baik dan selamat
d) meningkatkan daya keintelektualan dan disiplin diri

4.Tujuan mengamalkan budaya kerja:


a) memupuk sikap bekerjasama dan bertanggungjawab
b) melahirkan rakyat yang cemerlang
c) persiapan ke alam pekerjaan
Apa itu kalori?

Kalori adalah unit ukuran bagi tenaga.

Adakah badan perlukan kalori?

Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu
banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan
menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Bagaimanakah mengira kalori dalam makanan?

Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan”
dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan
nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram


Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.
Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!

Berapakah kalori yang diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?

Lelaki: 2000-2500 kalori


Wanita: 1600-2000 kalori

Berapakah kalori dalam makanan orang Malaysia?

Kategori: Kuih Muih

1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori


2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk


1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori


2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori


2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori : minuman

1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal


2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal

Berapa banyakkah kebiasaannya orang dewasa makan sehari?

Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik
(120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur
setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) +
Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?

Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543
kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan.

Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).

Bagaimanakah cara untuk membakar kalori?


Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan,
senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya
membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang
dibakar semasa tidur!

Berapakah kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?

Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut
adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.

1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8 ) Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori

Tips Mudah Kenali Bahan Makanan Berbahaya

Mudahnya orang mendapatkan bahan makanan ternyata tidak diikuti dengan mudahnya
memilih bahan makanan yang sehat bagi keluarga. Cara pengenalan paling mudah terhadap
makanan berbahaya dapat dipandang dari berbagai segi, antara lain : warna, kandungan
boraks, kandungan formalin, daging lama, ayam basi, ikan basi.

Beberapa perkara yang patut diperhatikan tentang bahan makanan :

1. Makanan yang warnanya terang dan menarik perlu berhati-hati. Warnanya


membekas di tangan memungkinkan warna yang digunakan adalah pewarna tekstil
yang boleh menyebakan kanser.

2. Boraks, bebola daging dalam bakso yang kenyal atau boleh dipantulkan seperti bola
getah di tanah, berarti banyak mengandungi boraks. Begitu juga jika liat, iaitu bekas
gigitan kembali ke tempat semula.

3. Tahu putih yang terlalu keras dicurigai mengandung formalin.

4. Daging lama .......... dapat dikenali ketika digantung menetes air dari daging tersebut.
Warna daging yang asli merah segar dan serat-serat dalam daging tidak
menggelembung. Harga yang tidak wajar (dibawah harga standard) juga patut
dicurigai.

5. Mengenali daging ayam dari ayam yang mati. Daging ayam yang masih segar
berwarna agak kekuning-kuningan, kalau warnanya putih bersih justru
berkemungkinkan dari ayam mati. Ataupun ada warna biru serta bau sangat hamis.

6. Daging ayam yang direndam formalin, ................ dengan menekan dengan jari
telunjuk. kalau keluar lendir atau air berarti pernah direndam dengan air.
7. Ikan basi, ...............................kalau ditekan lembek, insang berwarna merah tua.
Jika beli ikan cari ikan yang masih ada tanda-tanda hidup.

8. Jangan membeli makanan tin yang tinnyakemek. Tin yang kemek akan
mengubah konsentrasi di dalam. Tin kemek mengandungi racun akibat adanya
kandungan botulimun (bahan asas kosmetik).

9. Snack/ makanan ringan, .........................lihat kandungan warnanya dan tarikh


luputnya.

10. Bungkusan plastik, .................................. apabila bungkusan dari plastik, styrofoam,


dan melamin diisi dengan bakso panas, soto panas, teh panas dan makanan/
minuman serba panas akan menyebabkan kanser.

11. Cara menghilangkan kandungan formalin dalam bahan makanan. Bahan


makanan direndam dalam air panas atau dipanaskan dengan air 121°C selama
tiga minit. Kalau ikan direndam dengan air cuka 5 peratus selama 15 minit atau
direndam dengan garam selama 30 minit untuk ikan masin.

Makanan dan Minuman yang Halal


Makanan dan minuman yang dihalalkan bagi umat Islam memiliki cirri selalu makanan yang
baik-baik, baik dalam kandungan zatnya maupun dalam memperoleh makanan minuman
tersebut.
“Hai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rizqi yang baik-baik yang Kami berikan
kepadamua dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar kepada Nya kamu menyembah
“ (Q.S Al Baqarah : 172)

Yang termasuk jenis makanan dan minuman yang halal adalah sebaga berikut
a. Madu
“dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya didalamnya
terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia (An.Nahl : 69).

b. Susu
“Dan Sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu.
Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya berupa susu yang
bersih antara tah dan darah yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya (A.S
An Nahl:66).

c. Buah-buahan
Buah-buahan dalam segala jenis sangat bermanfaat bagi tubuh manusia karena dalam
buah-buahan itu mengandung zat gizi yang cukup bagi manusia

d. Semua jenis ikan laut


“dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan yang berasal dari laut sebagai
makanan yang lezat bagimu dan bagi ornag-orang yang dalam perjalanan “(Q.S Al Maidah :
96).

e. Bangkai ikan dan belalang


Semua Bangkai hukumnya haram bagi umat islam kecuali bangkai ikan dan belalang.
“dihalalkan bagi kami ada dua macam bangkai yakni bangkai ikan dan bangkai belalang “
(H.R Ibnu Majah).

MAKANAN SEIMBANG

Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan


tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya
memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak
secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian,
vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan
dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah
satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari
rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi
bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya
memberi :

i. Tenaga makanan yang mencukupi


ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi
dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

A. Makanan yang memberi tenaga


Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan
lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum,
beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang
menghasilkan tenaga adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir,
sirap, jem dan madu.

B. Makanan membina badan


Protein ialah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu
dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam,
itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan
seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi
pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

C. Makanan menjauhi penyakit


Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-
bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh
daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-
buahan.

You might also like