Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
6Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Asas Unsur Seni-nota Stpm

Asas Unsur Seni-nota Stpm

Ratings: (0)|Views: 813 |Likes:
Published by cik ara

More info:

Published by: cik ara on Apr 06, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/17/2012

pdf

text

original

 
Nota
STPM Seni Visual
ASAS UNSUR SENIGarisan
1. Garisan adalah kesan titik yang bergerak dihasilkan dengan menggunakan sesuatu alatatau media yang bermula daripada satu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan.Garisan dilihat kerana ianya kontra dengan nilai disekelilingnya.2. Garisan terdapat di mana-mana sahaja. Garisan dalam persekitaraan alam dapat kitalihat dengan jelas meskipun tidak semua dapat disentuh.3. Garisan mempunyai pelbagai jenis sifat dan identity yang tersendiri serta memberipengertian yang berbeza-beza.4. Jenis-jenis garisan ini juga merujuk kepada sifat-sifat fizikal sesuatu garisan itu sendiriseperti kasar, halus, panjang, pendek, lurus, bengkok, terang, gelap, tebal, terputus dansebagainya.5. Garisan mempunyai berbagai fungsi iaitu:a. Menimbulkan rupa yang terjadi daripada kedua-dua hujung garisan bertemu.b. Struktur garisan mewujudkan bentukc. Menimbulkan bentuk untuk menggambarkan struktur objek melalui illusi cahayadan pembayangan. Garisan yang tertumpu (rapat) menghasilkan ton gelapmanakala garisan yang jaraknya jarang menimbulkan ton cerah. Kesan ini bolehmenampakkan isipadu dan berat sesuatu objek.d. Mewujudkan ruang, dengan menggunakan garisan yang berlainan saiz, jarakdan intensity.e. Menghasilkan jalinan pada permukaan sesuatu objek.f. Menghasilkan motif pada rekacorak yang dibuat secara berulang-ulang.g. Mewujudkan ton iaitu dengan menggunakan garisan yang berbeza dari segi saizdan jarak.h. Menghasilkan pelbagai asas corak berpandukan grid.
Rupa
1. Rupa adalah satu kawasan yang berbeza daripada ruang di sekelilingnya dan bersifatdua dimensi.2. Rupa juga adalah hasil pertemuan penghujung sesuatu garisan dengan permulaannyaatau kawasan yang dibezakan melalui nilai warna dan jalinan.3. Ia mempunyai permukaan rata dan bersifat dua dimensi. Kadangkala rupa juga wujudsecara ilusi walaupun tiada garisan yang mengelilinginya (outline)4. Rupa dapat dilihat secara positif atau negative.5. Terdapat dua jenis rupa iaitua. Rupa organik – rupa bebas tanpa sudut.b. Rupa geometrik – Rupa bulat dan rupa bersudut.6. Olahan rupa dapat mewujudkan keseragaman, harmoni dan kepelbagaian dalam karyaseni.7. Olahan rupa juga boleh menampakkan ilusi jisim, isipadu dan ruang pada rekaan senihalus.8. Rupa boleh dikembangkan secara penambahan dan penolakan dan gabungan kedua-dua cara.9. Rupa boleh diolah menjadi bentuk huruf yang dikenali sebagai rupa huruf atau mukataip.
1
 
Nota
STPM Seni Visual
Bentuk
1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Ini bermakna ia mempunyai lebih daripadasatu permukaan datar. Bentuk pada alam dapat dilihat daripada pelbagai sudutpandangan.2. Terdapat 2 jenis bentuk iaitua. Bentuk konkrit – ialah bentuk yang sebenar yang bersifat tiga dimensi. Ia dapatdilihat, dirasa dan disentuh daripada pelbagai sudut.
b.
Bentuk ilusi – dapat ditimbulkan dengan menggunakan unsure, prinsip sertastruktur rekaan yang akan menampakkan seolah-olah objek atau gambaran yangdilukis seperti keadaan sebenar.3. Olahan ton warna dapat menimbulkan bentuk ilusi. Olahan tersebut boleh dihasilkanmelalui teknik garisan, lorekan, jalinan dan catan.
Ruang
1. Ruang adalah jarak antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga dalam karyaseni visual.2. Objek yang berada di hadapan lebih jelas dan besar jika dibandingkan dengan objekyang sama saiz yang berada di bahagian belakang.3. Terdapat 2 jenis ruang, iaitua. Ruang fizikal – ialah ruang yang terdapat di persekitaran.b. Ruang ilusi – adalah ruang yang terdapat dalam karya seni visual seperti catan,lukisan dan rekaan grafik.4. Terdapat 3 jenis ruang dalam ruang ilusi, iaitu :a. ruang dalam – elemen-elemen seni yang menggambarkan kualiti infiniti sepertisaiz, posisi, imej yang bertindan, objek yang jelas atau samara dan perspektif dapat memperlihatkan ruang dalamb. ruang cetek – lingkungan sama ada antara dinding ke dinding ataukedalamannya terbatas.c. Ruang rata – bila dilukis atau diolah elemen-elemen gambaran pada satah yangsama.5. Ruang juga dapat mempengaruhi saiz dan warna berdasarkan jarak tertentu.a. Ruang saiz dan perspektif - saiz objek yang sama yang berada di belakang kelihatan lebih kecildaripada yang berada di hadapan.b. Ruang, warna dan kedalaman- nilai warna yang berada di belakang lebih pudar daripada yang beradadi bahagian hadapan atau sebaliknya. Ini akan memberikan gambaranruang dan kedalaman iaitu jarak antara satah dan objek yang berbezakedudukan atau petempatan.6. perubahan nilai ton warna akan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuaturuang mengikut keinginan pelukis.7. Dalam karya dua dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi tigadimensi melalui tiga jenis perspektif iaitua. perspektif satu titik lenyapb. perspektif dua titik lenyapc. perspektif tiga titik lenyap
2
 
Nota
STPM Seni Visual
Jalinan
1. Jalinan ialah sifat permukaan sesuatu objek yang boleh dikesan secara penglihatan atausentuhan. Jalinan terdapat di permukaan objek alam dan objek buatan manusia.2. Terdapat 2 jenis jalinan, iaitua. Jalinan sentuh – kesan di atas permukaan yang dapat dirasai melalui deriasentuhan.b. Jalinan tampak – kesan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasaisecara sentuhan. Ia hanya dapat dilihat secara ilusi pada alam benda dan jugapada karya seni.3. Jalinan yang terdapat pada objek alam dan objek buatan manusia mempunyai fungsitertentu:a. keselamatan dan penyamaran Haiwan mempunyai kulit yang kasar danmenyerupai warna batang kayu.b. Cengkeram – corak pada tayar kenderaan memberi kestabilanc. Hiasan – jalinan corak pada tekstil untuk nmenarik minat dan kesesuaian kepadapemakai seperti baju, kain dan tali leher.d. Menampakkan pelbagai jenis ruang – dalam catan contohnya pelukismenggunakan pelbagai jalinan dengan pelbagai cara untuk menimbulkan ruangcetek, ruang dalam dan ruang rata.
Warna
1.
Warna asas 
atau warna utama adalah pigmen warna yang terdiri daripada biru, kuningdan merah.
2.
Warna sekunder  
dihasilkan melalui campuran dua warna utama.
3.
Warna tertiar  
adalah hasil campuran satu warna Utama dan warna Sekunder.
4.
Warna neutral 
terdiri daripada warna putih, hitam dan kelabu.5. Ton warna ialah nilai kecerahan dan kegelapan sesuatu warna. Ton warna diperolehimelalui campuran sesuatu warna dengan warna putih atau hitam. Mana-mana warnayang dipilih dicampur dengan hitam akan menampakkan ton lebih gelap, dan jika warnaitu dicampur dengan warna putih pula menghasilkan ton yang cerah.6. Hue adalah nama untuk warna. Dengan ertikata yang lain, merah, biru, kuning dan lain-lain lagi adalah hue. Misalnya hue-hue yang terdapat pada warna biru seperti Prussianblue, sky blue dan ultramarine blue.7. Warna harmoni adalah kumpulan warna yang terletak bersebelahan satu sama lain padaroda warna.8. Warna harmoni dapat menimbulkan suasana yang selesa dan tenang.
9.
Warna penggenap adalah kombinasi warna-warna yang bertentangan dalam roda warna.a. Warna biru dan jinggab. Warna kuning dan ungu10. warna sejuk terdiri daripada warna-warna seperti hijau, biru, ungu, kuning-hijau, biru-hijau, biru-ungu. Warna-warna ini dikaitkan dengan air laut, langit, tumbuh-tumbuhandan lain-lain.11. Warna panas terdiri daripada warna-warna seperti merah, kuning, jingga, merah-ungu,merah-jingga dan kuning-jingga ini selalunya dikaitkan dengan matahari dan api.12. Warna boleh membawa maksud atau pengertian tertentu mengikut budaya setempatseperti :a. Warna kuning – Diraja, kecemerlangan, ceria, kekayaanb. Warna merah berani, kemakmuran, bahaya, amaranc. Warna hijau – segar, subur, pertumbuhand. Warna putih kesucian, kemurniaan, kerohaniane. Warna hitam – sedih atau pilu
3

Activity (6)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Safiah Fia liked this
riyaz92 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->