You are on page 1of 64

‘PERKEMBANGAN EKONOMI DI MALAYSIA SELEPAS

KEMERDEKAAN HINGGA KE HARI INI’

MPW1113-PENGAJIAN MALAYSIA

DPILOMA IN EDUCATION (TESL)

&

DIPLOMA IN NURSING

DISEDIAKAN OLEH:

SUBA KERISNAN (1052045)

NUR AMIRA BT AHMAD FAUZI (1052056)

LAILA BT SALLEH (0801180)

DISEDIAKAN UNTUK:

PUAN ROHAINI BT AMIN


PENGHARGAAN

Syukur yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurniaNya akhirnya dapat kami menyiapkan kertas kerja yang telah ditugaskan kepada kami

ini sekaligus dengan pembentangan yang telah kami bentangkan bagi tajuk yang telah kami

pilih iaitu ‘Pembangunan Ekonomi Malaysia selepas Kemerdekaan’.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan buat pensyarah kami yang

tercinta, Puan Rohaini bt Amin yang tidak pernah putus memberi kami panduan dan tunjuk

ajar sepanjang proses kami menyiapkan pembentangan kertas kerja kursus ini. Tanpa beliau,

tidak mungkin kami mampu untuk menghasilkan kerja yang telah diamanahkan kepada kami

ini.

Ribuan terima kasih juga kami ucapkan buat teman-teman seperjuangan yang banyak

member bantuan buah fikiran dan kemudahan yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan

yang sangat bermakna ini. Tanpa pertolongan dari mereka juga tidak mungkin kami dapat

menyiapkan tugasan ini. Benarlah jika dikatakan bahawa teman itu umpama orang penting

yang ada dalam kehidupan seseorang.

Akhirnya kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak

yang terlibat dalam menyiapkan tugasan yang tidak seberapa ini. Tugasan ini benar-benar

telah memberi kefahaman kepada kami tentang proses pembangunan ekonomi Malaysia

setelah mencapai kemerdekaan.

Sekian, Terima Kasih

2
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT


PENGENALAN 4-7
RANCANGAN MALAYA PERTAMA 7-10
RANCANGAN MALAYA KEDUA 10-12
RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA 12-14
DASAR EKONOMI BARU(DEB) 14-16
RANCANGAN MALAYSIA KEDUA 16-18
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA 18-21
RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT 21-25
RANCANGAN MALAYSIA KELIMA 25-29
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL(DPN) 29-33
WAWASAN 2020 33-40
RANCANGAN MALAYSIA KEENAM 40-43
RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH 43-46
DASAR WAWASAN NEGARA(DWN) 46-47
RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN 47-49
RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 50-55
RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH 55-56
KESIMPULAN 57
LAMPIRAN 58-61
BIBILOGRAFI 62-63

PENGENALAN

Menurut Wikipedia, Malaysia merupakan sebuah negara kecil berpendapatan sederhana dan

berubah daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah dan

sebagainya pada 1971 kepada negara berekonomi pelbagai sektor melalui Dasar Ekonomi

Baru. Pada awalnya, pertumbuhan ekonomi Malaysia bergantung kepada pengeksportan

bahan bahan elektronik seperti cip komputer dan sebagainya. Kesannya, Malaysia merasai

tamparan hebat semasa kegawatan ekonomi pada 1998 dan kemerosotan dalam sektor

teknologi maklumat pada tahun 2001. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun

3
2001 hanya meningkat sebanyak 0.3% disebabkan pengurangan 11% dalam bilangan eksport

tetapi pakej perangsang fiskal yang besar telah mengurangkan kesan gawat tersebut.

Malaysia mempunyai persekitaran makroekonomi yang stabil (di mana kadar inflasi dan

kadar pengangguran kekal di bawah 3%), simpanan pertukaran wang asing yang sihat, dan

hutang luar yang kecil. Ini membolehkan Malaysia untuk tidak lagi mengalami krisis yang

sama seperti Krisis Kewangan Asia pada 1997. Walaubagaimanapun, prospek jangka panjang

kelihatan agak kabur disebabkan kurangnya perubahan dalam sektor korporat terutama sekali

sektor yang berurusan dengan hutang korporat yang tinggi dan kompetitif.

Selain getah dan sawit yang banyak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak juga kaya

dengan sumber asli seperti kayu balak, petroleum dan gas asli.Malaysia merupakan sebuah

negara masyarakat majmuk yang hidup dalam suasana aman damai dalam pelbagai budaya,

bahasa dan adat resam serta mempunyai kestabilan politik dan ekonomi yang

mantap.Kejayaan Malaysia dalam usaha membangunkan negaranya mengikut acuan

tersendiri sedikit sebanyak dipengaruhi oleh keberkesanan dasar luar negara yang

diamalkan.Ini terbukti apabila Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang

mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum,

berbilang agama dan dengan ekonominya yang seimbang antara kaum, Malaysia bukanlah

negara yang diramal akan aman dan boleh dimajukan. Ramai yang meramalkan bahawa

perselisihan kaum akan berlaku dan kaum Melayu yang merupakan kaum majoriti akan

merampas kuasa dan merompak harta kepunyaan kaum-kaum lain tetapi tanggapan itu

ternyata silap kerana para pemimpin negara telah mencorak kerjasama antara kaum tanpa

menghilangkan identiti kaum masing-masing. Inilah formula yang telah menghasilkan

kestabilan dan pembangunan ekonomi di Malaysia.Selain itu ekonomi Malaysia menjadi

bertambah mantap dan kukuh kerana jalinan mesra dengan negara-negara maju tanpa

menghiraukan ideologi yang diamalkan oleh negara tersebut.

4
Kerja kursus ini membincangkan keadaan ekonomi yang berlaku di

Malaysia.Pengkhususan di buat terhadap keadaan ekonomi Malaysia kerana kejayaan yang

membanggakan sejak merdeka dan keupayaan menangani masalah kemelestan ekonomi pada

1997 tanpa menerima bantuan kewangan dari IMF (International Monetary Fund).Selain itu

keupayaan kerajaan Malaysia dalam menjana pertumbuhan ekonomi tempatan juga

merupakan perbincangan utama dalam kerja kursus ini.

Rancangan Malaysia Kesembilan dan pertumbuhan yang memberangsangkan pada tahun ini

akan menyediakan asas yang kukuh bagi negara melangkah ke satu lagi fasa penting, yakni

pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015. Ketika melangkah ke tahun 2011,

cabaran dalaman dan luar akan terus menguji kekuatan dan ketahanan kita. Dalam era

globalisasi ini kita tidak boleh mengasingkan diri jika kita tidak mahu diketepikan.Untuk

terus menyerlah, kita perlu meningkatkan penyertaan dalam arus persekitaran global.Dalam

hal ini, kita perlu memperluaskan gelanggang dan menjangkau ke arah menjadi pemain

global terutamanya dalam bidang yang mana kita mempunyai kelebihan kompetitif.

Malaysia telah mempunyai kemudahan infrastruktur yang cemerlang.Sudah tibalah masanya

untuk kita memberi tumpuan kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk

melengkapi pencapaian pembangunan fizikal.Adalah penting sekali untuk mengimbangkan

pencapaian kebendaan dengan kerohanian yang luhur, sekiranya kita ingin mencapai

matlamat Wawasan 2020. Sehubungan ini, pembangunan modal insan akan terus menjadi

agenda utama dan usaha-usaha akan ditumpukan ke arah pembentukan individu yang

berketrampilan di tempat kerja dan dalam masyarakat. Rakyat Malaysia perlu menghayati

nilai jujur, berintegriti, cemerlang dan bertanggungjawab serta memiliki pemikiran kelas

pertama seiring dengan infrastruktur kelas pertama yang dimiliki sekarang.Rakyat Malaysia

juga perlu terus berusaha untuk menjadi sentiasa relevan, berdaya tahan dan kompetitif

5
selaras dengan pendekatan Islam Hadhari.

Peranan kerajaan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi

“Tumpuan Kajian Separuh Penggal ini ialah untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi

negara dan mengembalikan ekonomi kepada pertumbuhan mapan supaya objektif

pembangunan seimbang dan matlamat menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020

tercapai. Ini memerlukan antara lain pengukuhan asas-asas ekonomi makro dan sektor

kewangan serta mengembalikan keyakinan pelabur dan awam, memajukan sector-sektor

ekonomi yang berpotensi termasuk pembuatan, pertanian dan perkhidmatan, mengambil

langkah-langkah bagi mencapai matlamat sosio-ekonomi dan mengurangkan kadar

kemiskinan serta meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.”

Berdasarkan petikan di atas, kerajaan berusaha keras untuk mengurangkan jurang ekonomi

antara kaum.Sejak mencapai kemerdekaan sehinggalah ke hari ini, kerajaan telah memainkan

banyak peranan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

6
Antara langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan ialah:

(a) Dasar Ekonomi Baru (DEB)

(b) Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

(c) Dasar Percukaian dan Subsidi

(d) Pelan Induk Perindustrian

Dasar-dasar yang ditunjukkan di atas hanyalah sebilangan daripada langkah-langkah yang

dijalankan oleh kerajaan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Langkah-

langkah ini digubal dan dijalankan semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan sehinggalah

ke hari ini dan ianya menempakkan kejayaan yang memberansangkan.

1
Abd Rahim Abd Rashid. 2004. Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa. Utusan Publication&Distributors SDN.
BHD. Kuala Lumpur.

7
RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956 – 1960).

Rancangan Malaya Pertama merupakan rancangan pembangunan pertama yang dirangka oleh

kerajaan Persekutuan Tanah Melayu(Malaya). Rancangan Malaya Pertama ini dijalankan

pada tahun 1956 hingga 1960. Rancangan ini dipanggil sebagai Rancangan Malaya pada

permulaannya kerana pada ketika itu, Tanah Melayu belum lagi mambentuk sebuah gagasan

yang dikenali sebagai Malaysia.

Rancangan ini juga dikenali sebagai rancangan Fasa Sebelum Merdeka kerana pada

ketika itu juga, Tanah Melayu masih belum mencapai kemerdekaan sepenuhnya dan masih

berada di bawah penguasaan British. Rancangan ini juga memberi penekanan yang lebih

terhadap pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar dan lebih menjurus kepada aktiviti

pertanian sebagai hasil utama ekonomi Negara.

Rancangan Malaya Pertama ini dirangka bertujuan untuk memajukan sektor luar

bandar yang dikira pada ketika itu kurang maju dari segi ekonominya kerana kurangnya

kemudahan sedangkan tanah di kawasan luar bandar juga mempunyai ruang yang luas untuk

memperteguhkan ekonomi Negara berdasarkan tanahnya yang subur.

Selain itu, rancangan ini dirangka bagi mengurangkan kadar kemiskinan yang

menular di kalangan penduduk terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar.

Dengan penyediaan kemudahan melalui rancangan ini, ia dapat membantu kerajaan

membanteras kadar kemiskinan penduduk dalam Negara.

Di samping itu, rancangan ini juga dirancang bagi mempelbagaikan sumber Negara

supaya tidak terlalu bergantung kepada sektor pengeluaran bijih timah dan getah. Dengan

adaya sumer pertanian lain, ia dapat menambah pendapatan Negara dan meningkatkan

sumber ekonomi Negara dan membuka lebih banyak peluang kepada para penduduk di

Malaysia.

8
Perancangan pembangunan yang serius telah bermula pada tahun 1954 apabila satu

perwakilan Bank Dunia membuat beberapa perakuan kepada kerajaan tentang pembangunan

negara. Ini menghasilkan Rancangan Malaya Pertama yang berisi dengan rancangan

pelaburan sektor awam sebanyak Rancangan Malaya Pertama,100 juta.

Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuklah menjalankan pembukaan tanah baru

untuk tujuan pertanian. Ini bagi membuka peluang kepada para penduduk menjalankan

aktiviti pertanian dengan meluas. Selain itu, kerajaan turut memperluaskan kawasan

perlombungan bijih timah. Ini member peluang pekerjaan kepada para penduduk untuk

menusahakan perusahaan perlombongan bijih timah dengan lebih meluas.

Ia juga turut memberi kepelbagaian dalam pengeluaran bagi pertanian dan perikanan

di samping menggalakkan penanaman semula pokok-pokok getah di kebun-kebun kecil bagi

meningkatkan lagi pengeluaran perusahaan getah sekaligus meningkatkan ekonomi Negara

kerana getah pada ketika itu menjadi sumber utama ekonomi Negara.

Bagi menjayakan perangkaan Rancangan Malaya Pertama ini, dua agensi utama telah

ditubuhkan iaitu Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) dan Lembaga Kemajuan

Tanah Persekutuan (FELDA). RIDA merupakan satu agensi yang bermatlamatkan prinsip

membangunkan rakyat di kawasan luar bandar. Agensi ini juga berperanan sebagai satu

agensi yang member pinjaman kepada para pengusaha kecil di kawasan luar bandar. Selain

itu, ia berperanan memasarkan hasil pertanian yang diperolehi dalam aktiviti pertanian yang

dijalankan oleh para petani disamping menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam

perniagaan memandangkan perniagaan juga merupakan satu kegiatan yang member kesan

kepada pembangunan ekonomi Negara.

FELDA pula merupakan satu agensi yang dijalankan untuk meningkatkan taraf hidup

masyarakat di samping meningkatkan taraf hasil pertanian dalam Negara. Ia berperanan

membuka tanah baru bagi aktiviti pertanian terutamanya dalam pembukaan tanaman kelapa

9
sawit yang menjadi sumber utama bekalan minyak pada hari ini. Ia juga turut menyediakan

penempatan baru yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti bekalan air,

elektrik dan sebagainya bagi para penduduk yang dikenali sebagai peneroka.

Rancangan Malaya Pertama ini telah memberi Malaysia satu pencapaian yang besar

dari segi ekonominya. Aktiviti yang dijalankan dalam rancangan ini telah member impak

yang besar kepada peningkatan ekonomi Negara. Manakala agensi yang ditubuhkan pula

kekal sehingga ke hari ini. Dari segi pencapaian Rancangan Malaya Pertama, pelaburan

sebenar sektor awam dalam tempoh 1956-60 hanyalah sebanyak RM978 juta. Ini kurang

sebanyak 15% daripada jumlah pelaburan sektor awam yang telah dirancangkan bagi tempoh

berkenaan.

RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961 – 1965).

Rancangan Malaya Kedua pula merupakan hasil rangkaan rentetan daripada Rancangan

Malaya Pertama. Rancangan ini berjalan setelah 5 tahun setelah berjalannya Rancangan

Malaya pertama tersebut. Rancangan Malaya Kedua ini juga dikenali sebagai fasa selepas

merdeka kerna ianya dirangka setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan iaitu dari tahun

1961 hingga 1965.

Rancangan ini telah disediakan oleh sebuah Jawatankuasa Kerja Antara Jabatan

dengan bantuan sebuah Urusetia Ekonomi yang dibantu oleh pakar perunding Bank Dunia.

Rancangan Malaya Kedua juga telah menggunakan kedua-dua strategi perancangan dari atas

ke bawah dan dari bawah ke atas dengan memberi tumpuan kepada pembangunan luar bandar

serta penyertaan rakyat di dalam proses perancangan dan pelaksanaan.Peruntukan

pembangunan telah ditambah sebanyak Rancangan Malaya Kedua, 150 juta iaitu hampir dua

kali ganda peruntukan Rancangan Malaya Pertama.

10
Beberapa perubahan telah dibuat di dalam Rancangan Malaya Kedua ini, iaitu bagi

pertama kalinya satu kajian yang menyeluruh telah dibuat terhadap perkembangan ekonomi

negara untuk beberapa tahun sebelumnya. Satu analisis yang mendalam mengenai kedudukan

ekonomi, mengenal pasti masalah yang timbul dan tindakantindakan untuk mengatasi

masalah tersebut telah diadakan. Selanjutnya anggaran kasar pelaburan sektor awam terhadap

pendapatan negara dan imbangan pembayaran juga telah dibuat.

Setiap yang direncanakan oleh kerajaan mesti mempunyai tujuan dan fungsinya yang

tersendiri. Begitu juga dengan perangkaan Rancangan Malaya Kedua ini. Ia merupakan satu

rancangan yang bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara penduduk bandar

dengan penduduk luar bandar. Ini kerana, perbezaan ketara berlaku antara keduanya.

Kemajuan dan kemudahan lebih menjurus kepada penduduk yang tinggal di bandar

berbanding dengan penduduk yang tinggal di luar bandar.

Seperti matlamat yang terdapat dalam Rancangan Malaya Pertama, Rancangan

Malaya Kedua ini juga masih meneruskan apa yang dilaksanakan dalam rangka Rancangan

Malaya Pertama iaitu bertujuan atau bermatlamatkan untuk membasmi kadar kemiskinan

yang menjalar dalam kalangan rakyat di samping meningkatkan taraf hidup rakyat Tanah

Melayu pada ketika itu ke peringkat yang lebih terjamin.

Bagi menjayakan pelaksanaan rancangan ini, pihak terlibat telah menjalankan dua

aktiviti iaitu penubuhan bilik gerakan Negara dan penubuhan buku merah yang dianggarkan

mampu membawa Tanah Melayu mencapai peningkatan dari segi ekonominya.

Aktiviti pertama yang dijalankan oleh pihak kerajaan ini, iaitu penubuhan bilik

gerakan Negara merupakan salah satu aktiviti yang ditubuhkan oleh Dato’ Abdul Razak bin

Dato’ Hussien yang merupakan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu. Bilik gerakan

Negara ini juga mempunyai pejabat yang ditubuhkan di setiap daerah di setiap negeri di

Tanah Melayu yang bertujuan untuk mengawal rapi pembangunan ekonomi Tanah Melayu

11
secara konsisten serta menyelaraskan pembangunan ekonomi di peringkat negeri,daerah dan

juga kampung agar berada dalam keadaan yang selaras.

Penubuhan buku merah pula merupakan satu rekod pembukuan yang mengandungi

program, pelaksanaan dan kaedah mengesan tanpa pencapaian selain mengandungi maklumat

yang disimpan dan dikumpulkan dalam bentuk peta, carta dan butir-butir kemajuan

mengenai projek pembangunan luar bandar yang sering dijalankan.

Manakala satu agensi telah ditubuhkan bagi menjalankan dan memajukan

perancangan yang telah dirangka oleh pihak kerajaan iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian

Persekutuan (FAMA). FAMA ditubuhkan bagi memperbaiki dan mempertingkatkan system

penyimpanan dan pemasaran hasil pertanian. FAMA ini juga turut berperanan

mengurangkan monopoli orang tengah dan meningkatkan pendapatan petani yang terlibat

dengan aktiviti pertanian yang dijalankan. Selain itu, FAMA juga berperanan sebagai agen

yang menentukan harga yang berpatutan kepada hasil penanaman para petani selari dengan

kehendak semasa dan keperluan para petani tersebut.

Dari segi pencapaiannya, purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar

(KDNK) dalam tempoh 1961-1965 ialah sebanyak 6.4% setahun.

RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (RMK1) (1966 – 1970)

Rancangan Malaysia Pertama ini merupakan satu rancangan yang telah dirangka setelah

berakhirnya tempoh pelaksanaan Rancangan Malaya Kedua. RMK1 ini berjalan selama 5

tahun juga iaitu dari tahun 1966 hingga 1970. Nama Malaya ditukar kepada Malaysia

disebabkan oleh terbentuknya satu gagasan persekutuan yang diberi idea sebagai

pembentukan Malaysia pada tahun 1963 yang menukarkan nama Tanah Melayu dengan

Malaysia.

12
Rancangan Malaysia Pertama ini juga menjurus kepada pembasmian kemiskinan

dalam dalam kalangan penduduk di Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan

Malaysia dan Tanah Melayu sangat berusaha dalam membasmi kemiskinan yang dialami

olek para penduduk di Negara ini. Dan ia juga jelas menunjukkan bahawa kemiskinan

penduduk turut menjadi satu masalah dalam ekonomi Negara. Melihat kepada bancian

penduduk tahun 1970 yang telah dijalankan, didapati bahawa 49.3% daripada semua keluarga

di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di abawah garis kemiskinan. Sejumlah 86%

daripada keluarga miskin tersebut terdapat di kawasan luar bandar manakala 14% lagi di

kawasan bandar.

Objektif utama pelaksanaan Rancangan Malaysia Pertama ini adalah untuk

mengeratkan perpaduan antara rakyat di Malaysia memandangkan Malaysia ini hidup dalam

kalangan kaum yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Maka pemupukan perpaduan

ini amat penting bagi menjamin keamanan Negara. Selain itu, ia juga bertujuan untuk

menjaga kebajikan para penduduk di Malaysia dari aspek ekonomi agar tidak wujud rakyat

yang terlalu berada dalam kemiskinan yang amat ketara.

Selain itu, kewujudan RMK1 ini adalah bagi mengurangkan kadar pengangguran

yang berlaku dalam kalangan rakyat. Dengan adanya usaha dari pihak kerajaan yang

membuka peluang pekerjaan kepada rakyat, kadar pengangguran yang berlaku dalam

kalangan rakyat pastinya mampu dibanteras. Pelaksanaan RMK1 ini juga berobjektifkan satu

tujuan yang didasarkan untuk meninggikan taraf hidup kawasan luar bandar terutamanya

dalam kalangan penduduk yang berpendapatan rendah kerana pada hakikatnya rakyat yang

berpendapatan rendah inilah yang dihimpit dengan kemiskinan.

Kemudian, bagi melancarkan program ini dengan jayanya, dua agensi telah terlibat

iaitu FELDA yang telah diperkenalkan dalam Rancangan Malaya Pertama. Penglibatan

FELDA dalam RMK1 ini adalah untuk menjalankan pembukaan tanah baru secara lebih

13
besar-besaran berbanding dengan pada peringkat permulaan pengenalan FELDA ketika

Rancangan Malaya Pertama dahulu. Projek yang dijalankan juga adalah lebih bersifat

besaran. Antara projek tersebut termasuklah Segi Tiga Jengka dan sebagainya.

Satu lagi agensi yang terlibat dalam rancangan ini ialah Malaysian Agricultural

Research and Development Institute(MARDI) yang merupakan satu agensi yang telah

dibuhkan dalam tempoh pelaksanaan RMK1 ini iaitu pada tahun 1969. Kewujudan agensi ini

adalah untuk menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi baru bagi

meningkatkan mutu pertanian sekaligus meningkatkan mutu pengeluaran yang akan

dihasilkan.

Di samping itu RMK1, juga menekankan aspek integrasi di kalangan penduduk dan

negeri-negeri di dalam Malaysia dengan menggubal satu rancangan pembangunan khusus

bagi meningkatkan kebajikan semua rakyat. RMK1 melibatkan peruntukan pembangunan

sebanyak RM10,500 juta iaitu RM4,550 juta daripada sektor awam dan RM5,950 juta

daripada sektor swasta.

DASAR EKONOMI BARU (DEB) (1971 – 1990)

Pada masa dahulu, kebanyakan rakyat Malaysia berbangsa Melayu miskin dan

kehidupan mereka adalah bukan sesuatu yang boleh menggembirakan jika dibandingkan

dengan kaum – kaum lain di Malaysia seperti Cina dan India tetapi itu bukanlah suatu isu

pada hari ini.Jurang antara kaum dilihat semakin rapat kerana pendapatan orang Melayu kini

semakin meningkat.Pada 1990-an inilah pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

diwujudkan oleh kerajaan Malaysia untuk meningkatkan taraf hidup oaring-orang Melayu di

Negara ini.Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pernah menegaskan Dasar Ekonomi Baru

(DEB) telah memberi manfaat kepada lebih tujuh juta rakyat bumiputera negara ini dalam

bentuk pemilikan saham-saham amanah serta ekuiti syarikat gergasi. Kata beliau, ia

14
sebenarnya memberi peluang kepada individu-individu bumiputera yang berkemampuan

untuk memiliki saham dengan harapan mereka akan berjaya dalam perniagaan dan menguasai

sesebuah syarikat. Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana, berubah

daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah dan

sebagainya.Pada 1971 Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang mempunyai

kepelbagaian sumber ekonomi dalam pelbagai sektor melalui kewujudan dasar yang dikenali

sebagai DEB (Dasar Ekonomi Baru). DEB merupakan satu rancangan ekonomi jangka

panjang yang dibuat untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum.Antara objektif utama

kewujudan DEB adalah untuk membuka peluang kepada kaum bumiputeramelibatkan diri

dalam bidang ekonomi.Ini kerana dahulu, kaum bumiputera hanya bekerja sebagai petani dan

nelayan dan kesinambungan pekerjaan ini diteruskan oleh generasi-generasi seterusnya.

Melalui DEB wujudnya Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di mana bumiputera digalakkan

untuk menceburi bidang keusahawanan.Dengan adanya IKS kaum bumiputera mula

melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan mengkomersialkan barangan buatan

tempatan.Ia sekaligus meningkatkan ekonomi negara dan meningkatkan eksport negara.

DEB telah melahirkan dan membangunkan ramai usahawan yang berkemahiran, berkualiti,

berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya maju di dalam bidang keusahawanan yang

berpotensi dan berkembang.Melalui DEB juga telah menanamkan dan memupuk budaya

keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia.

Dasar Penswastaan adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan

pentadbiran kerajaan dengan menyerahkan beberapa sektor tertentu untuk diurus sendiri oleh

pihak swasta. Ia juga bertujuan menggalakkan pertandingan dan meningkatkan kecekapan

serta daya pengeluaran, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara, mengecilkan saiz

sektor awam dan membuka peluang seluas mungkin untuk mencapai matlamat DEB.

Dasar Penswastaan merupakan salah satu daripada instrumen DEB. Melalui cara ini, daya

15
pengeluaran juga meningkat kerana pada kebiasaannya sektor swasta mampu meningkatkan

tahap kecekapan berbanding dengan sektor-sektor kerajaan atau awam. Penswastaan projek-

projek baru seperti air, elektrik dan sebagainya dijangka akan menyumbangkan pertumbuhan

ekonomi yang pesat. Melalui dasar ini, kita dapat lihat usaha kerajaan untuk meningkatkan

taraf hidup penduduk.Hal ini kerana penglibatan kerajaan dalam sektor awam tidak dapat

meningkatkan harapan orang ramai terhadap mutu perkhidmatan awam serta

keberkesanannya turut berkurangan.Oleh itu penswastaan adalah dasar yang paling rasional

dalam menghadapi permasalahan ini.

Namun begitu sungguh pun Dasar Penswastaan memberikan nafas baru kepada kerajaan

dalam menangkis serangan kemelesetan ekonomi dan beban hutang negara yang kian

bertambah, tetapi para pemerhati dan penganalisa ekonomi yang kritis berpendapat bahawa ia

akan mengakibatkan kesan yang buruk terhadap para pekerja di sektor awam serta rakyat

negara ini seluruhnya. Seperti yang telah disebutkan penswastaan hanya akan mengutamakan

pertimbangan mengaut keuntungan di samping mengorbankan kebajikan sosial dan

kepentingan awam. Para pekerja di sektor awam akan menghadapi ancaman pembuangan

kerja di samping beban kerja yang sentiasa bertambah dan sebagainya. Komplot, pakatan dan

campur tangan ahli-ahli politik menyebabkan dasar ini boleh bertukar menjadi jenayah kolar

putih.

RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (RMK2) (1971 – 1975)

Rancangan Malaysia Kedua ini merupakan satu rancangan yang berada dalam lingkungan

Rangka Rancangan Jangka Panjan pertama iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB). Rancangan ini

digunakan dalam tempoh lima tahun juga iaitu dari tahun 1971 hingga 1975. Lahirnya RMK2

ini melambangkan permulaan satu era baru dalam sejarah pembangunan ekonomi Malaysia.

16
Tujuan pelancaran RMK2 ini adalah untuk mengatasi masalah dan memperbetulkan

keadaan ketidakseimbangan sosioekonomi di antara kumpulan kaum di Negara ini. Ini kerana

setiap kaum menjalankan kegiatan ekonomi yang berlainan yang mampu menjadikan jurang

perbezaan yang besar antara satu kaum tersebut. Manakala peruntukkan yang telah

disediakan di bawah RMK2 ini ialah sebanyak RM7,250 juta.

Namun matlamat utama RMK2 adalah untuk meningkatkan nilai ditambah dan

eksport sebanyak 12.5 peratus dan 15 peratus setahun, masing-masingnya mewujudkan

peluang pekerjaan dengan kadar 7 peratus setahun, mempromosi industri berkala kecil dan

menyebarkan kegiatan perkilangan di kawasan negeri yang kurang maju.

Ini menunjukkan bahawa RMK2 ini lebih bertumpu kepada sector perkilangan yang

menjadi sektor utama dalam perkembangan ekonomi Negara pada masa itu. Sector

perkilangan ini juga memainkan peranan yang strategik untuk mencapai objektif dalam DEB

yang mepupakan RRJP pertama diperkenalkan iaitu dari segi pengembangan pekerjaan,

peningkatan pendapatan dan penyusunan semula masyarakat, terutamanya dalam membentuk

komuniti komersial dan industrialisme Melayu.

Pelbagai agensi telah ditubuhkan dalam pelaksanaan RMK2 ini bagi menjayakan

matlamat dan tujuan pelaksanaannya untuk meningkatkan mutu ekonomi Negara Malaysia.

Agensi-agensi ini ditubuhkan bagi membawa taraf ekonomi luar Bandar dan bumiputera ke

tahap yang lebih selesa sekaligus memberi mereka kelonggaran daripada kehidupan yang

diserabuti dengan kemiskinan iaitu seperti MARA, FAMA, Bank Pertanian,

FELCRA,FELDA, MADA, KADA, FOA (Farmer Organization Authority) dan lain-lainnya.

Pembangunan luar bandar pula dibentuk dengan adanya pembentukan KESEDAR,

KETENGAH, DARA dan KEJORA dan pertanian padi pula didijalankan dengan bantuan

agensi seperti MADA 1, MADA 2,KADA 1, KADA 2 seta kawasan-kawasan penanaman di

17
Besut, Barat Laut Selangor, Krian-Sungai Manik, Kemasin-Semarak, Trans-Perakk dan Balik

Pulau-Seberang Perai.

RMK-2 juga telah meletakkan matlamat pemilikan modal dalam sektor korporat

moden oleh kaum Bumiputera iaitu 9% bagi tahun 1975, 16% bagi tahun 1980, 23% bagi

tahun 1985 dan 30% bagi tahun 1990. Malah, ia juga telah berjaya menggalakkan penyertaan

yang lebih giat dan secara langsung oleh sektor awam dalam aktiviti- aktiviti ekonomi

terutamanya yang berkaitan dengan perdagangan dan perusahaan. Usaha yang paling

membanggakan Malaysia pada tahun 1974 ialah Kerajaan Malaysia telah menubuhkan

Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS).

RMK2 ini telah memberi sumbangan yang besar kepada peningkatan ekonomi Negara

kerana pada ketika itu kerana peningkatan yang diterima setelah menjalankan segala aktiviti

yang telah dirancang, menunjukkan bahawa peningkatan yang berlaku adalah melebihi target

yang dianggarkan. Ini menunjukkan segala agensi yang ditubuhkan memainkan peranan yang

penting dan amat berguna kepada pembangunan ekonomi di Malaysia.

RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (RMK3) (1976 – 1980)

Rancangan Malaysia Ketiga merupakan merupakan peringkat kedua dalam pelaksanaan

Dasar Ekonomi Baru(DEB). Rancangan ini merupakan salah satu rancangan yang dirangka

untuk menyambung kembali usaha yang terkebelakang terutamanya RMK2 dan

menghasilkan usaha baru bagi menjamin dan meningkatkan lagi taraf ekonomi Negara.

RMK3 ini telah dirangka dan dijalankan dalam tempoh lima tahun iaitu dari tahun

1976 hingga tahun 1980. Jumlah yang diperuntukkan untuk memajukan usaha dalam RMK3

ini adalah sebanyak RM18,600 juta dan 88 peratus daripadanya diperuntukkan kepada

pembangunan sosioekonomi manakala bakinya sebanyak 12 peratus diperuntukkan kepada

perbelanjaan pertahanan dan keselamatan Negara.

18
Pelaksanaan yang dilakukan dalam rancangan ini masih lagi didasarkan dengan

matlamat penubuhan DEB. Ini kerana RMK3 ini masih berada di bawak lingkungan Rangka

Rancangan Jangka Panjang Dasar Ekonomi Baru(DEB). Dalam hal ini, wujudlah RMK3

yang berpaksikan pada perkembangan perusahaan yang berintensifkan buruh, berasaskan

sumber alam termasuk pertanian dan berorientasikan eksport.

Beberapa strategi juga telah dilaksanakan oleh pihak tertentu iaitu dengan

menggalakkan kemajuan pembuatan dan pembinaan, dorongan-dorongan khas untuk industri

dan teknik pengeluaran yang menggunakan lebih banyak tenaga buruh. Seterusnya, industri-

industri kecil juga dibantu dengan menambahkan kemudahan-kemudahan kredit dan

perkhidmatan lanjutan di samping mengadakan pertalian yang lebih kukuh di antara

pengeluar-pengeluar kecil melalui kontrak-kontrak kecil.

Selain itu, kerajaan turut berusaha untuk menggalakkan lebih banyak pertumbuhan

pusat-pusat bandar di seluruh negara bagi mengurangkan kesesakan di bandar-bandar besar di

samping memperbanyakkan lagi kemudahan-kemudahan perumahan dan pengangkutan

awam di kawasan miskin di bandar-bandar besar.

Bagi mendapatkan faedah optima dari perkembangan perindustrian, dasar-dasar untuk

menggalakkan pelaburan telah dikaji semula dari semasa ke semasa. Ini bagi menjamin

supaya dasar-dasar itu membantu perkembangan guna tenaga dan penggunaan sumber-

sumber asli yang masih banyak matlamat seterusnya ialah untuk menggalakkan pengeluran

yang cekap dalam bidang perindustrian supaya kos dan kesan-kesan perindustrian terhadap

masyarakat adalah terkawal. Usaha-usaha untuk memperbaiki taraf hidup golongan miskin di

kawasan-kawasan bandar dan luar bandar dilaksanakan serentak dengan usaha

memperkembangkan guna tenaga dan pendapatan.

19
Program-program lain termasuk Projek Amalan Makanan dan Pemakanan dan

pembangunan masyarakat di kawasan-kawasan bandar dan luar bandar yang melibatkan

masyarakat tempatan dalam programprogram dan projek-projek pembangunan.

Perancangan pembangunan wilayah telah diperkenalkan di mana rancangan ini

dipercayai dapat merapatkan jurang perbezaan ekonomi menerusi rancangan pembangunan

bandar baru. Rancangan ini digiatkan melalui badan-badan tertentu seperti KEJORA, DARA,

KETENGAH dan KESEDAR. Sebanyak 28 bandar dibina di bawah rancangan KEJORA,

KETENGAH dan DARA menjelang tahun tahun 1980. Badan-badan berkanun seperti

MARA, FELDA, PERNAS, UDA dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan. Di

samping itu, kerajaan juga turut memberi penekanan kepada isu-isu alam sekitar dan

keselamatan negara.

Daripada segi pencapaian, Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) menghasilkan

jumlah pelaburan kasar untuk pembangunan yang bernilai sebanyak RM48,449 juta. Bagi 10

tahun pertama pelaksanaan DEB (1971-1980), ekonomi Malaysia telah berkembang pada

kadar 7.8% setahun. Kadar purata ini adalah rendah sedikit daripada matlamat 8% setahun

yang telah ditetapkan. Di antara faktor utama menyebabkan kadar pertumbuhan rendah ini

ialah kadar pertumbuhan yang lembab dalam sektor pertanian (iaitu pada kadar 4.3%

setahun).

Sektor-sektor lain pula kebanyakannya telah mencatatkan kadar pertumbuhan lebih

daripada 8% setahun. Kemajuan yang dicapai oleh sektor perindustrian dalam RMK3 adalah

menggalakkan. Sumbangannya kepada KDNK meningkat lagi, iaitu kepada 20.5 peratus pada

1980. Sumbangannya kepada guna tenaga dan pendapatan eksport adalah 24.5 peratus dan

25.2 peratus, masing-masingnya (Malaysia 1981). Dalam sektor pertanian pula, walaupun

sumbangan terhadap KDNK masih lebih besar daripada sektor perindustrian, tetapi merosot

20
kepada 22.8 peratus pada 1980. Negara akan menempuh masa lima tahun hadapan dengan

penuh keyakinan.

Di bawah dorongan RMK-3, pekerjaan di kalangan orang-orang Melayu dalam

sektor-sektor ekonomi yang dinamis dan moden telah bertambah baik, walaupun bilangannya

masih kurang, terutamanya di peringkat pengurusan dan eksekutif. Secara keseluruhan,

program-program Rancangan Malaysia Ketiga juga membantu dalam perkembangan

ekonomi negara walaupun rendah daripada matlamat.

RMK-3 telah dirangka berdasarkan kepada kekuatan ekonomi negara dan cabaran

yang dihadapi negara termasuk masalah keselamatan negara serta kemajuan penting ekonomi

dan sosial (hasil daripada usaha-usaha pembangunan yang lepas dan juga kekurangan yang

dialami dalam proses pembangunan). Rancangan ini merupakan satu usaha kerajaan yang

lebih tegas dan bersungguh-sungguh untuk membasmi kemiskinan serta menyusun semula

masyarakat bagi sepanjang tempoh tahun-tahun 1976-1980.

RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (RMK-4) (1981 – 1985)

Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4) yang dimulakan pada 1981 hingga 1985 merupakan

satu lagi langkah utama bagi mencapai matlamat-matlamat jangka panjang pembangunan

ekonomi dan perpaduan Negara di bawah Dasar Ekonomi Baru. Di bawah rancangan ini

kerajaan merangka pelbagai program dalam usaha memesatkan dan meningkatkan lagi

pendapatan dan taraf hidup rakyat negara ini.RMK-4 sebenarnya dilancarkan ketika negara

dilanda kemelesetan ekonomi terutamanya akibat daripada kejatuhan harga pasaran dunia

bijih timah dan getah. Fenomena ini menyebabkan negara mengalami pelbagai masalah

ekonomi contohnya kemerosotan dalam imbangan bayaran, kejatuhan harga dan penurunan

pendapatan eksport sektor komoditi, kelembapan sektor swasta dan juga peningkatan kadar

pengangguran secara langsung. Namun begitu, langkah-langkah pembangunan ekonomi tetap

21
diteruskan.Menurut kenyataan Kementerian Penerangan, peruntukan yang disediakan untuk

RMK-4 ini adalah sejumlah RM40 ribu juta. Daripada jumlah ini 57.9 peratus diperuntukkan

untuk pembangunan ekonomi, 16.2 peratus diperuntukkan untuk pembangunan sosial, 23.8

peratus diperuntukkan untuk keselamatan dan 2 peratus untuk pentadbiran awam. Daripada

pembahagian ini, penekanan masih diberikan kepada sektor pertanian dan luar bandar dengan

peruntukan sejumlah 21.3 peratus sektor perdagangan dan perindustrian pula sejumlah 13.8

peratus, pengangkutan sejumlah 10.5 peratus tenaga dan kemudahan awam sejumlah 8.3

peratus, pelajaran dan latihan sejumlah 7.6 peratus dan perkhidmatan sosial sejumlah 7.1

peratus. Sektor perusahaan berat menjayakan program pembangunan negara dalam

Rancangan Malaysia Keempat ini.

DASAR PENSWASTAAN

Penswastaan mula mendapat perhatian di Malaysia pada pertengahan tahun 1983 yang

menyaksikan penekanan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan negara.Rasional

penswastaan di Malaysia disebabkan faktor kecekapan pihak swasta memandangkan perlunya

pertumbuhan saiz sektor awam dikawal dalam keadaan kewangan kerajaan yang tidak begitu

kukuh sebagaimana yang dialami dalam tahun-tahun 1980-an.

Objektif dasar penswastaan yang telah dilancarkan pada bulan Mac 1983 adalah bertujuan

bagi;-

1.Mengurangkan beban kewangan kerajaan

2.Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja

3.Menggalakkan pertumbuhan ekonomi

4.Pengagihan sumber secara cekap

5. Mempercepatkan pencapaian hasrat DEB

22
Walaupun secara rasminya dasar ini telah dilancarkan pada tahun 1983, tetapi

pelaksanaannya hanya bermula sejak penghujung tahun 1985.

Antara projek penswastaan yang telah dilaksanakan ialah:

1) Lebuhraya Utara Selatan kepada Syarikat UEM Bhd.

2) TV3 oleh Syarikat Televisyen Malaysia Berhad (STMB)

3) Perkhidmatan Telefon kepada Syarikat Telekom Malaysia

4) Jabatan Pos

5) Desaru dan sebagainya.

Strategi dan Pelaksanaan

Ekonomi negara terus mengalami perkembangan dan kepelbagaian dalam tempoh Rancangan

Malaysia Keempat.Oleh yang demikian, unsur-unsur penting untuk strategi pembangunan

yang berkesan ialah secara meningkatkan daya pengeluaran pertanian, menambahkan dan

mempelbagaikan asas perindustrian, memodenkan sektor-sektor kewangan dan perkhidmatan

serta mempelbagaikan punca-punca pertumbuhan.Rancangan Malaysia Keempat juga

mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal, penggunaan

teknologi dan tenaga mahir.

Sehubungan itu, Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan bagi

menjayakan program pembangunan perindustrian berat ini. Di antara projek yang diletakkan

di bawah pengawasan HICOM adalah:

1. Kilang simen yang diuruskan oleh Kedah Cement Sendirian Berhad

2. Kilang pengeluaran besi berongga dan keluli oleh PERWAJA Sri Kemaman,

23
Terengganu

3. Pembuatan kereta iaitu Proton Saga oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian

Berhad

Selain itu, usaha juga dilakukan bagi menarik lebih ramai pelabur asing dengan membuka

kawasan perindustrian baru seperti Senawang, Skudai, Bintulu, Menggatal dan Likas.

Kawasan perdagangan bebas juga dibuka atas motif yang sama seperti di Bayan Lepas, Pulau

Pinang. Manakala, pada tahun 1983, dua buah program pula dilancarkan bagi mengkaji

struktur perusahaan awam iaitu :

1. Kajian Dasar Perindustrian Malaysia

2. Pelan Induk Perindustrian (PIP)

Bukan itu sahaja, Kerajaan juga berusaha untuk menyumbangkan pemilikan harta dan saham

perindustrian di antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera dengan caramenubuhkan

Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN)

pada 1981.RMK-4 turut memberi penekanan dalam aspek strategi pembasmian kemiskinan

dan penyusunan semula rakyat.Tumpuan utama usaha-usaha menyusun semula guna tenaga

ialah menerusi program-program pelajaran dan latihan untuk menambahkan bilangan

Bumiputera yang terlatih, terutamanya di peringkat pelajaran tinggi.

Strategi untuk memastikan pencapaian pemilikan oleh Bumiputera sekurang-kurangnya 30%

dari jumlah modal saham dalam sektor syarikat diteruskan melalui pembelian modal saham

oleh agensi-agensi amanah. Agensi-agensi amanah ini termasuklah Permodalan Nasional

Berhad (PNB), Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Majlis Amanah Rakyat

(MARA) dan Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) menjadi

badan-badan utama bagi memberi saham-saham yang sedia ada.Rancangan Malaysia

Keempat mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal,

penggunaan teknologi dan tenaga mahir.

24
Pencapaian RMK-4

Kemajuan dalam usaha-usaha membasmi kemiskinan telah mengurangkan kadar kemiskinan

dari 49.3% dalam tahun 1970 kepada 29.2% dalam tahun 1980. Kemajuan ini telah dicapai

hasil dari pembangunan ekonomi dan sosial yang pesat dalam tempoh 1971-1980 dengan

kemajuan yang besar dicapai dari segi guna tenaga dan daya pengeluaran dalam sektor

pertanian menerusi program seperti pembangunan tanah dan kawasan yang sedia ada dan

dibantu oleh harga barangan yang tinggi.

Kerajaan telah memperluaskan perkhidmatan-perkhidmatan seperti menyebarkan hasil-hasil

penyelidikan, menyediakan khidmat nasihat dan perundingan, latihan, kemudahan kredit dan

pinjaman. Penyelidikan berkenaan akan dijalankan oleh Institut Penyelidikan Getah Malaysia

(RRIM) dan Persatuan Penyelidikan dan Pengeluar-pengeluar Getah Malaysia (MRPRA)

sementara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan

meneruskan kegiatan penyelidikannya berkenaan dengan penggunaan dan pemprosesan

barang-barang pertanian, ternakan dan perikanan untuk kegunaan perindustrian dan

perdagangan.

Dalam RMK-4 kerajaan turut memberi keutamaan kepada kemajuan kemahiran, pengetahuan

teknikal dan keusahawanan.Bagi tujuan ini, peranan institusi-institusi seperti Institut Latihan

Perindustrian, Institut dan Sekolah-sekolah Vokasional, Pusat Latihan Belia serta universiti

dan kolej telah dipergiatkan.

Dari segi pencapaian secara keseluruhan, KDNK telah berkembang pada kadar purata 5.8%

setahun. Pendapatan per kapita turut meningkat sebanyak 4.4% setahun daripada $3171 juta

pada tahun 1980 kepada $4609 juta pada tahun 1985.Prospek bagi pembangunan ekonomi

yang berterusan dalam tempoh RME adalah cerah. Seperti yang berlaku di tahun-tahun

25
sebelumnya, ketahanan dan asas sumber ekonomi yang kuat akan membolehkan negara

menghadapi perkembangan buruk dalam ekonomi dunia.

RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (RMK-5) (1986-1990)

Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) telah memperkenalkan satu fasa baru dalam

pembangunan negara dengan strategi yng menekankan pertumbuhan ekonomi yng sederhana

dan stabil.Satu perkara yang diberi penekanan sepenuhnya ialah perpaduan negara yang

merupakan matlamat keseluruhan pembangunan sosioekonomi. Tumpuan usaha-usaha

perpaduan negara ialah untuk memupuk semangat kebangsaan di kalangan rakyat

Malaysia..Rakyat Malaysia dipupuk rasa cinta dan bangga terhadap negara sert sentiasa

berpandu kepada Rukun Negara.

Justeru matlmat Rancangan Malaysia Kelima adalah untuk mencapai perpaduan negara,

Dasar Ekonomi Baru mengecap pertumbuhan yang dapat menjamin kestabilan ekonomi

negara. Fenomena ini masih perlu mengmbil kira keadaan negara waktu itu yang masih

dalam era kemelesetan.Menurut sumber Kementerian Penerangan, secara keseluruhan,

jumlah peruntukan bagi RMK-5 adalah sejumlah RM69,000 juta. Daripada jumlah ini, 89.2

peratus diperuntukkan untuk perbelanjaan sosioekonomi, 6.5 peratus untuk keselamatan dan

pertahanan dan 4 peratus untuk pentadbiran awam.

Strategi dan Pelaksanaan RMK-5

Dalam tempoh RMK-5, kerajaan telah mewujudkan dan melaksanakan beberapa strategi

yang dilaksanakan dalam RMK-5. Strategi yang dilaksanakan di dalam RMK-5 termasuklah

peningkatan peranan sektor swasta melalui proses deregulation (pelonggaran peraturan dan

kawalan) dalam aspek hak milik syarikat, perlesenan dan aktiviti ekonomi lain untuk

mendorong persaingan yang sihat dan meningkatkan kecekapan. Syarat-syarat pelaburan

26
modal asing turut dilonggarkan bagi meningkatkan pelaburan industri terutamanya industri

yang berorientasikan ekspot.

Selain industry berorientasikan eksport, kerajaan juga menggalakkan sektor pertanian dan

industri luar bandar. Beberapa syarat dilonggarkan seperti syarat-syarat penggunaan tanah,

penanaman padi secara ladang, penggunaan tanah lombong untuk pertanian dan penanaman

tanaman lain yang sesuai di sawah-sawah terbiar. Usaha menggalakkan perindustrian pula

didokong dengan langkah- langkah pengurangan kadar bayaran elektrik, telefon, air, tapak

kilang dan lain-lain.

RMK-5 turut merangka sebuah strategi baru iaitu penekanan terhadap bidang penyelidikan

dan pembangunan (R&D). Strategi ini diharap dapat meningkatkan kadar produktiviti,

keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan. Usaha pembangunan sumber manusia turut

dititikberatkan seperti latihan kemahiran dalam bidang pengurusan, keusahawanan,

pembinaan, perhotelan dan perkapalan.

Perancangan dan pembangunan peringkat wilayah dan kawasan serta pembangunan bandar-

bandar baru juga diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Kelima ini bertujuan bagi

mengurangkan pertindihan pelaburan dan infrastruktur serta meluaskan faedah pembangunan

kepada seluruh wilayah.Perindustrian yang bersepadu telah digalakkan terutama di pusat-

pusat yang berpotensi tinggi untuk berkembang.Bagi pertumbuhan bandar-bandar baru, garis

panduan yang digunakan berasaskan pertumbuhan semulajadi dan bukannya pertumbuhan

rekaan.Beberapa bandar yang sedia ada dalam kawasan mundur telah dimajukan untuk

mengurangkan penghijrahan pekerja ke kawasan bandar. Sektor pelancongan turut diberi

perhatian seperti menggalakkan pembinaan hotel oleh pihak swasta, menggalakkan pihak

swasta menyediakan kemudahan pelancongan, menubuhkan Perbadanan Pelancongan

Malaysia dan melancarkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.

27
Kajian-kajian mengenai prestasi dan produktiviti dijalankan oleh agensi-agensi seperti

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan

Tenaga Manusia (MAMPU).Seterusnya, perhatian juga diberikan kepada usaha-usaha untuk

meningkatkan lagi kemahiran ikhtisas dan teknik serta menambah bilangan tenaga kerja

dalam kemahiran-kemahiran tersebut.

Pencapaian RMK-5

Prestasi ekonomi sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kelima amat membanggakan. Pada

keseluruhannya, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebenar telah berkembang pada

kadar 6.7 peratus setahun berbanding dengan matlamat RMK-5 pada kadar 5.0 peratus.

Prestasi yang menggalakkan ini adalah hasil daripada kejayaan pelaksanaan langkah-langkah

penyesuaian yang diambil sejak tahun 1983 bagi mengukuhkan sektor awam dan

mengurangkan defisit belanjawan.Tambahan pula, dasar-dasar perdagangan dan pelaburan

yang liberal yang diperkenalkan semasa kemelesetan pada tahun 1985-86 telah

menambahkan keyakinan para peniaga dan meningkatkan pelaburan swasta.Faktor-faktor

tersebut berserta dengan persekitaran luar negeri yang bertambah baik, telah membolehkan

ekonomi pulih dengan segera.

Pelaksanaan dasar dan strategi untuk mencapai matlamat agihan pendapatan yang lebih

saksama disertai pula dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat, terutamanya dalam tempoh

separuh penggal kedua Rancangan Malaysia Kelima telah menghasilkan kemajuan yang

ketara dalam corak agihan pendapatan. Corak agihan pendapatan yang lebih baik yang telah

dicapai, mencerminkan kemajuan yang menggalakkan dalam usaha menambah guna tenaga

dan penyertaan Bumiputera di dalam sektor moden ekonomi negara. Pertambahan bilangan

tenaga kerja Bumiputera yang terpelajar dan kemunculan golongan peniaga Bumiputera serta

peningkatan penglibatan mereka dalam aktiviti ekonomi moden, telah dapat menambah

28
bilangan Bumiputera di dalam kumpulan

berpendapatan tinggi.

Dalam tempoh RMK-5, walaupun kemajuan telah dicapai dalam pembentukan Masyarakat

Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), pada keseluruhannya penyertaan yang

berdaya maju Bumiputera di sektor moden masih lagi terhad. Faktor-faktor penting yang

membawa kepada pencapaian yang masih rendah ini adalah asas perniagaan mereka yang

kecil dan terbatas, kekurangan pengalaman dan juga kekurangan dari segi kemampuan

pengurusan.

Di samping itu, pertumbuhan yang perlahan semasa kemelesetan ekonomi telah juga

menjejaskan prestasi peniaga Bumiputera, menandakan bahawa usaha pembangunan MPPB

masih belum mencapai asas yang kukuh dan berdaya tahan.Sebagai sebahagian daripada

program untuk membantu perniagaan Bumiputera, Kerajaan telah mewujudkan tabungtabung

khas seperti Tabung Pemulihan Usahawan dan Tabung Usahawan Baru. Di samping itu, had

maksimum pinjaman yang ditawarkan oleh agensi-agensi seperti Majlis Amanah Rakyat

(MARA) dan Syarikat Jaminan Kredit (CGC) kepada peniaga- peniaga kecil juga telah di

tambah.

Dalam dekad-dekad yang lepas negara telah berjaya memperkukuhkan lagi asas pertumbuhan

ekonomi.Negara telah dapat mengatasi beberapa cabaran ekonomi sepanjang tempoh

pembangunan sehingga kini.Tugas mengekalkan dan seterusnya meningkatkan lagi

perkembangan ekonomi negara adalah satu tindakan berterusan. Hasrat dan aspirasi negara

untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 akan diberi tekanan dalam projek-

projek pembangunan negara.

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

29
Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1)

dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi

Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran.Sesuatu

yang tidak boleh disangka adalah pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh

namun banyak kejayaan telah dicapai. Jelas bahawa proses sosio-ekonomi DEB ini

memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil

kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia amnya.

DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana

Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991.Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2)

1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan

bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara

maju menjelang tahun 2020. 

  

OBJEKTIF

Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang

bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan

mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah

membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari

segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan

pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.

STRATEGI PELAKSANAAN

DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan

30
penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi

antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara.

DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang

yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:

(i) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan

ekonomi dengan pengagihan yang saksama.

(ii)   Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi

untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan

pertumbuhan.

(iii) Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi

negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang

diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat

Malaysia.

(iv) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang

ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan

antara kawasan bandar dan luar bandar.

(v) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat

menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial

dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.

(vi)  Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang

berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi

menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan

tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.

(vii) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan

dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan

31
keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta

memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi

perindustrian yang moden.

(viii) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian

yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya

dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan

secara berterusan.

DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB serta

kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaannya.Ia mengandungi beberapa

peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu dimensi baru dalam usaha

pembangunan, terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

PROGRAM PELAKSANAAN

Beberapa pendekatan baru yang diambil dalam usaha melaksanakan DPN adalah seperti

berikut:

(i) Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan 

Pendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambil kira keperluan

untuk mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. Dalam proses

menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan juga

mengurangkan ketidakseimbangan, penekanan akan diberikan kepada aspek-aspek

pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan.

(ii) Persaingan Dalam Pasaran Antarabangsa 

DPN telah mengambil kira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih

terdaya dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru. Di

32
dalam menghadapi persaingan antarabangsa, Malaysia perlu meningkatkan daya

tarikan kepada pelabur dan pengusaha supaya dapat memperluaskan urusan

mereka di negara ini. Dalam bidang eksport pula, halangan-halangan

(perlindungan) perdagangan antarabangsa akan meningkat. Untuk mengatasi

masalah ini, Malaysia akan terus mengamalkan dasar liberal yang boleh

menggalakkan sektor swasta lebih bersedia menghadapi risiko berkaitan. Para

pengeksport negara juga perlu mengurangkan pergantungan mereka kepada

Sistem Keutamaan Am (GSP) dan menjadi pengeksport yang mempunyai daya

saingan yang tinggi.

DASAR WAWASAN 2020

PENGENALAN

Menurut Wikipedia, Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Bekas Perdana Menteri

kita Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk

meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya

menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang

ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga

perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan

sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah

bangsa, serta juga keyakinan. Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28

Februari 1991, Y.A.B. Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk

33
"Malaysia - Melangkah ke Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja

mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya

dikenali sebagai "Wawasan 2020". Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas

tetapi merupakan tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang

berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada

negara. Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja

mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh

yang akan ditempuh oleh negara. Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah

pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020.

Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan

merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan

kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi

negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat

akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik,

bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan

yang tinggi. Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat

iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada

cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah

kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau

fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna

dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.

Petikan kertaskerja Tun Dr Mahathir tentang Wawasan 2020;

"Matlamat utama yang patut kita tuju ialah Malaysia yang menjadi negara maju sepenuhnya

menjelang tahun 2020.

34
Adakah kita mahu menjadi seperti 19 negara sekarang yang digelar negara maju? Setiap

daripada 19 buah negara ini mempunyai kekuatan tersendiri. Tetapi setiap negara itu juga

mempunyai kelemahannya. Tanpa meniru salah satu daripada negara berkenaan, kita masih

boleh membangun. Kita patut menjadi negara maju mengikut cita rasa kita.

Malaysia tidak patut dibangunkan daripada segi ekonomi sahaja. Ia mesti menjadi negara

maju sepenuhnya dalam semua bidang: ekonomi, sosial, kejiwaan, psikologi dan kebudayaan.

Kita mesti maju dalam erti kata perpaduan nasional dan sosial, kestabilan politik, sistem

kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kejiwaan, maruah bangsa dan keyakinan.

Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi negara bersatu dengan masyarakat Malaysia

yang yakin mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang

demokrasi liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi,

progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya dalam ekonomi yang

bersaing dinamik, giat dan kental.

Tidak akan wujud Malaysia yang maju sepenuhnya sehingga kita akhirnya mengatasi

sembilan cabaran strategi yang kita hadapi sejak kelahiran kita sebagai negara merdeka."

(Tun Dr. Mahathir Mohammad "Malaysia Melangkah Ke Hadapan", 28 Februari 1994)

OBJEKTIF

Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi

pelbagai halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Di bawah ini diperturunkan

sembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu:

(i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa

dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat
2
http://lelucon2020.blogspot.com/2009/01/cerita-tentang-wawasan.html

35
wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan

didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada

negara;

(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan

terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai

masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai

kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati

oleh rakyat negara lain;

(iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan

satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang

boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;

(iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana

warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika

paling tinggi;

(v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur rakyat pelbagai kaum bebas

mengamalkan adat,kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang

sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;

(vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan

tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi

juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan;

36
(vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial

yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan

tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang

kukuh;

(viii) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang

melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud

perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat

sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi

ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum; dan

(ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik,

giat dan kental.

PERSPEKTIF

Cabaran-cabaran di atas sebenarnya telah membangkitkan beberapa isu utama yang

harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu ini ialah:-

(i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia. Konsep satu negara bangsa mempunyai

makna yang dalam kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak

dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu

negara bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya

mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk

kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah seperti

37
perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami

dan diamalkan.

(ii) Negara Perindustrian. Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan

kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian adalah mempunyai status negara

maju. Wawasan 2020 berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi

ini yang telah dimulakan sejak merdeka lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi

dipertengahan jalan. Ini adalah kerana proses ini bukan sahaja melibatkan transformasi

daripada kehidupan bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan perubahan

teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Masyarakat negara maju adalah masyarakat

yang didokong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang tinggi yang bukan

setakat boleh mencedok atau mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh mencipta,

menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara perindustrian pertumbuhan

ekonomi yangamat pesat amatlah penting. Ia sudah tentunya berkait dengan

sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara langsung melibatkan soal modal,

pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan menghadapi

cabaran-cabaran. Di peringkat ini peranan sektor swasta amatlah besar kerana ia akan

menjadi jentera pertumbuhan.

(iii) Keadilan Ekonomi dan Sosial. Penwujudan satu masyarakat yang adil dalam

bidang ekonomi dan sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar

yang perlu dihadapi bagi penwujudan satu negara maju dan bersatu. Ini ialah kerana dalam

sebuah negara maju tidak patut wujud keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai

segala-galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir. Pernyataan Wawasan ini adalah

mempakan penegasan semula keatas isu yang sentiasa diberi dan meminta perhatian

38
utama iaitu pembasmian kemiskinan, keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di

antara wilayah, di antara negeri dan diantara bandar dan luar bandar. Dalam konteks ini

Wawasan 2020 sebenarnya telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir terhadap

bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum golongan sebagai tidak adil, sebaliknya

hendaklah menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki ketidak-adilan.

Kesungguhan bagi mencapai tahap keseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan ke

dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan dilaksanakan melalui program dan

projek Rancangan Malaysia Keenam.

(iv) Moral dan Etika. Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang yang

lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala- Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah

berpegang kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama.

Penganutan falsafah ini adalah penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai

moral dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan

sebaliknya banyak

membawa keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni(seperti di dalam Dasar Penerapan

Nilai-Nilai Islam) akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan

kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.

(v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan. Wawasan ini telah

mengetengahkan perkara pokok sistem sosial iaitu pembangunan keluarga berdasarkan

hakikat bahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakat pula

menjadi asas pembinaan negara. Ini membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan

sesebuah negara itu bermula dan terletak pada keluarga dan masyarakat. Penegasan ini

amatlah benar kerana keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yang mencorakkan

39
kualiti individu yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa

yang merangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk masyarakat penyayang dan

budaya menyayangi) sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini hendaklah

digerakkan dari awal lagi dan ini memerlukan rakyat menyedari kepentingan institusi

keluarga dalam memajukan negara dan mengambil langkah-langkah perlu bagi mewujudkan

keluarga dan masyarakat yang sempurna.

PENUTUP

Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata

kerana ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi

negara perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia

juga menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti

pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan,

pembangunan sumber manusia dan lain-lain.

Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih

merupakan rangka kerja tindakan framework of action bagi setiap rakyat untuk mengambil

langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar

maju dan makmur. Dalam konteks ini Wawasan tersebut memerlukan beberapa

perisian penting, di antaranya ialah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem

pendidikan, perubahan sikap dan nilai, penekanan keada sains dan teknologi,

perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih dinamik.

RANCANGAN MALAYSIA KE-ENAM (RMK-6) (1991-1995)

40
Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) yang meliputi tempoh 1991-1995, merupakan fasa

pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000. Dasar

Pembangunan Nasional (DPN) yang terkandung dalam RRJP2 menetapkan keseluruhan

objektif, strategi dan matlamat yang akan dijadikan panduan kepada pembangunan negara

dalam tahun- tahun sembilan puluhan. RMK-6 menjelaskan strategi, program dan projek

yang akan dibentuk bagi mencapai objektif DPN.

Teras utama RMK-6 ialah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang

tinggi dan menguruskannya dengan berkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi yang

lebih seimbang.Penekanan kepada ‘pembangunan seimbang’ adalah berdasarkan kepada

kesedaran bahawa sungguhpun terdapat kemajuan dalam pertumbuhan ekonomi dan

pengagihan, pertumbuhan yang mantap memerlukan asas ekonomi yang lebih luas.Strategi

pembangunan seimbang merangkumi dasar-dasar untuk mempelbagaikan asas perindustrian,

meningkatkan pembangunan sumber manusia, menggalakkan peningkatan teknologi dan

mengurangkan ketidakseimbangan struktur di antara sektor dan antara wilayah di negara ini.

STRATEGI DAN PELAKSANAAN RMK-6.

Beberapa strategi telah dirangka untuk mencapai matlamat-matlamat Rancangan Malaysia

Keenam (RMk-6).Antaranya, kecekapan daya saing ekonomi ditingkatkan di samping

menggalakkan sektor swasta terus memainkan peranan utama dalam perkembangan ekonomi

negara.

Kerajaan akan meningkatkan hasil serta mengurangkan perbelanjaan yang tidak

produktif dan menyegerakan program penswastaan. Langkahlangkah yang lebih giat diambil

bagi memperkukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal supaya tabungan dalam

negeri dapat ditingkatkan dan disalurkan secara cekap kepada sektor ekonomi yang produktif

terutamanya sektor pembuatan.

41
PENCAPAIAN RMK-6

Ekonomi Malaysia dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) adalah

memberangsangkan.Pelaksanaan dasar ekonomi yang teguh dan peningkatan daya saing

negara telah menyumbang kepada pencapaian pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan

harga yang secara relatifnya lebih stabil.Ekonomi negara telah digerakkan oleh peningkatan

pesat pelaburan swasta yang didorong oleh kemasukan pelaburan asing yang besar, tabungan

dalam negeri yang tinggi dan kepesatan pelaksanaan program penswastaan.Sektor eksport

telah menunjukkan prestasi yang menggalakkan walaupun negara perindustrian utama

mengalami pertumbuhan yang lembab dalam separuh pertama tempoh rancangan.

Sektor swasta memainkan peranan utama dalam pembangunan ekonomi manakala

sektor awam terus memainkan peranan sokongan yang aktif. Dalam tempoh RMK-6,

pengurusan ekonomi telah meningkatkan pengeluaran dan daya saing Malaysia. Kejayaan

Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi secara berterusan beserta kestabilan

harga adalah hasil pelaksanaan dasar dan strategi ekonomi yang berkesan.Liberalisasi yang

berterusan ke atas peraturan dan tatacara dengan disokong oleh suasana politik yang stabil

telah mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi meningkatkan pelaburan swasta.Malaysia

telah berjaya membiayai pelaburan ini melalui tabungan dalam negeri dan kemasukan

Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang tinggi.

Usaha ke arah pembangunan perindustrian telah menghasilkan keluaran yang lebih

berkualiti, meningkatkan kecekapan dan daya saing eksport Malaysia.Sumber telah

diperuntukkan bagi pembangunan sains dan teknologi (S&T), penyelidikan dan

pembangunan (P&P) serta sumber manusia untuk meningkatkan produktiviti.Pasaran

kewangan telah diperkukuhkan dan ini telah memudahkan penggemblengan tabungan dalam

negeri manakala pasaran modal pula telah dimajukan untuk memenuhi pelbagai keperluan

42
yang semakin meningkat bagi sebuah ekonomi yang menuju ke taraf

perindustrian.Peningkatan pengeluaran sektor kecil kelapa sawit, ternakan dan perikanan

telah menyumbang kepada pertumbuhan sektor ini.Begitu juga dengan sektor perlombongan

yang telah mencapai pertumbuhan purata sebanyak 2.9 peratus setahun iaitu lebih tinggi

daripada sasaran 1.1 peratus, hasil daripada peningkatan pengeluaran gas.

Tahun terakhir RMK-6 merupakan tahun kelapan berturut-turut ekonomi negara

mencapai pertumbuhan pesat, menjadikannya tempoh pertumbuhan paling rancak dan

terpanjang yang pernah dinikmati sehingga kini. Lebih penting lagi kadar pertumbuhan yang

tinggi tersebut dicapai dalam suasana harga yang secara relatifnya stabil. Dengan asas yang

kukuh menjadi landasan perkembangan pesat ekonomi sedia ada disertai suasana sosial dan

politik yang teguh, negara telah melangkah ke fasa kedua pembangunan di bawah RRJP2

dengan kemampuan yang lebih tinggi untuk menghadapi cabaran semasa.Ianya juga

menyediakan landasan bagi kerajaan mempercepatkan pencapaian objektif pertumbuhan

seimbang sebagaimana yang termaktub di bawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

dengan matlamat utama mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil dan bersatu padu. 

RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH (RMK-7) (1996-2000).

RMK-7 dilaksanakan antara tahun 1996 - 2000, meliputi fasa kedua RRJP2.RMK-7 disedia

berasaskan kejayaan pelaksanaan Rancangan Malaysia Keenam, dan bertujuan membawa

negara ke abad ke 21 secara berkesan. Rancangan ini dirangka berasaskan strategi-strategi

baru bagi menangani cabaran dan perubahan yang akan dihadapi oleh masyarakat dan

ekonomi.RMK-7 mengekalkan penekanan kepada konsep pembangunan seimbang

sebagaimana di dalam DPN. Rancangan cuba mempastikan hasil pertumbuhan ekonomi

diagihkan secara saksama kepada semua kumpulan etnik. Antara strategi baru yang

dilaksanakan adalah seperti strategi pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh pelaburan atau

43
input yang diutamakan dalam rancangan terdahulu kepada strategi pertumbuhan didorong

oleh produktiviti. Selain itu, peralihan juga akan dibuat kepada pengeluaran berskala besar

bagi eksport oleh industri-industri Malaysia.

RMK-7 juga menekankan kepentingan sumber manusia dengan menambah bidang

latihan dan pendidikan.Strategi baru juga dilaksanakan untuk memperkayakan sains dan

teknologi.Selain itu, seperti dalam rancangan terdahulu RMK-7 juga menekankan peranan

sektor swasta dalam menyumbangkan pertumbuhan ekonomi negara. Walaupun RMK-7

dilancarkan pada saat ekonomi sedang berkembang pesat (1996), namun sepanjang

perlaksanaannya rancangan ini akan dikenang kerana telah menghadapi tempoh sukar ekoran

kelembapan ekonomi terutama pada tahun 1998.Rancangan ekonomi terjejas akibat krisis

kewangan yang bermula pada Julai 1997. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk

mempastikan ekonomi negara, juga kestabilan negara tidak terus terjejas seperti penubuhan

Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 7 Januari 1998 dan Pelan Pemulihan

Ekonomi Negara (PPEN) pada 23 Julai 1998.

STRATEGI DAN PELAKSANAAN RMK-7

Dalam tempoh RMK-7, pengurusan ekonomi makro diberi tumpuan kepada mengekalkan

pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan kestabilan bagi memudahkan pencapaian objektif

sosioekonomi dalam konteks perkembangan ekonomi yang pesat. Usaha diteruskan melalui

dasar fiskal dan kewangan yang bersesuaian serta langkah pentadbiran dan penyesuaian

penawaran. Usaha juga ditumpukan untuk mengurangkan kadar kemiskinan ke tahap 5.5

peratus manakala kemiskinan di kalangan golongan termiskin akan dapat dibasmi

sepenuhnya menjelang tahun 2000. Dalam hubungan ini, program membasmi kemiskinan

termasuk Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) akan ditumpukan kepada

44
pengurangan kemiskinan di kawasan dan di kalangan kumpulan yang kadar kemiskinannya

tinggi.

Beberapa cabaran telah dikenal pasti dalam pelaksanaan RMK-7 ini. Cabaran utama

yang akan dihadapi oleh negara pada masa hadapan termasuklah memesatkan transformasi

ekonomi daripada pertumbuhan yang didorong oleh pelaburan kepada pertumbuhan yang

didorong oleh produktiviti dan kualiti melalui peningkatan kecekapan faktor buruh dan modal

serta produktiviti faktor keseluruhan (TFP) dengan meningkatkan kemahiran, mendalamkan

modal di samping memajukan pengurusan dan keusahawanan.

Antara strategi lain yang diusahakan dalam RMK-7 ialah:-

- Membangunkan sektor perkhidmatan yang moden, dinamik dan berorientasi terbuka

bagi membolehkannya bukan sahaja menjadi pemangkin utama pertumbuhan tetapi

juga berpotensi untuk diekspot dalam perdagangan antarabangsa.

- Memperkukuhkan sains dan teknologi (S&T) dan meningkatkan penyelidikan dan

pembangunan (P&P) untuk menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi negara

serta memajukan teknologi maklumat (IT) bagi membolehkan negara beralih daripada

hanya sebagai pengguna produk multimedia kepada pembekal dan pemaju IT.

- Memastikan pembangunan mapan bukan sahaja melalui kesedaran yang lebih tinggi

terhadap pemuliharaan alam sekitar tetapi juga menekankan pertimbangan yang

bersepadu mengenai alam sekitar dalam proses pembangunan ekonomi dan sosial.

- Menekankan usaha yang lebih gigih ke arah pengagihan pertambahan pendapatan dan

kekayaan negara dengan saksama bertujuan mengekalkan kestabilan sosioekonomi

yang berterusan serta mempercepatkan penyusunan semula masyarakat dan akhir

sekali menangani masalah sosial yang semakin meningkat berikutan daripada

45
pertumbuhan yang pesat bagi memastikan ianya tidak melemahkan moral dan etika

masyarakat terutamanya di kalangan golongan muda dan generasi masa hadapan.U

Usaha mewujudkan ekonomi yang lebihseimbang, mempunyai asas yang luas, berdaya tahan

dan berdaya saing diperingkat antarabangsa tetap penting bagi menyediakan asas yang lebih

kukuh untuk mencapai pertumbuhan yang mampan terutamanya dalam proses peralihan ke

arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

DASAR WAWASAN NEGARA

RMK-8 juga turut memperkenalkan Dasar Wawasan Negara (DWN) yang menggabungkan

teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar

Pembangunan Nasional (DPN) dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional.

Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan

pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama.DWN juga berpandu kepada

cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk

menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020.

Bagi merealisasikan objektif ini, DWN akan merangkumi teras kritikal seperti

berikut:-

• Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan.

• Menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat

supaya lebih bertolak ansur dan penyayang juga tersemat dengan nilai positif dan

meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi

• Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber

46
pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro

• Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.

• Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk

meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya

pemikiran rakyat

• Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap,

produktif dan berpengetahuan

• Meneruskan pembangunan alam sektor yang mapan untuk meneguhkan pertumbuhan

jangka panjang.

RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN (RMK-8) (2001-2005)

Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) yang meliputi tempoh 2001 – 2005 merupakan fasa

pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3), 2001 – 2010.

Dasar Wawasan Negara (DWN) yang juga terkandung dalam RRJP3 menentukan arah

pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke-21.RMK-8 menggabungkan strategi,

program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif DWN, iaitu pertumbuhan mapan

dan pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan

saksama. Dasar dan strategi dalam tempoh RMK-8 memberi tumpuan untuk mencapai

pertumbuhan dengan berdaya tahan.

Teras RMK-8 adalah mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi yang didorong

oleh input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan. RMK-8 akan memberi lebih

tumpuan kepada inisiatif sektor swasta sementara sektor awam akan menyediakan rangka

dasar institusi yang kondusif serta perkhidmatan berkualiti bagi membantu pembangunan

sektor swasta. Dalam usaha meningkatkan daya saing negara, penekanan khusus akan diberi

47
bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan menerusi pembangunan sumber manusia,

peningkatan aktiviti dan P&P serta penggunaan teknologi terkini terutamanya ICT.

STRATEGI DAN PELAKSANAAN RMK-8

Antara yang diberi penekanan dalam Rancangan ialah meneruskan pengurusan ekonomi yang

mantap. Malaysia akan meneruskan matlamat untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang

pesat dengan kadar inflasi yang rendah dan akaun luar negara serta belanjawan. Dalam

tempoh RMK-8 melalui pelaksanaan langkah-langkah untuk meningkatkan potensi keluaran,

pertumbuhan ekonomi disasarkan pada kadar 7.5 peratus setahun.

Usaha diambil bagi meningkatkan kecekapan dalam penggunaan modal,

melaksanakan pelaburan berkualiti dan produktif serta meningkatkan produktiviti

buruh.Usaha juga diteruskan dengan menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam negeri dan

menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang berkualiti.Ia bertujuan bagi menggalakkan

pelaburan swasta dalam negeri supaya ekonomi dapat dibangunkan berasaskan strategi

pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan dalam negeri dan mengukuhkan daya

tahan ekonomi.Dalam tempoh RMK-8, penswastaan terus dilaksanakan bagi membantu

pertumbuhan ekonomi. Bagi memastikan orangawam mempunyai peluang penyertaan yang

saksama dalam entiti yang diswastakan, entiti yang dikorporatkan yang berjaya secara

komersial akan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 98 projek telah diswastakan yang terdiri daripada

47 projek sedia ada dan 51 projek baru. Daripada jumlah projek baru yang diswastakan, 49

projek adalah dalam sektor pembinaan, pengangkutan serta elektrik dan gas. Antara projek

yang dijalankan adalah:

 Lebuhraya Damansara-Puchong.

48
 Menaiktaraf Jalan Sungai Besi dan tiga Penjanakuasa Elektrik Persendirian iaitu di

Sandakan, Karambunai dan Batu Sapi di Sabah.

 Sistem Monorel di Kuala Lumpur, hubungan Kereta Api Ekspres (ERL) dari Kuala

Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

 Pembangunan 10,000 unit rumah guru.

 Projek bekalan air Fasa III di Selangor.

PENCAPAIAN RMK-8

Semua sektor ekonomi negara menampakkan kemajuan termasuklah pengembangan sektor

ekonomi baru seperti Sains, Teknologi dan Komunikasi (ICT). Hasil pertumbuhan ini, jumlah

ekspot negara meningkat pada kadar purata 13.5 peratus setahun dalam tempoh 1991 hingga

2005 menjadikan negara kita negara pedagang yang ke-18 terbesar dunia. Dari segi sosial

negara terus memperlihatkan kemajuan.Kadar kemiskinan dapat diturunkan daripada 22.8

peratus pada tahun 1990 kepada 5.7 peratus pada tahun 2004.Keperluan asas seperti

perkhidmatan kesihatan, pendidikan serta perumahan lebih banyak disediakan, demikian juga

dengan perkembangan prasarana dan utiliti.

Program penswastaan akan terus dilaksanakan dalam tempoh RMK- 8

memandangkan sumbangannya dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti entiti yang

diswastakan dan memberi manfaat kepada orang awam serta menggiatkan pembangunan

ekonomi. Ini selaras dengan mencapai matlamat teras RMK-8 untuk mengekalkan

pertumbuhan dan daya saing bagi menghadapi perkembangan globalisasi dan liberalisasi.

Bagi membolehkan negara membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan,

ekonomi negara perlu beroperasi pada sempadan pengeluaran yang lebih tinggi dan

mempercepatkan peralihan daripada pertumbuhan yang didorong oleh input kepada

pertumbuhan didorong oleh produktiviti. Pada masa yang sama, tumpuan juga diberi bagi

49
meningkatkan kualiti hidup melalui penyediaan perkhidmatan sosial yang lebih baik

termasuk kemudahan pendidikan dan kesihatan, perumahan yang mencukupi dan mampu

dimiliki dan perkhidmatan lain yang berkaitan.

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (RMK-9) (2006 – 2010)

Rancangan Malaysia Kesembilan telah dibentangkan pada 30 Mac 2006 yang lalu dengan

objektif utamanya ialah “Mengukuhkan Perpaduan Nasional” bertemakan “Bersama Ke Arah

Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”. RMK-9 juga dilaksanakan dengan hasrat untuk

membina kemakmuran, merupakan antara rancangan pembangunan negara yang penting

dalam sejarah negara, memandangkan negara kini berada pada titik pertengahan dalam

perjalanan ke arah tahun 2020.

  Strategi utama yang dilaksanakan dalam RMK-9 ialah memantapkan bidang

perkhidmatan, pembuatan dan pertanian baru. Selain itu, perjalanan RMK-9 perlu melalui

kelima-lima teras yang telah digarap dalam Rancangan ini. Tumpuan juga turut diberi dalam

aspek pembangunan modal insan yang mana ia merupakan usaha berterusan yang mampu

mencorak ke arah kegemilangan negara. Dengan modal insan yang baik dan berkualiti ia

mampu mencapai matlamat RMK-9. Sebagai panduan bagi perjalanan seterusnya, kerajaan

telah menggubal dan akan melaksanakan Misi Nasional- satu rangka kerja bagi agenda

pembangunan negara dengan menggariskan langkah-langkah utama yang harus diambil bagi

tempoh lima belas tahun akan datang. Misi Nasional akan menumpukan usaha negara kepada

bidang-bidang utama yang akan membawa kepada pencapaian Wawasan 2020. Misi Nasional

yang dirangka merangkumi lima teras utama iaitu:

MISI NASIONAL YANG DIRANGKA MERANGKUMI LIMA TERAS UTAMA:

50
Teras Pertama: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.

 Melalui teras ini, Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor ekonomi

sedia ada, serta mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam

bidang ICT, bioteknologi, nanoteknologi dan perkhidmatan. Di samping itu, Kerajaan akan

turut mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui pembangunan

ekonomi negara.

Teras Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta

memupuk ‘minda kelas pertama’.

Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja

dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajar dengan teras ini, Kerajaan akan

melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari

peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Persekitaran yang

menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan

pembangunan (R&D). Pada masa yang sama, penekanan akan diberi kepada usaha memupuk

masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

Teras Ketiga: Menangani masalah ketidakseimbangan yang berterusan secara

membina dan produktif.

Kerajaan mendokong matlamat untuk membasmi kemiskinan, menjana pembangunan lebih

seimbang, serta memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil dan saksama.

Teras keempat: Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup.

Kerajaan akan terus menyediakan keperluan asas seperti air, tenaga, perumahan,

pengangkutan dan kemudahan lain, namun penekanan harus diberikan kepada usaha

menangani isu-isu berhubung penyenggaraan, penaiktarafan dan keberkesanan penggunaan

sumber.

Teras kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.

51
Kejayaan perancangan terletak pada keupayaan untuk melaksana. Untuk itu, Kerajaan

komited menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam di semua peringkat. Di

samping itu, Kerajaan juga akan menangani isu-isu berhubung rasuah dan integriti di dalam

sektor awam dan swasta, mahupun di kalangan masyarakat umum.

PROGRAM PEMBANGUNAN WILAYAH

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tiga pembangunan wilayah koridor

telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Wilayah yang terbabit ialah:

 Wilayah Ekonomi Koridor Utara

 Wilayah Ekonomi Pembangunan Iskandar

 Wilayah Ekonomi Koridor Timur.

Wilayah Ekonomi Koridor Utara

Wilayah Ekonomi Koridor Utara meliputi negeri-negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan

wilayah-wilayah di Perak Utara. Kawasan ini berpotensi untuk menjadi pusat industri asas

tani yang moden dan berskala besar di samping industri-industri teknologi tinggi seperti ICT,

bioteknologi dan automotif.

52
 Tunjang utama projek pembangunan Wilayah Koridor Utara ialah pembuatan

atau perkilangan, pertanian dan perkhidmatan. Berikut senarai projek-projek

yang akan dilaksanakan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara:-

 Jambatan Kedua Pulau Pinang

 Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM3 bilion

 Menghubungkan Batu Kawan dengan Batu Maung, Jambatan dengan jajaran

sepanjang 24 kilometer itu dijangka siap 2011.

 Pusat Pemakanan Utama

 Pusat Pemakanan Tambahan (Penubuhan Zon Khas Makanan)

 Pusat Pemprosesan Halal Berintegrasi

 Pusat Akuakultur

 Program Sekolah Angkat di kawasan luar bandar yang miskin

 Pusat Kecemerlangan Barat dan Kolej Komuniti akan dibangunkan

 Lebuhraya Rentas Pedalaman Kedah

 Lebuhraya Tunjang Sentral

 Lebuhraya Ekspres Utara-Selatan

 Wilayah Ekonomi Pembangunan Iskandar Malaysia

Wilayah Pembangunan Iskandar di Selatan Johor merupakan projek pembangunan terancang

yang paling besar dalam sejarah negara. Berlandaskan kekuatan kawasan Selatan Johor dari

segi lokasi, Wilayah Pembangunan Iskandar akan dibangunkan untuk menjadi destinasi

antarabangsa bagi pelaburan, perniagaan, industri, pelancongan dan kebudayaan. Berikut

senarai projek-projek yang akan dilaksanakan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia:- 

 Pembinaan Kompleks Jabatan-Jabatan Kerajaan Persekutuan Negeri Johor

 Pelabuhan Tanjung Pelepas

 Lapangan Terbang Senai (Hab Penerbangan Senai)

53
 Bandaraya Cyber Berteknologi Tinggi

 Pelabuhan Tanjung Langsat (Hab Bahan Api Bio Negara)

 Menempatkan Sekolah Antarabangsa dan Universiti Luar Negara bertaraf

dunia

 Program Sekolah Angkat di kawasan luar bandar yang miskin

 Pusat Kecemerlangan Barat dan Kolej Komuniti akan dibangunkan

 Wilayah Ekonomi Koridor Timur

Wilayah Ekonomi Koridor Timur meliputi negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Kawasan ini berpotensi untuk menjadi pusat pertumbuhan baru bagi industri petrokimia serta

pelancongan. Pelan konsep pembangunan Wilayah Koridor Timur ini masih dalam peringkat

perancangan dan pembangunan. Ia akan mengalami penyesuaian daripada semasa ke semasa.

 Lebih banyak lagi kemudahan pendidikan teknikal akan dibina untuk

menyokong bentuk perniagaan yang baru diperkenalkan.

 Pembangunan rangkaian produk halal untuk dieksport ke Amerika Syarikat

dan Eropah melalui program pembangunan sub-kontraktor.

 Memperkenalkan teknik perladangan moden dengan meluas.

 Fasa Kedua: Projek Lebuhraya Pantai Timur

 Penambahbaikan Industri Kompleks Petroleum Petronas terbesar di Pantai

Timur.

Berlandaskan daripada lima teras yang digarap ini, dapatlah kita mengenal pasti apa yang

telah dicapai, kelemahan yang perlu ditangani untuk mencapai negara maju menjelang tahun

2020. Misi Nasional adalah satu perspektif jangka panjang bagi menghasilkan prestasi yang

lebih baik dan meningkatkan impak daripada gabungan usaha pembangunan negara.Amatlah

penting dipastikan pelaksanaan menepati jadual, supaya semua pihak mendapat pulangan

54
sebenar daripada apa yang dibelanjakan. Mekanisme pelaksanaan, pemantauan dan penilaian

perlu diperkukuhkan. Komitmen dan tindakan bersama semua pihak adalah perlu bagi

memastikan kejayaan pelaksanaan RMK-9. Masyarakat berbilang kaum perlulah berperanan

sebagai rakan kongsi pembangunan. Sesungguhnya usaha bagi merealisasikan aspirasi

menjadi sebuah negara maju memerlukan komitmen dan kesanggupan setiap rakyat untuk

bekerja keras, meningkatkan jati diri dan sentiasa memperkayakan diri dengan ilmu

pengetahuan.

RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (RMK-10) (2011 – 2015)

Rancangan Malaysia Kesepuluh merupakan satu pelaksanaan dasar ekonomi jangka pendek

yang paling baru dan sedang dijalankan pada hari ini. Tempoh pelaksanaan selama lima tahun

ini bermula dari tahun 2011 hingga tahun 2015. RMK 10 ini telah dilancarkan oleh Perdana

Menteri Malaysia sekarang iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri

Malaysia keenam dengan bertemakan, ‘Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan

Sosial’ pada 10 Jun 2010.

Sebanyak 230 bilion jumlah diperuntukkan untuk membiayai segala perbelanjaan dan

pembiayaan dalam menjalankan segala bentuk idea dan agenda yang telah dirangka.

Daripada jumlah 230 Billion itu, 55 peratus telah diagihkan bagi memajukan sektor ekonomi,

30 peratus untuk sektor sosial, 10 peratus untuk sektor keselamatan dan lima peratus lagi

diagihkan bagi sektor pentadbiran am.

RMK10 ini merupakan satu daripada empat tiang yang menjadi tiang tonggak yang

berada di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Manakala tiga lagi tonggak yang

berada di bawah pentadbiran beliau ialah Gagasan Satu Malaysia di bawah satu tema

iaitu,’Rakyat didahulukan,Pencapaian Diutamakan’,Program Transformasi Kejayaan(GTP)

dan Model Baru Ekonomi(MBE).

55
Berikut pula merupakan 10 premis utama dalam RMK10:

Pertama: Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan

di arena antarabangsa.

Ketiga: Mentransformasikan negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.

Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungo golongan mudah terjejas.

Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif

Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif

Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar

Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat berdaya saing. Setiap pelaksanaan yang dijalankan

oleh sesuatu kerajaan mestilah mempunyai strateginya yang tersendiri.

Di sini ada dimuatkan lima strategi pertama yang dirangka oleh pihak atasan bagi

menjayakan rancangan ini iaitu:

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan

Malaysia dengan metodologi NKRA

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

56
KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya Malaysia telah mencapai kemajuan ekonomi yang

memberangsangkan sejak zaman pemimpin terulung, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra

Al-Haj hinggalah ke zaman Dato’ Seri Najib Tun Razak.Walaupun Malaysia merupakan

sebuah negara masyarakat majmuk, ekonomi dapat dijanakan dengan mapannya.Kejayaan

Malaysia dalam usaha membangunkan negara walaupun mengalami beberapa kali

kemelesetan ekonomi menunjukkan kekukuhan ekonomi negara.Ini terbukti apabila Malaysia

diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang mempunyai kekuatan ekonomi yang

tersendiri.Tambahan pula strategi-strategi yang diamalkan oleh kerajaan telah menghasilkan

kestabilan dan pembangunan ekonomi di Malaysia.Selain itu ekonomi Malaysia menjadi

bertambah mantap dan kukuh kerana jalinan mesra dengan negara-negara maju. Oleh itu, jika

prestasi ini terus diamalkan nescaya matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju

menjelang tahun 2020 pasti akan tercapai.

57
LAMPIRAN

Petanian dan Penanaman padi di antara

aktiviti ekonomi masyarakat dalam

Rancangan Malaya Pertama

58
Sektor perikanan mampu menjana

pendapatan kepada masyarakat

Bumiputera dalam agenda DEB

Dengan menceburi bidang perusahaan

telah dapat memperbetulkan keadaan

ketidakseimbangan dalam RMD

59
Perindustrian

Sektor perusahaan berat

Projek kereta nasional

60
Kemajuan Bidang Pendidikan

61
62
BIBLIOGRAFI

Rujukan laman sesawang:

http://pengajianam900.forumotion.com/t33-dasar-ekonomi-baru-deb

http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Pertama

http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kedua

http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Ketiga

http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Keempat

http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kelima

http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Keenam

http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Ketujuh

http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kelapan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kesembilan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kesepuluh

http://books.google.com.my/books?
id=YFcxdliJi_0C&pg=PA92&lpg=PA92&dq=rancangan+malaysia+keempat&source=bl&ot
s=CiuGbDWSNH&sig=5h9fMnrmAuQhYaEzaZCkBwRdmpQ&hl=en&ei=ofqaTaCCMsr5r
Aegi43lBg&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=9&ved=0CGMQ6AEwCA#v=onepa
ge&q=rancangan%20malaysia%20keempat&f=false

http://umpress.um.edu.my/index.php?productID=184

http://www.facebook.com/topic.php?uid=227789400038&topic=17883

http://www.icu.gov.my/icuV9/pdf/artikel/DWN.pdf

63
Rujukan Buku :

Abd Rahim Abd Rashid. 2004. Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa. Utusan
Publication&Distributors SDN.BHD. Kuala Lumpur.

Abu Hassan Adam, Mahathir Mohamad. 1991. Menghala Wawasan 2020. Arena Ilmu. Kuala
Lumpur.

Just Faaland, John Richard Parkinson, Rais Saniman. 2005. Dasar Ekonomi
Baru:Pertumbuhan Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Utusan Publication
&Distributiors SDN. BHD. Kuala Lumpur

Md Zhahir Kechot, Mansor Jusoh. 2000. Ekonomi Malaysia:Menghadapi dan Menangani


Cabaran. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, Selangor.

Mohd Rosli Mohamad&Mohamad Aslam. 2000. Pembangunan Ekonomi Malaysia Era


Globalisasi. University of Malaya Press. Kuala Lumpur.

Yahya bin Ibrahim, Sulong Mohamad, Habibah Ahmad. 2008. Pelancongan Malaysia:Isu
Pembangunan, Budaya, Komuniti & Persetempatan. Universiti Utara Malaysia. Kedah.

64

You might also like