You are on page 1of 9

”CLOSE & OPEN METHOD”: MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID

TINGKATAN 4 VOLTA DALAM MENENTUKAN SUDUT DIANTARA GARIS


DENGAN SATAH DAN SATAH DENGAN SATAH.

Oleh:

MOHD NAZAN BIN KAMARUL ZAMAN


SMK. KOTA KLIAS
BEAUFORT

1.0 PENGENALAN

Kajian ini dijalankan kepada 16 orang murid Tingkatan 4 Volta (4V) di Sekolah Menengah
Kebangsaan Kota Klias, Sabah. Sekolah ini mempunyai dua kelas Tingkatan 4 iaitu satu kelas Sains
dan satu kelas Sastera. Tingkatan 4V adalah kelas Sains. Objektif kajian, pertamanya untuk
menentukan tahap pencapaian murid dalam mengenalpasti dan menamakan sudut diantara garis
dengan satah dan satah dengan satah. Keduanya, mengenalpasti bentuk kesilapan murid dan akhir
sekali mengenalpasti kesilapan dan mengetahui bagaimana cara mereka mendapatkan jawapan.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Daripada rekod keputusan peperiksaan semester dan ujian bulanan kelas tingkatan 5 Dalton
dan 5 Volta tahun lepas, didapati bahawa tahap penguasaan murid untuk bab “Lines and Planes in 3
Dimension” masih lagi ditahap yang lemah. Semasa memeriksa kertas ujian excel 1, saya dapati
bahawa pelajar masih lemah dalam konsep menentukan atau menamakan sudut diantara garis
dengan satah dan satah dengan satah. Pelbagai jawapan yang diberikan oleh murid dalam
menamakan sudut. Masalah yang sama berlaku kepada pelajar tingkatan 4 Volta 2010.

Saya merasakan bahawa penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan beserta penyertaan
pelajar dan latihan yang diberikan di dalam kelas sudah cukup untuk pelajar menguasai konsep ini.
Sangkaan ini meleset apabila mendapati rata rata pelajar saya masih belum dapat menguasainya.Ini
terbukti daripada keputusan peperiksaan excel yang baru saja berlalu. Mereka tidak dapat
menjawab solan yang berkaitan dengan tajuk ini. Bagi kebanyakan pelajar, matematik dianggap
sebagai satu mata pelajaran yang sukar dan mengelirukan (Noor Azlan, 2005). Perkara yang sama
juga berlaku kepada murid tinggkatan 4V tahun ini, Ini membuatkan saya teruja untuk mengkaji
permasalahan ini . Tajuk ini menjadi tajuk kajian tindakan yang bakal saya jalankan.
3.0 PERNYATAAN MASALAH

Daripada tinjauan awal, jelas bahawa hampir keseluruhan murid 4V kurang menguasai
dalam mengenalpasti sudut untuk “Lines and Planes in 3 Dimension”. Situasi ini menyebabkan
murid sukar untuk menjawab soalan kertas satu dan mengira sudut bagi kertas dua untuk soalan
SPM.

4.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah penguasaan mengenalpasti sudut dalam
kalangan murid Tingkatan 4V. Oleh itu melalui penguasaan ini adalah diharapkan murid dapat
meningkatkan penguasaan yang lebih baik dalam pembelajaran matematik Tingkatan 5. Ia juga
diharapkan dapat membantu guru matematik dalam pengajaran pembelajaran bagi tajuk-tajuk yang
seterusnya dengan lebih berkesan. Kajian ini diharapkan dapat membantu sekolah-sekolah yang
menghadapi masalah yang sama.

5.0 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian adalah untuk meningkatkan kemahiran murid Tingkatan 4V dalam


mengenalpasti sudut diantara garis dengan satah dan satah dengan satah.

6.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai obejktif berikut:

i. Untuk mengenalpasti mengapa 16 orang murid tingkatan 4V tidak dapat menguasai


kemahiran mengenalpasti sudut diantara garis dengan satah dan satah dengan satah.
ii. Untuk memastikan 16 orang murid tingkatan 4V dapat menguasai kemahiran
mengenalpasti sudut diantara garis dengan satah dan satah dengan satah.
iii. Untuk menilai sejauh manakah program intervensi dapat membantu 16 orang murid
tingkatan 4V menguasai kemahiran mengenalpasti sudut diantara garis dengan satah dan
satah dengan satah.

7.0 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini akan dapat menjawab persoalan-persoalan yang berikut:

i. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan 16 orang murid tingkatan 4V tidak dapat


menguasai kemahiran mengenalpasti sudut diantara garis dengan satah dan satah dengan
satah. ?
ii. Bagaimana program intervensi dapat membantu 16 orang murid tingkatan 4V belajar
menguasai kemahiran mengenalpasti diantara garis dengan satah dan satah dengan satah ?
iii. Sejauh manakah program intervensi (Close and Open method) membantu 16 orang murid
tingkatan 4V dapat menguasai kemahiran mengenalpasti sudut diantara garis dengan satah
dan satah dengan satah.?

8.0 REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif. Teknik penggumpulan data adalah seperti
berikut:
i. temu bual kepada guru-guru dan murid-murid
ii. pemerhatian kepada murid-murid
iii. soal selidik kepada murid-murid dan
iv. analisis dokumen murid.
Mereflek
Melihat Tinjauan
kekuatan & Awal
kelemahan
Mengumpul
data awal
Isu: Pelajar
Tingkatan 4V
belum
menguasai
kemahiran
asas
belajaran
lambat
Memerhati
GELUNG 1
Mengumpul
& menganlisis Batasan:
data Pelajar yang
autistik dan
dylexic tidak
termasuk
dalam sampel
kajian

Merancang
Bertindak
Melaksanaka Tujuan,
n modul- Obj.,Soalan
modul C&O
Metodologi

9.0 TINJAUAN LITERATUR

Kurikulum matematik di Malaysia telah mengalami beberapa perubahan yang signifikan,


bermula dari era Matematik tradisional, era Matematik Moden (awal tahun 1970an), seterusnya era
Matematik Bersepadu (awal tahun 1980an) hasil daripada reformasi kurikulum berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (Noor Azlan, 1993; 2005). Pada tahun 2000, kurikulum Teknologi
Komunikasi & Maklumat (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran matematik seperti pengunaan
komputer, internet, kalkulator saintifik dan kalkulator grafik. Pada tahun 2003, sekali lagi berlaku
perubahan yang lebih besar iaitu pelaksanaan PPSMI.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, satu model yang sedang mendapat perhatian
dan tumpuan kajian para penyelidik dan pakar pendidikan matematik dan sains ialah model yang
berasaskan 'faham binaan' (Constructivism) (Mohd Nor 1995). Menurut model ini pengetahuan
seseorang adalah sesuatu yang dibina sendiri oleh individu tersebut berdasarkan pengalamannya
yang unik. Konsep matematik tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk
yang serba lengkap atau sempurna. Pelajar perlu membina suatu konsep itu atas hasil usaha
mereka sendiri dan tidak boleh, malah tidak mungkin guru membina suatu konsep tertentu untuk
pelajarnya. Peranan utama guru ialah menyediakan suasana pembelajaran yang sesuai untuk
membolehkan pelajar berpeluang secara aktif membina konsep matematik yang hendak diajarnya
( Ellerton & Clements, 1993; Von Glasersfeld, et. al. 1992; Nik Azis , 1996; Mohd Nor, 1995; Ibrahim ,
1994).

Menurut kajian dan pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan pembantunya, Kenney,
pada tahun 1963 mereka berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik ( Mok Soon
Sang, 1996) iaitu: “Inovasi Pendidikan Teras Kecemerlangan Berterusan” 127 Teorem Pembinaan.
Cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik
ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit.Teorem Tatatanda. Tatatanda
matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan kognitif
murid tersebut.

Teorem Kontras dan Variasi. Konsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan
pelbagai supaya murid dapat membezakan konsep-konsep matematik tersebut. Teorem
Perhubungan . Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan
konsep, prinsip dan kemahiran matematik yang lain. Selain daripada kajian tersebut, Bruner percaya
bahawa kanak-kanak lebih dimotivasikan oleh masalah yang menarik yang tidak mampu diselesaikan
oleh mereka dengan mudah seandainya tidak menguasai isi kandungan mata pelajaran dan
kemahiran tertentu.

10.0 METODOLOGI KAJIAN


Kumpulan sasaran : 16 orang murid kelas 4Volta
Tempoh Kajian :4 minggu ( 4 sesi)

Cadangan Tindakan

Kajian yang akan dibuat adalah berbentuk kualitatif dan kuantitatif, bertujuan untuk
menentukan murid Tingkatan 4V dapat menguasai kemahiran mengenalpasti dan menamakan sudut
diantara garis dengan satah dan satah dengan satah..
Aktiviti Pertama (Sesi 1 )

Murid akan mengikuti program C&O (powerpoint ) yang telah direkabentuk dan module bagi
membantu mereka untuk menguasai mengenalpasti sudut diantara garis dengan satah dan satah
dengan satah. Murid 4V akan diberikan Lembaran Kerja A

Aktiviti Kedua (Sesi kedua- )

Penggunaan model yang telah disediakan, murid diminta menggunakan kaedah C&O
method. Lampiran 2.

Aktiviti Ketiga (sesi Ketiga)

Sesi ketiga tanpa menggunakan model hanya dengan lakaran murid diminta menamakan
sudut diantara garis dengan satah dan satah dengan satah.

RUJUKAN
Agnes Voo Tun Chuan, 2005 Ringkasan jurnal: penguasaaan sifir darab dalam matematik tahap dua
(online) (http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760026/1/, 27 Feb. 2009)

Asiah Abu Samah (1982) Perkembangan Kurikulum Matematik Sekolah di Malaysia Sejak Zaman
Penjajah, Paperpresented in National Mathematics Symposium, UKM, 12-14 Aug. 1982.

Ibrahim bin Md Noh. (1995). Kurikulum matematik tahun 2000 dari pemikiran mekanis ke pemikiran
kreatif. Paper presented at Seminar Kebangsaan Kurikulum: Kurikulum Untuk Tahun 2000
dan Selepasnya, 11 – 13 December, 1995, Bayu Beach Resort, Port Dickson.

Noor Azlan Ahmad Zanzali (1996) History of Mathematics Education. Coping with the Demands of
Education Change. Paper presented at International Conference on Education and Change.
UNISA, September 1995.

LAMPIRAN

Lampiran 3

BORANG SOAL SELIDIK


Soal selidik mengenai respond an cara-cara yang digunakan oleh pelajar menguasai sifir 3-12. Tujuan soal
selidik ini adalah untuk meninjau bagaimana pelajar menguasai sifir 3-12.

1. Jantina
1.1. Lelaki
1.2. Perempuan
2. Keturunan
2.1. Bumiputera
2.2. Bukan Bumiputera
3. Sekolah Asal
3.1. Sekolah rendah kebangsaan
3.2. Sekolah rendah jenis kebangsaan

Bahagian A : Amalan Pembelajaran Pelajar


Jawapan
Sangat tidak setuju - 1 Kurang Setuju - 2 bersetuju -3 sangat setuju - 4

Bil Pernyataan 1 2 3 4

1. Saya suka matapelajaran matematik

2. Matapelajaran ini sangat sukar bagi Saya

3. Saya tahu menamakan sudut diantara garis dengan satah

4. Saya tahu menamakan sudut diantara satah dengan satah

5. Saya tahu soalan dari bab ini ada dikertas 1 dan kertas 2 soalan SPM

6. Saya mempunyai cara/kaedah untuk menamakan sudut

7. Saya memerlukan cara/kaedah tertentu untuk menamakan sudut

8. Saya selalu mendapat keputusan yang rendah dalam matapelajaran Matematik

9. Saya sentiasa menyiapkan tugasan yang diberikan

10. Saya hanya faham semasa guru mengajar, tetapi kemudian lupa

Bahagian B : Amalan Pengajaran guru


Jawapan Ya atau Tidak

Bil Pernyataan Ya Tidak

1. Adakah suara guru jelas ketika mengajar?

2. Adakah guru menggalakkan murid mengemukakan soalan?

3. Adakah guru tegas dalam melaksanakan proses pengajaran?


4. Adakah guru member tunjuk ajar untuk membetulkan soalan?

5. Adakah teknik pengajaran guru anda mudah/dapat difahami?

6. Adakah anda berseronok belajar matematik?

7. Adakah latihan yang diberikan oleh guru mencukupi?

8. Adakah guru memberikan penerangan yang jelas?

9. Adakah guru memberi peluang pelajar untuk berbincang dalam kumpulan?

You might also like