You are on page 1of 3

Buat Muslimah

www.iLuvislam.com
oleh:iinssyirah_balqish
editor:everjihad

Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik
jarang berbudi.."

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah
sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa
yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila
dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa
kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu
ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak
mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya
sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu.
Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang
menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya.
Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas
dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah
di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan
meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung
atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat
jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama
ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada
suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi,
lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik
warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat
suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi
harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati
orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang
mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi
mainan. Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan
mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa
tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.
Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia.
Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah
dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu
dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi
kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat
pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.
Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan
diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan,
cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan
segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik
atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah
cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi
sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu
diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup
berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat
sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita.
Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan.
Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata
menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan
wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang.
Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena
dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu
ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-
Nahl:53.....

RENUNGILAH IA BUAT MU MUSLIMAH....

You might also like