You are on page 1of 19

‫ال ِورْدُ الْلَطِيف‬

ِ‫في أَذكَارِ الصّباحِ وَا ْلمَساَء‬

Wirdul-Latif
Zikir Pagi Dan Petang
Susunan

‫المام القطب عبد ال بن علوي الحداد‬


Al-Imam Al-Qutub Abdullah bin Alawi Al-Haddad

‫ال ِورْدُ اْلَلطِيف‬


Wirdul-Latif

Wirdul-Latif adalah satu dari susunan wirid dan zikir oleh Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-
Haddad. Selalunya ia dibaca berseorangan pada waktu pagi dan petang. Seperti karangannya yang lain,
Imam Haddad menguatkan wirid ini dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadith.

Dengan cara tulisannya yang senang difaham, pendek dan tepat, beliau menyusun ayat-ayat Al-Quran
dan Hadith untuk berzikir kebesaran dan kelebihan Allah. Dinamakan Wirdul-Latif (wirid ringan) sebab
senang dibaca dan senang dirasakan di hati kita. Juga sebab ia tidak begitu panjang seperti wirid yang
besarnya, iaitu Wirdul-Kabir.

Karangan dan bacaan Wirdul-Latif di sini ialah seperti yang dianjurkan oleh pengikut-pengikut, murid-
murid dan muslimin di negeri Arab, Semenanjung Asia dan Africa, dari keturunan Al-Haddad, Munsib-
munsibnya di maqam Imam al Haddad di Al-Hawi, Tarim - Hadhramaut di negara Yaman.
Imam Alawi bin Ahmad bin Hassan Al-Haddad, anak kepada cucu beliau telah menyusunkan wirid ini
dengan mengurangkan jumlah bacaan tasbih and tahmeed. Perulangan tasbih dan tahmeed
dikurangkan kepada tiga dan ditambah satu ayat untuk gantinya. Baginda mengikut arahan Allah seperti
di Surah 2 Al-Baqarah Ayat 286: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya
olehnya.”

Diriwayatkan daripada Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w telah masuk ke masjid dan baginda
mendapati ada seutas tali yang direntangkan di antara dua tiang, lalu baginda bertanya: “Tali apakah
ini?” Para Sahabat menjawab, “Tali itu digunakan oleh Zainab untuk sembahyang, apabila dia merasa
malas atau keletihan dia akan berpegang pada tali tersebut.” Rasulullah s.a.w bersabda lagi, “Lepaskan
ikatan tali tersebut, seseorang dari kamu hendaklah bersembahyang dengan keupayaan yang ada pada
dirinya, apabila dia malas atau letih maka hendaklah dia berhenti.” Zainab adalah seorang yang kukuh
imannya. Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Zainab r.a. jikalau ia mahu belajar satu zikir yang
berpahala serupa dengan membaca bilangan zikir-zikir ini. Dan Baginda pun berkata, “tambahkan
kalimah ‘seberapa banyak ciptaan Nya’ kepada setiap tasbih, taslim and tahmeed”.

Sudah tentulah lebih baik kalau kita ada masa dan tenaga untuk membaca wirid ini dengan sepenuhnya.
Insya Allah Allah akan memberi kita taufiq dan hidayat dan merahmati Al-Habib kita serta memimpin kita
ke jalan yang benar.
‫الوِرْدُ اْلَلطِيف‬

1. ِ‫ن ال ّرحِيْم‬
ِ ‫ل الرّحْم‬
ِ ‫ِبسْ ِم ا‬
ٌ‫ن لَهُ ُكفُوًا َأحَد‬
ْ ُ‫ َولَمْ َيك‬،ْ‫ لَمْ َيلِدْ َولَمْ ٌي ْولَد‬،ُ‫ل اْلصّمَد‬
ُ َ‫ ا‬،ٌ‫ل َأحَد‬
ُ ْ‫ُقلْ هُ َو ا‬
1. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai
Muhammad): “Dialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan segala permohonan; Ia
tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang sebanding
dengan-Nya. Surah Al-Ikhlas (3X)

Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-khudri; seseorang mendengar bacaan surah
al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan
sampaikan perkara itu kepadanya sebab dia menyangka bacaan itu tidak cukup dan lengkap.
Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al
Quran!”

Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu
baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya
kepadanya, “Apa ya Rasulallah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).

2. ِ‫ن ال ّرحِيْم‬
ِ ‫ل الرّحْم‬
ِ ‫ِبسْ ِم ا‬
َ‫ق إِذَا َو َقب‬
ٍ‫س‬ِ ‫ وَ ِمنْ شَـرّ غَا‬،َ‫خلَق‬َ ‫ مِنْ شَ ّر مَا‬،ِ‫ل أَعُوْذُ بِ َربّ ا ْل َفلَق‬
ْ ‫ُق‬
َ‫ وَمِنْ شَ ّر حَاسِ ٍد إِذَا حَسَد‬،ِ‫َومِنْ شَـ ّر النّـفّاثَاتِ فِي الْ ُعقَد‬
2. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai
Muhammad); “Aku berlindung dengan Tuhan yang menciptakan cahaya subuh, daripada
kejahatan makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; dan daripada kejahatan malam apabila ia gelap
gelita; dan daripada (ahli-ahli sihir) yang menghembus pada simpulan-simpulan ikatan; dan
daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan kedengkiannya”.
Surah Al-Falaq (3X)

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya apabila ada salah seorang
anggota keluarga baginda yang sakit, baginda menyemburnya dengan membaca bacaan-bacaan.
Sementara itu, ketika baginda menderita sakit yang menyebabkan baginda wafat, aku juga
menyemburkan baginda dan mengusap baginda dengan tangan baginda sendiri, kerana tangan
baginda tentu lebih banyak berkatnya daripada tanganku..
3. ِ‫ن ال ّرحِيْم‬
ِ ‫ل الرّحْم‬
ِ ‫ِبسْ ِم ا‬
ِ‫ ِإلَ ِه النّاس‬،ِ‫ك النّاس‬
ِ ‫ َمِل‬،ِ‫ل أَعُوْذُ بِ َربّ النّاس‬ْ ‫ُق‬
ِ ‫ن ا ْلجِنّةِ وَالنّا‬
‫س‬ َ ِ‫ م‬،ِ‫ي صُدُوْ ِر النّاس‬
ْ ِ‫س ف‬
ُ ِ‫سو‬ْ َ‫س َالّذِيْ يُو‬
ِ ‫س الْخَنّا‬
ِ ‫سوَا‬ْ َ‫ِمنْ شَ ّر الْو‬
3. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai
Muhammad): “Aku berlindung dengan Tuhan sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian
manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik
penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati
manusia, dari kalangan jin dan manusia”. Surah An-Nas (3X)

Dari Tirmidhi diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; Nabi Muhammad s.a.w selalu meminta
perlindungan daripada kejahatan jin dan perbuatan hasad manusia. Apabila surah al-falaq dan an-nas
turun, baginda ketepikan yang lain dan membaca ayat-ayat ini sahaja.

4. ِ‫حضُـرُون‬
ْ ‫ َوأَعُوذُ ِبكَ َربّ أَنْ َي‬،ِ‫َربّ أَعُوذُ بِـكَ مِنْ هَمَـزَاتِ الشّيَـاطِين‬
4. Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung
pula dengan-Mu ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku.
Surah 23: Al-Mu’minun Ayat 97-98 (3X)

5. َ‫خَلقْنَاكُمْ عَبَثاَ َوأَنّكُ ْم ِإلَيْنَا لَ تُ ْرجَعُـوْن‬


َ ‫سبْتُ ْم أَنّمَا‬
ِ َ‫أَ َفح‬
5. Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara
main-main saja, dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?
Surah 23: Al-Mu’minun Ayat 115

6. ِ‫ش الْكَرِيْم‬
ِ ْ‫ل ِإلَ َه إِلّ هُوَ َربّ الْعَر‬
َ ّ‫ل الْ َمِلكُ ا ْلحَق‬
ُ ‫فَتَعَالَى ا‬
6. Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya - Tidak ada Tuhan Selain Dia - Tuhan
yang mempunyai ‘Arsy yang Agong. Surah 23: Al-Mu’minun Ayat 116
7. ُ‫ َفإِنّمَا حِسَـابُه‬،ِ‫ن لَهُ بِـه‬
َ ‫ل ِإلَهًا آخَرَ لَ بُرْهَا‬ ِ ‫وَ مَنْ َيدْعُ مَ َع ا‬
َ‫ إِنّـهُ لَ ُي ْفلِحُ الْكَافِـرُوْن‬،ِ‫عِنْدَ رَبّـه‬
7. Dan barangsiapa menyembah tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada suatu
dalil pun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya.
Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tidak beruntung. Surah 23: Al-Mu’minun Ayat 117

8. َ‫ت خَيْرُ الرّاحِمِيْن‬


َ ‫غفِرْ وَا ْرحَمْ َوأَ ْن‬
ْ ‫َو ُقلْ َربّ ا‬
8. Dan katakanlah: Ya Tuhanku berilah ampunan dan berilah rahmat, dan Engkau adalah
Pemberi rahmat yang paling baik! Surah 23: Al-Mu’minun Ayat 118

9. َ‫سوْنَ َوحِيْنَ ُتصْ ِبحُوْن‬


ُ ْ‫ل حِيْنَ تُم‬
ِ ‫نا‬
َ ‫فَسُ ْبحَا‬
9. Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu
berada di waktu subuh. Surah 30: Ar-Rum Ayat 17

10. َ‫عشِيّا َوحِيْنَ تُظْهِ ُروْن‬


َ َ‫َولَ ُه ا ْلحَمْ ُد فِي السّمَوَاتِ وَالَرْضِ و‬
10. Dan bagiNyalah segala puji di langit dan bumi, dan di waktu petang dan di waktu kamu
berada di waktu dhuhur. Surah 30: Ar-Rum Ayat 18

11. ّ‫ن ا ْلحَي‬َ ِ‫ج الْمَيّتَ م‬


ُ ‫ن الْمَ ّيتِ وَ ُيخْ ِر‬
َ ‫ُيخْ ِرجُ ا ْلحَيّ ِم‬
َ‫ي الَرْضَ بَعْدَ َموْتِهَا وَكَ َذِلكَ ُتخْ ِرجُوْن‬ ِ ْ‫وَ ُيح‬
11. Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang
hidup dan menghidupkan bumi sesudah matinya: dan seperti itulah kamu dikeluarkan dari
kubur. Surah 30: Ar-Rum Ayat 19
12. ِ‫ن الرّجِيْم‬
ِ ‫أَعُوْذُ بِالِ السّمِيْ ِع الْ َعلِيْمِ مِنَ الشّ ْيطَا‬
12. Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui dari bisikan
syaitan yang terkutuk. (3X)

Dari Abu Daud diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; “Apabila Rasulullah s.a.w. sembahyang
tahajjud, selepas beliau bertakbir, baginda membaca: “Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar dan
Lailaha illallah, tiga kali kemudian beliau mengucap: “Aku berlindung dengan Allah, Yang Maha
Mendengar Lagi Maha Mengetahui dari bisikan syaitan yang terkutuk, dari bisikannya, godaannya dan
ludahnya.

13. ِ‫ن خَشْ َي ِة ال‬


ْ ِ‫ل لَ َرأَيْتَ ُه خَاشِعًـا ُم َتصَدّعًا م‬ ٍ ‫علَى جَ َب‬َ َ‫لَ ْو أَنْ َزلْنَـا هَذَا ا ْلقُرْآن‬
َ‫س لَ َعلّهُمْ يَ َتفَكّرُ ْون‬
ِ ‫وَ ِت ْلكَ الَْمْثَالُ َنضْرِبُهَا لِلنّا‬
13. Kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung pasti kamu akan
melihatnya tunduk terpecah-pecah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-
perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. Surah 59: Al-Hashr Ayat 21

14. ُ‫ن ال ّرحِيْم‬


ُ َ‫ل ِإلَ َه إِلّ هُوَ عَالِ ُم الْغَ ْيبِ وَالشّهاَدَةِ ُه َو الرّحْم‬
َ ْ‫ل الّذِي‬
ُ ‫هُ َو ا‬
14. Dialah Allah Yang Tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata.
Dialah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Surah 59: Al-Hashr Ayat 22

15. ُ‫ن الْعَزِيز‬


ُ ِ‫ن الْمُهَيْم‬
ُ ‫ل ِإلَ َه إِلّ هُ َو الْ َمِلكُ ا ْلقُدّوْسُ السّلَ ُم الْمُؤْمِـ‬
َ ْ‫ل الّذِي‬ ُ ‫هُ َو ا‬
َ‫عمّا ُيشْرِكُوْن‬ َ ِ‫ن ال‬ َ ‫ سُ ْبحَا‬،ُ‫الْجَبّا ُر الْمُتَكَبّر‬
15. Dialah Allah Yang Tiada Tuhan Selain Dia; Raja Yang Maha Suci; Yang Maha Sejahtera;
Yang Mengurniakan keamanan; Yang Maha Memelihara; Yang Maha Perkasa; Yang Maha Kuasa;
Yang Memeliki Segala Keagungan. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
Surah 59: Al-Hashr Ayat 23

16. ‫لسْمَاءُ ا ْلحُسْنَى‬ َ ‫ لَهُ ا‬،ُ‫ئ الْ ُمصَوّر‬


ُ ِ‫ق الْبَار‬
ُ ِ‫ل الْخَال‬
ُ ‫هُ َو ا‬
ُ‫ وَهُ َو الْعَزِيْزُ ا ْلحَكِيم‬،ِ‫ح لَهُ مَا فِي السّمَوَاتِ وَالَرْض‬ ُ ّ‫يُسَب‬

16. Dialah Allah Yang Menciptakan; Yang Mengadakan; Yang Membentuk Rupa; Yang
Mempunyai sifat-sifat yang baik; Bertasbihlah kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi;
dan Dia-lah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana. Surah 59: Al-Hashr Ayat 24
17. َ‫علَى نُ ْوحٍ فِي الْعَالَمِيْن‬
َ ٌ‫سَلَم‬
17. Kesejahteraan dilimpahkan atas Nuh di seluruh alam. Surah 37:Al-Saffat Ayat 79

18. َ‫إِنّا َك َذِلكَ ُنجْزِي الْ ُمحْسِنِيْن‬


18. Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat
baik. Surah 37:Al-Saffat Ayat 80

19. َ‫إِنّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِيْن‬


19. Sesungguhnya dia termasuk di antara hamba-hamba Kami yang beriman.
Surah 37:Al-Saffat Ayat 81

20. َ‫خلَق‬
َ ‫ت الِ التّامّاتِ مِنْ شَرّ مَا‬
ِ ‫أَعُوذُ بِ َكلِمَا‬
20. Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan
makhlukNya. (3X)

Dari Abu Dawud dan Tirmidhi, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca doa ini tiga
kali, tiada apa-apa malapetaka akan terjatuh atasnya.”

21. ِ‫ي ٌء فِي اْلَرْض‬ْ َ‫ل الّذِيْ لَ َيضُرّ مَعَ أسْ ِمهِ ش‬ ِ ‫بِسْ ِم ا‬
ُ‫ل فِي السّمَاءِ وَهُوَ السّمِيْ ُع الْ َعلِيْم‬
َ َ‫و‬
21. Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tak satu pun, yang di bumi mahupun di langit
dapat memberi bencana dan Ia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. (3X)

Dari Ibn Hibban; Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Hamba-hamba Allah yang membaca doa
ini pada waktu pagi dan petang, tiada kesakitan apa jua akan di alaminya.”
22. ٍ‫ك فِي نِعْمَةٍ وَعَافِيَةٍ َوسِتْر‬ َ ‫الّلهُ ّم إِنّي َأصْ َبحْتُ مِ ْن‬
ِ‫ك فِي الدّنْيَا وَالخِرَة‬
َ ‫علَيّ وَعَافِيَ َتكَ َوسِتْ َر‬َ َ‫َفأَتْمِمْ نِعْمَ َتك‬
22. Ya Allah, sesungguhnya aku telah mendapatkan kurnia, kesehatan serta perlindungan
daripada-Mu di pagi hari ini, maka sempurnakan kurnia kesihatan serta perlindungan-Mu padaku
di dunia dan akhirat. (3X)

23. ‫ك‬ َ ‫شكَ وَمَلَئِكَ َت‬


ِ ‫اللّهُ ّم إِنّي َأصْ َبحْتُ أُشْهِ ُدكَ َوُأشْهِ ُد حَ َملَةَ عَ ْر‬
َ‫ك َلك‬
َ ‫ل أَ ْنتَ َوحْ َدكَ لَ شَرِ ْي‬ ّ ِ‫ل ِإلَ َه إ‬
َ ُ‫ت ال‬ َ ‫ك أَ ّنكَ أَ ْن‬
َ ‫خلْ ِق‬
َ ‫َوجَمِي َع‬
َ‫َوأَنّ ُمحَمّدًا عَ ْب ُدكَ وَرَسُوُلك‬

23. Ya Allah, di pagi hari ini aku mengambil-Mu sebagai saksi, begitu pun para pemikul ‘Arsy-
Mu, para malaikat-Mu dan seluruh makhluk-Mu, bahawa Engkaulah Tuhan, tiada Tuhan selain
Engkau, Tunggal tiada sekutu, dan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Mu. (4X)
(Sila rujuk ke-31)

24. ُ‫ن حَمْداً يُوَافِي نِعَ َمهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَه‬


َ ْ‫ب الْعَالَمِي‬
ّ ‫َالْحَمْدُ لِّ َر‬

24. Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam, pujian yang memadai nikmat-nikmat-Nya
dan mencukupi penambahanNya. (3X)

25. ِ‫ وَ َكفَرْتُ بِا ْلجِبْتِ وَالطّاغُ ْوت‬،ِ‫ل العَظِيْم‬ ِ ‫آمَ ْنتُ بِا‬
ٌ‫علِيم‬
َ ٌ‫ وَالُ سَمِيْع‬،َ‫ل اَ ْن ِفصَامَ لَها‬
َ ،‫وَاسْتَمْسَ ْكتُ بِالْعُرْوَ ِة الْوُ ْثقَى‬
25. Aku beriman kepada Allah Yang Maha Agung dan ingkar terhadap sembahan selain Allah,
kejahatan dan thoghut (segala yang disekutukan dengan Allah), dan aku berpegang dengan tali
yang kukuh yang tidak akan terputus. Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.
Surah Al-Baqarah Ayat 256 (3X);

Dari Bukhari, diriwayatkan oleh Abdullah ibn Salam, yang menceritakan satu peristiwanya kepada
Rasulullah s.a.w. lalu baginda berkata, “Syurga itu Islam, dan berpeganglah Pegangan Yang Teguh
(urwat al-wuthqa) supaya kamu sentiasa menjadi seorang Muslim sampai kamu mati.”
26. ً‫سلّمَ نَبِيّا وَ َرسُول‬
َ َ‫علَيْهِ و‬
َ ُ‫صلّى ال‬
َ ‫ وَبِ ُمحَمّ ٍد‬،‫لسْلَمِ دِيْنـًا‬
ِ ‫ وَ بِا‬،‫َرضِ ْيتُ بِالِ رَبـّا‬

26. Aku ridha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad s.a.w. sebagai Nabi
dan rasul. (3X)

Dari Abu Daud dan Tirmidzi; Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesiapa berdoa setiap pagi dan petang
dengan doa ini akan masuk ke syurga.” Surah 3: Ali-Imran Ayat 19: Sesungguhnya ugama (yang benar
dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.

27. ِ‫ش العَظِيْـم‬


ِ ْ‫علَيْـهِ تَـوَ ّك ْلتُ وَهُـوَ َربّ العَر‬
َ َ‫ل ِإلَ َه إِلَ هُـو‬
َ ُ‫ي ال‬
َ ِ‫حَسْـب‬
27. Cukuplah Allah sebagai pelindungku; tiada Tuhan melainkan Dia, kepada-Nya aku
bertawakal, dan Dialah Penguasa Arasy yang agung. Surah 9 al-Tawbah Ayat 129 (7X).

Dari Tirmidhi, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; Rasulullah s.a.w. bersabda, “Bagaimana saya
hendak rehat sedangkan tiupan telah sedia di mulutnya, membuka telinganya dan tunduk kepalanya,
menunggu arahan untuk meniup? Ditanya lagi, apa pula arahan baginda, “Cukuplah Allah sebagai
pelindungku dan Dia lah sebaik-baik penjaga.”

28. ْ‫سلّم‬
َ ‫صحْبِهِ َو‬
َ ‫علَى سَيّدِناَ ُمحَمّدٍ وَآلِهِ َو‬
َ ّ‫صل‬
َ ‫اَللّهُ ّم‬

28. Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam-Mu ke atas penghulu kami Muhammad serta
keluarga dan sahabat-sahabatnya. (10X)

Dari Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin Al ’As: Rasullulah s.a.w. bersabda: “Sesiapa
meminta Allah berselawat kepadaku, Allah akan membalas keatasnya dengan sepuluh kali selawat.”

Surah 33; Al-Ahzab, Ayat 56: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala
penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang
sepenuhnya..”

29. ّ‫ن ُفجَاءَةِ الشّر‬


ْ ِ‫ َوأَعُوذُ ِبكَ م‬،ِ‫ن ُفجَاءَ ِة ا ْلخَيْر‬
ْ ِ‫سَأُلكَ م‬
ْ َ‫اَللّهُ ّم إِنّي أ‬

29. Ya Allah aku bermohon kepada-Mu untuk kebaikan yang tidak disangka; dan aku
berlindung dengan-Mu daripada bencana yang mengejut.
(Sila rujuk Hadith Per. 31)
30. َ‫ َو أَناَ عَ ْب ُدك‬،ْ‫خَلقْتَنِي‬
َ َ‫ل أَ ْنت‬
ّ ِ‫ل ِإلَ َه إ‬
َ ‫اَللّهُ ّم أَ ْنتَ رَبّي‬
ُ‫ط ْعت‬َ َ‫علَى عَهْ ِدكَ َووَعْ ِدكَ مَا اسْت‬ َ َ‫َوأَنا‬
30. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau; Engkau ciptakan daku dan aku
ini adalah hamba-Mu dan aku akan menuruti titah dan amanat-Mu sekuat tenagaku.

Dari Bukhari, diriwayatkan oleh Shaddad ibn Aws; Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sebaik-baiknya cara
memohon ampunan dari Allah ialah: “Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau; Engkau
ciptakan daku dan aku ini adalah hamba-Mu dan aku akan menuruti titah dan amanat-Mu sekuat
tenagaku tanpa soal. Aku berlindung dengan-Mu dari hal-hal buruk yang Engkau ciptakan, dan aku
mengakui nikmat kurnia-Mu kepadaku, serta mengakui dosaku, maka ampunilah daku, kerana tak ada
yang mampu mengampuni dosa itu selainkan Engkau.” Rasulullah s.a.w bersambung lagi...
(Sila rujuk Hadith Per. 31 dibawah)

31. ‫ي‬ّ َ‫عل‬ َ َ‫ أَبُ ْو ُء َلكَ بِنِعْ َم ِتك‬،ُ‫عوْذُ بِـكَ مِنْ شَ ّر مـَا صَنَعْـت‬ ُ َ‫أ‬
َ‫ب إِلّ أَ ْنت‬
َ ‫ َفاِنّهُ لَ يَ ْغفِ ُر الذّنُ ْو‬،ْ‫غفِرْ لِي‬
ْ َ‫ي فا‬
ْ ِ‫َوأَ ُب ْوءُ ِبذَنْب‬
31. Aku berlindung dengan-Mu dari hal-hal buruk yang Engkau ciptakan, dan aku mengakui
nikmat kurnia-Mu kepadaku, serta mengakui dosaku, maka ampunilah daku, kerana tak ada yang
mampu mengampuni dosa itu selainkan Engkau.

Dari Abu Dawud, diriwayatkan oleh Buraydah ibn Hasib; Rasullulah s.a.w. bersabda: Kalau sesipa
katakan di waktu pagi dan petang,: “ Ya Allah! Engkaulah Tuhanku; tiada tuhan selain-Mu, Engkau
Penciptaku, aku hamba-Mu, dan aku berpegang dengan tali yang kokoh yang tidak akan putus; Aku
berlindung dari perkara buruk yang aku telah lakukan; aku mengakui nikmat-Mu serta dosaku;
ampunilah aku sebab tiada yang mampu mengampuni selainkan Engkau.”, dan jika dia mati pada hari
atau malam itu, dia akan masuk syurga.

32. ِ‫ش الْعَظِيْـم‬


ِ ْ‫ َوأَ ْنتَ َربّ الْعَـر‬،ُ‫علَ ْيكَ تَوَ ّكلْـت‬
َ ،َ‫ل أَ ْنت‬
ّ ‫ل ِالَهَ إ‬
َ ،ْ‫اَللّهُـ ّم أَ ْنتَ رَبّي‬
32. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada tuhan selain Engkau, hanya kepada Engkau aku
berserah diri, dan Engkaulah Tuhan yang mempunyai Keagungan.

Dari Bukhari, diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas; Rasullulah s.a.w. apabila dimasa kesusahan berdoa
dengan membaca: “Tiada yang berhak disembah melainkan Allah, Maha Sejahtera, Maha Kuasa. Tiada
yang berhak disembah selain Allah, Tuhan senanjung syurga dan dunia, Raja Yang Agung.”
33. ِ‫ي الْعَظِيْم‬
ّ ِ‫ل قُوّةَ إِلّ بِالِ الْ َعل‬
َ َ‫ل حَـ ْولَ و‬
َ َ‫و‬،ْ‫ش ْأ لَـمْ يَكُن‬
َ َ‫ وَمَا لَمْ ي‬،َ‫مَا شَاءَ الُ كَـان‬
33. Apa yang dikehendaki Allah pasti akan terjadi, dan apa yang tidak dikehendaki tidak akan
terjadi, Tiada daya dan tiada kekuatan tanpa pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha
Besar. (Rujuk Keterangan di Per: 54)

34. ‫علْمًـا‬
ِ ٍ‫يء‬
ْ َ‫ن الَ َق ْد أَحَـاطَ بِ ُكلّ ش‬
ّ َ‫ َوا‬،ٌ‫ي ٍء قَدِيْـر‬
ْ َ‫علَى ُكلّ ش‬
َ َ‫ن ال‬
ّ ‫علَـمُ َأ‬
ْ َ‫ا‬
34. Aku mengetahui bahwasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Dan sesungguhnya
Allah tetap meliputi ilmu-Nya atas tiap-tiap sesuatu. Surah 65: Al Talaq Ayat 12

35. َ‫ت آخِـذٌ بِنَا صِيَتِها‬


َ ‫ َومِنْ شَرّ كُـلّ دَابّـ ٍة أَ ْن‬،ْ‫اَللّهُ ّم إِنّي أَعُ ْوذُ بِـكَ ِمنْ شَرّ َن ْفسِي‬
ٍ‫س َتقِيْم‬
ْ ُ‫علَى صِرَاطٍ م‬َ ّ‫* إِنّ رَبِي‬
35. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan diriku sendiri, dan dari kejahatan
segala yang melata yang ubun-ubunnya berada dalam genggaman-Mu, sesungguhnya Tuhanku
selalu berada di atas jalan yang lurus.

36. ُ‫ك أَسْ َتجِيْر‬


َ ‫ وَمِنْ عَذَا ِب‬،ُ‫ك اَسْ َتغِ ْيث‬
َ ‫ بِ َرحْمَ ِت‬،ُ‫يَا حَيّ يَا قَيّوْم‬
36. Ya Allah, Yang Hidup, Tuhan Yang Berdiri Sendiri, aku memohon pertolongan dengan
kasih sayang-Mu, dan aku memohon perlindungan daripada siksa-Mu.

37. ٍ‫خلْ ِقكَ طَ ْرفَةَ عَيْن‬


َ ‫ن‬
ْ ‫ل ِإلَى َأحَدٍ ِم‬
َ َ‫ي ِإلَي َن ْفسِيْ و‬
ْ ِ‫ وَلَ تَ ِكلْن‬،ُ‫شأْنِيْ ُكلّه‬
َ ْ‫ح لِي‬
ْ ِ‫َأصْل‬
37. Berilah kepadaku kebaikan dalam semua permasaalahanku, janganlah Engkau
menyerahkan daku kepada diriku sendiri, dan jangan juga kepada salah seorang pun daripada
makhluk-Mu walau sekelip mata sekalipun.
38. ِ‫سل‬ َ َ‫ن الْ َعجْزِ وَالْك‬
َ ِ‫عوْذُ ِبكَ م‬ُ َ‫ َوأ‬،ِ‫ن الْهَمّ وَا ْلحَزَن‬
َ ِ‫ي أَعُ ْوذُ ِبكَ م‬
ْ ّ‫اَللّهُ ّم إِن‬
ِ‫غلَبَ ِة الدّيْنِ َوقَهْ ِر الرّجَال‬
َ ْ‫ َوأَعُوْذُ ِبكَ ِمن‬،ِ‫خل‬ْ ُ‫ن ا ْلجُبْنِ وَالْب‬
َ ِ‫َو أَعُ ْوذُ ِبكَ م‬
38. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku
berlindung dengan-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung dengan-Mu
daripada bebanan hutang dan daripada paksaan manusia.

Dari Bukhari, diriwayatkan daripada Anas ibn Malik; apabila Rasulullah s.a.w., berhenti untuk berehat;
saya dengar baginda berdoa: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada keluh kesah dan
kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung
dengan-Mu daripada bebanan hutang dan daripada paksaan manusia"

39. ِ‫ فِي الدّنْيَا وَالخِرَة‬،َ‫ك الْعَافِيَة‬


َ ‫سَأُل‬
ْ َ‫اَللّهُ ّم إِنّي أ‬
39. Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu kesejahteraan di dunia dan akhirat.

40. َ‫ فِي دِيْنِيْ وَدُنْياَي‬،َ‫ وَالْمَعَافاَةَ الدّائِمَة‬،َ‫سَأُلكَ الْ َعفْوَ وَالْعَـافِيَة‬


ْ َ‫اَللّهُ ّم إِنّي أ‬
ْ‫َوأَ ْهلِيْ وَمَالِي‬
40. Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu pengampunan dan kesejahteraan serta perlindungan
yang abadi dalam agamaku, duniaku, keluargaku, dan hartaku.

Dari Abu Dawud, diriwayatkan daripada Abdullah ibn Umar; Rasulullah s.a.w. selalu mengucapkan doa
ini di waktu pagi dan petang: “Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu pengampunan dan kesejahteraan serta perlindungan yang abadi
dalam agamaku, duniaku, keluargaku, dan hartaku. Ya Allah, tutupilah segala ke’aibanku, dan
amankanlah ketakutanku. Ya Allah, peliharalah daku dari malapetaka yang datang dari depanku dan dari
belakangku, dan dari kananku dan dari kiriku, dan dari atasku, dan aku berlindung dengan keagungan-
Mu agar jangan ditipu dari bawahku (tanpa disedari).”

41. ْ‫ستُرْ عَوْرَاتِيْ وَآمِنْ َروْعَاتِي‬


ْ ‫اَللّهُمّ ا‬
41. Ya Allah, tutupilah segala ke’aibanku, dan amankanlah ketakutanku.
(Sila rujuk Hadith Per: 40)
42. ُ‫ َوأَعُ ْوذ‬،ْ‫ن فَ ْوقِي‬
ْ ِ‫خ ْلفِيْ َوعَنْ يَمِيْ ِنيْ وَعَنْ شِمَالِيْ وَم‬
َ ‫ن‬ْ ِ‫حفَظْنِيْ مِنْ بَ ْينِ يَدَيّ وَم‬ ْ ‫اَللّهُ ّم ا‬
ْ‫ن أُغْتَالَ مِنْ َتحْتِي‬ ْ َ‫ك أ‬
َ ‫بِعَظَمَ ِت‬ *
42. Ya Allah, peliharalah daku dari malapetaka yang datang dari depan dan belakangku, dan
dari kanan dan kiriku, dan dari atasku, dan aku berlindung dengan keagungan-Mu agar jangan
ditipu dari bawahku (tanpa disedari).
(Sila rujuk Hadith Per: 40)

43. ْ‫سقِيْنِـي‬
ْ ‫ َوأَ ْنتَ تُطْعِ ُمنِـيْ َوأَ ْنتَ َت‬،ْ‫ َوأَ ْنتَ َتهْدِيْنِـي‬،ْ‫خَلقْتَنِـي‬
َ ‫ت‬
َ ‫اَللّهُـمّ أَ ْن‬
ْ‫ َوأَ ْنتَ ُتحْيِيْنِـي‬،‫َوأَ ْنتَ تُمِيْتُنِـي‬
43. Ya Allah, Engkaulah yang menciptakan daku, memberikan petunjuk kepadaku, memberi
makanan padaku, memberikan minuman kepadaku, mematikan daku, dan membangkitkan daku
semula.

Dari Muslim, diriwayatkan oleh Miqdad, Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah, memberiku makanan,
memberiku minuman,” setelah baginda dapati susunya telah di minum oleh seorang.

44. ُ‫علَى دِيْنِ نَبِيّناَ ُمحَمّ ٍد صَلّى ال‬


َ َ‫ و‬،ِ‫لخْلَص‬ ِ ْ‫علَى َكلِمَ ِة ا‬ َ ‫ َو‬،ِ‫لسْلَم‬ ِ ْ‫علَى فِطْرَ ِة ا‬َ َ‫َأصْبَحْنا‬
ً‫سلِما‬
ْ ‫علَى ِملّ ِة أَبِيْنَا إِبْراَهِيْ َم حَنِيْفاً ُم‬َ َ‫ و‬،َ‫سلّم‬ َ َ‫علَيْهِ وَآلِهِ و‬
َ
َ‫ن الْمُشْرِكِ ْين‬ َ ِ‫* وَمَا كاَنَ م‬
44. Kami berada pada pagi ini dengan fitrah beragama Islam, di atas kalimah ikhlas, dengan
agama Nabi kami Muhammad s.a.w dan agama bapa kami Ibrahim a.s. yang lurus dan berserah
diri (kepada Allah), dan sekali-kali bukanlah dia dari golongan orang-orang yang
mempersekutukan Allah dengan yang lain.

“Hari ini Kami telah lengkapkan agamamu, dan penuhkan nikmat-Ku kepadamu, dan meredhai untukmu
Islam sebagai agamamu.” Surah 5: al-Ma’idah Ayat 3
45. ُ‫ َوِإلَ ْيكَ النّشُوْر‬،ُ‫ وَ ِبكَ نَمُ ْوت‬،‫ َو ِبكَ َنحْيَا‬،‫ وَ ِبكَ أَمْسَيْنَا‬،‫اَللّهُمّ ِبكَ َأصْ َبحْنَا‬
َ‫ب الْعاَلَمِيْن‬
ّ ‫ وَالْحَمْدُ لِ َر‬،ِِّ‫َأصْبَحْنَا َوَأصْبَحَ الْ ُملْكُ ل‬
45. Ya Allah! sesungguhnya kami berada di waktu pagi bersama Engkau, demikian pula di
waktu petang, dan di kala hidup dan di kala mati, dan hanya kepada-Mu lah tempat kebangkitan,
kami berada di waktu pagi sedang kekuasaan tetap berada bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.

Dari AbuDawud, diriwayatkan oleh Abu Malik; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila bangun pagi,
bacalah: “Ya Allah, sesungguhnya kami berada di waktu pagi bersama Tuhan seru sekalian alam. Ya
Allah, kami memohon kepada-Mu kebaikan hari ini keterbukaannya, kemudahannya, cahayanya,
keberkatanmya dan petunjuknya; dan perlindungan dari keaiban yang datang dengan nya dan
sesudahnya.” Pada petang hari serupa juga.

46. ُ‫ك خَيْرَ َهذَا الْيُوْمِ فَ ْتحَهُ وَ َنصْرَهُ وَنُوْرَهُ َوبَرَكَتَهُ وَهُداَه‬
َ ‫سَأُل‬
ْ َ‫اَللّهّ َم إِنّي أ‬
46. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu kebaikan hari ini, pembukaannya, kemudahannya,
cahayanya, berkatnya dan petunjuknya.

47. ‫ َوخَيْ َر ماَ فِ ْي ِه‬،ِ‫ك خَيْرَ هَذاَ الْيُوْم‬


َ ‫سَأُل‬
ْ َ‫اَللّهُ ّم إِنّي أ‬
ِ‫َوأَعُ ْوذُ ِبكَ مِنْ شَرّ هَذاَ الْيُوْمِ َوشَرّ مَا فِيْه‬
47. Ya Allah aku memohon kepada-Mu kebaikan hari ini, dan kebaikan apa yang ada di
dalamnya, dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan hari ini dan keburukan apa yang
terdapat didalamnya.

48. َ ‫ فَمِ ْن‬،َ‫خ ْلقِك‬


‫ك‬ َ ‫ن‬
ْ ِ‫اَللّهُ ّم ماَ َأصْبَحَ بِيْ مِنْ نِ ْعمَ ٍة أَوْ ِبَأحَـدٍ م‬
َ‫علَى َذِلك‬ َ ُ‫ك الْحَمْدُ َوَلكَ الشّكْر‬ َ ‫ َفَل‬،َ‫ك َلك‬ َ ‫َوحْ َدكَ لَ شَرِ ْي‬
48. Ya Allah, nikmat yang aku terima di pagi ini, atau yang di terima oleh salah seorang dari
hamba-Mu, maka sumbernya hanyalah Engkau semata, tiada sekutu bagi-Mu, bagi-Mu lah pujian
dan kepada-Mu kami bersyukur atas semuanya itu.

Dari Abu Dawud, diriwayatkan oleh Abu Malik; “Seorang bertanya Rasulullah s.a.w.: ‘Berilah kami suatu
ayat yang boleh kami ulangi tiap pagi, petang dan apabila kami bangun dari tidur.’ Baginda suruh kami
berdoa: "Ya Allah! Yang Mencipta Syurga dan dunia, Yang Mengetahui semua yang zahir dan batin,
Engkaulah Tuhan sekian makhluk; para malaikat saksikan bahwa tiada tuhan selain-Mu, kami
berlindung dengan-Mu dari keburukan diri kami dan dari bisikan syaitan yang menyekutukan Mu.”
49. ِ‫شهِ وَمِداَدَ َكلِمَاتِه‬
ِ ْ‫سهِ وَزِنَةَ عَر‬
ِ ْ‫خلْقِـهِ وَ ِرضَـى َنف‬
َ ‫سُ ْبحَانَ الِ وَ ِبحَمْدِهِ عَ َد َد‬
49. Maha Suci Allah dan puji-pujian untukNya, sebanyak bilangan makhlukNya, sebanyak
bilangan keridhaanNya, sebanyak timbangan ‘ArsyNya dan sebanyak tinta untuk menulis
kalimatNya. (3X)

Diriwayatkan daripada Juwairiyah Ummil Mukminin r.a., bawahasanya Nabi s.a.w keluar dari rumahnya
pada suatu pagi setelah habis sembahyang subuh sedang Juwairiyah masih di tempat sembahyangnya
(berzikir), apabila beliau kembali ke rumah setelah menunaikan shalat Dhuha, beliau dapati Juwairiyah
masih di tempat sembahyangnya lagi, lalu beliau bertanya: Apakah engkau masih lagi berkeadaan
seperti aku tinggalkanmu tadi? Maka berkata Nabi s.a.w.: Bila aku meninggalkanmu tadi aku telah
mengucapkan empat kalimah sebanyak 3 kali, jika ditimbang dengan apa yang engkau ucapkan sejak
awal hari tadi niscaya ia lebih daripada apa yang engkau ucapkan, iaitu wirid yang disambung
dengan”sebanyak bilangan ......”.

50. ِ‫خلْقِـهِ وَ ِرضَـى َنفْسِـه‬


َ ‫عدَ َد‬َ ِ‫ل الْعَظِيْمِ وَ ِبحَمْدِه‬
ِ ‫سُ ْبحَانَ ا‬
ِ‫وَ ِزنَةَ عَ ْرشِهِ وَمِداَدَ َكلِمَاتِه‬
50. Maha Suci Allah Yang Maha Agung dan puji-pujian untukNya, sebanyak bilangan
makhlukNya, sebanyak bilangan keridhaan-Nya, sebanyak timbangan ‘Arsy-Nya dan sebanyak
bilangan kalimat-Nya. (3X)

51. َ‫ سُ ْبحَـان‬،ِ‫ق فِي الَ ْرض‬


َ ‫خلَـ‬
َ ‫ن الِ عَدَدَ مَا‬ َ ‫ سُ ْبحَـا‬،ِ‫ق فِي السّمَـاء‬ َ َ‫خل‬
َ ‫ن الِ عَدَدَ مَا‬ َ ‫سُ ْبحَـا‬
ٌ‫ن الِ عَ َددَ مَا ُه َو خَـالِق‬
َ ‫ سُ ْبحَـا‬،َ‫الِ عَدَدَ مَا بَ ْينَ َذِلك‬
51. Maha suci Allah sebanyak bilangan ciptaan-Nya di langit, Maha suci Allah sebanyak
bilangan ciptaan-Nya di bumi, Maha suci Allah sebanyak bilangan ciptaan-Nya di antara keduanya
dan Maha suci Allah sebanyak bilangan ciptaan-Nya. (3X)

Diriwayatkan daripada Sa’ad bin Abu Waqqash r.a. bahawasanya dia bersama Rasulullah s.a.w.
mendatangi seorang perempuan sedang pada kedua tangan perempuan itu ada biji (kurma) atau kerikil
dihitungnya dalam tasbihnya, maka bersabda Rasulullah s.a.w.: Mahukah engkau aku memberitahumu
sesuatu yang lebih mudah atau lebih utama buatmu? Lalu beliau menyambung dengan membaca wirid
yang disambung seperti diatas ini.

.
52. ِ‫ق فِي الَرْض‬
َ ‫خلَـ‬
َ ‫ َا ْلحَمْدُ لِ عَدَدَ مَـا‬،ِ‫ق فِي السّمَـاء‬ َ ‫خلَـ‬
َ ‫َالْحَمْدُ لِ عَدَدَ مَـا‬
ٌ‫ َا ْلحَمْدُ لِ عَ َددَ مَـا هُ َو خَـالِق‬،َ‫َالْحَمْدُ لِ عَدَدَ مَـا بَيْـنَ َذِلك‬
52. Segala puji bagi Allah sebanyak bilangan ciptaan-Nya di langit, segala puji bagi Allah
sebanyak bilangan ciptaan-Nya di bumi, segala puji bagi Allah sebanyak bilangan ciptaan-Nya di
antara keduanya dan segala puji bagi Allah sebanyak bilangan ciptaan-Nya. (3X)

53. ِ‫ق فِي الَرْض‬ َ ‫خلَـ‬


َ ‫ل الُ عَ َددَ مَـا‬ّ ِ‫ل ِإلَ َه إ‬
َ ،ِ‫ق فِي السّمَـاء‬ َ ‫خلَـ‬َ ‫ل الُ عَدَدَ مَـا‬ ّ ِ‫ل ِإلَ َه إ‬
َ
ٌ‫ل الُ عَ َددَ مَـا هُ َو خَـالِق‬
ّ ِ‫ل ِإلَ َه إ‬
َ ،َ‫ل ِإلَـ َه إِلّ الُ عَدَدَ مَـا بَيْـنَ َذلِـك‬
َ
53. Tiada tuhan melainkan Allah, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di langit, tiada tuhan
melainkan Allah, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di bumi, tiada tuhan melainkan Allah, sebanyak
bilangan ciptaan-Nya di antara keduanya, dan tiada tuhan melainkan Allah, sebanyak bilangan
ciptaan-Nya. (3X)

54. َ‫خلَـق‬ َ ‫ل أَكْبَرُ عَدَدَ مَـا‬


ُ ‫ ا‬،ِ‫ق فِي السّمَـاء‬ َ ‫خلَـ‬َ ‫عدَدَ مَـا‬
َ ُ‫ل أَكْبَر‬
ُ ‫ا‬
ٌ‫عدَدَ مَـا ُه َو خَـالِق‬
َ ُ‫ل أَكْبَر‬
ُ ‫ ا‬،َ‫ل أَكْبَرُ عَدَدَ مَـا بَيْـنَ َذِلك‬
ُ ‫ ا‬،ِ‫فِي الَرْض‬
54. Allah Maha Besar, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di langit, Allah Maha Besar, sebanyak
bilangan ciptaan-Nya di bumi, Allah Maha Besar, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di antara
keduanya, dan Allah Maha Besar, sebanyak bilangan ciptaan-Nya. (3X)

Dari Al-Muwatta, diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa
yang membaca: “Tiada tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu baginya, kepunyaan-Nya lah
kerajaan, dan hanya bagi-Nya segala puji dan Dia Maha kuasa atas segala sesuatu” dalam sehari
sebanyak seratus kali, nescaya dia mendapat pahala sebagaimana memerdekakan sepuluh orang
hamba. Dia juga diampunkan seratus kejahatan, dibuat untuknya benteng sebagai pelindung dari
syaitan pada hari tersebut hingga ke petang. Tidak diganjarkan kepada orang lain lebih baik
daripadanya kecuali orang tersebut melakukan amalan lebih banyak daripadanya. Manakala mereka
yang berkata: “Maha suci Allah dan segala puji hanya bagi Allah”, dalam sehari sebanyak seratus kali
nescaya terhapuslah segala dosanya sekalipun dosanya itu banyak seperti buih di lautan .

(i) Al-Habib Abibakar Sakaran didalam Hizbnya telah mengatakan bahawa pengucapan, “Ya Allah,
limpahkanlah kurnia dan kesejahteraan atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan
sahabat-sahabatnya sekalian” ialah sebagai pintu menuju kepada Allah; dan kunci ke pintu itu ialah
ucapan, “Tiada tuhan melainkan Allah”; dan pertahanannya ialah ucapan, “Tiada kekuatan atau kuasa
melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.”
55. ‫ق فِي السّمَا ِء‬ َ َ‫خل‬َ ‫عدَدَ مَـا‬َ ِ‫ل ال َعلِيّ الْعَظِيْـم‬
ِ ‫ل قُوّ َة إِلّ بِا‬
َ َ‫ل حَ ْولَ و‬َ
ِ‫ق فِي الَرْض‬ َ َ‫خل‬َ ‫عدَدَ مَـا‬َ ِ‫ل ال َعلِيّ الْعَظِيْـم‬
ِ ‫ل قُوّ َة إِلّ بِا‬
َ َ‫ل حَ ْولَ و‬َ
َ‫عدَدَ مَـا بَيْـنَ َذلِـك‬َ ِ‫ل ال َعلِيّ الْعَظِيْـم‬
ِ ‫ل قُوّ َة إِلّ بِا‬
َ َ‫ل حَ ْولَ و‬َ
ٌ‫عدَدَ مَا هُ َو خَالِق‬
َ ِ‫ل ال َعلِيّ الْعَظِيْـم‬
ِ ‫ل قُوّ َة إِلّ بِا‬
َ َ‫ل حَ ْولَ و‬َ
55. Tiada kekuatan atau kuasa melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha
Agung, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di langit, tiada kekuatan atau kuasa melainkan dengan
izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di bumi, tiada
kekuatan atau kuasa melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung, sebanyak
bilangan ciptaan-Nya di antara keduanya, dan tiada kekuatan atau kuasa melainkan dengan izin
Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung, sebanyak bilangan ciptaan-Nya. (3X)

56. ‫علَى سَيّدِنَا ُمحَمّدٍ نَبِيّ الُمّي‬ َ ّ‫صل‬َ ‫اَللّهُ ّم‬


ِ‫ق فِي السّمَاء‬ َ َ‫خل‬
َ ‫سلّمَ عَ َددَ مَا‬ َ ‫صحْبِهِ َو‬
َ ‫علَـى َالِهِ َو‬
َ َ‫و‬
‫علَى سَيّدِنَا ُمحَمّدٍ نَبِيّ الُمّي‬ َ ّ‫صل‬َ ‫اَللّهُ ّم‬
ِ‫ق فِي الَرْض‬ َ َ‫خل‬
َ ‫سلّمَ عَ َددَ مَا‬ َ ‫صحْبِهِ َو‬
َ ‫علَـى َالِهِ َو‬
َ َ‫و‬
‫علَى سَيّدِنَا ُمحَمّدٍ نَبِيّ الُمّي‬ َ ّ‫صل‬َ ‫اَللّهُ ّم‬
َ‫سلّمَ عَ َددَ مَا بَيْـنَ َذلِـك‬
َ ‫صحْبِهِ َو‬
َ ‫علَـى َالِهِ َو‬
َ َ‫و‬
‫علَى سَيّدِنَا ُمحَمّدٍ نَبِيّ الُمّي‬ َ ّ‫صل‬َ ‫اَللّهُ ّم‬
ٌ‫سلّمَ عَ َددَ مَا ُه َو خَالِق‬
َ ‫صحْبِهِ َو‬َ ‫علَـى َالِهِ َو‬
َ َ‫و‬
56. Ya Allah, limpahkanlah kurnia dan kesejahteraan atas penghulu kami Nabi Muhammad
yang Ummiy (buta huruf) dan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sebanyak bilangan ciptaan-
Nya di langit, Ya Allah, limpahkanlah kurnia dan kesejahteraan atas penghulu kami Nabi
Muhammad yang Ummiy dan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sebanyak bilangan ciptaan-
Nya di bumi, Ya Allah, limpahkanlah kurnia dan kesejahteraan atas penghulu kami Nabi
Muhammad yang Ummiy dan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sebanyak bilangan ciptaan-
Nya di antara keduanya, Ya Allah, limpahkanlah kurnia dan kesejahteraan atas penghulu kami
Nabi Muhammad yang Ummiy dan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sebanyak bilangan
ciptaan-Nya.

57. ُ‫ لَ ُه الْ ُم ْلكُ َولَ ُه ا ْلحَمْد‬،ُ‫ك َله‬َ ‫ل الُ َوحْدَهُ لَ شَرِ ْي‬
ّ ِ‫ل ِإلَ َه إ‬
َ
ٍ‫يءٍ قَ ِديْرٌ عَدَدَ ُكلّ ذَرّ ٍة َألْفَ مَرّة‬
ْ َ‫علَـى ُكلّ ش‬ َ َ‫وَهُو‬
57. Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, kepunyaan-Nya lah
kerajaan, dan hanya bagi-Nya segala puji, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, sebanyak
bilangan zarah yang dicipta-Nya seribu kali. (3X)
58. ُ‫ لَ ُه الْ ُم ْلكُ َوَل ُه الْحَمْد‬،ُ‫ك لَه‬
َ ‫ل الُ َوحْدَهُ لَ شَرِ ْي‬ّ ِ‫ل ِإلَ َه إ‬
َ
ٌ‫عدَ َد ماَ هُ َو خَالِق‬ َ ٌ‫ي ٍء قَدِيْر‬ ْ َ‫علَـى ُكلّ ش‬ َ َ‫وَ ُهو‬
58. Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, kepunyaan-Nya lah
Kerajaan, dan hanya bagi-Nya segala puji, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu yang telah
diciptakan-Nya.
Nota:
Jika dibaca pada waktu petang gantikanlah perkataan-perkataan yang di garis bawah itu seperti berikut:

" ُ‫ " أَمْسَ ْيت‬- " ُ‫" َأصْ َبحْت‬ ‫َو َيقُولُ فِي الْمَسَاء بَدَل‬
Di ayat 22, 23, 44 dan 45: “Pagi” digantikan dengan “Petang”.

" ِ‫ " َالْ َمصِيْر‬- " ِ‫شوْر‬


ُ ُ‫" َالْن‬ ‫َوبَدَل‬
Di ayat 45: “kebangkitan” digantikan dengan “kembali”.

" ِ‫ " اللّ ْيل‬- " ِ‫" الْيَوْم‬ ‫َوبَدَل‬


Dan di dalam ayat 46 dan 47: “hari” digantikan dengan “malam”.

‫إنتهى الورد اللطيف‬


Tamat Wirdul-Latif

Sebarang pertanyaan sila hubungi:


Hawi Al-Khairaat (HAK)
Email: hak@alhawi.net

JazakumuLlahu Khairan.

You might also like