Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
bismillahillazi

bismillahillazi

Ratings: (0)|Views: 414 |Likes:
Published by Nor Athirah

More info:

Published by: Nor Athirah on Apr 07, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/11/2012

pdf

text

original

 
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktupagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripadasegala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah sepertiberikut;Doa:"Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul 'alim"Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal3. Berbahaya4. Melarat, Bertambah PayahDengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindardaripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kitaakan;1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.3. Selamat dari bahaya.4. Tidak melarat, Menjadi Senang.Keberuntungan beramal dengan doa ini:1.Terhindar Daripada BahayaTuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana denganmembaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendakmelakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana
 
untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh,mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dansebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisikoseperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempatpembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali.Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatandan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan sepertigangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakanyang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, makaberehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehatbeberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kaliitu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalananatau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kitaboleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yangdinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusahamelalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allahyang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribukali sekali pun pasti kita akan mati.2.Terhindar Daripada Kemudaratan MakananMakanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahankimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapiterbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakityang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dansebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkanmakanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agarmengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanandan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minumanyang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.3.Terhindar Daripada SihirPerbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirikakan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam nerakaselama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihiruntuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk
 
tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawamaut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana doronganhasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidaksengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Geraitersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kacayang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan diapernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai kemulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut adamengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramaldengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan.Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapayang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Denganmengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.5.Terhindar Daripada Gangguan Makhluk HalusApabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halusberkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama ditinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitujika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat
 
yang disebutkan diatas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kitasedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini,akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk kerumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk kedalam rumah.Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa initiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya,insya'Allah.
Sumber:darussyifa

Activity (3)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Wan Nasrullah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->