Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Gangsterisme

Gangsterisme

Ratings: (0)|Views: 86 |Likes:
Published by Guru Khb Pbl

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Guru Khb Pbl on Apr 07, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/08/2011

pdf

text

original

 
PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME DI KALANGANREMAJA DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI EMPAT BUAHNEGERI
Prof. Madya Dr Azizi bin Hj YahayaRosnah Binti Hj BuangFakulti PendidikanUTM, Skudai
Abstrak:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca berlakunya masalah gejalagengsterisme di kalangan remaja sekolah menengah di empat iaitu Johor, Melaka, NegeriSembilan dan Selangor.Seramai 400 orang pelajar terdiri pelajar tingkatan empa dip ilihsecara kelompok atas kelompok.Instrumen kajian yang digunakan merupakan adaptasidaripada soal selidik Gangs Acitivities Perception Questionnaire (FAPQ) dan PerceptionsToward Youth Gangs. Darjah kebolehpercayaan (alfa cronbach) bagi instrumen yangdigunakan dalam kajian ini ialah 0.8432. Para pelajar melaporkan bahawa kekerapanperlakuan gengsterisme secara keseluruhannya berada di tahap yang rendah. Rakan sebayamerupakan orang yang paling kerap dirujuk oleh pelajar sebagai paling berpengaruhberlakunya masalah gengsterisme. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapathubungan yang signifikan antara faktor-faktor gejala gengsterisme dengan pendapatankeluarga dan prestasi akademik. Tahap faktor-faktor gejala gengsterisme di kalanganpelajar sekolah menengah secara keseluruhannya adalaah berada pada tahap yang rendah.(katakunci: gejala gengsterisme, remaja, masalah gejala gengsterisme, kekerapan per lakuangengsterisme)
Abstract:
The purpose of the study is to identify the main factors wihch influencessecondary students in the gangsterisme social activity focused in four states such as inJohore, Malacca, Negeri Sembilan and Selangor. In the research 400 from 4 students werechosen. The data were collected using questionnaire which was adopted from GangsAcitivities Perception Questionnaire (FAPQ) dan Perceptions Toward Youth Gangs. Thealpa croncbach for this instrument was 0.8432. Students reported that overall rate on thegengsterisme prevalance were at moderate level at low level. When having problemsabout gengsterisme, friends were the most influences refered to by the students comparedfamily. The findings also indicated that there were no significant correlations betweenfactors which influences secondary students in the gangsterisme social acitivity with theacademic achievement and family income. The level of factors which influencessecondary students in the gangsterisme social acitivity was found as low level.
(keywords:
gangsterisme social activity, adolescent, problems of gangsterisme socialactivity, gengsterisme prevalance
1.0 Pengenalan
Sejak akhir-akhir ini terdapat suara-suara yang mula mempersoalkan tentang penglibatangenerasi muda dalam aktiviti-aktiviti sosial yang boleh merosakkan keutuhan strukturmasyarakat di negara ini. Fenomena ini telah menunjukkan bertambah kejadian membakar bilik guru, vandalisme, memeras ugut, penagihan dadah ( Utusan Malaysia, 1998 ).
 
Apa yang memeranjatkan, sekali gus membimbangkan, mengenai hasil satu kajianyang dibuat oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikanpada tahun 1999. Laporan kajian ini yang diumumkan baru -baru ini menjelaskan tentangpenularan gengsterisme yang semakin berleluasa di sekolah -sekolah menengah seluruhnegara sekarang. Fakta kajian menunjukkan satu pertiga dari 1560 buah sekolahmenengah kita adalah berisiko tinggi dan terdedah kepada berbagai -bagai kongsi gelap(Berita Harian, 1997).Bagi kumpulan pelajar ini yang melanggar norma masyarakat setempat ataupundalam institusi sekolah dikenali sebagai disiplin mereka kategorikan sebagai devian dandelinkuen. Mungkin perkataan ini asing bagi kita kerana ia jarang digunakan dalambahasa seharian kita. Kita lebih gemar memberi label nagi kumpulan ini sebagaisamseng, perogol, kaki ponteng, penagih dadah, homoseksual, lesbian dan sebagainya.Mereka yang melanggar norma masyarakat setempat ini dikenali sebagai kumpulan yangbertingkah laku devian dan apabila golongan ini merujuk kepada mereka yang masihbersekolah atau remaja akan dikenali sebagai delinkuen. Apa yang jelas, delinkuen ataugengsterisme ini adalah tingkah laku yang melanggar peratu ran dan undang-undang atauberkelakuan yang tidak boleh diterima oleh masyarakat.Gengsterisme adalah jenis salah laku yang sudah lama wujud di kalangan pelajar dan masihberterusan hingga kini. Keadaan menjadi bertambah serius apabila didapat i semakin ramaipelajar perempuan dan murid sekolah rendah di kesan terlibat dengan gejala samseng yangdikenali sebagai gengsterisme. Peningkatannya kelihatan seiring dengan kemajuan danpembangunan Negara.Menurut Thrasher (1963) yang merupakan pelopor awal tentang kajian gengsterismemengutarakan bahawa pada awal remaja golongan ini berpotensi untuk mewujudkan gang.Golongan remaja ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat mereka dapatmemperolehi keseronokan dalam kumpulan mereka. T hrasher (1961) juga mendefinisikan gangsebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri-ciri seperti mengikut tingkahlaku yang sama,perjumpaan secara bersemuka, gerakan secara berunit, konflik dan mempunyai perancangan.Thraser (1963) menyatakan bahawa kewujudan gangster adalah hasil daripadaperkembangan sesuatu kumpulan rakan sepermainan juvenil yang bertukar kepadaperlakuan devian. Secara evolusi kumpulan ini menjadi satu kumpulan gangster yangsering kali melakukan tindakan-tindakan ganas yang bercorak anti social. Ikatan yangpada mulanya tidak sehaluan menukar menjadi lebih erat ditambah sangat setia kawanatau kukuh serta mengamalkan tradisi kumpulan.
Miller’s (1980) mendefinisikan gang ini adalah t
ermasuk dalam aktiviti haram dansentiasa berubah-ubah. Manakala Klein & Maxson pula menekankan gang ini adalah suatuaktiviti haram dan suatu yang kritikal. Mereka mencadangkan 3 kriteria untuk mendefinisikangang iaitu :a) Aktiviti kumpulan secara umumnya di pandang negatif oleh undang-undangb) Masyarakat mengiktiraf kumpulan tersebut.c) Aktiviti yang dipandang negatif oleh kumpulan masyarakatTaylor (1993), ia merujuk kepada empat criteria yang berbeza mengenai gangdaripada asspek fungsi remaja dan lain-lain jenis kumpulan remaja. Kriteria itu adalahtermasuk:a) Struktur organisasi yang formal (bukan sendikit)b) Kepimpinanc) Mengenal pasti kawasan jajahand) Interaksi semulae) Perkara yang melekakan atau tingkah laku ganas
 
Menurut Haslina Hassan (2000), mendapati bahawa delinkuen dan tindakan ganas olehpara remaja merupakan perlakuan yang diwariskan oleh para remaja lelaki yang lebih tua kepadayang lebih muda dan aktiviti-aktiviti tertumpu beberapa kawasan di luar sekolah. Begitu jugadengan Bodinger-de-Uriarte (1993), mendapati faktor untuk mendapatkan kuasa dan statusmerupakan penyebab utama para remaja menyertai gengster jalanan di Amerika Syarikat.Majoriti daripada gangster tersebut merupakan geng lelaki dan ahli -ahli terdiri daripada merekayang mempunyai latarbelakang etnik yang sama.Masalah pelanggaran disiplin di sekolah tidak pernah selesai semenjak dahulusehinggalah sekarang. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan semua pihak yang terlibat di dalam bidang pendidikan sama ada para pendidik, ibubapa serta pihak kerajaan.Laporan-laporan tentang salahlaku para pelajar sentiasa mendapat tempat didalam akhbar dinegara kita. Semua pihak mahukan sekolah sebagai sebuah tempat yang selamat untuk prosespengajaran dan pembelajaran.
2.0 Pernyataan Masalah
Kewujudan kumpulan gengster di sekolah akan memberikan kesan yang buruk kepada parapelajar khususnya dan amnya kepada pihak sekolah kerana ahli ahli gengster sentiasa melakukansalah laku yang boleh menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Gaustad,1991). Pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilakukan dengan sempurna kerana sentiasadiganggu oleh pelajar yang terlibat dengan kumpulan gengster termasuklah aspek gangguanterhadap pengajaran guru. Mereka ini juga tidak berminat untuk belajar.Menurut Lal et. al. (1993) perlakuan gengsterisme merupakan masalah yangmemerlukan perhatian serius dan strategi mengurangkan masalah itu. Pihak sekolahterutama sekali pihak guru perlu peka terhadap masalah ini. Keprihatinan mereka dalammengenal pasti punca dan tanda-tanda awal perlakuan gengsterisme adalah amat pentingbagi menangani masalah perlakuan gengsterisme di sekolah.Sekolah seharusnya menjadi kawasan yang selamat untuk pertumbuhan danperkembangan anak-anak. Persekitaran sekolah yang selamat dan selesa dapat menjanaproses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebarang ancaman serta rasa tidak selamat di kalangan pelajar akibat masalah perlakuan gengsterisme ini sedikit sebanyak akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.Sehubungan daripada pernyataan-pernyataan di atas maka kajian ini akan mengkajidan meneroka tentang perlakuan gengsterisme di sekolah. Di samping itu kajian ini akanmengkaji tentang faktor-faktor yang paling mempengaruhi gejala gengsterisme di sekolah dariaspek rakan sebaya, keluarga, pengaruh media dan individu itu sendiri.Kajian ini juga akan mengkaji apakah persepsi pelajar dan guru tentangperlakuan gengsterisme di sekolah. Kajian ini juga akan mengkaji dan meneliti kekerapanperlakuan dan ciri-ciri gengsterisme serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan olehgengsterisme di sekolah menengah. Di samping itu kajian juga akan mengkaji hubunganyang signifikan aktiviti-aktiviti dengan prestasi akedamik dan pendapatan keluarga.
3.0 Objektif Kajian
Objektif umum kajian ini dijalankan adalah untuk melihat kewujudan perlakuangengsterisme di kalangan pelajar sekolah menengah daripada perspektif pelajar dan guru.Objektif khusus kajian ini adalah:1 Mengenal pasti faktor-faktor yang paling mempengaruhi gejala gengsterisme d i sekolahdari aspek rakan sebaya, individu, keluarga dan pengaruh media2 Mengenal pasti kekerapan perlakuan gengsterisme di kalangan pelajar sekolah3 Mengenal pasti ciri-ciri ahli kumpulan gengsterisme utama di kalangan pelajar sekolahdari aspek simbol, pakaian dan gaya

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->