You are on page 1of 9

Puisi Tradisional

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL


Ciri-ciri Syair
 Syair merupakan puisi Melayu lama yang berasal daripada
kesusasteraan Arab.

 Menurut Pendeta Za’aba, syair berasal daripada kata “syir” yang


bermaksud “perasaan serta pengenalan dengan pancaindera”.

 Syair tidak mempunyai pembayang maksud, tetapi keseluruhan


rangkapnya merupakan sebuah cerita yang panjang atau
nasihat.

 Mengemukakan kisah atau soal-soal agama, falsafah hidup,


puji-puji dan kisah sejarah.

 Syair terdiri daripada empat baris kata serangkap. Rima


akhirnya dalam susunan a,a,a,a.
 Setiap baris dalam syair biasanya
mengandungi empat patah kata yang
berjumlah antara lapan hingga dua belas
suku kata

 Rima akhir syair ialah a,a,a,a. contohnya:

Orang berakal sangatlah mulia, [a]


Pakaian anbia dan aulia, [a]
Barang siapa mengikut dia, [a]
Itulah tanda orang bahagia. [a]
Maksud
 Rangkap 1
 Orang yang berakal atau cerdik pandai dianggap
mulia oleh masyarakat dan menyamai orang
alim. Sesiapa yang menjadi pengikut orang yang
berakal akan dapat hidup bahagia.

 Rangkap 2
 Orang yang berakal akan membela sesiapa
sahaja yang dianiayai. Si pelakunya pula akan
menerima balasan yang setimpal dengan
kekejaman yang telah dilakukannya.
 Rangkap 3
 Orang yang berakal mempunyai pandangan

yang jauh. Dia akan bersahabat dengan orang


yang baik sahaja dan mengetepikan orang
yang jahat.

 Rangkap 4
 Orang yang berakal akan mengikut hukum-

hukum agama. Selain berserah kepada Allah,


orang yang berakal juga tidak bersikap tamak
haloba kerana dia sedar bahawa dunia ini
tidak akan kekal.
 Rangkap 5
 Orang yang berakal tidak mengada-ada

walaupun dikasihi oleh pihak atasan. Dia


tidak sombong, sebaliknya sentiasa berbaik-
baik dengan rakan-rakan.

 Rangkap 6
 Jika pihak atasan memberikan perhatian yang

lebih kepadanya, orang yang berakal itu


makin berusaha merapatkan hubungan
dengan rakan-rakannya, tetap bersikap
rendah diri dan makin kuat bekerja.
 Rangkap 7
 Orang yang berakal tidak berasa bosan dalam

mengejar ilmu pengetahuan. Dia ingin


memahami sesuatu bidang ilmu secara
mendalam.
Tugasan
1. Cari tema dan persoalan syair.
2. Cari bentuk syair.
3. Cari gaya bahasa.
Sekian untuk hari ini…
Jumpa lagi…

You might also like