You are on page 1of 19

KIMPALAN ARKA

KIMPALAN ARKA ASAS


OBJEKTIF
• Mengetahui dan memahami asas elektrik, prinsip
dan simbol kimpalan arka
• Mengenal pasti peralatan dan pemasangan peralatan
kimpalan arka
• Menggunakan peralatan kimpalan arka untuk
mengimpal arka asas
• Mengenal pasti dan memeriksa kecacatan yang
terdapat pada hasil kimpalan arka asas
• Mengamalkan keselamatan semasa mengimpal arka.
Pengenalan
• Kimpalan merupakan kaedah penyambungan
yang digunakan secara meluas dalam industri
pembuatan dan struktur binaan.
• Pelbagai jenis kimpalan dicipta untuk
mengimpal logam.
– Kimpalan arka manual
– Kimpalan arka logam gas lengai
– Kimpalan arka tungsten gas lengai
– Kimpalan gas oksiasetilena
ASAS ELEKTRIK KIMPALAN ARKA
• Asas Elektrik
– Tenaga elektrik dihasilkan oleh stesen jana kuasa
elektrik dan dihantar kepada pengguna melalui
satu sistem penghantaran.
– Arus Terus (AT) : Arus yang mengalir dalam satu
arah yang tetap sahaja.
– Arus Ulang-alik (AU) : Arus yang sentiasa berubah
arah pengalirannya mengikuti perubahan sumber
voltan.
ASAS ELEKTRIK KIMPALAN ARKA
• Takrif Istilah Elektrik
Istilah Simbol Penerangan
Voltan V Daya gerak elektrik, iaitu tekanan elektrik yang
menyebabkan arus mengalir dalam litar elektrik. Unit bagi
voltan ialah volt dan diukur dengan menggunakan meter
volt.
Ampere I Unit bagi mengukur arus. Arus ialah kadar pengaliran cas
elektrik pada satu titik tertentu dalam masa tertentu.
Watt W Unit untuk kuasa elektrik. Kuasa elektrik ialah kadar
melakukan kerja dalam suatu masa tertentu.
Rintangan Ω Sifat mengehadkan pengaliran arus elektrik dalam sesuatu
media atau bahan yang membenarkan arus melaluinya.
Unit untuk rintangan ialah ohm.
Pengalir - Media atau bahan yang membenarkan arus elektrik
mengalir melaluinya.
Penebat - Media atau bahan yang tidak membenarkan arus elektrik
mengalir melaluinya.
Kearuhan L Sifat menentang sebarang perubahan pengalir arus dalam
litar. Komponen atau alat yang mempunyai sifat kearuhan
di dalam litar ialah peraruh. Unit bagi kearuhan ialah Henry.
ASAS ELEKTRIK KIMPALAN ARKA
• Hukum Ohm
– Hukum Ohm menyatakan bahawa arus elektrik (I),
yang mengalir melalui satu perintang (R) adalah
berkadar terus dengan beza upaya (V) yang
merentasi suatu perintang.

V
I R
ASAS ELEKTRIK KIMPALAN ARKA
• Pengubah
– Fungsi pengubah ialah mengubah nilai berkaitan arus elektrik yang masuk ke
dalam mesin kimpalan, iaitu nilai voltan tinggi (240 V) ampere rendah (13 A)
kepada nilai voltan rendah (18 V – 36 V) ampere tinggi (60 A hingga 300 A).
– Dalam proses kimpalan, nilai voltan perlu direndahkan untuk keselamatan
pengimpal, manakala nilai ampere perlu ditinggikan untuk meleburkan logam
kimpal.
– Bahagian pengubah terdiri daripada;
• Dawai teras
• Gelung utama
• Gelung sekunder
– Bilangan lilitan pada gelung utama adalah lebih berbanding bilangan lilitan pada
gelung sekunder.
– Saiz diameter dawai lilitan gelung sekunder lebih besar berbanding dawai pada
lilitan gelung utama.
ASAS ELEKTRIK KIMPALAN ARKA
• Penerus
– Satu komponen yang terdapat di dalam mesin
kimpalan yang berfungsi mengubah pengaliran
arus ulang-alik kepada arus terus.
– Logam selenium atau silikon digunakan untuk
menghasilkan alat penerus kerana kedua-dua
logam ini membenarkan arus mengalir satu hala
sahaja.
PRINSIP KIMPALAN ARKA
• Litar asas kimpalan arka terdiri daripada;
– Mesin kimpalan
– Kabel bumi
– Kabel elektrod
– Elektrod
– Pemegang elektrod
– Benda kerja
• Litar kimpalan arka menjadi lengkap apabila elektrod
menyentuh benda kerja serta menghasilkan arka dan
arus kimpalan mengalir melalui litar tersebut.
PRINSIP KIMPALAN ARKA
• Proses Kimpalan Arka
– Arka elektrik terhasil apabila hujung elektrod bersentuhan
dengan benda kerja untuk membentuk leburan yang dikenali
sebagai kolam leburan
– Leburan elektrod dan benda kerja menjadi sebati, menyejuk
dan membeku untuk membentuk kumai kimpal.
– Haba tinggi arka yang membakar salutan elektrod akan
membentuk wasap (gas perisai) yang menyelubungi kawasan
kimpalan, seterusnya menghasilkan sanga yang melapisi
permukaan kumai.
– Kumai yang terbentuk akan menghasilkan sambungan kimpalan
yang kukuh.
PRINSIP KIMPALAN ARKA
• Kimpalan Arka Arus Terus
– Kimpalan arka arus terus menggunakan arus terus
yang dijana melalui motor elektrik atau enjin panduan
diesel atau petrol.
– Mesin kimpalan yang biasa digunakan di sekolah ialah
mesin kimpalan arus terus jenis pengubah
• Kimpalan Arka Arus Ulang Alik
– Menggunakan bekalan arus elektrik ulang alik.
– Biasanya digunakan untuk kerja-kerja mengimpal am
seperti mengimpal jeriji dan pintu pagar besi.
PRINSIP KIMPALAN ARKA
• Perbezaan Antara Kimpalan Arka Arus Terus
Dengan Kimpalan Arus Ulang Alik
Jenis Kimpalan Kebaikan Kekurangan

Kimpalan Arus Terus • Boleh menggunakan semua jenis • Bising.


elektrod. • Terdapat kekacauan arka.
• Ada pemilihan ciri arka melalui
penggunaan kekutuban berbalik.
• Sesuai untuk mengimpal logam
nipis.
Kimpalan Arus Ulang • Boleh menggunakan bekalan • Tidak semua jenis elektrod boleh
elektrik satu fasa. digunakan.
Alik • Tiada kekacauan arka. • Tidak boleh memilih ciri arka atau
• Sesuai mengimpal menggunakan kekutuban kimpalan.
elektrod berdiameter besar dengan
arus tinggi dan logam yang tebal.
• Senyap.
• Penyelenggaraan murah dan
mudah.
PRINSIP KIMPALAN ARKA
• Kekutuban
– Arah aliran arus elektrik di dalam litar kimpalan
arus terus.
– Terbahagi dua:
• Kekutuban terus;
– Kabel elektrod disambungkan pada terminal negatif dan kabel
benda kerja disambungkan pada terminal positif.
• Kekutuban berbalik;
– Kabel elektrod disambungkan pada terminal positif dan kabel
benda kerja disambungkan pada terminal negatif.
PRINSIP KIMPALAN ARKA
• Perbezaan antara kekutuban terus dan
kekutuban berbalik
Ciri-ciri Kekutuban Terus Kekutuban Berbalik
Sambungan kabel pada • Elektrod: terminal negatif. • Elektrod: terminal positif.
• Benda kerja: terminal positif. • Benda kerja: terminal negatif.
terminal mesin
kimpalan arus terus
Pembahagian haba • Satu per tiga haba tertumpu pada • Dua per tiga haba tertumpu pada
elektrod. elektrod.
• Dua per tiga haba tertumpu pada • Satu per tiga haba tertumpu pada
benda kerja. benda kerja.
Ciri kumai kimpal • Penusukan sederhana. • Penusukan dalam.
• Riak halus. • Riak kasar.
• Kolam leburan lebar. • Kolam leburan kecil.
Proses kimpalan • Sangat tebal. • Sangat nipis.
• Perjalanan mengimpal cepat. • Perjalanan mengimpal perlahan.
Faktor pemilihan • Mengimpal logam nipis. • Mengimpal logam tebal.
• Larian penukupan. • Larian penusukan.
kekutuban
PRINSIP KIMPALAN ARKA
• Kekutuban
– Dua cara pemilihan kekutuban pada mesin
kimpalan ialah:
• Mengubah suis pemilihan arus dan kekutuban.
• Mengubah kedudukan terminal kabel elektrod dan
kabel pembumi.
MESIN KIMPALAN DAN AKSESORI
• Jenis Mesin Kimpalan Arka
– Mesin kimpalan arka dihasilkan untuk menghasilkan
arus, voltan dan ampere yang sesuai untuk kerja
kimpalan arka
– Empat jenis mesin kimpalan arka;
• Mesin kimpalan arka jenis pengubah
• Mesin kimpalan arka jenis paduan arus terus (AT) dan arus
ulang alik (AU)
• Mesin kimpalan arka jenis jana kuasa panduan enjin
• Mesin kimpalan arka jenis jana kuasa panduan bermotor
elektrik
MESIN KIMPALAN DAN AKSESORI
• Mesin Kimpalan Arka Jenis Pengubah
– Mesin kimpalan arka arus ulang alik mengandungi pengubah.
– Arus masuk ke pengubah dan keluar melalui kabel elektrod ke benda
kerja.
– Mesin ini kecil, murah dan mudah alih

• Mesin Kimpalan Arka Jenis Paduan Arus Terus dan Arus Ulang
Alik
– Mengandungi pengubah dan alat penerus.
– Mesin ini membekalkan arus terus dan arus ulang alik.
– Pemilihan arus dan kekutuban boleh dilakukan dengan menukar suis
pemilihan arus dan kekutuban yang terdapat pada mesin.
MESIN KIMPALAN ARKA DAN AKSESORI
• Mesin Kimpalan Arka Jenis Jana Kuasa Panduan Enjin
– Mesin jenis ini memperoleh bekalan elektrik daripada jana kuasa
yang digerakkan oleh enjin petrol atau diesel.
– Arus yang dihasilkan ialah arus terus.
– Mesin ini digunakan di tempat yang tiada bekalan elektrik.

• Mesin Kimpalan Arka Jenis Jana Kuasa Panduan Motor Elektrik


– Mesin jenis ini menggunakan bekalan elektrik tiga fasa untuk
menggerakkan motor elektrik melalui pemusingan aci.
– Aci menggerakkan jana kuasa dan menghasilkan arus kimpal jenis
arus terus.
MESIN KIMPALAN ARKA DAN AKSESORI

• Bahagian Mesin dan Aksesori


– Setiap bahagian pada mesin kimpalan arka ada
fungsinya yang tersendiri.
Bahagian Fungsi
Suis ON/OFF Menyambung dan memutuskan bekalan elektrik pada
mesin kimpalan arka
Pelaras arus Menetapkan arus kimpalan yang dikehendaki, iaitu
dengan memutar pelaras arus
Palam kabel elektrod dan Menyambung kabel elektrod dan kabel pembumi ke
pembumi arus terus mesin kimpalan arka
Palam kabel elektrod dan Menyambung kabel elektrod dan kabel pembumi ke
pembumi arus ulang alik mesin kimpalan arka
Julat pemilihan arus Memilih jenis arus yang digunakan

You might also like