You are on page 1of 2

User Rating:  

/ 14
Rate vote com_content 820
Poor Best 
http://w w w .sajio

Bahan-bahan:

6 butir telur gred A


3 sudu minyak masak
100gm isi ayam - dikisar
3 ulas bawang merah - dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 tangkai cili merah - dicincang
2 sudu besar mayonis
1/2 sudu kecil lada sulah
1 pokok daun salad
Mayonis
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Pukul telur dengan sedikit garam.

2. Sapukan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan sesenduk telur. Lenggangkan kuali
untuk membuat telur dadar. Apabila masak, angkat dan ketepikan. Ulangi proses sehingga
telur habis.

3. Tumis bahan cincang untuk membuat inti. Bila bawang layu, masukkan isi ayam, garam
dan lada sulah. Kacau rata dan matikan api apabila ayam masak.

4. Biarkan sejuk, kemudian gaulkan dengan sedikit mayonis.


5. Ambil sehelai daun salad dan letakkan di atas telur dadar. Masukkan sesudu besar inti ayam
dan gulung kemas. Ulangi proses sehingga habis.

6. Semasa menghidang, potong telur menyerong, hiaskan dan sajikan bersama cili sos.

You might also like