You are on page 1of 1

No.

30, Taman Empat,


54200 Taiping,
Perak Darul Ridzuan.

30 Mei 2007.

      Menemui sahabatku Rahmat bin Ghazali semoga berada dalam keadaan sihat
sejahtera hendaknya.

Saudara,

      Sudah lama saya tidak mendengar berita daripada saudara. Bagaimanakah


dengan cuti semester yang lepas? Saya bersama-sama keluarga telah pergi bercuti
ke Pulau Langkawi, Kedah. Kami menaiki feri dari Kuala Kedah ke Pulau
Langkawi. Perjalanan kami mengambil masa kira-kira satu jam setengah. Setelah
tiba di Pulau Langkawi, kami menaiki teksi ke sebuah hotel untuk menginap di
sana. Petang itu kami ke Pantai Cenang untuk mandi-manda.

      Keesokannya, kami melawat beberapa tempat menarik seperti Makam Mahsuri,


Pulau Dayang Bunting, Telaga Tujuh, Taman Buaya, Pulau Singa, dan Underwater
World. Kami juga mengambil peluang membeli-belah di Pekan Kuah. Di sana pak
cik saya telah sedia menunggu kami.

      Kata orang,"jauh perjalanan luas pengalaman." Oleh itu, eloklah saudara pergi
sendiri supaya dapat melihat dan dapat pengalaman baru.

      Sekianlah sahaja yang dapat saya ceritakan. Jangan lupa membalas surat saya.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

You might also like