You are on page 1of 3

Cara-cara Menanam Kelapa Sawit

PENDAHULUAN

Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut
(kurang dari satu meter dalam). Tanah gambut (lebih satu meter dalam), tanah masam dan tanah paya
adalah kurang sesuai bagi tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun dengan pengurusan sistem
pengairan dan pembajaan yang sempurna, jenis-jenis tanah ini boleh juga ditanam dengan kelapa sawit
dengan jayanya.

 PERLAKSANAAN KERJA

Kerja-kerja pembersihan, pembarisan dan penanaman kacang penutup bumi di kawasan ladang
hendaklah disempurnakan sebelum menanam anak-anak pokok kelapa sawit.

Pembersihan: Kerja-kerja membersih ladang hendaklah mengambilkira kos buruh dan jentera, keadaan
tanah (curam atau rata), hutan atau kawasan tanam semula.

Adalah penting operasi pembersihan ladang dijalankan serentak dengan masa anak benih dapat
diperolehi dari pembekal. Jika mempunyai tapak semaian sendiri, masa penyediaan ladang hendaklah
disesuaikan dengan masa mengeluarkan anak benih yang telah cukup matang untuk ditanam di ladang.
Perancangan jadual kerja adalah amat mustahak untuk kejayaan penanaman di ladang.

 Pembarisan: Barisan tanaman dibuat mengikut arah Utara-Selatan supaya pokok-pokok mendapat
cahaya matahari yang maksima.

Kekacang penutup bumi: Menanam kekacang penutup bumi dilakukan setelah kerja-kerja pembarisan
selesai dilaksanakan. (Kawasan gambut tidak perlu tanam kekacang).

Penutup bumi adalah untuk:

 Mengawal hakisan
 Memperbaiki status zat pemakanan dalam tanah, khususnya Nitrogen
 Memelihara kelembapan tanah

Tiga jenis kekacang penutup bumi yang biasa ditanam adalah:

 Centrosema pubescens
 Pueraria phaseoloides
 Calopogonium mucunoides/caeruleum
Benih kekacang boleh dibeli dari pembekal-pembekal swasta manakala kompos rhizobium boleh dibeli di
Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM). Kaedah ringkas menanam kekacang penutup bumi adalah
seperti berikut:

 Umumnya campuran 10g kompos rhizobium dengan 10kg biji benih kekacang digunakan.
 Campuran tersebut ditabur didalam jalur yang selari diantara 2 barisan pokok kelapa sawit.
 Jarak di antara jalur-jalur adalah 2 meter.
 Contoh kadar campuran biji benih kekacang adalah seperti berikut:-

Kekacang Kg/ha
Centrocema pubescens 4.0
Pueraria phaseoloides 1.1
Calopogonium caeruleum 0.6

 Baja campuran N:P:K:Mg (15:15:6:4) digunakan sebagai baja asas dengan kadar 56 kg/hektar.

 Tabur baja debu Fosfat (seperti CIRP) pada kadar 560 kg sehektar mengikut jadual berikut:

Umur Kekacang Kadar Baja Debu Fosfat (kg/ha)


Semasa menanam (sepanjang jalur-
112
jalur)
2 bulan 112
6 bulan 112
8 bulan 112
12 bulan 112

 Pengawalan rumpai dan serangga perosak diperlukan dengan mengguna racun-racun yang
sesuai jika hendak memperolehi tanaman kacang yang baik.
Penanaman: Anak benih sawit yang telah berumur 12-15 bulan ditapak semaian adalah sesuai untuk
ditanam. Kaedah ringkas penanaman adalah seperti berikut:-

 Lubang tanaman disediakan 2-3 minggu sebelum menanam. Ukuran lubang mesti dilebihkan dari
ukuran polibeg supaya penanaman mudah dijalankan. Tanah lapisan bawah dan lapisan atas
diasingkan.
 Taburkan 150g - 200g baja Fosfat di dalam lubang.
 Buangkan/tanggalkan polibeg sebelum anak benih ditanam. Masukkan anak benih ke dalam
lubang yang telah disediakan.
 Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas dahulu dan diikuti dengan tanah lapisan bawah
supaya buku-pangkal pokok berkeadaan sama rata dengan permukaan tanah.
 Anak benih hendaklah berkeadaan tegak selepas ditanam.
 Mampatkan tanah di sekeliling pokok dengan tidak merosakan akarnya.
 Masa menanam hendaklah pada musim hujan dan elakkan dari menanam pada musim kemarau.
 Lazimnya, jarak tanaman yang dipilih adalah 9 meter tiga segi yang memberi 136 pokok pada 1
hektar. Kepadatan pokok sehektar dengan jarak tanaman yang berbeza adalah seperti jadual di
bawah:

Jarak Jumlah Pokok


Meter (Kaki) Hektar (Ekar)
8.5 (28) 160 (65)
8.7 (29) 148 (60)
9.0 (30) 136 (55)

 Sulam pokok-pokok yang mati apabila menjalani pemeriksaan sekurang-kurangnya 6 bulan


selepas menanam.

Tanaman selingan: Kacang tanah, jagong dan lain-lain tanaman kontan atau sayur-sayuran boleh
ditanam sebagai selingan dalam masa tiga tahun pertama selepas pokok sawit ditanam.

Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tanaman selingan ialah:

 Tanaman itu memberi keuntungan dalam masa tiga tahun.


 Tanaman itu tidak memberi persaingan yang boleh menjejaskan kesuburan pokok kelapa sawit
dari segi zat-zat pemakanan, air dan cahaya matahari.
 Ada pasaran atau mudah memasarkan hasil tanaman selingan itu.

Ternakan: Haiwan ternakan terutamanya kambing biri-biri mempunyai potensi yang baik untuk
diternakkan di ladang kelapa sawit. Di samping menambahkan hasil dari jualan ternakan, ia dapat juga
mengurangkan kos pengawalan rumpai.

You might also like