You are on page 1of 2

Retorik

Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai retorik, bertujuan
untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan.

Dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideologi, atau berbentuk propaganda, retorik


adalah alat-alat dalam penulisan untuk mempengaruhi, sikap, dan pendirian orang
ramai.

Secara umumnya, kemahiran retorik melibatkan:

1. penguasaan tatabahsa

2. penggunaan pelbagai ragam bahasa

3. penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik

4. penguasaan corak dan bentuk penulisan.

Sama ada untuk memujuk atau mempengaruhi orang, maka wacana yang terhasil
merupakan manifestasi ynag dipengaruhi oleh khalayak wacana berkenaan. Disamping
itu struktur wacana pula dipengaruhi oleh niat dan hasrat wacana. Retorik dikembangkan
dengan empat cara, iaitu naratif (penceritaan), deskriptif (pemerian), eksposisi
(pendedahan), atau penghujahan.

Di samping itu, penulisan boleh dibuat dengan teknik induktif atau deduktif atau analogi.

Mengemukakan fakta dan maklumat yangberbentuk khsusu dan kemudian


Induktif
membuat kesimpulan atau rumusan.
Mengemukakan satu pernyataan yang umum dan dituruti oleh fakta dan
Deduktif
maklumat yang khusus.
Menggunakan kiasan atau perbandingan untuk menunjukkan persamaan
Analogi
atau perbezaan anttara dua perkara atau senario.

Naratif Deskriptif Eksposisi Penghujahan


- Gaya naratif boleh - Menerangkan atau - Mendedahkan - Cara penulis
ditemui pada laporan memerikan sesuatu. sesuatu isu, perkara. menunjukkan
akhbar, laporan kebenaran pendapat
aktiviti, minit - Menggunakan -Cara ini sesuai sama ada
mesyuarat atau pemerhatian dan digunakan untuk menentang,
ceramah syarahan pengamatannya menjelaskan konsep, menyookong atau
yang menerangkan untuk menerangkan pandangan, menunjukjkan sikap
sesuatu. sesuatu hal. Di tahap cadangan, proses, berkecuali.
yang lebih halus, atau sejarah sesuatu,
penulis ada kalanya dengan -Kebenaran yang
menggunakan menggunakan mana- hendak ditunjukkan
pancainderanya, di mana teknik sama mestilh berasakan
samping perasaan ada deduktif, induktif fakta atau bukti yang
hati dan atau analogi. konkrit.
pandangannya.
  -Kebenaran tidak
- Penulis berasaskan emosi
menggambarkan sahaja.
peristiwa, contoh
kiasan dan  
sebagainya.

  - Pengalaman
seseorang, watak-
watak dalam novel,
drama dan
sebagainya.

- Dengan cara
deksriptif ini, penulis
boleh menggunakan
teknik-teknik induktif,
deduktif atau analogi.

Retorik (bahasa Greek: ῥήτωρ; rhêtôr, pemidato, guru) merupakan seni atau teknik memujuk
melalui bahasa lisan, visual atau tulisan. Definisi retorik sudah diperluas sejak retorik
dijadikan satu bidang kajian di universiti. Oleh itu, retorik klasik (iaitu yang didefinisikan di
atas) berbeza dengan retoik komtemporari yang turut melibatkan analisis teks tulisan dan
visual.

Retorik klasik diajar dalam sastera liberal asal dan trgolong dalam trivium. Dalam zaman
purba dan pertengahan, kajian tatabahasa menekankan penggunaan bahasa yang betul, tepat,
memuaskan dan berkesan dalam pengkajian dan kritikan karya sastera. Logik pula
menekankan ujian dan penciptaan ilmu baru melalui proses soal dan jawab. Manakala retorik
menekanan kaedah memujuk dalam tempat awam dan politik, seperti Dewan Perhimpunan
atau Mahkamah. Retorik banyak digunakan dalam masyarakat demokratik dengan prinsip
kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan dan kebebasan politik.

Konsep retorik telah diperluas daripada bidang politik, undang-undang, hubungan awam,
melobi, pemasaran dan pengiklanan kepada bidang lain seperti kemanusiaan, agama, sains
sosial, kewartawanan, sejarah ,kesusasteraan, kartografi dan seni bina.

You might also like