Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
89Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
KAJIAN TINDAKAN: Kesan penggunaan kaedah kotak magik dalam kemahiran mendarab

KAJIAN TINDAKAN: Kesan penggunaan kaedah kotak magik dalam kemahiran mendarab

Ratings: (0)|Views: 6,893 |Likes:
Published by ajiji
Prosiding kajian tindakan berkaitan operasi darab
Prosiding kajian tindakan berkaitan operasi darab

More info:

Published by: ajiji on Apr 09, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/18/2014

pdf

text

original

 
 
KESAN PENGGUNAAN KAEDAH KOTAK MAGIKDALAM KEMAHIRAN MENDARABAZIZI BIN SUBELI
1
HU LAEY NEE
2
ABSTRAK
Ramai murid menghadapi masalah dalam mempelajari kemahiran mendarab dalamMatematik. Punca masalah ini wujud disebabkan murid-murid bermasalah dalam sifir.Maka, kajian ini dilaksanakan untuk melihat kesan kaedah kotak magik dalammempelajari sifir 6 sehingga 9 dan seterusnya mengaplikasikan kaedah tersebut dalamkemahiran mendarab. Pengkaji juga mengkaji masalah-masalah yang wujud semasapengaplikasian kaedah ini dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban.Lima peserta dilibatkan dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian iniadalah Ujian Pra, Ujian Pasca, Ujian Progresif, temubual, pemerhatian, dan dokumen.Data yang dikumpul kemudian dianalisis secara diskriptif. Dapatan kajian mendapatibahawa kaedah kotak magik mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaianpelajar dalam sifir 6 sehingga sifir 9, kemahiran mendarab, dan sikap pelajar. Dapatankajian juga menunjukkan terdapat lima masalah yang wujud berikutan denganpengaplikasian kaedah kotak magik dalam pendaraban iaitu (1) peserta keliru tentang arahmenghitung petak kecil dalam mencari jawapan menggunakan kaedah kotak magik, (2)peserta keliru di mana hendak mula menulis nombor di dalam membina kotak magik, (3)nombor dalam kotak magik yang sepatutnya ditulis kecil tetapi ditulis besar, (4) pesertacuai dalam proses penambahan dua nombor dan cuai dalam menulis nombor denganbetul, dan (5) kesilapan dalam proses mengumpul semula.
ABSTRACT
 Many students are facing the problems in learning the multiplication skills inmathematics. This is caused by the pupils problem in the times tables. Thus, this studywas conducted to determine the effect of magic box method in learning times tables 6 to 9and applied the method in multiplication skills. The researcher also reviewed the problems that existed when the method is applied in solving problems involvingmultiplication. Five participants are involved in this study. The instruments used in thisstudy are Pre-Test, Post Test, Progressive Test, interviews, observations, and documents.The data collections were analyzed descriptively. The results showed that the magic boxmethod brought a positive impact on student achievement in times tables 6 to 9,multiplication skills and attitudes. The findings also shows that there are five problemsthat exist due to the application of magic box method in learning multiplication which are(1) participants confused about the direction of counting small parcels while searchingthe answer using the magic box, (2) participants confused where to start writing thenumber in constructing the magic box, (3) the number in the box that should be written insmall number was written in big number, (4) the participants are careless in the processof adding two digits numbers and careless in writing the numbers correctly, and (5)errors in the process of grouping.
PENDAHULUAN
Matematik merupakan salah satu subjek teras yang amat penting untuk dikuasai oleh murid khasnya murid di sekolah rendah. Kegagalan dalam menguasaisubjek ini diperingkat awal akan mendatangkan kesan yang negatif kepadapembelajaran diperingkat yang lebih tinggi. Dalam mencapai status negara maju
 
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)
2
dalam tahun 2020, beberapa perubahan dasar telah dibuat oleh KementerianPelajaran Malaysia dalam proses memperkasa sistem pendidikan di Malaysia bagimemenuhi keperluan negara di masa hadapan. Dalam perubahan dasar tersebut, iaturut melibatkan subjek Matematik. Hal ini kerana, Matematik dianggap sebagai satusubjek yang amat penting dan juga merupakan subjek kritikal khasnya di sekolahrendah.Ramai guru sekolah menyatakan Matematik sukar dipelajari oleh murid-murid. Ramai murid gagal dalam menguasai Matematik dengan baik keranamenghadapi masalah dalam menguasai konsep operasi asas. Terdapat empat operasiasas dalam Matematik. Operasi asas tersebut adalah tambah, tolak, darab, danbahagi. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), antara perkara yangmenjadi fokus adalah membolehkan murid menguasai keempat-empat kemahirantersebut. Menguasai keempat-empat kemahiran asas Matematik itu adalah sangatpenting kerana ia merupakan asas dalam menguasai tajuk yang lebih komplek didalam subjek Matematik itu sendiri dan juga menjadi asas dalam menguasai subjek-subjek lain seperti subjek Sains. Kemahiran matematik tidak hanya diaplikasi dalamsubjek Matematik. Sebaliknya, kemahiran matematik diaplikasi di dalam subjek-subjek dan bidang-bidang lain termasuk dalam urusan seharian manusia.Di kebanyakan sekolah, operasi darab merupakan satu operasi asas yangsukar dikuasai murid. Masalah penguasaan operasi darab seterusnya menyebabkanmurid bermasalah dalam menguasai tajuk-tajuk Matematik yang melibatkankemahiran mendarab. Pada dasarnya, punca masalah ini adalah kerana muridbermasalah dalam menghafal sifir. Cooper (1994) menyatakan
“ 
The number facts of multiplication are more difficult for somestudents because the patterns are less obvious and the number arelarger. However, there are students who count the addition facts but know the multiplication facts. This phenomena occurs because thestudents are instruct to memorize the multiplication facts, but areallowed to count the addition facts.
 
FOKUS KAJIAN
Selalunya, murid-murid tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak tahubagaimana menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi darab kerana merekalemah dalam sifir. Menurut Cooper (1994), sesetengah pelajar mendapati corak adalah berguna dalam mempelajari pendaraban. Oleh itu, kajian ini memfokuskepada satu kaedah iaitu kaedah kotak magik dalam membantu murid untuk menguasai sifir daripada sifir 6 sehingga sifir 9 seterusnya dapat menjawab soalanpendaraban melibatkan nombor 5 digit dengan 2 digit dan 1 digit. Pendekatan kaedahkotak magik yang digunakan pengkaji dalam kajian ini ada diperkenalkan dalamModul Skim Baucar Tuisyen Mathematics Year 5 Kementerian Pelajaran Malaysia(2004).Kotak magik adalah grid yang mengandungi susunan nombor tertentu bagitujuan pendaraban. Kotak magik tersebut terdiri daripada sembilan petak. Dalampetak-petak berkenaan, nombor-nombor tertentu disusun bagi tujuan pendaraban.Pendaraban menggunakan kaedah kotak magik sebenarnya mengaplikasikan corak nombor dalam memudahkan pendaraban kerana ia melibatkan susunan nombor yangmembentuk corak nombor yang tertentu. Berikut merupakan kotak magik bagi sifir 6sehingga sifir 9.
 
Azizi Subeli & Hu Laey Nee
3
Rajah 1: Kotak magik sifir 6 Rajah 2: Kotak magik sifir 7Rajah 3: Kotak magik sifir 8 Rajah 4: Kotak magik sifir 7
OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu:a.
 
Menilai keberkesanan pengaplikasian kaedah kotak magik terhadappencapaian murid dalam sifir 6 sehingga sifir 9.b.
 
Menilai keberkesanan kaedah kotak magik dalam mempelajari kemahiranmendarab yang melibatkan nombor 5 digit dengan nombor 2 digit dan 1 digit.c.
 
Mengenal pasti masalah yang wujud dalam pengaplikasian kaedah kotak magik dalam menyelesaikan soalan darab melibatkan nombor 5 digit dengan2 digit dan 1 digit.Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut:a.
 
Adakah pengaplikasian kaedah kotak magik mendatangkan kesan yangpositif terhadap pencapaian murid dalam sifir 6 sehingga sifir 9?b.
 
Adakah kaedah kotak magik berkesan dalam membantu murid mempelajarikemahiran mendarab yang melibatkan nombor 5 digit dengan nombor 2 digitdan 1 digit?c.
 
Apakah masalah yang wujud dalam pengaplikasian kaedah kotak magik dalam menyelesaikan soalan darab yang melibatkan nombor 5 digit dengan 2digit dan 1 digit?
2
4
4
2
68
4
0
3
2
1
4
5
6
3
8
1
1
2
2
4
3
6
4
1
5
3
6
5
7 8
2
9
4
1
8
2
7
3
6
4
5
5
4
6
3
7
2
8
1
9
2
7
4
6
6
5
8
4
0
4
2
3
4
2
6
1
8

Activity (89)

You've already reviewed this. Edit your review.
Lim Choon liked this
Tzong Wong liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
azrinne liked this
CikguAtos liked this
samuraibravo liked this
Enzebius Moses liked this
Kelvin Andreas liked this
tanjungsofiera liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->