You are on page 1of 25

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Dadah perangsang jenis amfetamin


seperti
methamphetamine
(ice/syabu)
dan
"Methylenedioxy
methamphetamine" adalah dadah yang sanat berbahaya.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur
("chasing the dragon")
2. Methamphetamine

"Methaphetamine hydrochloride" merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala

berbentuk seperti tawas. Contoh "methaphetamine hydrochloride" yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu dan yaba. syabu lazimnya diproses secara

haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.


Cara Mengunakan : Menghisap, menyedut ("chasing the dragon")
Nama Jalanan : "Ice"
3. Kokain

Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan. Ia

banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : "Coke", "Crack", "Snow", "Flake"

Kokain "Freebase" adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas.

Kokain "Crack" adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk "granusles". "Crack" mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat

berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.
4. MDMA

"Methylenedioxy-methamphetamine" (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin. ia dipanggil "feel good drug" dan boleh meningkatkan daya

tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : "Ecstasy", "XTC"
Ganja/Kanabis

Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok "cannabis sativa". Pokok ini berasal dari kawasan beriklim

panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi
sekurang-kurangnya
421
jenis
bahan
kimia
yang
mana
"tetrahydrocannabinol" (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.
Jenis-jenis Ganja/Kanabis
1. Kanabis Herba

Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok "genus kanabis" yang dikeringkan dalam bentuk ketulan atau sate. ia menyerupai

tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.


Kandunan THC : 0.25% - 8%
Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama
makanan/minuman)
Nama Jalanan : "Ganja"
2. Hashish

Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin.

Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.
Kandungan THC : 4% - 12%
Cara Menggunakan : Menghisap
3. Minyak Hashish

Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air

dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.


Kandungan THC : Sehingga 60%
Cara Menggunakan : Menghisap
Halusinogen

Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga

susah membezakan yang benar dan tidak benar.

Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah

jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan "hippies" pada tahun 1960-70. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara- negara

barat.
Depresen
1. Ubat "Depresen"

Ubat "depresen" termasuk juga ubat-ubat "sedative" dan "tranquilizer". Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan

atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.


Contoh ubat "sedative" ialah "barbiturates" manakala contoh
"tranquilizer" ialah "erimin-5", "rohypnol" dan "valium".

"Erimin-5" sejenis "sedative" yang kerap disalahgunakan oleh mereka yan menyalahguna "club drugs" untuk membantu mereka kembali ke kehidupan

rutin. Penagih heroin juga menganggap "erimin- 5" sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi.
"Rohypnol" sejenis "sedative" yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja sebagai "club drugs", bahkan juga

sebagai "rape drugs" oleh perogol. "Rohypnol" boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.
2. Alkohol

Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. alkohol juge bertindak ke atas sistem saraf

manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya. Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan perlbagai kesan sampingan seperti

hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri. Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.
Cara Menggunakan : Minum
Nama Jalanan : Pelbagai jenis "Bir", "wine" dan minuman keras lain.
3. GHB

"Gamma-hydroxybutyrate" (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB atau "gamma- hydroxybutyric acid" tidak

pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan

dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian. GHB juga kerap disalahgunakan sebagai "rape drugs" kerana boleh mempitamkan mangsa dalam tempoh

beberapa minit sahaja.


Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : "G", "Grieviuos bodily Harm", "Liquid Ecstasy"
4. Ketamin

Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh

menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat. Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara "smoked" atau "snorted" untuk

mendatangkan khayalan seperti bius.


Ubat-ubatan dan Bahan Yang disalahguna
1. Steriod

Steriod sejens ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steriod digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain- lain. Steriod kerap

disalahguna oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steriod tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan

kekuatan fizikal. Penyalahgunaan steriod mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati.
2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain

Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan.

Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan.

Kini Kerajaan Malaysia sedan dalam proses menggubal akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.
3. Daun Ketum

Selain daripada itu, daun ketum atau "species mytragynine" yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga

kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia.
4. Ubat-ubatan

Selain daripada ubat bius dan "depresen", lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk

menahan sakit ("pain killer") dan sebagainya. Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada ubat-

ubatan berkenaan.
Dadah Dari Sudut Agama

Dadah Menurut Pandangan Islam

Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut

mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman ini berdasarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian

umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hokum yang sama iaitu memabukkan atau terdapat

keburukan- keburukan dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat. Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam suruh Al-

Baqarah ayat 195 yang bermaksud:


“..Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam
bahaya kebinasaan..” Surah Al-baqarah : 195

Dadah juga menghancurkan rumah tangga, Keluarga yang dinaugi oleh ketua yang mengguna atau menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan

dan masalah. Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli

dadah. Sebagai ketua keluarga, islam menitikberatkan mengenai kehidupan anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.
Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:

“..peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka...”

Surah At-Tahrim : 06

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang di

bawahnya.” Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al- Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, “Fatwa Al –

Syari’iyah” (muka surat 184) bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab

Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh Al Islam Ibnu Taimiyah, tokoh Ulama Hambali.
Pendapat Ulama

Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis ini jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah hukumnua haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi

semua kegiatan yang berkaitan dengannya seperti yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah s.a.w pernah melaknat tentang khamar.

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar, sepuluh golongan, (1) pembuatnya, (2) pengedarnya, (3) peminumnya, (4) pembawanya, (5) pengirimnya, (6)

penuangnya, (7) penjualnya, (8) pemakan wang hasilnya, (9) pembelinya, (10) pemesannya.”
Oleh yang demikian bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan
yang berkaitan dengan dadah adalah haram hukumnya seperti:

Menanam sebarang bahan untuk menghasilkan dadah

Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah

Menjual beli dadah.

Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan
sebagainya yang berkaitan
Pandangan Agama Hindu
Di antara falsafah dan kitab Tamil (Kural) ada menyebut bahawa:

“Dipisahkan daripada deria adalah mereka yang memabukkan diri (pengguna dadah), tidak ada bezanya mereka daripada yang tidur mahupun yang telah

mati”.

Manusia adalah makhluk yang berfikir, diharap dapat mengawal dan membendung segala tindak tanduknya dengan kuasa pemikirannya dan tidak sekali-

kali membiarkan pemikirannya menyeleweng daripada sebab memasukkan dadah ke dalam badan, yang bukan sahaja memusnahkan pemikiran tetapi juga tubuh

fizikal.

Dhama Hindu menyatakan bahawa setiap tindakan seseorang adalah dikawal oleh Dharma atau sifat yang terpuji. Setiap perbuatan atau tingkah laku

yang salah, merbahaya atau mencederakan diri mereka atau orang lain dikira “adharmic” yang mana pembalasannya adalah penderitaan. Oleh kerana itu,

penggunaan dadah juga dianggap “adharmic”.

Tubuh badan manusia dianggap sebagai makhluk tertinggi oleh penganut agama Hindu, tetapi kesucian ini telah dikaburi oleh kebodohan dan

keangkuhan dengan mengambil dadah.


Daripada hujah dan pandangan di atas, maka jelaslah bahawa
penganut agama Hindu dilarang menggunakan dadah.
Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada
Dadah

Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara

berterusan atau pada waktu-waktu tertentu.


Dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunaakna
secara kerap dan berterusan ialah:

Pergantungan secara fizikal

Pergantungan secara fizikal ialah satu keadan di mana badan penagih memerlukan dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan.

Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkah laku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan

dadah dalam masa tertentu.


Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah sakit perut, muntah-
muntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya.

Pergantungan secara psikologikal
Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan dimana penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah

supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa.


Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-
kesan dadah)

Daya tahan atau “tolerance” kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah yang biasanya diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi

kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan. Dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahapp kepuasan dan kelegaan yang sama. Apabila pergantungan ini

telah terbina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya dengan serta-merta.
Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :-

Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi keperluan-keperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman.

Daya tahan meningkat.

Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah

Berada terdesak atau gian untuk menggunkan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba mengurang atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.

Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah
berhenti menggunakan untuk beberapa waktu.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :
a) Jenis dadah

Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia merosakkannya (contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya

amfetamin dan kokain) atau merosak dan merangsangkan (contohnya ganja).


b) Jumlah digunakan

Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria

berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut.
c) Cara penggunaannya

Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (sama ada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap atau diguna bersama dadah lain), jangka masa dan

kekerapan mengguna.
d) Keadaan individu
Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan,
kesihatan, daya tahan, pengalaman penggunaan dadah aktiviti penagih.
f) Situasi ketika menggunakan dadah
Keadaan atau tempat menggunakan dadah sama ada ketika ada
orang atau tiada orang lain hadir bersama.
Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah

Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25

tahun. Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat- pusat pengajian tinggi.
Di antara factor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan
dadah adalah kerana :-

Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin
mencuba-cuba untuk merasainya sendiri

Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap
jenis dadah tersebut.

Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan
dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.

Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah
kehidupan.

Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.

Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh
desakan ibu dan bapanya.

Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan
perkara-perkara yang memberi manfaat dan berfaedah.

Masalah dan tekanan rumah tangga

Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.

Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar.

Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-
pengedar untuk mempengaruhi pengguna baru.

Kurangnya pengetahun agama, penghayatan nilai-nilai serta
amalan agama.
Akibat Penagihan Dadah
Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :-

kesan kepada penagih

kesan kepada keluarga

kesan kepada masyarakat

kesan kepada Negara
1. Kesan Kepada Penagih

Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.

Tidak bertanggungjawap kepada persekolahan dan prestasi
kerja.

Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga,
malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.

Pitam, pengsan, berperasan ganas, rase ketagihan berlebihan.

Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti
seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.
2. Kesan Kepada Keluarga

Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga

Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa,
tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.

Rumah tangga menjadi porak peranda.

berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan
anggota keluarga.
3. Kesan Kepada Masyarakat

mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah
seperti rompakan dan pembunuhan.

Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh
terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.

Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku
akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.
4. Kesan Kepada Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripan masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan. Kos tersebut termasuklah :

Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran
ekonomi.

Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih
dadah

Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.

Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku

Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.

Kos kerugian tenaga dan modal insan yang kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.
Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku.

Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penangihan dadah adalah :

Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu
kerja, disiplin dan hasil kerja.

Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.

Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.

Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.

Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau
dimiliki.

Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca
dan berair atau mata yang redup dan kuyu.

Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar
warna akibat menghisap ganja.

Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.

Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.

Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang- barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.

Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.

Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat

dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan.
Undang-undang Dadah Malaysia

Apakah itu Dadah


Download this Document for FreePrintMobileCollectionsReport Document
ad07711b174b3c

doc

This is a private document.

Info and Rating

4.93836 5 false false 0

Science
dadah
ppda dadah
ppda
skpbu
ayat pengharaman
itu pil
dipisahkan daripada
dewan bahasa
terhadap individu
(more tags)
Follow
mohd_ghafri

Share & Embed

Related Documents

PreviousNext

1.

p.

p.

p.

2.
p.

p.

p.

3.

p.

p.
p.

4.

p.

p.

p.

5.
p.

p.

p.

6.

p.

p.
p.

7.

p.

p.

p.

8.
p.

p.

p.

9.

p.

p.
p.

10.

p.

p.

p.

11.
p.

p.

p.

12.

p.

p.
p.

13.

p.

p.

p.

14.
p.

p.

More from this user

PreviousNext

1.

1 p.

1 p.
4 p.

2.

4 p.

59 p.

63 p.

3.

33 p.
48 p.

35 p.

4.

12 p.

1 p.
2 p.

5.

2 p.

14 p.

Recent Readcasters

Add a Comment

ad07711b174b3c
Submit
Characters: 400
document_comme

4gen

emy_ramlanleft a comment

EMAIL KEPADA SAYA JUGA PLZ....TQ...egf_1702@yahoo.com


6 days ago
Reply

姜靡斯 left a comment

download free?
02 / 16 / 2011
Reply

Qawiyyuljismi Norliza Hashimleft a comment

salam artikel nie bagus.... sy nk tanya ape yang di maksudkan dngan pergantungan bahan
07 / 16 / 2010
Reply

sweety_brown91left a comment

sweety_brown91@yahoo.com.my-- send it's 2 me..plzzzzzzzzzzzzzzzz


04 / 25 / 2010
Reply

Missazwanileft a comment

i need it that info for my assgmnt..pls email me also at n_azwani91@yahoo.com


04 / 18 / 2010
Reply

mohd_ghafri replied:

cuba download...
07 / 01 / 2010

You might also like