You are on page 1of 3

Artikel yang dibincangkan ini dikaji oleh Lotte Thomsen, Eva G.T.

Green dan Jim Sidanius yang bertajuk “


We will hunt them down: How social dominance orientation and right wing authoritarianism fuel ethnic
persecution of immigrants in fundamentally different ways”. Secara amnya, artikel ini membincangkan
tentang hubungan di antara Social Dominance Orientation (SDO) atau Right Wing Authoritarianians
(RWA) dalam mengkaji penindasan imgran atau pendatang.

 Definisi Social Dominance Orientation dan Right Wing


Authoritarinism.
 Kajian yang lepas tentant SDO dan RWA.
 Situasi pendatang di Amerika Syarikat dalam jurnal ini.

Tujuan kajian ini adalah bertujuan untuk menguji hipotesis berikut:

- Melalui RWA, ia mungkin berkait rapat dengan kesanggupan dan kemahuan untuk terlibat dengan
penindasan dan kekerasan kolektif terhadap warga asing yang mengamalkan pengasingan diri yang
bertindak untuk terus mengekalkan cara hidup etnik nya sendiri dan menolak untuk berasimilasi ke dalam
budaya tempatan. Dengan demikian tidak sesuai dengan norma dan nilai hidup masyarakat setempat.
Hipotesis ini dikenali sebagai Hipotesis Penyesuaian Masyarakat ( Ingroup Conformity Hypothesis)

-Ini berlainan pula dengan hipotesis mengenai SDO yang berkait rapat dengan kemahuan untuk terlibat
dalam penindasan etnik imigran iaitu golongan yang bersedia untuk berasimilasi ke dalam budaya yang
dominan di tempat kajian. Hipotesis ini dipanggil Hipotesis Penguatkuasaan Perbezaan Status ( Status
Boundary Enforcement Hypothesis)

Metodologi kajian melibatkan dua cara yang dikategorikan sebagai studi satu dan studi dua. Studi satu
dijalankan melalui penyertaan orang ramai dari beberapa universiti kajian ( research university) utama di
Amerika Syarikat. Seramai 171 peserta menyertai survei ini di mana orang muslim dan latin menjadi
target utama kajian. Peserta terdiri daripada orang berbangsa Amerika Eropah, Amerika Afrika dan
Amerika Asia yang berumur di antara 17 tahun hingga 41 tahun.

Survei terhadap peserta dijalankan melalui beberapa cara iaitu yang pertama melalui perbezaan individu
yang terlibat. Survei dimulakan dengan soalan berbentuk demografik yang mana berkaitan dengan
kewarganegaraan dan identiti etnik individu itu sendiri. Selepas itu, peserta dikehendaki untuk
melengkapkan borang Skala RWA (Right Wing Authoritarianism) sebanyak 20 item dan 16 item untuk
Skala SDO (Social Dominance Orientation). Skala kedua-dua nya di antara 1 hingga 7 dimana skala 7
menunjukkan peserta sangat bersetuju dengan soalan yang diajukan.

Responden seterusnya diberikan satu senario untuk mengetahui strategi asimilasi dan pengasingan.
Senario yang diberikan adalah mengenai seorang imigran yang beragama islam atau latin.

Responden kemudian diberikan soalan yang berkaitan dengan kesanggupan mereka untuk menyokong
penindasan golongan imigran.

Studi dua pula melibatkan 94 orang pelajar yang membuat cara kajian yang hamper sama dengan studi
satu. Pelajar yang terlibat berumur di antara 22 hingga 31 tahun beragama Kristian atau Pagan. Cara
kajian yang digunakan hampir sama seperti studi satu kecuali bahagian senario yang menggunakan cuma
seorang imigran yang beragama islam.

Secara umumnya, SDO dan RWA mempunyai hubungan korelasi antara satu sama lain dan keduanya
boleh menjangka dan menjawab persoalan tentang sokongan terhadap penindasan etnik pendatang.
Sebelum kajian dibuat, pengkaji berpendapat bahawa persoalan ini dijawab dengan ulasan yang berbeza.
Dalam RWA, agresi luar terhadap pendatang terutama sekali oleh penolakan pendatang untuk
berasimilasi ke dalam budaya yang dominan kerana melanggar agresi dalam yang sesuai. Sebaliknya,
SDO harus dikaitkan dengan pencerobohan terhadap pendatang yang berasimilasi ke dalam budaya yang
dominan kerana mengaburkan batas-batas yang ada status antara kumpulan. Dengan menggunakan
sampel mahasiswa Amerika dan Switzerland, data konsisten dengan hipotesis ini iaitu Hipotesis Status
Had Penguatkuasaan mengenai masyarakat tetap dan sebahagian besar konsisten dengan RWA.
Kewarganegaraan dan pengenalan etnik tidak termasuk di dalam analisa keputusan ini. Dapatan kajian
juga menunjukkan lebih banyak yang menyokong hujah bahawa prasangka dan diskriminasi merupakan
langakah yang paling bermanfaat dilihat sebagai fungsi interaktif perbezaan individu dan kendala situasi.

Studi satu mengkaji terlebih dahulu hubungan antara perbezaan responden, manipulasi eksperimen dan
kemahuan dalam menyokong penindasan imigran. Dapatan kajian antara SDO dan RWA menunjukkan
kedua-duanya mempunyai hubungan korelasi yang tinggi iaitu r=0.43, p=0.001 tetapi tidak mempunyai
hubungan korelasi dengan manipulasi eksperimental. Walau bagaimanapun, SDO dan RWA mempunyai
hubungan korelasi dengan kemahuan dalam menyokong penindasan imigran (SDO; r=0.43, p=0.001 ;
RWA; r=0.35, p=0.001). Identiti warganegara dan etnik tidak berkorelasi dengan penindasan etnik malah
tidak berkorelasi antara manipulasi asimilasi dan kemahuan seseorang mengambil bahagian dalam
penindasan etnik.

Dalam studi dua, SDO dan RWA mempunyai hubungan korelasi dengan r=0.43, p<0.001 dalam soalan
tentang kemahuan seseorang mengambil bahagian dalam penindasan etnik. Melalui sampel Swiss pula,
identiti etnik dan kewarganegaraan mempunyai hubungan korelasi yang tinggi dengan penindasan etnik
dengan SDO: r=0.35, p<0.001 dan RWA: r=0.35, p<0.001.

Kajian ini menepati jangkaan yang mana RWA dan SDO mempunyai hubungan korelasi dengan
kemahuan seseorang untuk aktif menyertai dalam penindasan terhadap imigran di bawah keadaan yang
berbeza. Dalam Hipotesis Penyesuaian Masyarakat ( Ingroup Conformity Hypothesis), RWA amat berkait
rapat dengan penindasan terhadap imigran yang tidak mahu berasimilasi dengan kebudayaan
masyarakat setempat. Manakala, dalam Hipotesis Penguatkuasaan Had Status ( Status Boundary
Enforcement Hypothesis), SDO pula dikaitkan dengan penindasan imigran yang bersedia untuk
berasimilasi dengan budaya Ameruka Syarikat.

Konklusi

 Adakah SDO dan RWA berkait???????jawapan ada dalam ayat


pertama conclusion.
 Apa yang kau boleh dapat dalam membaca jurnal ni.

Good luck!!!!!!!!!!!!

You might also like