Professional Documents
Culture Documents
1.0 PENDAHULUAN
Bahasa adalah kunci pintu khazanah ilmu dan bacaan adalah jaminan untuk
mendapatkan ilmu (Koh 1986). Kelemahan penguasaan bahasa akan menjejaskan
kemajuan murid dalam mata pelajaran lain, kerana bahasa adalah alat komunikasi
untuk mempelajari segala jenis ilmu pengetahuan. Fungsi asas bahasa adalah sebagai
alat komunikasi bagi manusia dan keperluan berkomunikasi ialah keperluan hidup yang
asasi. Kebolehan berkomunikasi dan mempelajari sesuatu melalui bahasa adalah satu
ciri unik manusia yang hidup bermasyarakat. Tidak ada manusia di dunia ini tidak
mempunyai bahasa, malahan semua manusia perlu berbahasa untuk menyampaikan
hasrat dan perasaan meskipun hanya dengan menggunakan bahasa isyarat.
Kanak-kanak normal akan menguasai sesuatu bahasa jika dia terdedah kepada
bahasa tersebut kerana dia akan mendengar dan meniru apa yang didengarinya. Walau
bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak mampu menguasai dan memperoleh bahasa
mengikut kadar yang sama dari segi tempoh masa ataupun peringkat prestasi
kemahirannya. Perbezaan kadar ini berlaku kerana ketidakseimbangan faktor-faktor
pengaruh yang diperoleh oleh kanak-kanak iaitu keadaan fizikal, kecerdasan,
perkembangan kognitif, daya diskriminasi (pengamatan), pengalaman, persekitaran,
emosi, motivasi dan sahsiah (Mat Daud Yusof 1990).
Menurut Martin dan Miller (1996), ciri-ciri masalah bahasa merujuk kepada
ketidakupayaan seseorang kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri
daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan aspek
pragmatik. Pakar dalam bidang ini berpendapat kanak-kanak bermasalah bahasa ini
memerlukan satu cara atau teknik bahasa yang boleh mereka gunakan dan di fahami
dengan mudah untuk berkomunikasi. Ada pendapat menyatakan komunikasi, bahasa
dan pertuturan adalah dalam konteks yang sama tetapi pengkaji bahasa berpendapat
terdapat perbezaan yang ketara antara ketiga-tiga itu.
Menurut Owen (1990), komunikasi adalah proses di mana seseorang itu bertukar
maklumat dan berkongsi idea. Pengirim dan penerima membina maklumat dan saling
bertukar maklumat dalam dua hala. Maklumat tersebut diterima dan saling memahami.
Walaupun komunikasi menggunakan pertuturan dan bahasa, aspek lain perlu diambil
kira seperti bentuk, intonasi, penekanan suara dan gaya pertuturan yang boleh
menggambarkan emosi dan sikap penutur yang memberikan pelbagai makna.
Komunikasi bukan sahaja menggunakan bahasa tetapi boleh juga terjadi melalui tanda
isyarat, gerakan badan, eye contact dan ekspresi.
2.0 CIRI-CIRI MURID BERMASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI.
Satu lagi adalah pertuturan yang belum matang seperti percakapan anak-anak
contohnya pertuturan ‘tertinggal’ huruf ataupun perkataan. Tambahan pula sekiranya
mereka bertutur terlalu gopoh akan menjadikan percakapan itu lebih sukar untuk kita
fahami. Cara percakapan mereka hanya difahami oleh kumpulan berkenaan yang
tertentu sahaja. Oleh itu, hal ini juga sukar dimengerti kalau kita tidak pernah bercampur
gaul dengan mereka yang berkenaan.
Bertutur ialah proses komunikasi yang amat berguna dan kesannya adalah pada
pembelajaran. Masalah komunikasi melibatkan emosi seperti rasa malu, kurang upaya
dan sebagainya secara tidak langsung, mengganggu kanak-kanak belajar dan
menyekat percampurannya dengan kawan-kawan. Hal ini mendatangkan kesukaran
dalam penyesuaian hubungan sosial. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini juga
menghadapi kesukaran memahami istilah dan perkataan apabila bertutur atau
kesukaran menggabungkan perkataan untuk melafazkan pemikiran.
Masalah pertuturan yang dialami oleh kanak-kanak ini memberi kesan terhadap
bunyi yang dikeluarkan. Setiap kanak-kanak mempunyai suara yang unik tetapi
perbezaan dalam cara kanak-kanak itu bercakap menjadi suatu masalah apabila
pertuturannya tidak dapat difahami oleh orang yang mendengar, ataupun cara kanak-
kanak itu bercakap mengganggu pendengar daripada memahami apa yang cuba
disampaikan. Ada kalanya kanak-kanak yang mengalami gangguan pertuturan ini juga
mengalami masalah lain seperti cerebral palsy, sumbing, masalah pendengaran dan
dyspraxia. Antara ciri-ciri bagi kecacatan ini ialah masalah artikulasi/fonologi, suara
kasar, tiada bunyi yang keluar apabila bercakap, sengau dan gagap.
Hasil daripada kajian, kanak-kanak ini menghadapi masalah bahasa iaitu bahasa
reseptif dan ekspresif. Bahasa reseptif ialah kemampuan memahami dan mengingat
apa yang diperkatakan oleh orang lain, manakala bahasa ekspresif ialah kemampuan
untuk menyatakan idea dalam perkataan ataupun simbol. Masalah dalam aspek bahasa
ini terbahagi kepada dua iaitu:
i) Perkembangan lambat.
Melibatkan kemahiran berbahasa yang berkembang dalam kadar yang lambat tetapi
dalam urutan normal bagi aspek-aspek bahasa seperti pembentukan ayat, perbualan
dan pemahaman. Kebanyakan perkembangan lambat berkait dengan peluang yang
terhad untuk belajar. Keadaan persekitaran di rumah yang tidak menyumbangkan
kepada perkembangan bahasa yang baik juga adalah faktor bagi perkembangan
bahasa yang lambat. Pertuturan kanak-kanak dalam kategori ini adalah seperti
pertuturan kanak-kanak yang lebih kecil, dengan ayat yang pendek dan mudah serta
tatabahasa yang tidak tepat. Mereka juga mengalami kesukaran mengikut arahan yang
bersesuaian dengan tahap umur.
ii) Kecacatan berbahasa.
Kanak-kanak ini dikenal pasti berdasarkan kemahiran yang dipelajari. Misalnya, ayat
yang dituturkan oleh kanak-kanak tertentu itu terlalu panjang dan kompleks tetapi tidak
dapat memberi makna terhadap perbualan dengan orang lain. Kanak-kanak yang
mengalami kecacatan berbahasa dapat di kesan daripada perbualan. Mereka
menggunakan ayat-ayat yang tidak berkaitan dengan perbualan yang sedang
berlangsung ataupun member jawapan yang tidak sesuai dengan soalan yang
diberikan. Selain itu, kanak-kanak bermasalah bahasa ini juga sering kali menggunakan
tatabahasa yang tidak tepat, sukar mengingat nama-nama benda dan sering terganggu
percakapan hingga terpaksa berhenti kerana tidak mengetahui perkataan yang sesuai
untuk disebut.
Hal yang demikian adalah seiring dengan pendapat yang telah dikemukakan oleh
ahli patologis bahawa kemahiran berbahasa berkembang mengikut peringkat-peringkat
tertentu iaitu peringkat bahasa dalaman, penerima auditori (mendengar), pelahiran
auditori (bertutur), penerimaan visual (membaca) dan pelahiran visual (menulis).Kanak-
kanak dalam kategori bermasalah bahasa dan komunikasi tidak dapat memahami
penerangan seterusnya dapat menimbulkan masalah tingkah laku. Oleh itu, guru
perlulah memahami keadaan kanak-kanak ini. Guru yang efektif ialah insan yang sedar
terdapat kemahiran dan kelebihan yang tidak nampak secara luaran dalam diri kanak-
kanak ini. Justeru, beliau akan memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk
termasuklah dari segi demonstrasi bagi membantu kanak-kanak memahami dan
berkomunikasi.
4.0 PUNCA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI MURID YANG TERLIBAT.
Hasil dapatan kajian menunjukkan kategori masalah yang kerap sekali dijumpai
ialah masalah pembelajaran secara spesifik (specific learning disabilities) seperti
disleksia yang memberi kesan terhadap salah satu aspek pembelajaran. Masalah
komunikasi berada pada kedudukan kedua dari segi kekerapan berlakunya. Namun,
pasangan kategori masalah yang kerap sekali dijumpai bersama (dual disabilities) ialah
masalah bahasa/komunikasi bersama masalah kerencatan akal. Memandang
kekerapan berlaku masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak, kita
harus meninjau beberapa punca sebab yang boleh mengakibatkan kewujudan masalah
tersebut. Walaupun sebahagian besar masalah bahasa dan komunikasi tidak diketahui
puncanya, kita boleh mengkategorikan punca adalah seperti berikut seperti berikut :
b) Faktor neurologi
Masalah ini terjadi apabila ketidaksempurnaan dalam perkembangan sistem saraf,
terutamanya pada bahagian otak tertentu yang bertanggung jawab terhadap
pemprosesan bahasa. Selain itu juga kecederaan pada bahagian otak tertentu juga
menyebabkan terjejasnya sistem neurologi.
Daripada kajian yang telah dijalankan, bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak
ini tidak konsisten kerana beberapa faktor yang mempengaruhi seperti kepelbagaian
kaedah dan penilaian yang menghasilkan keputusan yang berbeza-beza serta keadaan
tertekan kanak-kanak semasa situasi ujian dijalankan. Oleh sebab itu, bukan mudah
untuk membuat sesuatu rumusan dalam masalah ini. Secara umumnya, kanak-kanak
bermasalah bahasa ini diuji daripada aspek tingkah laku dan kesukaran di dalam
penggunaan lima komponen bahasa iaitu aspek fonologi, morfologi, sintaksis,semantik
dan pragmatik.
4.2.1 Fonologi
4.2.2 Morfologi
4.2.3 Sintaksis
4.2.4 Semantik
4.2.5 Pragmatik
Dalam perbualan yang normal, seseorang akan bercakap dan seorang lagi akan
mendengar dan kemudiannya baru menjawab mengikut giliran tanpa menyampuk di
tengah-tengah perbualan. Bagi kanak-kanak bermasalah bahasa mereka menghadapi
masalah di dalam menentukan giliran di dalam perbualan mereka. Perlakuan ini adalah
dipercayai hasil daripada hubungan ibu bapa dan anak seperti dalam perlakuan si ibu
menyuapkan makan kepada si anak. Namun begitu, masalah ini tidaklah begitu rumit
berbanding dengan masalah lain kerana kanak-kanak biasa juga turut mengalami
masalah ini dalam perbualan mereka (Martin & Miller, 1996).
Walaupun ibu bapa sedar mereka perlu melibatkan diri dalam persekolahan
kanak-kanak bermasalah pembelajaran, namun masih ramai yang tidak memenuhi
tanggungjawab itu. Coots (1998),menyatakan penglibatan ibu bapa dalam
persekolahan kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah perlu kerana golongan ibu
bapa adalah golongan yang memiliki banyak kelebihan berbanding guru khas dalam
menjalankan fungsi ataupun tanggungjawab pada persekolahan. Guru khas hanya
bertugas secara formal dan dibatasi oleh faktor-faktor seperti masa, tempat dan
peraturan. Manakala ibu bapa berhubung secara tidak formal dan mempunyai peluang
lebih luas melibatkan diri dalam persekolahan.
Penglibatan ibu bapa dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu penglibatan di
rumah, penglibatan di sekolah dan kedua-duanya. Di rumah ibu bapa dapat mengawasi
kerja rumah anak yang diberi oleh guru. Di sekolah ibu bapa membuat temu janji
dengan guru khas bagi membincangkan masalah pelajaran anak, menghadiri
mesyuarat, membuat keputusan, meneliti rancangan dan memeriksa rekod anaknya
yang disimpan di sekolah. Antara faktor penglibatan ibu bapa yang dikenal pasti ialah:
a) Umur
Umur mempengaruhi penglibatan ibu bapa baik di rumah ataupun di sekolah.
Semakin tinggi umur seseorang ibu ataupun bapa, semakin banyak ibu ataupun
bapa itu memikirkan pembelajaran anaknya dan semakin rapat hubungannya
dengan kegiatan anak. Walau bagaimanapun, ibu bapa yang tua sedar sumbangan,
pengetahuan dan kemahiran mereka tidak lagi dihargai. Oleh itu, mereka lebih
terlibat dalam hal keagamaan dan kebajikan diri sendiri dan komuniti.
b) Bilangan anak
Bilangan anak yang ramai menghalang ibu bapa memberi tumpuan sama rata
kepada anak. Semakin ramai bilangan anak, semakin kurang penglibatan ibu bapa
dalam aktiviti pembelajaran. Hal ini disebabkan mereka memikir pembahagian masa
yang lebih dalam hal mencari sumber rezeki untuk anak-anak yang ramai. Dalam
hal ini, bapa didapati lebih komited kepada kerja berbanding persekolahan anak.
Walau bagaimanapun bapa yang mempunyai anak yang tidak ramai lebih
bertanggungjawab dalam persekolahan anaknya.
c) Pendapatan
Menurut teori keperluan Maslow, keperluan fisiologi seperti makanan, pakaian dan
tempat kediaman perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum individu itu dapat
memenuhi keperluan-keperluan lain seperti melibatkan diri secara aktif di sekolah
dan sebagainya. Penglibatan ibu bapa tidak bermakna sekiranya tidak mendapat
sokongan terutama dari segi kewangan dan kebendaan. Banyak kajian yang
dijalankan mendapati faktor ekonomi keluarga memberi kesan pada peranan ibu
bapa dalam persekolahan anak. Hal ini menunjukkan faktor ekonomi keluarga
mempunyai pengaruh yang amat penting menentukan penglibatan ibu bapa di
sekolah.
d) Jenis pekerjaan
Menurut Lareau (1986), status pekerjaan ibu bapa didapati mempunyai kaitan
dengan tahap penglibatan mereka di sekolah. Ibu bapa yang terikat dengan masa
kerja didapati lebih sukar menghadiri sebarang aktiviti persekolahan anak.
e) Pendidikan bapa
Pendidikan yang tinggi mendorong bapa menjawat jawatan yang lebih baik. Justeru,
peruntukan masa untuk berbincang dengan pihak sekolah berkaitan masalah
pelajaran anak adalah terbatas. Pengabaian tanggungjawab ini berlaku secara tidak
disedari.
f) Anak
Masalah pembelajaran adalah gangguan minimum pada sistem saraf deria ataupun
saraf otak yang mengganggu prestasi normal individu dalam pembelajaran,
khususnya pada aspek penanggapan, pengkonsepsian, pembacaan, bahasa dan
matematik. Bapa berperanan memberi rangsangan dan menyediakan persekitaran
yang sihat bagi pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.
7.0 PENILAIAN.
Pengukuran yang dijalankan dapat menjana maklumat yang lebih tepat dan
menyeluruh tentang murid. Melalui penilaian, hasrat menghasilkan individu yang
berkembang secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang daripada aspek intelek,
rohani, jasmani dan emosi tercapai. Bagi menentukan pendidikan rendah mencapai
hasrat yang dimaksudkan, penilaian yang dikendalikan oleh guru dalam bilik darjah
adalah amat sesuai sebab meliputi penilaian ke atas semua aspek. Penekenan ke atas
penilaian yang berasaskan sekolah dapat membantu guru mengembangkan potensi
murid ke tahap maksimum. Oleh yang demikian, adalah penting guru memahami
konsep, menghayati matlamat serta perlaksanaan pengukuran dalam darjah sebaik
mungkin dalam pelajaran dan pembelajaran.
8.0 ISU-ISU MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI.
Kajian ringkas yang saya lakukan adalah kajian terhadap Program Pendidikan
Khas. Untuk menjalankan kajian ini saya telah beberapa kali melawat kelas yang
berkenaan. Berdasarkan pemerhatian, pengalaman, temu bual dengan pelajar, guru,
Guru Besar, dan ibu bapa saya dapati bahawa terdapat pelbagai isu yang dihadapi oleh
pelajar bermasalah bahasa dan komunikasi. Namun, isu-isu ini perlulah di lihat sebagai
cabaran buat kita semua kerana usaha membantu murid-murid ini tidak wajar terhenti
dalam apa keadaan sekali pun. Sesukar mana laluannya, jejak ilmu perlu dituruti dan
didakap erat sebagai penyuluh lakaran landasan kehidupan yang jauh lebih cemerlang
agar mereka tidak akan ketinggalan seiring peredaran zaman. Isu-isu yang berbangkit
ini perlulah dicari jalan penyelesaiannya dan dibincangkan secara terbuka dengan
semua pihak tanpa meletakkan kesalahan di bahu mana-mana pihak. Berikut
merupakan antara isu-isu pelajar bermasalah bahasa dan komunikasi.
Menurut Seksyen 3(1) Peraturan Pendidikan Khas 1997 hanya boleh diperkenalkan
kepada individu yang dikategorikan sebagai “boleh didik”. Hal ini adalah tidak selaras
dengan Perisytiharan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Tentang Hak-hak
Orang Kurang Upaya (OKU). Sedangkan dalam Perisytiharan PBB menegaskan
tentang keperluan untuk membantu golongan kurang upaya untuk “ mengembangkan
kebolehan mereka dalam pelbagai aktiviti” dan mempromosikan “integrasi dalam
kehidupan biasa sebaik yang boleh”.
Berdasarkan keperluan dan masalah yang dikemukakan tadi dapat kita lihat di
manakah letaknya keadilan dalam pendidikan terhadap individu OKU? Sedangkan
setiap insan tidak kiralah ditakdirkan cacat bagaimanapun perlulah diberikan peluang
dan ruang untuk mendapat pendidikan. Hal demikian bermaksud pendidikan kepada
kanak-kanak khas bukanlah hanya terhad kepada individu yang “boleh dididik” sahaja.
Sebagai contoh kes ialah kanak-kanak yang mempunyai masalah berbahasa dan
komunikasi namun pada masa yang sama kanak-kanak ini mempunyai kecacatan lain
seperti celebral palsy, sumbing, masalah pendengaran dan dyspraxia mestilah perlu
juga diberi pendidikan. Isu ini adalah menjadi masalah kepada ibu bapa kerana mereka
ingin menghantar anak mereka ke sekolah untuk didik tetapi impian ini ada kalanya
terhalang.
Oleh itu, istilah “boleh didik” perlu dimansuhkan daripada Seksyen 3(1) Peraturan
Pendidikan Khas 1997 kerana akta ini menafikan hak kanak-kanak kepada pendidikan.
Tambahan pula, Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mewajibkan pendidikan
enam tahun di peringkat sekolah rendah.
Kekurangan pakar terapi pertuturan juga merupakan satu masalah kepada kanak-
kanak bermasalah bahasa dan komunikasi. Ibu bapa sering kali terpaksa mendapatkan
perkhidmatan tersebut daripada pihak swasta. Hai ini merupakan beban kewangan
yang besar. Bagi keluarga yang kurang mampu atau berpendapatan rendah, harapan
untuk mendapatkan perkhidmatan sedemikian bagi anak bermasalah ini adalah amat
tipis. Bagaimana pula nasib golongan ini yang tinggal di pedalaman yang jauh daripada
kawasan bandar? Sudah tiba masanya isu ini perlulah diperjuangkan dan diberikan
perhatian.
Guru yang terlibat dalam program ini perlu menerima latihan yang konsisten dan
komprehensif daripada pakar program intervensi awal. Selain itu, semasa proses
intervensi awal kanak-kanak yang terlibat perlulah diletakkan dalam kelompok kecil
supaya guru dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka. Semakin cepat
masalah dikenal pasti dan berusaha untuk sesi rawatan maka lebih berpeluang untuk
baik seterusnya pulih daripada masalah ini.
iii) Tenaga Pengajar
Selain itu pihak NGO juga memerlukan pengiktirafan dan akreditasi daripada
kerajaan terhadap usaha dan latihan pekerjaan yang mereka sertai sebagai galakan
untuk mereka terus berkhidmat dalam bidang pendidikan khas ini.
iv) Kesesuaian kurikulum dan keberkesanannya dalam mencapai objektif
pengajaran.
Dengan kurikulum yang disediakan apakah mampu mencapai objektif program ini?
Isu ini telah saya kemukakan kepada guru yang mengajar murid bermasalah bahasa
dan komunikasi. Hasil daripada temu bual dan perbincangan itu, saya dapati bahawa
kurikulum yang sedia ada tidak dapat digunakan oleh semua pelajar. Oleh itu, guru
pendidikan khas perlulah seorang guru yang rajin, tekun, kreatif dan inovatif untuk
melakukan pengubahsuaian berdasarkan kemampuan, keperluan dan keupayaan bagi
meningkatkan pencapaian setiap murid yang menghadapi masalah bahasa dan
komunikasi.
Walau dalam situasi bagaimana sekalipun, murid berkeperluan khas perlu dilihat
dan dilayan seperti murid normal yang lain. Bagi murid-murid yang berhadapan dengan
masalah bahasa mereka akan kurang menyumbang idea atau melibatkan diri dalam
aktiviti perbincangan. Mereka juga sukar organisasi idea-idea serta lambat untuk
memahami sesuatu perkara yang kompleks. Di samping itu, kanak-kanak ini juga sukar
diskriminasi antara bunyi-bunyi pertuturan, bermasalah menghasilkan bunyi pertuturan,
sukar mencari perkataan yang tepat serta sering kali gagal mengikuti arahan yang
diberikan. Oleh hal yang demikian, mereka akan menzahirkan tingkah laku yang
bermasalah seandainya kita tidak cuba memahami kehendak dan keperluan situasinya.
Oleh itu, corak perkembangan tipikal murid dan strategi pengajaran berasaskan
pengetahuan dan perkembangan bolehlah diaplikasikan. Misalnya, untuk murid
bermasalah bahasa dan komunikasi, aspek yang berkaitan dengan penggunaan
bahasa lisan perlulah diubahsuai. Penggunaan komunikasi secara menyeluruh dan
penggabungjalinan pelbagai aspek seperti lisan, isyarat, gerak badan dan mimik muka
perlulah diajar oleh guru.
v) Persekitaran.
Dapatan kajian juga mendapati bahawa isu persekitaran juga memainkan peranan
penting terhadap kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi. Persoalan yang
timbul adalah seberapa jauh manakah persekitaran mampu mempengaruhi kanak-
kanak golongan ini? Persekitaran yang negetif pastinya akan lebih memudaratkan dan
tidak dapat membantu perkembangan mereka. Hal ini disebabkan bahasa tidak dapat
berkembang secara positif dan penggunaan kosa kata adalah terhad.
Di samping itu, ibu bapa tidak boleh menyuruh anak-anak mengulangi kata-kata
yang baru diucapkan. Seperti yang kita sedia maklum,kanak-kanak sering lupa apa
yang diperkatakan dan sekiranya kita sebagai orang dewasa memaksa mereka
mengingati semula akan menimbulkan perasaan rendah diri dalam diri sekali gus
menyebabkan anak-anak tergagap ketika bercakap. Jangan memandangkan ke arah
lain dan jangan sesekali menunjukkan kekecewaan di hadapannya kerana boleh
menjejaskan emosi anak-anak. Suasana persekitaran di rumah juga mampu membantu
anak-anak berkomunikasi dengan baik. Oleh itu, satu persekitaran yang menyenangkan
perlulah dicipta kerana ia boleh mengubah perasaan anak-anak. Kajian mendapati
seseorang akan lebih yakin bercakap dalam keadaan yang tenang dan selesa
berbanding bercakap dalam keadaan yang bising dan tertekan.
Pelajar bermasalah bahasa dan komunikasi yang mempunyai ibu bapa prihatin
dan memahami adalah sangat bertuah namun masih terdapat banyak lagi ibu bapa
yang tidak mengambil berat terhadap masalah anak mereka. Ibu bapa golongan ini
tidak berminat untuk mengambil tahu tahap perkembangan bahasa anak mereka serta
menganggap anak mereka susah untuk berjaya dan lemah dalam pelajaran. Hal ini
terbukti apabila mereka tidak memberi kerjasama berjumpa guru walaupun diminta
datang berbincang tentang pelajaran anak mereka yang menghadapi masalah bahasa
dan komunikasi. Mereka juga mungkin sibuk dengan tugas-tugas mereka sendiri dan
meletakkan anak mereka di bawah jagaan pembantu rumah atau penjaga. Justeru,
mereka tidak mungkin dapat memberikan rangsangan-rangsangan yang diperlukan
untuk mempertingkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran komunikasi anak itu.
Bagi ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah didapati mereka kurang
peka terhadap langkah-langkah yang boleh membantu anak-anak mereka.
9.0 RUMUSAN
Setiap kanak-kanak khas perlu diberi perhatian dan pelajaran yang sama dengan
setanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Alklington(1991) mencadangkan
perkembangan rangka kerja baru yang mengiktiraf potensi belajar semua kanak-kanak.
Golongan profesional perlu ada cara baru untuk membantu pelajar dengan
menggunakan kaedah lisan dan penulisan bahasa yang lebih menarik, bahasa yang
bermakna dan menggunakan bahasa untuk komunikasi yang lebih realistik.
Fay, J. dan Funk, D. (1995). Teaching With Love and Logic. The Love and logic Press:
USA.
Haniz Ibrahim (1998). Inclusive Education in Malaysia: Teachers’ Attitude to Change.
PhD thesis. University of Exerter. Unprinted.
Jamila K.A Mohamed. (2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
K.A. Razhiyah. (2005). Menjadi Guru Pendidikan Khas. Kuala Lumpur : PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mat Daud Yusof. (1990). Bagaimana kanak-kanak cacat menguasai bahasa. Jurnal
Dewan Bahasa, 34 (3): 156-165.
Supiah Saad (2003). Malaysian Preschool Children with ADHD in Inclusive Settings.
PhD thesis. University of Warwick. Unprinted.
http://www.pendidikankhas.com/forum/thread-13.html
http://www.asiacommunityservice.org/NECIC/CD/Plenary%20Session%204/PS%204A
%20-%20Haniz%20Ibrahim.pdf
http://www.moe.gov.my/jpkhas/index.php?
option=com_content&view=article&id=41:seminar
http://eprints.utm.my/2231/1/5_7.pdf
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/05/1maksud-pendekatan-kiosk-dan-bila.html