Seperti yang tercatat di dalam standard penyelesaian masalah NCTM,menyelesaikan masalah matematik ini akan membina pengetahuan matematik yangbaru dalam diri pelajar. Pemilihan permasalahan yang sesuai akan membantu pelajar untuk menggunakan konsep dan prosedur yang telah dipelajari sebagai panduan untukmereka menyelesaikan masalah tesebut. Sebagai contoh, prosedur untukmenyelesaikan permasalahan dalam persamaan akan menjadi lebih berguna sekiranyadiaplikasikan di dalam dunia sebenar.Selain itu juga, apabila murid mula memperkembangkan strategi-strategipenyelesaian masalah, mereka akan mula menghubungkaitkan perkara lama denganyang baru. Ini akan membolehkan minda mereka berfikir secara kreatif dan inovatif.Sebenarnya, kemahiran penyelesaian masalah matematik ini perlu diajar di sekolahrendah dan menengah. Jadi, jelaslah bahawa pengajaran dan pembelajaranpenyelesaian masalah ini akan memberi banyak manfaat kepada pelajar.Seterusnya, teras kedua dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalahmengenai penaakulan dan pembuktian. Teras yang kedua ini sepatutnya tidak diajar disekolah menengah sahaja, malahan hal ini sepatutnya telah didedahkan di peringkatsekolah rendah lagi. Ini kerana, penaakulan dan pembuktian ini juga sebenarnya akandigunakan pada kehidupan sebenar nanti. Penaakulan dan pembuktian ini seharusnyadimasukkan ke dalam kurikulum matematik.Di sekolah rendah, pelajar bolehlah didedahkan dengan asas penaakulan danpembuktian sahaja, namun apabila mereka berada di sekolah menengah, perkara yanglebih kompleks perlulah diajar. Contohnya, mereka telah pandai untuk menggunakanpelbagai aplikasi lain dalam penaakulan dan pembuktian ini ketika di sekolahmenengah. Menurut NCTM, terdapat 4 standard utama yang sangat penting dalampenaakulan matematik ini. Ia adalah mengecam penaakulan sebagai perkara pentingdalam matematik, membuat dan menyiasat masalah matematik, memperkembangkanpenaakulan dan bukti dalam permasalahan dan memilih dan menggunakan pelbagaicara penaakulan.