You are on page 1of 14

July 16, 2010 [PENDIDIKAN SENI VISUAL]

Page
July 16, 2010 [PENDIDIKAN SENI VISUAL]

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAUJANA UTAMA

SEJARAH DAN APRESIASI KRAF TRADISIONAL

Nama: Ahmad Shuib An Nasaie b Mustapha Kamal

Tingkatan : 2 marikh

Tarikh: 16.07.2010

2010

Page
July 16, 2010 [PENDIDIKAN SENI VISUAL]

Pengenalan
1.1 Seni Tekat

Seni tekat termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas
ke atas kain dasar jenis baldu. Tekat menekat ini juga disebut 'sulaman timbul' atau 'suji timbul'.
Asal usul penciptaan dan penggunaan tekstil tekat dianggarkan sama dengan penggunaan
tekstil songket berdasarkan kepada bahan asasnya iaitu benang emas, kain baldu dan juga
rupabentuk ciptaannya. Di Malaysia, pusat-pusat seni tekat berkembang di negeri Perak,
Pahang dan Johor.

Page
July 16, 2010 [PENDIDIKAN SENI VISUAL]

Pengenalan
1.2 Ukiran Kayu

Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat
Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta
masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti
seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya.

Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai
hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara
kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh
dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran
masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat Orang Asli.

Page
July 16, 2010 [PENDIDIKAN SENI VISUAL]

Pengenalan
1.3 Songket

Kain Songket adalah hasil daripada tenunan


benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ia
telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau. Perkataan songket berasal daripada
perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit. Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat
terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan. Bunga atau
hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut
dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.

Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang
penenun itu mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket
yang panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan tentang
seseorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-
kerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang
tinggi lagi unik.

Sejarah

Page
July 16, 2010 [PENDIDIKAN SENI VISUAL]

2.1 Seni Tekat

Sejarah seni tekat telah wujud dan berkembang sejak zaman kesultanan melayu.
Seni ini telah dipakai oleh kerabat diraja sejak dahulu lagi dan digunakan di dalam
istana. Alatan yang dihiasi dengan tekat emas merupakan alatan istana. Beberapa
rekabentuk tekat dicipta digunakan sebagai bahan atau alatan seharian. Juga
pakaian rasmi sultan. Seni tekat telah berkembang kepada masyarakat luar istana
dan dilakukan sebagai kraf tangan sambilan

Page
July 16, 2010 [PENDIDIKAN SENI VISUAL]

Sejarah
2.2 Ukiran Kayu

Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah
Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana
dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu,
orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada
bangunan seperti istana dan rumah kediaman.

Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang
dan menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama
memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana
tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara
pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.

Page
July 16, 2010 [PENDIDIKAN SENI VISUAL]

Sejarah
2.3 Songket

Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang
besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan
pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Ia telah terkenal di Malaysia dan Indonesia
sejak abad ke-13 yang lampau.

Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat
martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.

Sejarah dari mana datangnya kain songket itu tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun dan
asal usul perkataan songket dikatakan berasal daripada ‘menyungkit’ kerana dalam bahasa
Siam ‘kek’ membawa erti menyungkit selain ‘songkok’ (China) membawa maksud yang sama.

Mengikut Robyn Maxwell (1990), pengetahuan orang Melayu mengenai teknik songket mungkin
diambil daripada orang Cina yang memperkenalkan bahan logam tetapi kehadiran budaya dari
Timur Tengah, Parsi, Turki dan Moghul (India) telah memperkukuhkan lagi penghasilannya.

Tidak banyak diketahui mengenai asal songket, tetapi kemungkinannya penenunan songket
berkembang di Malaysia melalui perkahwinan antara keluarga diraja, yang merupakan strategi
penyatuan biasa sekitar abad ke-15.

Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera
pada kain latar. Fibrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan
bangsawan Melayu.

Page
July 16, 2010 [PENDIDIKAN SENI VISUAL]

Contoh
3.1 Seni Tekat

Page
July 16, 2010 [PENDIDIKAN SENI VISUAL]

Page
July 16, 2010 [PENDIDIKAN SENI VISUAL]

Contoh
3.2 Ukiran Kayu

Page
July 16, 2010 [PENDIDIKAN SENI VISUAL]

Page
July 16, 2010 [PENDIDIKAN SENI VISUAL]

Contoh
3.3 Songket

Page
July 16, 2010 [PENDIDIKAN SENI VISUAL]

Page

You might also like