(i) Anatomi dan Fisiologi.Anatomi adalah kajian tentang struktur tubuh badan dan hubungan antarabahagian-bahagian badan tersebut, kedudukan geografi bahagian tubuh badandan pengamatan tentang kegunaan setiap struktur dan system tisunya.Fisiologi pula adalah kajian mengenai fungsi tubuh manusia dalamkeadaan normal. Ianya berkait rapat dengan pengetahuan mengenai semuamakhluk hidup yang terangkum dalam kajian biologi. Fisiologi juga berkaitrapat dengan tugas ahli sitologi yang mempelajari struktur sel dan ahli biokimiayang berterusan dengan perubahan kimia dan kegiatan sel serta menyelidikproses jasad hidup yang lebih kompleks.
Sistem rangka terdiri daripada tulang, ligamen, tendon dan rawan. Tulangdibentuk daripada kalsium dan fosforus untuk membentuk struktur badanmanusia. Gabungan kedua-dua bahan ini menjadikan tulang keras. Ligamenpula merupakan tisu berfiber kenyal yang berwarna putih atau kuning pucat danmenghubungkan tulang dengan tulang. Tisu ini adalah liat dan kuat, Ligamenberfungsi mengekal dan menetapkan tulang pada kedudukannya sertamembolehkan pergerakan pada sendi.Tendon adalah merupakan tisu berfiber tidak kenyal , berwarna putih,tidak boleh melentur dan sangat kuat. Ia merupakan jalur tisu kuat yangmelekatkan otot pada tulang dan juga pada otot yang lain. Ia melekatkan biseppada tulang radius dan melekatkan otot trisep pada tulang ulna. Apabila ototberkontraksi, tendon yang terdapat pada hujung otot akan menarik tulang. Halini menyebabkan pergerakan pada tulang-tulang yang membentuk sendi.Rawan atau kartilej pula adalah tisu yang lembut tetapi kuat, elastik dan tiadasaluran darah. Kartilej menyaluti hujung tulang yang membentuk sendi danberperanan melindungi tulang-tulang daripada haus semasa berlaku geseranantara sendi. Ia juga merupakan rangka penyokong dalam peringkat embriountuk menyerap hentakan. Kartilej terdapat dalam pelbagai bentuk dan saizdisamping bertindak meningkatkan stabiliti pada sendi.