You are on page 1of 3

Soalan satu iaitu mengenai penerimaan konsep 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh

YB Perdana Menteri kita. Bagi golongan muda yang menyatakan sangat setuju bagi penyataan
ini adalah sebanyak 20%, 44% pula menyatakan setuju sahaja, manakala bagi yang menyatakan
tidak pasti pula adalah sebanyak 32%, diikuti pula bagi yang menyatakan tidak setuju adalah
hanya sebanyak 4% sahaja, dan bagi yang menyatakan sangat tidak setuju bagi penyataan ini
adalah 0%. Bagi golongan tua pula yang menyatakan sangat setuju dengan penyataan ini adalah
sebanyak 32%, diikuti yang menyatakan setuju sahaja pula adalah sebanyak 44%, yang
menyatakan tidak pasti pula adalah sebanyak 20%, seterusnya yang menyatakan tidak setuju pula
sebanyak 4%, dan bagi yang menyatakan sangat tidak setuju dengan penyataan ini pula adalah
sebanyak 0%. Hal ini demikian berlaku adalah kerana pemahaman mengenai konsep 1 Malaysia
yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri kemungkinan besar baru sahaja mula masuk ke
dalam minda dan pemikiran masing-masing. Dalam penyataan ini juga telah menunjukkan
bahawa penerimaan mengenai konsep 1 Malaysia di antara golongan muda dan tua ini adalah
lebih kurang sama sahaja cara penerimaannya.

Soalan yang seterusnya adalah mengenai penerimaan terhadap persetujuan dengan


pelaksanaan sambutan rumah terbuka bagi semua jenis perayaan di Malaysia. Bagi golongan
muda yang menyatakan sangat setuju dengan penyataan ini adalah sebanyak 36%, 48% pula
menyatakan setuju sahaja, manakala yang menyatakan tidak pasti dengan penyataan ini adalah
sebanyak 8%, yang menyatakan tidak setuju pula adalah sebanyak 8% juga, dan bagi yang
menyatakan sangat tidak setuju adalah 0%. Bagi golongan tua pula yang menyatakan sangat
setuju dengan penyataan ini adalah sebanyak 40%, 40% pula telah menyatakan setuju sahaja,
manakala 16% pula yang menyatakan tidak pasti, manakala hanya 4% sahaja menyatakan tidak
setuju, dan yang menyatakan sangat tidak setuju adalah 0%. Jika dilihat mengenai persetujuan
dengan pelaksanaan sambutan rumah terbuka ini telah menunjukkan bahawa lebih ramai
golongan tua yang bersetuju dengan penyataan ini daripada golongan muda. Hal ini demikian
berlaku kerana mungkin golongan muda pada masa sekarang sudah tidak lagi berminat untuk
mengunjung rumah-rumah terbuka, berbeza pula dengan golongan tua yang mempunyai sikap
perpaduan kaum yang telah diasuh sejak kecil lagi dan terus diamalkan hinggalah sekarang.
Seterusnya pula ialah penerimaan terhadap untuk menghormati adat dan kepercayaan
kaum-kaum lain. Bagi golongan muda, sebanyak 28% yang menyatakan sangat setuju dengan
penyataan ini, 60% pula menyatakan setuju sahaja dengan penyataan ini, manakala yang
menyatakan tidak pasti adalah 0%, diikuti pula dengan yang menyatakan tidak pula juga adalah
0%, dan 12% telah menyatakan sangat tidak setuju dengan penyataan ini. Manakala bagi
golongan tua pula, yang menyatakan sangat setuju dengan penyataan ini adalah sebanyak 48%,
diikuti dengan yang menyatakan setuju sahaja adalah sebanyak 24%, sebanyak 16% yang telah
menyatakan tidak pasti dengan penyataan ini, 8% telah menyatakan tidak setuju, dan hanya 4%
sahaja yang telah menyatakan sangat tidak setuju dengan penyataan ini. Daripada analisis ini
telah menunjukkan bahawa penerimaaan terhadap adat dan kepercayaan kaum-kaum lain di
antara golongan muda dan tua ini adalah lebih banyak menerima daripada menolak untuk
menghormati kaum lain. Hal ini telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah mempunyai
semangat perpaduan yang tinggi dalam diri mereka. Semangat ini juga telah menunjukkan
bahawa rakyat Malaysia adalah merupakan masyrakat majmuk yang berbilang kaum yang dapat
hidup harmoni dalam sebuah negara.

Soalan yang seterusnya adalah mengenai pengetahuan tentang pakaian, makanan dan
tradisi tertentu bagi setiap perayaan yang disambut oleh kaum lain. bagi golongan muda yang
mengetahui perkara ini adalah sebanyak 28% yang telah menyatakan sangat setuju, 32% pula
telah menyatakan setuju sahaja mengenai perkara ini, 24% telah menyatakan tidak pasti, diikuti
pula sebanyak 16% yang menyatakan tidak setuju, dan 0% yang menyatakan tidak setuju
mengenai pernyataan ini. Bagi golongan tua pula, sebanyak 44% telah menyatakan sangat setuju,
diikuti pula sebanyak 24% yang menyatakan setuju sahaja mengenai pernyataan ini, 16% telah
menyatakan tidak pasti, seterusnya diikuti sebanyak 12% sahaja yang menyatakan tidak setuju,
hanya 4% sahaja yang telah menyatakan sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. Daripada
analisi ini telah menunjukkan bahawa golongan tua lebih ramai mengetahui jenis-jenis pakaian,
makanan, dan tradisi tertentu bagi setiap perayaan yang disambut oleh kaum lain berbanding
dengan golongan muda. Hal ini demikian telah menunjukka
Soal selidik yang seterusnya adalah mengenai penerimaan pelaksanaan sekolah-sekolah
kebangsaan yang dapat memupuk semangat perpaduan anak-anak. Bagi golongan muda, yang
menyatakan sangat setuju dengan penyataan ini adalah sebanyak 40%, 44% pula menyatakan
setuju sahaja, sebanyak 12% telah menyatakan tidak pasti mengenai penyataan ini, diikuti pula
sebanyak 4% sahaja yang menyatakan tidak setuju dengan penerimaan ini, dan seterusnya 0%
menunjukan sangat tidak setuju. Manakala bagi golongan tua pula, sebanyak 44% telah
menyatakan sangat setuju, 40% pula telah menyatakan setuju sahaja dengan penyataan ini, yang
menyatakan tidak pasti adalah sebanyak 16% sahaja, bagi penyataan tidak setuju dan sangat
tidak setuju masing-masing menunjukkan 0% mengenai penyataan ini. Daripada analisis ini,
penerimaan pelaksanaan sekolah-sekolah kebangsaan yang dapat memupuk perpaduan anak-
anak melalui golongan tua adalah sama seperti penerimaan yang diperolehi daripada golongan
muda. Hal ini demikian kerana, ibu bapa mula sedar mengenai kepentingan semangat perpaduan
yang perlu dipupuk dalam diri anak-anak sejak dari peringkat awal lagi. Dengan penerimaan
seperti ini, sudah pasti akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara etnik bagi generasi pada
masa hadapan.

You might also like