You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PENAMBAHBAIKAN DAN MEMBAIKPULIH SISTEM SIARAYA


SMK PEKAN NANAS

1.0 PENGENALAN
Sistem siaraya satu komponen penting di dalam pengurusan sesebuah
sekolah. Segala maklumat kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dapat
disampaikan dengan adanya sistem siaraya yang berfungsi dengan baik.
Untuk memastikan sistem siaraya ini sentiasa berfungsi dengan baik,
penyelenggaraan perlulah dilakukan dari masa ke semasa. Kertas kerja ini
dibuat bertujuan untuk memperbaiki, membaikpulih dan menyelenggara
sistem siaraya di SMK Pekan Nanas. Perkara ini adalah amat penting bagi
memastikan maklumat-maklumat dapat disampaikan kepada seluruh warga
sekolah. Dengan adanya sistem siaraya yang baik, pengurusan sekolah akan
menjadi lebih teratur dan cekap.

2.0 MATLAMAT
2.1 Memastikan sistem penyampaian maklumat sekolah lebih berkesan.
2.2 Memastikan alatan dan kemudahan siaraya sekolah sentiasa berfungsi
dengan baik.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menggantikan pembesar suara yang telah rosak.
3.2 Menambah alat pembesar suara di blok A, B dan surau.
3.3 Menyelenggarakan sistem pendawaian pembesar suara dari blok D ke
blok C dan blok A.

4.0 SASARAN
4.1 Makluman boleh didengari di seluruh kawasan sekolah.
4.2 Tiada gangguan teknikal semasa penggunaan sistem siaraya.

5.0 LOKASI PENAMBAHBAIKAN


5.1 Sistem pendawaian di Blok A, B dan kantin dan surau.
5.2 Tambahan pembesar suara di Blok A dan B dan surau.
6.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN
6.1 Tarikh pelaksanaan : 25 Apr 2011 – 4 Jun 2011

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi : En. Juhair Jumaat (Pengetua SMKPN)
Setiausaha : En. Nasrul Fadhli Mohd Jamil
Pen. S/usaha : En. Sarvanan a/l Marimuthu
Peralatan : 1) En. Zaidi Nawawi
2) En. Suhizulhisam Keliwon
3) En. Darwis Chin Abdullah
Pembantu Teknikal : 1) En. Mohd Sharifi Harun Shah (Pengerusi kelab)
2) Semua AJK Kelab Siaraya

8.0 PELAN KEDUDUKAN ALAT PEMBESAR SUARA SEKOLAH


8.1 Sila rujuk Lampiran 1.

9.0 PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN


9.1 Perbelanjaan alatan
9.1.1 Harga peralatan (Rujuk sebutharga)
Wayar penyambung (segulung) = RM 85.00
Pembesar suara (corong 12 inci) = RM 160.00
Paku wayar (sekotak) = RM 3.50
Dawai tebal (segulung) = RM 7.50
Mikrofon (1 unit) = RM 60.00

9.1.2 Keperluan baikpulih/peralatan


Wayar penyambung
(3 gulung) = RM 85.00 x 3 = RM 255.00
Pembesar suara
(3 unit) = RM 160.00 x 3 = RM 480.00
Paku wayar
(3 kotak) = RM 3.50 x 3 = RM 10.50
Dawai tebal
(1 gulung) = RM 7.50 x 3 = RM 22.50
Mikrofon
(2 unit) = RM 60.00 x 2 = RM 120.00
Jumlah = RM 888.00

9.2 Sumber kewangan


Pusat Sumber SMKPN = RM 588.00
Persatuan Ibubapa dan Guru SMKPN = RM 300.00
JUMLAH = RM 888.00

10.0 Penutup
Pemantapan sistem penyampaian maklumat adalah perkara yang
sangat penting di sekolah. Dengan adanya sistem siaraya yang berfungsi
dengan baik, pengurusan sekolah akan menjadi lebih mudah dan ini
membantu mempertingkatkan lagi prestasi kerja di kalangan kakitangan
sekolah.
Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati agar pihak tuan
dapat membantu menjayakan rancangan ini demi kepentingan warga SMK
Pekan Nanas. Pertimbangan dan kerjasama pihak tuan untuk menjayakan
hasrat murni kami ini, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh:

.......................................................
(Nasrul Fadhli Mohd Jamil)
Setiausaha
Unit Siaraya SMK Pekan Nanas
LAMPIRAN 1

PELAN PROGRAM LATIHAN (6 bulan)

JENIS OKT NOV DIS JAN FEB MAC


LATIHAN /
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 5 1 2 3 4 1 2 3 4
MINGGU
Latih tubi √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
Ketahanan √ √ √ √ √ √ √ √
Kemahiran √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
Sistem √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
permainan
Persahabatan √ √ √ √ √ √ √

You might also like