Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
MAKLUMBALAS KERATAN AKHBAR HARIAN METRO - Kekurangan bekalan kelapa

MAKLUMBALAS KERATAN AKHBAR HARIAN METRO - Kekurangan bekalan kelapa

Ratings: (0)|Views: 335 |Likes:

More info:

Published by: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani on Apr 11, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/14/2012

pdf

text

original

 
 1
Telefon : 03-8870 1373 Telefax : 03-8888 6906 E-mail :pro@moa.gov.my 
Homepage :http://www.moa.gov.my 
MAKLUMBALAS KERATAN AKHBAR HARIAN METRO
-
Kekurangan bekalan kelapa
Dengan hormatnya saya merujuk kepada aduan di ruangan Setempat akhbar
HarianMetro bertarikh 8 April 2011
mengenai
Kekurangan bekalan kelapa
adalahberkaitan.Untuk makluman
,
masalah kekurangan bekalan kelapa tempatan mula berlaku sejaktahun 2007. Bagi mengatasi masalah kenaikan harga kelapa biji dan santan dipasaran, pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah diberiPermit Import kelapa sebanyak 100,000 biji sebulan bermula Disember 2007 hinggabulan Ogos 2008.Memandangkan kelapa tempatan semakin berkurangan, Permit Import kelapa telahditambah kepada 500,000 biji sebulan bermula September hingga Disember 2008.Kekurangan kelapa ini disebabkan oleh faktor-faktor berikut:a)
 
Kebanyakan tanaman kelapa yang telah berusia lebih 30 tahun telah digantikepada kelapa sawit yang lebih produktif dan mendapat pulangan tinggib)
 
Hasil pengeluaran kelapa di ladang tempatan terjejas disebabkan musimmelawas pada setiap hujung tahun dan berlarutan antara 2-3 bulan yangmenyebabkan pengurangan hasil kelapa sehingga 30 peratusc)
 
Serangan kumbang tanduk dan kera yang menjadi musuh utama tanamantersebut sejak sekian lama walaupun pelbagai usaha dilakukan sepertimemasang perangkap dan menembak haiwan tersebut masih tidakmembuahkan hasil.d)
 
Tenaga kerja asing yang sering pulang ke negara asal untuk menyambutperayaan dan sebagainya dalam tempoh yang agak panjang dan tiada tenagakerja tempatan yang menggantikan merekae)
 
Senario terkini sepanjang bulan Ramadhan, pengusaha kelapa lebih berminatmenjual kelapa muda yang mendapat permintaan tinggi dan harga jualanyang lebih menguntungkan. Kesannya bekalan kelapa tua tempatan untukkegunaan parut dan santan adalah terhad.
 
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA
(MINISTRY OF AGRICULTURE AND AGRO-BASED INDUSTRY MALAYSIA)
WISMA TANINO. 28, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 462624 PUTRAJAYA
 
 2
Sepanjang tahun 2009, kerajaan telah menambah Permit Import kelapa berjumlah3,657,000 biji. Memandangkan bekalan kelapa masih berkurangan di pasarantempatan yang mendorong kepada kenaikan harga kelapa biji, parut dan santan,pihak FAMA telah diberi tambahan kuota Permit Import kelapa kepada 1 juta bijisebulan pada tahun 2010 dan 2 juta biji sebulan pada bulan Jun hingga Ogos 2010.Jumlah keseluruhan permit import sepanjang tahun 2010 adalah 15 juta biji.Pada bulan Januari 2011 sehingga Mei 2011, kuota permit import kelapa yang telahdiberi kepada FAMA adalah sebanyak 2 juta biji sebulan. Tambahan kuota inibertujuan menampung kekurangan bekalan kelapa di pasaran. Bekalan kelapa yangdiimport ini telah diagihkan kepada pemborong dan pengusaha-pengusaha santanseluruh Negara melalui Pusat-pusat Operasi FAMA bagi memastikan bekalan kelapamencukupi di pasaran. Walau bagaimanapun, pihak FAMA tidak mendapat bekalankelapa import sepertimana kuota yang telah diberikan iaitu berjumlah 2 jutasebulan. Ini memandangkan bekalan kelapa di Indonesia juga mengalamikekurangan disebabkan permintaan yang tinggi termasuk permintaan dari Thailandserta bencana alam yang sering melanda di Indonesia yang menjejaskanpengeluaran kelapa di Indonesia. Purata bilangan kelapa yang diperolehi oleh FAMAmelalui pintu masuk Pelabuhan Minyak Beku, Batu Pahat hanya 1.2 juta biji sebulanberbanding kuota Permit Import yang diperolehi iaitu 2 juta biji sebulan.Pengurus Pusat Operasi Bagan Datoh, En. Jamaluddin Basiron telah menghubungiterus pengadu iaitu En. Zamry Zakaria pada hari yang sama bagi mendapatpenjelasan sebenar berhubung aduan beliau di dalam Akhbar Harian Metro bertarikh8 April 2011.Melalui perbualan tersebut, pengadu telah memaklumkan bahawa sebelum inibeliau telah memperolehi bekalan kelapa daripada pembekal Cina Bagan Datohyang mendapat bekalan kelapa import dari Indonesia. Harga yang diterima olehpengadu adalah RM1.50/biji. Walau bagaimanapun memandangkan pengadukekurangan tenaga kerja, pengadu telah mendapatkan kelapa yang telah dibuangtempurung daripada pembekal tersebut pada harga RM4.00/kg. Kuantiti yangdiperolehi adalah 800 biji sehari berbanding keperluan beliau antara 1,500 hingga2,000 biji sehari. Oleh kerana harga yang diterima oleh beliau adalah tinggi dankuantiti yang diperolehi tidak seperti mana yang diperlukan, pengadu bercadanguntuk mendapatkan bekalan daripada pihak FAMA.Dakwaan beliau yang mengatakan bahawa beliau telah berjumpa dengan pihakFAMA adalah tidak benar sama sekali. Melalui percakapan En. Jamaluddin Basirondengan beliau, beliau memaklumkan bahawa beliau menghubungi FAMA BaganDatoh dan FAMA Ipoh hanya melalui telefon sahaja. Beliau hanya sekadarbertanyakan mengenai bekalan kelapa tetapi tidak dinyatakan secara terperinciberkaitan identiti beliau dan keperluan sebenar yang diperlukan. Beliaumemaklumkan bahawa beliau tidak pasti dengan siapa beliau berhubung dan bilatarikh beliau berhubung dengan pihak FAMA.

Activity (4)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nur Faieza Halim liked this
Amir Izzat liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->