You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH,

31150, HULU KINTA, IPOH, PERAK

NAMA PELAJAR : AHMAD SYAMIL BIN KAMARUDIN

ANGKA GILIRAN : 2009242310295

NO KAD PENGENALAN: 910623-02-5267

NAMA PELAJAR : LUKMAN HAKIM BIN BAHRUDIN

ANGKA GILIRAN : 2009242310301

NO KAD PENGENALAN : 910512086139

KOD DAN MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN JASMANI (PJ2311 P5)


ANSUR MAJU DALAM LOMPAT JAUH

1.Ansur Maju Lari Landas


Berpasangan.A berlari dari tempat permulaan ke papan lonjakan.
B berdiri berhampiran papan lonjakan sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di
papan lonjak. Sekiranya A menapak lebih atau kurang di papan lonjakan, ubah suai
jarak ukuran di tempat permulaan. Jika kaki lonjakan manapak melebihi papan
lonjakan, anjakkan tempat permulaan ke belakang satu atau dua langkah.
Jika menapak sebelum papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan satu atau dua
langkah ke hadapan. Ulang sebanyak 6 kali di tempat permulaan yang baru.

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika lari landas.


-Kawal kelajuan semasa berlari.
-Jarak langkah yang kosisten dalam setiap larian.Langkah pertama adalah sangat
penting dijaga jaraknya supaya sekata dalam setiap larian.
-Kederasan didapati selepas langkah keempat, kelima dan keenam.
-Larian sama dengan lari pecut tetapi badan perlu ditegakkan sedikit dan lutut diangkat
tinggi.
-Penggunaan penanda di tempat permulaan dan di tempat yang tidak kurang dari jarak
empat langkah dari papan lonjakan.
-Ketika berada di penanda yang terakhir, pelompat mestilah mencapai kelajuan yang
terkawal.
-Mulakan larian dengan kaki yang akan melonjak jika jumlah jarak langkah angka ganjil.

Ansur Maju Larian Landas


-Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak seberapa tinggi
yang boleh.
-Berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak.
-Berlari 3 dan 5 langkah dan melompat.
-Berlari 3 langkah dan menanduk objek yang digantung.

2.Ansur Maju Lonjakan

Ansur maju 1
-Lonjak dari papan lonjakan.
-Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah.
-Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan.
-Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat
dengan rumit.
Ansur maju 2
-Melonjak dari hujung bangku.
-Bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku.
-Lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggi yang termampu.
-Ayun kedua-dua belah tangan ke atas hadapan.
-Mendarat dengan tumit.

Ansur maju 3
-Berlari, melonjak melepasi kayu atau tali
-Rentangkan seutas tali di atas pasir berjarak 1-1.5 meter dari papan lonjakan.
-Lari sejauh lima hingga enam langkah.
-Melonjak melintasi tali atau kayu dan mendarat.

Ansur Maju 4
-Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan.
-Lompat (dengan kaki lonjakan) dan mendarat dari peti lombol (atau peti kayu) atau
papan anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat.
-Lompat berdiri melepasi timbunan pasir (berbeza ketinggian).

3.Ansur Maju Layangan dan Mendarat

Ansur maju 1
-Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.
-Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan
dan melepasi benteng pasir untuk mendarat dengan tumit.

Ansur maju 2
-Mencecah bola dengan hujung tangan.
-Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat
dengan ketinggian yang boleh dicapai.
-Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan.
-Cuba mencecah bola dengan hujung tangan.
-Mendarat dengan tumit.

Ansur maju 3
-Mencecah bola dengan dahi.
-Gantungkan bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat
dengan ketinggian yang boleh disentuh.
-Lari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan.
-Lakukan layangan setinggi yang boleh dan lentikkan badan serta tangan ke atas.
-Cuba sentuh bola dengan dahi.Ulang lakuan. Berlari, melonjak, lentikkan badan serta
dongakkan kepala ke atas.
-Mendarat dengan tumit dahulu.Hulurkan tangan ke hadapan dan hamburkan badan ke
hadapan.
Ansur Maju 4

Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan untuk lonjakan di
atas papan lonjak (hujung kaki sama dengan sisi papan). Pelompat mula langkah
pertama dengan kaki lonjakan dan mengira sehingga 7 langkah dan menanda titik
tersebut.
Selepas ini pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki bukan
lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dengan kaki lonjakan.
Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah.

4. Latihan untuk Gaya Lompatan Berbeza


-Berlari 9 langkah dan melompat menggunakan gaya bebas.
-Melonjak dari peti lombol atau kotak dengan gaya yang berbeza (layar, gantung,
tendang kayuh).
-Berlari dan melompat dari papan anjal menggunakan gaya laayar, gaya gantung dan
gaya tendang kayuh.

You might also like