Sebagai perbandingan jumlah buku yang dibaca oleh pelajar universiti di Australia ialah 180 buah, Indonesia (94 buah), India (130 buah), Thailand (56 buah) dan Brunei (26 buah). Disamping itu juga, jumlah buku yang dibeli oleh pelajar kita pula hanya setakat empat buahsahaja untuk tiga tahun pengajian berbanding pelajar universiti di luar negara, jumlah bukuyang dibeli oleh pelajar Australia ialah 160 buah, Indonesia (43 buah), Thailand (31 buah),India (75 buah) dan Brunei (15 buah).Lebih menakutkan apabila laporan itu turut mendakwa jumlah buku yang dibaca oleh pensyarah di Malaysia hanya mencecah purata 20 buah buku untuk tiga tahun pengajian(enam semester).Fenomena tidak mesra buku ini sudah tentu amat membimbangkan semua pihak memandangkan golongan cerdik pandai yang menghuni taman dan gedung ilmu ini adalahcontoh serta teladan di menara gading; dan kelompok ini juga sepanjang hidup merekasenantiasa bergelumang dalam kancah intelektual.Sekiranya golongan intelektual ini kurang membaca, implikasinya sangat besar dan bolehmenyebabkan prestasi dan kualiti sesebuah universiti berada di tahap yang kritikal.Keadaan ini berlaku berkemungkinan besar kerana kemudahan dan kecanggihan teknologisiber masa kini memudahkan para pelajar dan pensyarah membuat rujukan Internet di portal pendidikan, blog, hab komunikasi, jurnal elektronik (e-jurnal), CD, DVD dan rujukanelektronik lain tanpa bergantung kepada kaedah rujukan tradisional seperti buku, makalah, jurnal dan sebagainya sepertimana yang diamalkan oleh kebanyakan pelajar dan pensyarah.Di samping itu juga, faktor ekonomi dan harga buku rujukan akademik yang terlalu mahalsehingga mencecah ratusan ringgit menjadikan pelajar dan pensyarah berfikir dua kali untuk membelinya.Realiti dan inovasi ini menjadikan pelajar serta pensyarah universiti tidak lagi bergantungkepada buku dan bahan bercetak lagi. Melalui talian Internet juga para pelajar dan pensyarah boleh melayari laman-laman web akademik berwibawa yang banyak disediakanoleh universiti ternama dunia untuk kemudahan dan tujuan akses rujukan ilmiah, kajian, pencerapan dan sebagainya. Namun begitu, cadangan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar agar kerajaanmenyediakan satu dana khas bagi membangunkan dan merancakkan lagi industri buku dinegara ini perlu diberikan perhatian lanjutan. Setakat ini tiada pinjaman yang dikhususkanuntuk mereka yang mahu terlibat dalam industri ini.Pihak bank seolah-olah tidak yakin dengan kemampuan industri ini. Adalah diharapkankerajaan dapat menyediakan dana itu yang kemudian disalurkan ke bank-bank untuk diberikan kepada mereka yang berminat membabitkan diri dalam industri tersebut.Peranan NGO, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan golongan jutawan juga diperlukan bagi memastikan kesinambungan industri buku negara yang secara tidak langsung dapatmemastikan minat dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia setanding dengannegara luar.
Add a Comment