You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INDAH

Jalan Hujan Bukit, Taman Overseas Union


58200 Kuala Lumpur

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


TAHUN 5
Ujian Bulanan 1/2011

Nama : ………………………………
A. BULATKAN JAWAPAN YANG BETUL Kelas : ……………………………..

1. Sebagai pelajar yang berdedikasi dan bijak menghargai masa, apakah yang akan kamu lakukan
apabila guru sedang bermesyuarat?

A. Mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja rumah


B. Menconteng papan hitam
C. Berbual-bual bersama rakan
D. Mengusik murid-murid lain.

2. Apakah aktiviti yang sesuai dilakukan pada waktu senggang


A. Berehat sambil berangan-angan
B. Membantu ibu menyiram pokok bunga
C. Menelefon rakan sekolah
D. Tidur

Soalan 3 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

3. Gambar di atas berkaitan dengan perlakuan

A. peraturan
B. berbudi pekerti
C. adab
D. adat

4. Mengapakah kita harus mematuhi peraturan sekolah?

A. Bimbang dimarahi oleh guru jika melanggar peraturan


B. Supaya guru-guru menyenangi dan menghormati kita
C. Supaya kita tidak diejek oleh rakan-rakan
D. Mewujudkan suasana harmoni dan mengutamakan keselamatan

1
5. Mengapakah kita perlu jadual waktu belajar?

A. Supaya cikgu gembira


B. Supaya masa untuk membantu ibu boleh dikurangkan
C. Supaya dapat merancang waktu belajar dengan lebih sistematik
D. Supaya masa belajar kita tidak terlalu lama

6. Murid yang mempunyai disiplin diri akan sentiasa menunjukkan ciri-ciri yang berikut
kecuali

A. Mematuhi peraturan
B. Beradab
C. Petah bercakap
D. Berbudi pekerti mulia

Pada hari cuti, Fariz bermain permainan


komputer dari pagi hingga petang.

7. Apakah akibat daripada perbuatan Fariz?

A. kurang selera makan


B. adik-beradik yang lain marah
C. tidak membantu ibu di dapur
D. membazir masa dengan perkara yang tidak berfaedah

Soalan 8 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

8. Berdasarkan Gambar 2, apakah peraturan yang patut kita patuhi?


I Menutup aurat
II Duduk dengan sopan
III Membuang sampah merata-rata
IV Menanggalkan kasut

A. I dan II
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

2
9. Tempat beribadat ialah tempat untuk

A. bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan


B. mengulang kaji pelajaran
C. beriadah
D. berbual-bual
Soalan 10 berdasarkan Jadual 1

Masa Aktivit
1.30 petang Pulang dari sekolah
1.45 petang Makan, solat, rehat
2.30 petang Mengulang kaji pelajaran
3.30 petang Menonton televisyen
5.30 petang Beriadah
7.00 malam Makan malam
7.30 malam Solat
8.00 malam Belajar
10.00 malam Tidur

Jadual 1

10. Jadual belajar di atas merupakan jadual belajar Amir. Berapa jamkah Amir belajar dalam sehari
semasa belajar di rumah?

A. 1 jam
B. 2 jam
C. 3 jam
D. 4 jam

11. Di bawah adalah contoh berbudi pekerti, kecuali

A. mengkritik guru yang sedang mengajar


B. membantu ibu bapa membersihkan rumah
C. menyapu sampah di dalam kelas
D. memberi ucapan salam kepada orang dewasa.

12. Keluarga asas terdiri daripada _____________________

I bapa
II ibu
III anak
IV nenek

A. I dan III
B. I, III, IV
C. I, II, III
D. II, III, IV

3
13. Bapa ialah ketua keluarga

Manakah antara yang berikut merujuk pada pernyataan di atas?

A. Bapa menjaga keselamatan keluarga


B. Bapa bertanggungjawab membuat keputusan dan memimpin anggota keluarga
C. Bapa seorang yang kuat
D. Bapa mempunyai ciri-ciri seorang ketua

14. Ibu ialah orang yang bertanggungjawab membantu bapa dalam menguruskan rumah
tangga.Tanggungjawab ibu yang lain termasuklah

A. Sentiasa memerhatikan dan mengawasi anak-anak


B. Menghantar anak ke sekolah dan menjemputnya pulang
C. Membuat sesuatu keputusan penting
D. Mendidik anak-anak

15. Bapa kamu mempunyai adik lelaki. Apakah hubungan kamu dengan anak adik lelaki bapa kamu?

A. sepupu
B. bapa saudara
C. datuk
D. anak buah

16.

Gambar 3

Berdasarkan gambar 3, apakah yang sepatutnya diucapkan oleh murid tersebut?


A. “Apakah yang makcik beli?”
B. “Biar saya tolong makcik bawa barang-barang ini.”
C. “Makcik berjalan terlalu lambat”
D. “Makcik dari mana?”

4
17. Apakah tanggungjawab anak?

I belajar bersunguh-sungguh
II bermain sepanjang masa
III tidur sepanjang hari
IV menghormati ayah dan ibu

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

Soalan 18 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

18. Sebagai menghargai ahli keluarga kamu, apakah yang boleh kamu lakukan pada hari tersebut?

I memberi kad ucapan kepadanya


II pura-pura lupa akan tarikh tersebut
III meraikan hari jadinya
IV memberinya hadiah

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

19. Ibu bapa merupakan orang yang amat penting bagi kita. Di bawah ialah cara kita menghormati ibu
bapa, kecuali

A. memberitahu mereka apabila kita keluar dari rumah


B. memaklumkan kepada mereka aktiviti kita
C. memaksa mereka mematuhi kehendak kita
D. membantu mereka meringankan beban

20. Kamu dilantik menjadi ketua kelas. Apakah tugas kamu sebagai ketua kelas?

A. Memarahi rakan sekelas


B. Menjaga kelas dan membantu guru
C. Mengawal pergerakan rakan sekelas
D. Memerhati aktiviti guru.

5
21. Guru kelas kamu sedang membawa buku yang banyak. Apakah kata-kata yang wajar
kamu ucapkan ?

A. “Beratkah buku-buku itu cikgu?”


B. “Kasihan cikgu “
C. “Banyaknya buku yang cikgu bawa
D. “Cikgu, mari saya tolong cikgu bawakan buku-buku itu.”

22. Semasa berada di rumah, antara aktiviti yang sesuai dilakukan pada hujung minggu ialah

I mengulangkaji pelajaran
II bersarapan bersama keluarga
III menolong ibu mengemas rumah
IV menonton televisyen sepanjang hari

A. I, II dan IV
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I,III dan IV

23. Apakah maksud jiran?

A. Orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang


B. Orang yang bermusuh dengan kita
C. Orang yang mengambil berat tentang kita
D. Orang yang berhubung dengan kita

 Maruku
 Laddhu
 Dalcha
 Capati

24. Jiran kamu menggemari masakan di atas. Jiran kamu mungkin berbangsa…

A. Cina
B. Melayu
C. India
D. Kadazan Dusun

25. Aktiviti manakah yang sesuai dilakukan secara bergotong-royong.

A. Menyapu sampah
B. Membaiki kereta rosak
C. Membersihkan surau
D. Mencuci tandas

6
26. Kamu mendapati rumah kosong di sebelah rumah kamu telah diduduki oleh jiran baharu. Kamu
bercadang untuk berkenalan dengan jiran baharu tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.
Tindakan kamu ialah

A. Meneruskan kerja yang kamu lakukan dan melupakan niat kamu untuk berkenalan dengan jiran
baharu.
B. Memberitahu ibu kamu tentang kedatangan jiran baharu
C. Berhenti sebentar daripada meneruskan kerja dan keluar berkenalan dengan jiran
D. Berbual dengan jiran baharu sehingga larut malam

27. Perkara yang tidak patut kita lakukan apabila hidup berjiran ialah

A. memasang televisyen atau radio dengan kuat


B. memberi makanan kepada jiran
C. berbudi bahasa dengan jiran
D. membantu jiran

28. Ketika berinteraksi dengan orang lain, perlakuan yang patut ditunjukkan ialah............

I banyak bertanya
II bertutur dengan sopan
III mendengar dengan teliti ketika orang itu sedang bercakap
IV memberi peluang orang lain bercakap

A. I,II dan IV
B. I,III dan IV
C. I,II dan III
D. II,III dan IV

29. Semasa berada di rumah jiran kita hendaklah

A. menjaga tingkah laku dan budi pekerti


B. merosakkan harta benda jiran
C. berkejar-kejar di dalam rumah jiran
D. meminta makanan dengan jiran

30. Aktiviti-aktiviti yang berikut dapat merapatkan hubungan kejiranan

I. gotong-royong
II. mengumpat
III senamrobik
IV sambutan Hari Keluarga

A. II dan III
B. I, II dan III
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV

7
B. Berdasarkan gambar, jawab soalan-soalan yang berikut.

1. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh keluarga dalam gambar di atas?

_____________________________________________________________________

2. Apakah kebaikan melakukan aktiviti tersebut?

______________________________________________________________________

3. Nyatakan tiga aktiviti lain yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

a) __________________________________________________________________

b) __________________________________________________________________

c) __________________________________________________________________

( 5 markah )

8
C. Tulis BENAR bagi pernyataan yang benar dan SALAH bagi pernyataan yang tidak
benar.

1. Kita tidak perlu mengenal jiran dengan lebih dekat.

2. Kita boleh bercakap dengan kasar dan kuat dengan ibu bapa.

3. Pengurusan masa adalah amat penting kerana kita dapat membuat


perkara-perkara yang penting dalam kehidupan seharian.

4. Jika kita semua mengamalkan sikap budi pekerti, akan wujudlah


suasana hidup yang lebih harmoni.

5. Selain aktiviti gotong-royong, beriadah bersama jiran boleh


merapatkan hubungan.

( 5 markah )

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh : Disemak oleh :

Wan Azraei Mohamed Herman Mahamad Gapar


Guru PSV & K Tahun 5 Ketua Panitia PSV & K

Disahkan oleh :

You might also like