/  14
 
PELAKSANAAN PROGRAM KESIHATAN MENTAL DI SEKOLAH : SATUKAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH BERA
ABD HALIM HJ. ISMAILABSTRAK Kesihatan mental merupakan satu elemen penting dalam menentukan kesejahteraanhidup seseorang. Masyarakat kini masih tidak memberi perhatian yang khusus tentangaspek kesihatan mental dalam kalangan pelajar. Pencapaian akademik sering kalidikaitkan dengan pelbagai faktor psikologi dan sosiologi. Namun belum banyak kajianyang dijalankan di Malaysia berkaitan dengan unsur-unsur kesihatan mental pelajar dalam proses pembelajaran di sekolah. Kajian ini dijalankan untuk melihat hubunganantara unsur-unsur kesihatan mental seperti sokongan sosial, empowerment, kualitikehidupan dan gejala kemurungan dengan pencapaian akademik dan jantina dalamkalangan pelajar di sekolah menengah. Sampel kajian terdiri daripada 32 orang pelajar tingkatan empat. Kajian ini menggunakan soal selidik yang dibina oleh HealthSystems Research and Consulting Unit, Center for Addiction and Mental Health inCollaboration with the CMHEI Working Group, diterjemah dan diubahsuai oleh pelajar Master Psikologi Pendidikan, UKM di bawah seliaan Dr. Saemah Rahman danDr. Ruslin Amir untuk melihat sejauhmana unsur-unsur kesihatan mental mempunyaihubungan yang signifikan dengan tahap pencapaian dan jantina pelajar. Analisis datadeskriptif dan data inferensi digunakan untuk menyokong dapatan kajian. Secaraumumnya dapatan kajian menunjukkan bahawa unsur-unsur kesihatan mentalmempunyai hubungan langsung positif yang signifikan ke atas pencapaian akademik,manakala faktor jantina tidak mempunyai hubungan langsung negatif yang signifikanke atas pencapaian akademik. 
PENDAHULUAN
Dewasa ini masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja sering diperbincangkan.Gejala ini bukan sahaja berlaku kota-kota besar metropolitan seperti KualaLumpur,Pulau Pinang dan Johor, malah gejala ini telah menular dan berleluasa di seluruh pelusuk-pelusuk desa dan pedalaman seperti felda dan seumpamanya. Golonganremaja ini merupakan peringkat yang penuh keseronokan dengan pelbagai keinginanyang tidak terbatas untuk mencapai dan dipenuhi dengan pelbagai matlamat, pemberontakan untuk menentang orang yang lebih dewasa, mengalami tekanan emosidan selalu berada dalam keadaan gelisah. Peringkat remaja bermula dari seawal usia12 tahun sehingga awal usia 20-an. Ia juga merupakan satu peringkat di mana individu berada dalam proses mencari keselarasan dan membentuk identiti diri untuk menukar 
 
2
sifat dan kelakuan yang keanak-anakan kepada sifat yang lebih matang. Dari perspektif sosiologi, remaja merupakan satu zaman peralihan dari zaman kanak-kanak kepada alam dewasa. Proses perubahan yang berlaku dalam kalangan remaja amat berkait rapat dengan dengan penerimaan sosial dan sokongan dari persekitaran.Dengan adanya sokongan ini remaja akan mencapai tahap kesejahteraan dalamkehidupan. Menurut Slavin dan Compas (1989) yang menyatakan bahawa kepuasandalam penerimaan sokongan sosial boleh mengelakkan remaja dari mengalamikemurungan dan membentuk kesejahteraan hidup.Fenomena kemurungan juga merupakan satu masalah yang biasa dialami olehkebanyakkan remaja. Remaja terpaksa menghadapai pelbagai masalah yang wujudakibat proses pertumbuhan dan perkembangan yang berlaku. Perkara asas yang penting dalam proses perkembangan remaja ialah cuba membuat keputusan sendiridan sering mencari kebebasan.diri. Walaupun mereka cuba berusaha untuk mencapaimatlamat tersebut, namum ia masih lagi dibelenggu oleh perasaan emosional dan perubahan psikologi. Perasaan kendiri yang masih kabur, pengalaman hidup yangcetek dan pemikiran yang tidak matang (Burke & Weir, 1978). Ini akan menyebabkanmereka merasakan diri mempunyai banyak masalah yang timbul dalam diri sertasituasi persekitaran turut menyumbang kepada masalah yang sedia ada.Setiap remaja akan mengalami proses pertumbuhan, perkembangan dan perubahan dalam menuju ke arah kesejahteraan hidup. Golongan ini akan menghadapi berbagai masalah dan pelbagai gangguan psikologi ketika mengalami proses tersebut.Pada asanya, terdapat sesetengah masalah yang dihadapi dalam kehidupan seorangremaja boleh diatasi dengan sendiri dan ada yang memerlukan bantuan dan bimbingandari orang lain seperti kaunselor, rakan, guru dan ibu bapa. Di samping itu juga,semua individu sama ada kita sedari atau tidak sentiasa inginkan keselesaan dari segiemosi, ketenangan jiwa dan kesihatan mental.Keperluan sokongan sosial terutamanya dari ahli keluarga amat diperlukanoleh remaja dalam membantu mencapai tahap kesihatan mental yang sejahtera.Keluarga merupakan konteks sosial yang terpenting dalam kehidupan remaja disamping faktor persekitaran sekolah. Ini kerana sejak lahir lagi, individu telah
 
3
didedahkan dan menjadi ahli kepada kumpulan sosial tersebut. Kumpulan sosial iniakan bertindak sebagai agen sosialisasi yang penting dalam kehidupan seseorang darisegenap lapisan masyarakat (Clarke, 1998). Sehubungan dengan itu kajian ini jugaakan melihat sajauhmana hubungan antara unsur-unsur kesihatan mental iaitusokongan sosial, empowerment, kualiti kehidupan dan gelaja kemurungan dengan pencapaian dan jantina pelajar.
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada terdapat hubungan antara unsur-unsur kesihatan mental seperti sokongan sosial, empowerment, kualiti kehidupan dangejala sosial terhadap pencapaian pelajar. Seterusnya kajian ini juga cuba untuk melihat pencapaian antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Di samping itu, kajianini dijalankan untuk meninjau sejauhmana program kesihatan mental yang telahdijalankan di sekolah dapat membantu meningkat tahap kesihatan mental pelajar danhubungannya dengan pencapaian pelajar. Kajian ini dirasakan wajar kerana terdapatkekurangan kajian yang berkaitan kesihatan mental dalam kalangan pelajar di negaraini. Keadaan ini seolah-olah menunjukan satu kegagalan bahawa faktor kesihatanmental dianggap sebagai satu fenomena psikologikal yang serius dan sedang dialamioleh golongan pelajar. Pengkaji berharap agar pelajar mampu mengatasi masalah iniagar menjadikan mereka sebagai seorang dewasa yang cergas , sihat mental dan tidak  bermasalah dalam kehidupan mereka.
TINJAUAN LITERATUR 
Kajian berkenaan dengan unsur kesihatan mental ini telah banyak dilakukan di luar negara terutamanya pengkaji-pengkaji barat berbanding dengan kajian-kajian yangdijalankan dalam negara. Namun demikian, kajian tentang hubungan kesihatan mentaldengan tahap pencapaian pelajar adalah jarang dilakukan.

Share & Embed

More from this user

Recent Readcasters

Add a Comment

Characters: ...

Halismyleft a comment

harap maaf di atas sebarang kesulitan....

Mohamad Hanafi Ishakleft a comment

Assalamualaikum En Halim, saya mohon kebenaran untuk menggunakan artikel en halim ini sebagai rujukan bagai kerja kursus saya Kesihatan Mental.. harap dibenarkanlah.. aimy091103@gmail.com.. terima kasih banyak2..

Aqilah Mokhtarleft a comment

salam encik...blh tolong emailkan artikel ini kpd sy untuk bahan rujukan assignment..terima kasih. ikiey_28@yahoo.com.

Uthman_Abdzaik_6979left a comment

Salam En. Halim saya pun berminat dengan kajian ini. Moga kawan2 yang lain juga boleh membantu saya mendapatkan bahan yang sesuai. Kajian saya berkaitan dengan pendidikan akidah dan kesihatan mental pelajar sekolah. Harap boleh emailkan artikel ni. Moga bantuan En. Halim dan rakan2 yang lain akan diberkati dan diterima Allah sebgai amal jariah dan ibadat kepadaNYa. ummumuslim@gmail.com

noldericleft a comment

salam halim....saya berminat tentang artikal ni...harap halim dapat kongsi..email rae.eric@yahoo.com....Thanks...