Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
25Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
pendedahan kendiri remaja

pendedahan kendiri remaja

Ratings:

4.71

(7)
|Views: 5,639|Likes:
Published by Halismy
Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan(2001) 81 - 92kepada Ibu Bapa Jurnal Pendidikan 26 oleh Remaja

81

Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan oleh Remaja kepada Ibu Bapa
ZURIA MAHMUD ABDUL RAZAK HABIB SALLEH AMAT

ABSTRAK

Artikel ini melaporkan kajian yang telah dijalankan terhadap 388 pelajar sekolah menengah untuk mengetahui aspek pendedahan kendiri mereka kepada ibu dan bapa. Dua soalan kajian utama ialah: Pertama, adakah terdapat perbezaan dalam jumlah pendedahan kendiri yang
Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan(2001) 81 - 92kepada Ibu Bapa Jurnal Pendidikan 26 oleh Remaja

81

Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan oleh Remaja kepada Ibu Bapa
ZURIA MAHMUD ABDUL RAZAK HABIB SALLEH AMAT

ABSTRAK

Artikel ini melaporkan kajian yang telah dijalankan terhadap 388 pelajar sekolah menengah untuk mengetahui aspek pendedahan kendiri mereka kepada ibu dan bapa. Dua soalan kajian utama ialah: Pertama, adakah terdapat perbezaan dalam jumlah pendedahan kendiri yang

More info:

Published by: Halismy on Aug 29, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

12/28/2012

pdf

text

original

 
81 Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan oleh Remaja kepada Ibu Bapa
 
 Jurnal Pendidikan 26 (2001) 81 - 92
Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan oleh Remajakepada Ibu Bapa
Z
URIA
M
AHMUD
A
BDUL
AZAK 
H
ABIB
S
ALLEH
A
MATABSTRAK 
 Artikel ini melaporkan kajian yang telah dijalankan terhadap 388 pelajar  sekolah menengah untuk mengetahui aspek pendedahan kendiri merekakepada ibu dan bapa. Dua soalan kajian utama ialah: Pertama, adakahterdapat perbezaan dalam jumlah pendedahan kendiri yang dibuat kepadaibu dengan bapa berdasarkan jantina ibu bapa, tahap pendidikan ibu bapa, jantina pelajar, dan tingkatan; dan kedua, adakah terdapat perbezaan dalam perkara-perkara yang diceritakan kepada ibu dengan bapa berdasarkan faktor-faktor jantina ibu bapa, tahap pendidikan ibu bapa, jantina pelajar dan tingkatan. Ujian-t dan
 ANOVA
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam jumlah pendedahan kendiri kepada ibu dengan bapaberdasarkan faktor jantina ibu bapa, tahap pendidikan ibu bapa, jantina pelajar dan tingkatan. Pengiraan kekerapan menujukkan bahawa perkara yang paling kerap diceritakan kepada ibu bapa ialah kegiatan-kegiatan seperti peperiksaan dan pekerjaan, makanan kegemaran, jumlah biasiswa serta sukan yang diminati, manakala perkara yang paling kurang diceritakanialah kegiatan seks, sama ada mereka berhutang, bercinta, serta perasaantentang rupa paras. Seterusnya artikel ini membincangkan implikasi dapatankajian ini dari perspektif pendidikan dan kaunseling.
ABSTRACT
This article reports the research carried out on 388 secondary school studentsin order to examine their amount of self disclosure to their mother and father.Two main research questions were: first, is there a difference in the amount of  self disclosure done by students to their parents based on parents’ gender, students’ gender, parents’ education, and students’ level of schooling; second,is there any difference in the items disclosed to parents based on parents’  gender, students’ gender, parents’ level of education, and students’ level of  schooling. T-test and 
 ANOVA
show that there is a significant difference in theamount of self disclosure to mother and father based on parents’ gender, par-ents’ level of education, students’ gender, and students’ level of schooling. Frequency count shows that the most disclosed items are activities such as
 
82 Jurnal Pendidikan 26 
examination and work, favourite food, amount of scholarship received, and  favourite sports. Items least shared with parents are sexual activities, whether they owe money to someone, whether they are in love, and their feelings about their looks. This article also discusses implications of the results from theeducational and counseling perspectives.
PENGENALANPerkembangan remaja amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yangterdekat dan terpenting buat remaja ialah keluarga mereka. Mengikut Hoffman,Paris dan Hall (1994), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecildan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap,dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa. Kajian-kajian terdahulu di Malay-sia dan di barat telah menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan yang baik telah dikaitkan dengan kesejahteraan hidup remaja dari aspek-aspek kepuasanhidup, konsep kendiri, tingkah laku seks, dan pencapaian akademik (Fatanah1997; Graham 1992; Leung & Leung 1992; Yusof 1984).Penglibatan remaja dalam gejala sosial di Malaysia hari ini seringkali dikaitkandengan kelemahan hubungan kekeluargaan. Banyak perkara yang dilakukanoleh remaja tidak diketahui oleh ibu bapa mereka disebabkan tiadanya komunikasiyang berkesan antara kedua-duanya. Kesibukan ibu bapa mencari rezeki dikatakan punca keluarga tidak dapat meluangkan masa untuk mendengar cerita anak-anak, dan keadaan persekitaran rumah yang tidak selesa menjadikan remaja lebihsenang bersama kawan-kawan di luar (Yunus 1984).Justeru, terdapat keperluan untuk melihat dengan lebih mendalam aspek interaksi remaja dengan keluarga mereka. Sehubungan itu, kajian ini memeriksainteraksi remaja dengan ibu bapa mereka dari aspek jumlah interaksi, perkarayang diceritakan serta faktor-faktor yang mempengaruhi pendedahan kendiritersebut. Konsep yang dikaji ialah pendedahan kendiri remaja kepada ibu bapamereka.
PENDEDAHAN KENDIRI KEPADA KELUARGA
Pendedahan kendiri ialah satu proses di mana seseorang memberitahu(berkomunikasi) kepada orang lain tentang perasaan dan pengalamannya (Jourard1974). Konsep pendedahan kendiri (self disclosure) ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya oleh Jourard dalam perbincangannya tentang personaliti yangsihat. Menurut Jourard (1974) pemberitahu akan dapat mengenali dirinya denganlebih mendalam dan membentuk personaliti yang lebih sihat apabila ia mendapatmaklum balas daripada pendengar.Derlega, Metts, Petronio, Margulis (1993) menyatakan bahawa pendedahankendiri mempunyai beberapa fungsi. Antaranya ialah untuk seseorang
 
83 Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan oleh Remaja kepada Ibu Bapa
mendapatkan sokongan moral terhadap pemikiran dan perasaannya, serta untuk meminta bantuan. Oleh itu, bagi remaja, pendedahan kendiri kepada ibu bapaadalah sesuatu yang positif kerana ia membolehkan mereka mewujudkanhubungan yang berkesan dan seterusnya sentiasa mendapat bimbingan sertasokongan ibu bapa dalam menghadapi cabaran hidup sebagai remaja.Walaupun begitu, pendedahan kendiri bukanlah mudah untuk dilakukankerana tingkah laku ini melibatkan seseorang menceritakan hal-hal yang mungkinsulit dan peribadi. Orang tidak akan menceritakan perkara yang mendatangkankeburukan seperti dibenci, kehilangan kawan-kawan atau dimarahi oleh ibu bapamereka. Oleh itu, hanya perkara yang tertentu sahaja yang diceritakan dalam pendedahan kendiri. Kajian Jourard (1958) menunjukkan bahawa perkara yang paling sering diceritakan oleh seseorang kepada orang lain ialah maklumat tentangkerja, cita rasa, hobi, dan minat berbanding dengan butiran tentang seks,kedudukan kewangan, dan perasaan serta masalah berkaitan diri dan peribadi.Pendedahan kendiri tidak mudah dilakukan tanpa situasi yang menggalakkan.Apabila seseorang menyatakan sesuatu yang sulit, ia mengharapkan pendengar tidak memperkecilkan ceritanya ataupun tidak membocorkan rahsianya. Oleh itu pendedahan kendiri hanya dibuat bila seseorang rasa selamat dan dihargai (Steel1991). Beberapa faktor yang didapati mempengaruhi pendedahan kendiri adalahfaktor-faktor seperti generasi, jantina pemberitahu dan pendengar, kepercayaan,timbal balik (reciprocity), dan budaya (Chen 1993; Norrell 1984).Kajian-kajian menunjukkan faktor-faktor ini mempengaruhi jumlah pendedahan kendiri anak kepada ibu bapa: jantina pendengar (ibu lebih banyak daripada bapa), jantina pencerita (anak perempuan lebih banyak berceritadaripada anak lelaki), umur (anak remaja awal kurang bercerita kepada ibu bapa berbanding dengan anak remaja akhir), tahap akademik bapa (pendedahan kendirianak lebih kepada bapa yang lebih tinggi akademiknya), dan terdapatnya timbal balik (jika ibu bapa juga suka bercerita dengan anak-anak) (Buhrmester & Prager 1995; Franzoi & Davis 1985; Miller & Stubblefield 1993; Zuria 1997).Penjelasan yang diberikan oleh pengkaji-pengkaji tersebut tentang faktor yang mempengaruhi jumlah pendedahan kendiri anak kepada ibu bapa adalahmenarik, praktik, dan boleh membantu ibu bapa memperbaiki hubungan dengananak mereka. Contohnya, Sinha (1972) mendapati bahawa remaja perempuan diIndia lebih senang bercerita dengan ibu bapa mereka apabila umur remaja tersebut bertambah dibandingkan semasa mereka lebih muda. Menurut Sinha remaja peringkat ‘awal’ mempunyai perasaan malu untuk menceritakan hal diri merekakepada keluarga mereka dibandingkan dengan remaja peringkat ‘akhir’.Seterusnya, Franzoi dan Davis (1985), yang mendapati kelulusan akademik bapamempengaruhi jumlah pendedahan kendiri anak menjelaskan bahawa bapa yang berpendidikan tinggi berkemungkinan mempunyai kemahiran berkomunikasi yanglebih mesra dan terbuka dibandingkan dengan bapa yang kurang pendidikandan masih menggunakan cara-cara tradisional dalam berkomunikasi dengan anak.Walaupun begitu, secara amnya didapati anak lebih banyak membuat

Activity (25)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nabihah Rosli liked this
Norhisham Jaafar liked this
Vergil Foong liked this
Gobinath Gobi liked this
Hazwani Dahari liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->