Mestilah didatangkan dari kuari yang dibenarkan, misalnya batu kelikir atau batu kapur. Ianya mestidari gred yang baik dan sekata dengan saiznya 6 – 12 mm. Bahan ini mestilah bebas dari kelodak,lumpur atau semua jenis kotoran.
d) Air
Hendaklah bersih dan baru (dari jenis air yang boleh diminum). Ianya diambil dari punca air yangsebenar.
1.3.1 Konkrit
•
Konkrit merupakan bahan campuran batu baur, simen dan air, dan apabila bertindak antarasimen dan air ia akan memejal dan padu.
•
Konkrit adalah keras dan merapuh. Kekuatannya bergantung kepada kadar bancuhan, umurkematangannya dan lain-lain lagi.
•
Kekuatan ketara yang ada pada konkrit adalah lemah pada daya tegangan iaitu kira-kira 1/10daripada kekuatan mampatannya.
•
Konkrit akan terus bertambah kekuatannya terutamanya pada peringkat awal beberapaminggu dan ia akan berterusan secara perlahan selepas dari itu. Di peringkat 28 hari, konkrittelah mencapai tiga perempat (3/4) daripada kekuatan maksimumnya. Sifat kekuatan inilahkerja binaan dapat dijalankan dengan lebih maju (progress) lagi.
•
Kuantiti penggunaan air juga penting. Jika terlalu banyak air, ia akan melemahkan sifatkekuatan konkrit dan jika terlalu berkurangan pula ia akan menyebabkan konkrit sukar untukdimampat dan dipadukan.
•
Kuantiti penggunaan air adalah bergantung kepada jenis batu baur yang digunakan dankuantiti simen itu sendiri. Tetapi biasanya ialah lebih sedikit atau separuh daripada jumlahberat simen.
•
Bagi kerja kecil, simen biasanya boleh dibeli dalam kampit 50 kg dan dengan beg simen inibolehlah dijadikan sebagai satu kadar bancuhan seperti berikut:
i)
simen 50 kg
ii)
pasir 85 kg
iii)
kelikir 160 kg
iv)
air 28 kg
•
Bagi kerja yang besar, simen dibekalkan dalam kelompokan besar 1 meter padu dan inibolehlah juga dijadikan sebagai satu kadar bancuhan seperti berikut:
i)
simen 360 kg
ii)
pasir 600 kg
iii)
kelikir 1150 kg
iv)
air 200 kg
•
Bancuhan yang diterangkan di atas adalah dikenali sebagai bancuhan diterangkan (prescribedmix) dan dari bancuhan ini kiub konkrit 150 mm dibentuk dan dibiarkan selama 28 hari.Purata kekuatan dari keputusan ujian kiub yang ada ialah 33 N/mm
2
dan biasanya tidak adayang kurang daripada 25 N/mm
2
.
•
Jika ada yang mempunyai kekuatan yang kurang daripada 21 N/mm
2
, ini menunjukkan adasesuatu yang diluar dari prosedur penyediaan kiub iaitu simen, batu baur dan kadar bancuhanatau mungkin pada kaedah ujian mampatan.