You are on page 1of 28

1.

PENGENALAN

Penerapan nilai-nilai etika alam sekitar amat penting dalam merealisasikan


pembangunan lestari. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, penerapan bermaksud perbuatan
mempraktikkan. Nilai-nilai etika bermaksud prinsip-prinsip akhlak atau moral manakala alam
sekitar adalah keadaan sekeliling atau lingkungan. Merealisasi pula ialah menjadikan sesuatu
kenyataan, pembangunan bermaksud perihal membangun dan perkembangan dan lestari
bermaksud konsep kemajuan yang megekalkan sumber alam semulajadi. Secara umumnya,
tafsiran holistik berkenaan penerapan nilai-nilai etika alam sekitar dalam merealisasikan
pembangunan lestari ialah ; perbuatan mempraktikkan prinsip moral dan akhlak terhadap
keadaan sekeliling untuk memastikan kemajuan dapat dikecapi tanpa mengenepikan
kepentingan alam semulajadi.

Nilai-nilai etika adalah prinsip akhlak yang baik serta positif seperti sikap
bertanggungjawab, mematuhi peraturan, berakhlak mulia, dan berdisiplin. Nilai etika sangat
penting dititikberatkan kepada manusia khususnya terhadap penduduk di kawasan yang
mengalami pembangunan seperti di bandar-bandar. Terdapat banyak kepentingan penerapan
nilai etika dalam membentuk alam sekitar yang bersih dan nyaman seperti ia dapat memastikan
keberlangsungan wujudnya alam sekitar yang sihat dan bersih. Selain itu, ia juga dapat
mengelakkan sebarang pengeksploitasian seperti pencerobohan hutan demi kepentingan
kewangan, penggunaan bahan-bahan kimia yang boleh menipiskan lapisan ozon dan
menyebabkan pencemaran seterusnya dapat memastikan masyakat sentiasa hidup dalam
keadaan kesihatan yang baik.

Disebabkan era globalisasi yang dihadapi dunia masa kini menuntut proses
perbandaran berlaku dengan pesat, pembangunan lestari adalah salah satu perkara yang harus
dititikberatkan. Masyakat perlu sedar bahawa alam merupakan khazanah yang tidak ternilai
dan perlu dipelihara untuk warisan sejagat dan tinggalan untuk generasi akan datang. Dalam
sudut yang lain pula, alam terpaksa diterokai secara terkawal untuk pertumbuhan ekonomi dan
kesejahteraan sosial. Usaha dalam mengurus alam sekitar untuk kepentingan masyarakat
masa kini dengan tidak mengabaikan kepentingannya untuk generasi akan datang. Antara
kaedah yang paling berkesan dalam menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan
pembangunan lestari ialah dengan penerapan nilai-nilai etika alam sekitar secara berterusan.

1
2.0 PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Penilaian ke atas penerapan kesedaran terhadap pembangunan lestari kepada


masyarakat umum adalah lebih sukar sekiranya masyarakat itu belum pernah didedahkan
kepada pendidikan mengenai pembangunan lestari (Jamaludin, 1996). Perkara ini perlu diambil
serius kerana pembangunan lestari akan menjadi lebih sukar dilaksanakan sekiranya
pengurusan alam sekitar tidak diberi penekanan. Terdapat pelbagai cara pengurusan alam
sekitar yang telah digalakkan untuk dilaksanakan terutama kepada masyarakat Malaysia.
Pengurusan alam sekitar ialah sebarang langkah-langkah yang diambil bagi memastikan alam
sekitar sentiasa dipelihara untuk kesejahteraan masyarakat dan negara. Antara pengurusan
alam sekitar yang sering diambil berat oleh pihak kerajaan dan pihak-pihak lain yang
bertanggungjawab adalah seperti berikut ;

2.1 Kitar Semula

Program Kitar Semula Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember
2000 di pusat membeli belah Mid Valley oleh YB Menteri perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Tanggal 11 November pada setiap tahun telah ditetapkan sebagai Hari Kitar Semula
Kebangsaan. Kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud
menghasilkan keluaran. Pengurangan penghasilan sisa pepejal yang lazimnya terdiri daripada
sampah sarap dapat dicapai melalui kaedah yang efektif dengan memfokuskan kepada 3R iaitu
(reuse) penggunaan semula, (recycle) kitar semula dan (reduce) pengurangan.

Antara contoh cara untuk melaksanakan kaedah mengitar semula ialah dengan
mengasingkan jenis-jenis sampah kepada plastik, kertas, kaca dan aluminium. Kemudian,
pengguna boleh membuang sisa pepejal tersebut ke dalam tong kitar semula mengikut warna
iaitu warna tong biru untuk menyimpan kertas, warna coklat untuk menyimpan kaca manakala
tong berwarna jingga digunakan untuk menyimpan tin aluminium dan plastik. Sekiranya
masyarakat diterapkan dengan nilai-nilai etika yang sewajarnya, penyediaan tong-tong kitar
semula yang telah disediakan oleh pihak kerajaan pastinya dimanfaatkan sepenuhnya untuk
kepentingan alam sekitar.

Selain itu, penggunaan semula juga amat digalakkan untuk dilaksanakan oleh penduduk
Malaysia khususnya dalam menyelamatkan alam sekitar daripada dicemari sampah sarap.

2
Sebagai contoh, tin biskut, tin kopi atau bekas-bekas makanan boleh digunakan semula
sebagai bekas. Selain itu, jualan garaj juga boleh dilakukan dengan menjual barangan terpakai
atau sebagai alternatif lain, masyarakat juga boleh menderma barang-barang terpakai mereka
kepada golongan yang memerlukan seperti pakaian bukan sahaja kepada masyarakat miskin
dalam negara tetapi juga boleh diberikan sebagai bantuan kepada negara-negara miskin
terdekat.

2.2 Mengurangkan Penggunaan Bahan-Bahan Yang Mengandungi Gas


klorofuorokarbon (CFC).

Gas CFC atau juga disebut sebagai gas klorofluorokarbon iaitu salah satu gas yang
sangat berbahaya kepada alam sekitar. Bahan-bahan yang selalu digunakan oleh manusia
yang mengandungi gas klorofuorokarbon ialah penyembur rambut, pendingin hawa serta peti
sejuk. Cara ia bertindak dalam memusnahkan alam sekitar ialah dengan menipiskan lapisan
ozon melalui pergerakan gas tersebut dalam udara. Lapisan ozon bertindak sebagai pelindung
serik matahari yang sampai ke bumi. Apabila lapisan ozon semakin menipis, lebih banyak
sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan kepada sinaran matahari yang banyak
boleh mengakibatkan kanser kulit. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan suhu bumi sehingga
menjadikan masalah bencana alam apabila ais di kawasan Antartika semakin banyak yang
mencair.

Dari satu sudut, penggunaan bahan-bahan yang menyebarkan gas CFC sering
dianggap mudah oleh masyarakat. Tetapi kebanyakannya tidak sedar bahawa perkara yang
diambil ringan ini apabila berlaku dalam kadar kuantiti yang banyak dan berterusan akhirnya
mendatangkan kemudaratan kepada alam sekitar seperti berlakunya kesan rumah hijau.
Kehadiran gas-gas rumah hijau yang memanaskan bumi ini adalah hasil daripada aktiviti
manusia sendiri demi pembangunan global. Selain daripada gas CFC, terdapat juga gas-gas
lain yang menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau sekaligus memusnahkan alam sekitar
iaitu gas karbon dioksida (CO2) daripada pembakan bahan api fosil, gas nitrat oksida daripada
aktiviti perladangan, dan pelbagai lagi. Disebabkan itulah nilai etika alam sekitar harus dijadikan
satu isu penting dalam kalangan masyarakat bagi memastikan pembangunan lestari boleh
dijadikan kenyataan dengan mengurangkan penggunaan bahan yang menyebarkan gas
berbahaya terhadap bumi.

3
2.3 Perguatkuasaan Undang-Undang

Undang-undang adalah cetusan kuasa kenegaraan untuk memelihara keamanan,


kesejahteraan dan pada amnya kebaikan sejagat manusia. Tanpa undang-undang, manusia
yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika akan melakukan sesuatu mengikut sesuka hati.
Undang-undang mampu melindung bukan sahaja manusia tetapi juga alam sekitar. Sebagai
contoh, sampah sarap yang tidak dikutip oleh pihak berkuasa tempatan mengikut jadual yang
diperaturkan adalah satu contoh penyelewengan dari segi undang-undang. Manusia perlu
dikawal menerusi undang-undang kerana dokumen dan bicara undang-undang yang
menjadikan suatu peraturan itu boleh dipatuhi. Dalam melindungi alam sekitar daripada
sebarang pencemaran, terdapat akta yang melindunginya iaitu Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974.

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 merupakan akta yang berhubung dengan mencegah,
menghapus, mengawal pencemaran dan memperbaiki alam sekeliling bagi maksud-maksud
yang berkaitan dengannya. Antara pencemaran yang diperincikan tentang had dan dendaan
bagi setiap kesalahan ialah sekatan mengenai pencemaran udara, tanah tanih, perairan
daratan, bunyi bising, larangan terhadap pembakaran terbuka dan banyak lagi. Dengan
penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat iaitu dengan mengenakan denda, penalti atau
hukuman bagi setiap kesalahan yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjwab, ia boleh
dijadikan pedoman bagi orang lain yang mungkin cenderung untuk melakukan kerosakan
terhadap alam sekitar. Dengan cara penguatkuasaan undang-undang ini juga, penerapan nilai-
nilai etika boleh dilatih untuk diserap kedalam diri masyarakat terutama dalam kalangan
golongan orang dewasa.

4
3.0 PANDANGAN AGAMA TENTANG ETIKA ALAM SEKITAR

Menurut Mardzelah Makhsin (2006) etika alam sekitar boleh ditakrifkan sebagai suatu
displin pengajian yang membahaskan tentang baik atau buruk ke atas alam sekitar. Hal ini
dapat difahami bahawa aspek tentang nilai itu penting bagi menentukan setiap tindakan yang
dilakukan oleh manusia. Melalui sistem nilai ini ianya dapat mengkategorikan sesuatu
perbuatan itu sama ada baik atau buruk sekaligus ianya dapat memudahkan setiap individu
mengetahui justifikasi setiap perbuatan yang dilakukan oleh mereka ke atas alam sekitar.
Sesebuah masyarakat itu lebih mudah menerima sesuatu sistem nilai itu apabila ianya telah
diaplikasikan dalam kod etika atau panduan dalam kehidupan mereka. Kebanyakkan kod etika
yang diguna pakai ini akan berkembang sehingga menjadi soal perundangan dan polisi bagi
menjamin kesejahteraan alam sekitar dan ekologi. Kod etika dan panduan alam sekitar yang
ditentukan bagi setiap agama adalah salah satu cara paling mudah dan berkesan bagi menjaga
alam sekitar daripada berlakunya kemusnahan dan pencemaran yang serius. Namun terdapat
pelbagai perbezaan dan persamaan pendapat tentang etika alam sekitar bagi sesuatu agama
itu. Antara contoh agama yang menerapkan etika alam sekitar dalam diri setiap penganutnya
adalah agama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. Walaupun cara dan pendapat etika alam
sekitar sesuatu agama itu berbeza tetapi kesemua agama ini mahu akan kebaikan kepada alam
semesta itu.

3.1 Etika Alam Sekitar Menurut Pandangan Islam

Menurut pandangan agama Islam, alam semulajadi yang telah dicipta oleh Allah ini
adalah kurniaan kepada manusia. Atas kurniaan ini, manusia itu diberikan amanah oleh Allah
bagi menjaga dan mentadbir alam semula jadi. Kepelbagaian alam ini memanifestasikan
kekuasaan Allah dalam meneroka dan mengguna setiap kurniaan yang wujud di dalamnya.
Oleh hal yang demikian setiap manusia itu haruslah bersederhana, tidak bersifat mementingkan
diri sendiri, jujur dan tidak mengeksploitasi, serta menjauhi diri daripada melakukan monopoli,
dan. Malah setiap umat islam itu perlulah mensyukuri nikmat yang diperolehi daripada alam
semulajadi ini.

Walaupun alam sekitar itu dikurniakan untuk manusia maka manusia itu tidak boleh
melakukan sesuka hati perbuatan yang boleh menimbulkan kerosakan ke atas alam sekitar ini.
Mereka perlulah sentiasa menyedari bahawa alam sekitar adalah milik mutlak Allah dan ianya

5
perlulah dipelihara supaya sentiasa berkeadaan baik sahaja. Contohnya Allah menurunkan
sumber air bagi membolehkan manusia itu melakukan pelbagai kegunaan seperti untuk bersuci
dalam proses melakukan ibadat kepadanya dan dijadikan minuman. Tujuan lain Allah
menurunkan air juga adalah untuk menguji tahap keimanan manusia. Iman seseoarang itu
dapat ditentukan oleh setiap perlakuannya sama ada baik atau buruk. Contohnya perbuatan
melakukan pencemaran ke atas air adalah salah satu tanda manusia yang tidak mensyukuri
nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah. Sekiranya iman seseorang itu tinggi maka segala
perbuatan yang boleh mengakibatkan kemusnahan alam sekitar akan segera dijauhi olehnya.
Menurut perspektif Islam, sifat-sifat alam ini boleh dibahagikan kepda tujuh bahagian iaitu
tawazun,nassim, jamal, qana’ah, mahabbah, ihsan, taawun.

Sifat alam yang pertama ialah tawazun. Tawazun dapat didefinasikan sebagai
keseimbangan iaitu sesuatu fenomena yang tidak melampau atau berlebih-lebihan.
Keseimbangan yang wujud itu adalah penting bagi menghasilkan keharmonian alam.
Sememangnya peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Allah adalah bertujuan mencapai
keamanan dan mengelakkan berlakunya gangguan kepada keseimbangan alam semesta.
Maka setiap umat islam itu diajar untuk tidak melakukan sebarang perbuatan yang
mendatangkan keburukan kepada alam sekitar serta mengunakan sumber alam secara
harmoni dan seimbang.

Sifat alam yang kedua ialah nassim. Nassim dapat dimaksudkan sebagai segar. Bagi
pendapat ajaran Islam, seluruh alam semesta ini mempunyai nassim sebagai lambang rahmat
Allah kepada kehidupan. Hal ini dapat dibuktikan oleh Al-Quran melalui penjelasan tentang
kesuburan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai kepelbagaian jenis dan sifat. Tumbuh-
tumbuhan yang subur ini perlulah dijaga dan dipelihara dengan baik dan manusia tidak boleh
memaksimum kegunaan sumber ini untuk kepentingan diri sendiri.

Sifat alam yang ketiga ialah jamal. Jamal membawa maksud keindahan kejadian alam
semesta. Keindahan ini akan dapat membawa ketenangan kepada setiap manusia yang tahu
menilainya. Maka sifat keindahan ini mempunyai kaitan yang rapat dengan kejadian alam
semesta yang mempunyai keajaiban dan keistimewaannya yang tersendiri. Maka dengan ini
umat itu diajar untuk mengekalkan keindahan dan ketenangan yang ada di dalam alam sekitar
ini supaya tidak menjadi buruk.

6
Sifat alam yang keempat ialah qana’ah. Qana’ah memberi pengertian tentang sikap
meredai segala kurnian yang diperolehi daripada Allah untuk keperluan hidup. Dengan ini dapat
difahami bahawa mereka yang mempunyai sifat ini terhindar daripada ketamakan dan sentiasa
mensyukuri pada setiap rezeki yang diperolehinya. Dalam perbincangan pemuliharaan alam
sekitar, sifat ini amat penting bagi mengawal perbuatan manusia yang suka akan
mengeksploitasikan sumber alam secara melampau. Oleh itu, agama Islam menerapkan dalam
diri setiap umatnya untuk bersifat qana’ah. Dengan adanya sifat qana’ah ini maka mereka akan
menggunakan sumber alam sekadar untuk hidup sahaja dan mereka ini juga akan sentiasa
menghargai setiap nikmat yang diperolehi.

Sifat alam yang kelima ialah Mahabbah. Mahabbah diertikan sebagai sikap mengasihi
manusia dan mahluk lain. Oleh itu setiap manusia diseru agar memupuk perasaan kasih
sesama manusia kerana seperti sedia maklum mereka ini adalah berasal daripada keturunan
yang sama. Di dalam skop ini, Allah menuntut manusia untuk mengasihi komponen alam
semulajadi yang lain kerana semuanya itu adalah lambang kebesaran Allah dan rahmat
daripadanya. Seperti sedia maklum setiap komponen alam semulajadi itu akan sentiasa berzikir
memuji Allah tanpa henti maka umat islam ditegah daripada melakukan kekejaman ke atas
alam sekitar. Sekiranya mereka memahami konsep mahabbah ini dengan jelas maka
kerosakan ke atas sekitar tidak akan berlaku.

Sifat alam yang keenam menurut agama Islam ialah ihsan. Ihsan ini dapat dilihat melalui
sikap manusia yang sentiasa berjaga-jaga di dalam melakukan apa jua tindakan kerana
merasai Allah itu sentiasa mengawasinya dan percaya bahawa Allah itu maha melihat. Dengan
adanya sikap sebegini, seseorang itu akan sentiasa melakukan perbuatan yang baik serta
mengelakkan diri daripada melakukan tindakan yang jahat. Jika dilihat dalam konteks
pemuliharaan alam sekitar, sifat sebegini amat diperlukan bagi membolehkan setiap manusia
tidak melakukan perbuatan yang boleh memusnahkan alam sekitar walaupun perbuatannya itu
tidak dilihat atau diketahui oleh orang lain. Contohnya seseorang itu tidak akan membuang
sampah ke sungai kerana ianya pasti Allah itu sentiasa mengawasinya walaupun ianya pasti
orang lain tidak akan mengetahui sekiranya ia membuang sampah itu ke sungai.

Sifat alam yang terakhir ialah ta’awun. Ta’awun bermaksud sikap tolong-menolong
dalam kalangan anggota masyarakat bagi memperolehi kebaikan serta menghindarkan
keburukan. Lantaran itu, sifat ta’awun adalah bersesuaian untuk direalisasikan ke arah

7
membentuk masyarakat mapan. Malah dengan adanya masyarakat yang sentiasa tolong
menolong sudah semestinya keharmonian alam sekitar dapat dikekalkan. Tambahan pula
pengurusan alam sekitar dapat ditadbir dengan baik sekiranya semua manusia saling tolong-
menolong.

3.2 Etika Alam Sekitar Menurut Pandangan Agama Kristian

Agama Kristian menetapkan bahawa pengurus kepada alam sekitar adalah di bawah
tanggujawab manusia. Di dalam etika alam sekitar, agama Kristian berpendapat bahawa
manusia itu adalah makhluk yang sempurna dan sesuai untuk diberikan tanggungjawab bagi
mengawal selia alam sekitar ini. Konsep tanggungjawab yang ditekankan di dalam persoalan ini
adalah lebih dikenali sebagai stewardship. Konsep stewardship bermaksud manusia ialah wakil
Tuhan yang diberikan tanggungjawab bagi menguruskan seluruh ciptaan Tuhan di atas muka
bumi. Dengan erti kata lain tanggungjawab yang diberikan itu merupakan satu amanah kepada
setiap manusia supaya menguruskan seluruh ciptaan tuhan di atas muka bumi ini dengan baik.
Dengan adanya amanah dari Tuhan ini maka manusia akan memikul tanggungjawab
menguruskan bumi dengan baik dan secara langsung ianya dapat menghalang manusia
daripada melakukan sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan alam sekitar.

Di samping itu, untuk menjamin keberkesanan pelaksanaan tanggungjawab stewardship


ini, setiap penganutnya perlulah memahami dan mengikuti segala peraturan yang ditetapkan
oleh Tuhan berkaitan dengan alam semula semula jadi (natural law). Apabila para penganutnya
memahami peraturan-peraturan yang telah digariskan ini maka mereka akan mempunyai
kesedaran tinggi untuk memelihara alam sekitar daripada tercemar. Dengan ini isu-isu
kerosakan alam sekitar dapat dihindari sekaligus dapat menjamin kualiti alam sekitar untuk
terus dalam keadaan baik.

3.3 Etika Alam Sekitar Menurut Pandangan Hindu.

Menurut etika alam sekitar bagi agama Hindu penciptaan, pemuliharaan dan
pemusnahan seluruh alam semesta ini adalah ditentukan oleh suatu kuasa pencipta. Hal ini
dapat difahami pencipta itu berkuasa tinggi dalam segala proses perubahan yang berlaku ke
atas keseluruhan alam semesta ini. Keseluruhan alam semesta ini adalah tertakluk di bawah
kuasa pencipta dan alam semesta ini merangkumi bumi, langit, spesis hidupan, lautan dan

8
komponen-komponen alam semulajadi. Apa-apa perkara yang terjadi ke atas alam semesta ini
adalah di bawah pengawasan pencipta kerana Tuhan itu mempunyai nilai mutlak ke atas alam
semesta ini. Oleh hal yang demikian maka manusia itu mempunyai apa-apa keistimewaan ke
atas apa jua komponen yang terdapat alam sekitar ini. Di samping itu juga manusia dilarang
sama sekali daripada melakukan kemusnahan dan kerosakan ke atas hidupan yang ada di
muka bumi seperti fauna, flora dan organisma-organisma. Maka jelaslah bahawa agama
Buddha turut mengajar penganutnya untuk memelihara dan menguruskan alam sekitar dengan
baik supaya kualiti alam sekitar itu tidak merosot dari hari ke hari.

Selain itu juga, menurut doktrin Ahimsa para penganut Hindusime ditegah daripada
melakukan apa jua kekejaman ke atas haiwan. Apatah lagi berlaku kejam ke atas sesama
manusia itu sendiri. Oleh sebab itu, doktrin ini mengalakkan penganutnya supaya bersikap
vageterian di dalam pemakanan. Secara umumnya penganut agama Hindu ini tidak akan
memakan daging lembu kerana bagi lembu disisi agamanya adalah binatang suci dan
diharamkan untuk membunuhnya. Tambahan lagi para penganut agama Hindu ini diajar untuk
memuja pokok kerana pokok adalah simbol kepada pelbagai sirat ketuhanan. Malah setiap
pokok yang dipuja itu mempunyai dewanya yang tersendiri. Di samping itu juga, agama Hindu
mengatakan bahawa kawasan hutan adalah kawasan kediaman bagi dewa Krishna. Lantaran
itu setiap penganut agama Hindu dilarang menebang pokok-pokok yang ada di hutan secara
berleluasa. Hal ini demikian kerana kawasan berhutan itu perlulah dikekalkan bagi menjamin
kediaman yang sempurna bagi dewa Krishna mereka.. Maka dengan ini agama Hindu telah
menyuruh agar para penganutnya bertindak secara beretika dan bermoral ke atas sekitar
sebagai menghormati alam semesta yang telah dicipta oleh Tuhan. Dengan ini jelaslah bahawa
agama Hindu meminta setiap penganutnya agar memelihara alam sekitar ini dengan baik dan
mengawal setiap perbuatan mereka daripada melakukan kemusnahan ke atas alam sekitar ini.

3.4 Etika Alam Sekitar Menurut Pandangan Agama Buddha.

Menurut agama Buddha, etika alam sekitar dapat difahami bahawa alam semulajadi ini
adalah hidup walaupun hakikatnya pada pandangan manusia ianya tidak bergerak atau mati.
Selain itu juga, agama Buddha menghujahkan bahawa alam semulajadi ini mempunyai kaitan
rapat dengan kepercayaan kepada bumi dan langit sebagai ibubapa kehidupan. Oleh hal yang
demikian, manusia harus menjaga dan memelihara alam sekitar ini sebagai tanda mengasihi
dan menghormati ibu mereka iaitu bumi ini. Di samping itu juga, agama Buddha mengajar para

9
penganutnya supaya sentiasa menyedari bahawa alam semulajadi ini adalah sensetif terhadap
sebarang tindak-tanduk manusia ke atasnya. Hal ini dapat difahami bahawa alam semulajadi
dan tindakan manusia mempunyai hubungan secara tidak langsung dan manusia itu sendiri
perlu menguruskan alam sekitar ini dengan baik tanpa menjejaskan kualiti alam sekitar.

Antara etika alam sekitar lain bagi agama Buddha ialah agama Buddha menyatakan
bahawa alam semulajadi ini wujud dalam keadaan dinamik dan apa-apa perkara yang berlaku
ke atas alam semulajadi ini adalah hasil daripada proses perubahan yang berterusan.
Sememangnya alam sekitar itu tidak berbentuk dalam keadaan stastik kerana alam sekitar akan
mengalami perubahan dari semasa ke semasa akibat daripada perlakuan manusia mahupun
faktor-faktor semulajadi. Lantaran hal tersebut penganut-penganut Buddha diajar untuk
menjaga dan menyedari setiap perlakuaan mereka bagi mengelakkan berlakunya perubahan
alam secara serius sekaligus mencegah mereka daripada membuat sesuatu perkara yang
boleh mengancam ekosistem hidupan bumi yang lain. Dengan ini agama Buddha menyuruh
para penganutnya supaya tidak mengeksploitasikan sumber alam secara sewenang-
wenangnya kecuali untuk keperluan hidup mereka. Malah mereka ditegah daripada melakukan
perkara-perkara yang memudaratkan hidupan lain bagi kepentingan diri sendiri.

Selain itu, agama Buddha tidaklah menggariskan persoalan pandangan alam semata-
mata malah agama Buddha juga turut menekankan kepada pembentukan moral individu
sebagai teras kepada aktiviti kehidupannya. Dengan adanya pembentukan moral individu dari
agama Buddha maka peratusan keberkesanan sesuatu perkara itu adalah tinggi kerana
penganut-penganutnya akan diberikan segala panduan untuk menjaga alam persekitaraan. Di
samping itu juga, panduan yang diberikan oleh agama Buddha ini adalah merangkumi segala
jenis perbuatan yang baik dan buruk yang dilakukan oleh manusia ke atas alam sekitar. Maka
dengan ini para penganutnya akan berhati-hati dalam melakukan setiap tindakan bagi
memelihara ibu mereka iaitu bumi daripada berlaku kemusnahan.

10
4.0 SISTEM MAKLUMAT PERHUTANAN/ RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN

Projek ini bertujuan untuk mewujudkan satu rancangan pengurusan hutan dari tahun
2001 hingga 2010 yang lebih sistematik, komprehensif dan dalam penyediaan yang berdigital
untuk menyesuaikan dengan perancangan dan penggunaan semasa. Rancangan Pengurusan
Hutan ini termasuklah bagi kawasan hutan darat dan hutan paya bakau. Satu contoh
pengurusan hutan secara mapan dapat diperhatikan di negeri Sabah. Sabah
mengimplementasikan Sistem Pengurusan Hutan (FMS) yang akan meletakkan hutan komersil
di negeri ini di bawah amalan-amalan hutan berkekalan atau mapan. Hutan simpan komersil di
negeri ini telah dibahagikan kepada 27 unit pengurusan hutan (FMU). Setiap FMU terdiri
daripada sekurang-kurangnya 100 000 hektar dan dibahagikan lagi kepada kompatmen-
kompatmen operasi bersaiz 200-600 hektar. Pada peringkat FMU, rancangan jangka sederhana
perlu dibuat. FMP mempunyai tempoh minimum 10 tahun dan tempoh maksimum 20 tahun.
Tempoh ini dapat menjamin kestabilan jangka sederhana yang diperlukan untuk membantu
pelaksanaan yang konsisten keatas aktiviti-aktiviti pengurusan hutan mapan seperti yang
dinyatakan dalam FMP.

FMP juga mengandungi saranan untuk mengawal kesan ke atas alam sekitar akibat
daripada aktiviti-aktiviti perhutanan seperti yang dikehendaki dalam penilaian kesan kepada
alam sekitar (EIA). Pelaksanaan aktiviti-aktiviti perhutanan (penuaian, silvikultur dan rehabilitasi
utan) seperti yang dijelaskan kepada FMP, perakaunan sumber dan kawalan dilaksanakan
pada peringkat kompatmen. Pelan tahunan operasi (AWP) pula hendaklah disediakan untuk
tempoh masa setahun.

Pelbagai langkah boleh dilakukan dalam pengurusan hutan yang lestari. Salah satunya
ialah pemuliharaan hutan. Selain daripada menstabilkan alam sekitar, hutan asli merupakan
suaka hidupan liar dan menjadi satu gedung sumber genetik yang belum diterokai dan akan
diguna untuk meningkatkan pengeluaran seperti pokok, rotan, buah-buahan dan binatang
ternakan. Hutan ini juga penting bagi penduduk desa sebagai sumber mendapatkan makanan.
Sehubungan dengan ini, Semenanjung Malaysia telah mewujudkan rangkaian kawasan
perlindungan untuk pemeliharaan kepelbagaian hayat dengan penubuhan Taman-taman
negara, rezab hidupan liar, suaka burung dan taman marin sejak tahun 1930an lagi. Taman
Negara yang terbesar di Semenanjung malaysia meliputi kawasan seluas 434,351 hektar dan
telah diwartakan pada awal tahun 1939 yang kebanyakannya berada dalam hutan dara. Seluas

11
0.74 juta hektar di Semenanjung Malaysia telah dilindungi mengikut undang- undang sebagai
kawasan pemeliharaan di mana 0.55 juta hektar berada di luar HSK dan 0.19 juta hektar berada
di dalam HSK.

Dalam usaha-usaha untuk melindungi dan mengekalkan jenis-jenis hutan dalam


keadaan semulajadi, Jabatan Perhutanan telah mengambil langkah menubuhkan Hutan
Simpanan dara (VJR) sebagai rezab semulajadi. Hutan Simpanan Dara ini berperanan sebagai
contoh untuk membuat perbandingan ekologi dan biologi dengan kawasan hutan yang telah
dibalak atau kesan rawatan silvikultur. Ianya juga merupakan hutan asli semulajadi untuk kajian.
Semenjak tahun 1950, sebanyak 72 buah VJR telah ditubuhkan di seluruh Semenanjung
Malaysia yang meliputi keluasan 21,284 hektar. kawasan- kawasan VJR ini merupakan contoh
dari berbagai jenis hutan dara yang terdapat di negara ini termasuklah Hutan Paya Laut, Hutan
Pantai, Hutan Rawa (Heath forest), Hutan Paya Gambut, Huatn Pamah Dipterokarpa, Hutan
Bukit Dipterokarpa, Hutan Bukit Tinggi Dipterokarpa dan Hutan Pergunungan.

Sehubungan itu, perhatian adalah ditumpukan kepada aspek perlindungan terhadap


spesies-spesies yang luar biasa dan yang menghadapi kepupusan. Beberapa spesies hidupan
liar yang menghadapi kepupusan telah dikenalpasti dan sedang dilindungi di bawah undang-
undang seperti harimau, badak sumbu, kongkang dan beberapa jenis rama-rama. Akta Taman
Negara 1980 (Pindaan 1985) dan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Pindaan 1976 &
1988), memastikan pemeliharaan Taman Negara dan burung-burung dan hidupan liar yang
menghadapi bahaya kepupusan. Kawasan hutan perlindungan yang terletak di kawasan HSK
seluas 1.90 juta hektar telah dijadikan kawasan perlindungan kepelbagaian hayat di
Semenanjung Malaysia yang sekarang berjumlah 2.45 juta hektar atau 18.6% daripada
keluasan tanah negara ini.

Selain itu, ialah pemeliharaan hutan juga salah satu langkah dalam pengurusan hutan.
Pemeliharaan hutan dan perlindungan alam sekitar adalah penting bagi Semenanjung
Malaysia. Pengurusan hutan secara berkekalan, termasuk penubuhan HSK adalah untuk
memastikan keluasan hutan asli yang mencukupi bagi mengekalkan kualiti dan kestabilan alam
sekitar. Undang-undang hutan bagi negeri dan persekutuan, ada memperuntukkan peraturan
bagi mewartakan kawasan hutan sebagai HSK. Pewartaan pertama mengikut undang-undang
negeri bermula sejak awal tahun 1900an. Sejak berkuatkuasanya Enakmen Hutan 1934,
kebanyakan hutan-hutan berhasil telah diwartakan sebagai HSK. Perlindungan kawasan

12
berhutan sebagai tadahan air adalah penting. Ini adalah untuk meminimumkan kesan
kerosakan ekoran dari pengusahasilan hutan. Maka dengan itu segala bentuk penerokaan
kawasan hutan dan pembangunan infrastruktur yang lain, baik dalam HSK ataupun tanah
kerajaan, perlu diawasi dan dikawal dengan sepenuhnya mengikut rancangan pengurusan dan
pengusahasilan yang telah ditetapkan bagi menjamin pengeluaran balak yang mencukupi di
samping memelihara kualiti alam sekitar dan kestabilan ekologi.

Selain dari Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, yang dipinda bagi memasukkan Impak Alam
Sekitar (EIA) yang berkuatkuasa pada 1987 mensyaratkan juga semua aktiviti melibatkan
kawasan berhutan memerlukan kepada EIA seperti berikut:
(i) Skim pembangunan tanah yang melibatkan kawasan seluas 500 ha atau lebih
kawasan tanah berhutan kepada kegunaan tanah yang lain;
(ii) Sistem perparitan kawasan berpaya, Kawasan hidupan liar atau hutan dara yang
meliputi kawasan seluas 100 ha atau lebih;
(iii) Projek akuakultur darat yang melibatkan pembersihan Hutan Paya Laut seluas 50 ha
atau lebih;
(iv) Penukaran tanah hutan bukit kepada kegunaan lain-lain yang meliputi kawasan
seluas 50 ha atau lebih;
(v) penukaran tanah hutan kepada kegunaan lain-lain dalam kawasan tadahan air atau
empangan air untuk bekalan air tempatan,pengairan atau penjanaan kuasa elektrik
atau kawasan yang berhampiran dengan taman-taman negeri dan negara dan
taman marin negara;
(vi) Pembalakan meliputi kawasan seluas 500 ha atau lebih;
(vii) Penukaran tanah Hutan Paya Laut kepada industri, perumahan atau pertanian yang
meliputi kawasan seluas 50 ha atau lebih;
(viii) Pembersihan Hutan Bakau di pulau-pulau yang berhampiran dengan taman marin
negara;dan
(ix) Lain-lain aktiviti yang mempengaruhi hutan, seperti penambakkan tanah pantai,
tebus guna-tanah dan projek penjanaan kuasa elektrik.

Jabatan Perhutanan bersama-sama dengan institusi dan jabatan-jabatan lain telah


melancarkan kajian yang komprehensif untuk mengendali dan mengkaji kekesanan
pengusahasilan hutan terhadap pengeluaran sumber air di hutan bukit dan hasil endapan

13
(sediment yeild) di hilir sungai.Kawasan- kawasan kajian ini terletak di kawasan lembah Hutan
Simpan Sg. Tekam bagi Hutan Pamah yang ditubuhkan pada 1973 dan Lembangan Kajian
Jengka/Bukit Berembun bagi Hutan Bukit yang ditubuhkan pada tahun 1978. Keputusan awal
dari kajian ini menunjukkan bidang parameter hidrologi seperti sumber air, kualiti air dan hasil
endapan akan pulih kepada keadaan asal dalam tempoh tiga ke empat tahun selepas
pembalakan

Dibawah Akta Perhutanan negara 1984, hutan perlindungan dalam Hsk dikelaskan
sebagai hutan perlindungan tanah, hutan kawalan banjir dan hutan tadahan air. Dua program
kajian pengurusan tadahan air telah dimulakan bagi membekalkan data hidrologi bagi pelbagai
kegunaan tanah. Ini adalah Program Negara bagi Experimental and Representative basins dan
Hidrologi hutan dan Program Pemeliharaan dalam konsep dan pendekatan meluas dan
pelbagai disiplin (multi-disiplinary). Malaysia juga terlibat secara aktif dalam pelaksanaan
Program Hidrologi Antarabangsa dan beberapa seminar dan bengkel bagi peserta-peserta dari
rantau Asia-Pasifik telah diadakan. Di samping ini, Jabatan Perhutanan telah menjadi agensi
yang menyelaraskan Projek Pengurusan Legeh Asean-US di negara FIlipina yang telah
ditamatkan pada tahun 1989 setelah aktif selama enam (6) tahun. Matlamat utama projek ini
ialah meningkatkan kerjasama di kalangan negara-negara ASEAN dalam pemeliharaan
tadahan air dan aktiviti pengurusan dengan objektif untuk meningkatkan gunatenaga,
kepakaran dan kemahiran. Lebih kurang 200 pegawai dari Malaysia telah mendapat faedah
daripada projek ini melalui penglibatan dalam beberapa kursus, latihan, seminar, simposium
dan bengkel yang telah dikelolakan di bawah projek ini. Selain daripada itu Malaysia juga
menerima bantuan berjumlah RM 208,000 dalam bentuk alat-alat penyelidikan bagi
mengendalikan kajian hidrologi.

Sebagai contoh di Sabah telah diadakan Kursus Pendidikan dan saintifik. WWF
Malaysia memandang pendidikan sebagai kunci kepada asas pemuliharaan jangka panjang.
WWF Malaysia telah membantu Yayasan Sabah untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan
penubuhan Skim Kelab Alam Semulajadi di sekolah-sekolah. Skim ini kemudiannya dilancarkan
pada tahun 1988, kelab ini merupakan organisasi bukan kerajaan yang terbesar sekali di
Malaysia dengan keahlian seramai 28,000 ahli dan terdapat 70 buah kelab yang aktif di
sekolah-sekolah. Pada pencapaian awal, ianya telah berjaya memfokuskan kepentingan
pendidikan dalam pemuliharaan, satu lagi projek yang giat dijalankan sekarang ialah Projek
Pendidikan Alam Pesekitaraan. Pada masa ini WWF Malaysia bertindak sebagai pakar

14
perunding kepada Jabatan Hidupan Liar di Sabah bagi menyusun Plan Pembangunan dan
Pengurusan untuk Kawasan Perlindungan Burung, Bandar K.K.(KK City Bird Sanctuary/ KKCB)
(24hektar) dan Lagun Likas (Likas Lagoon) (26 hektar).Matlamat utama projek ini adalah untuk
melindungi dua habitat ini daripada kesan pembangunan bandar selanjutnya dan untuk
mempromosikan kesedaran awam tentang kepentingan tanah paya dengan mewujudkan
sebuah kawasan perlindungan contoh Bandar tanah Paya yang sistematik (kawasan ini terletak
lebih kurang 4km daripada bandar KK). Adalah menjadi harapan untuk memberi perlindungan
yang sama kepada tanah-tanah paya yang mempunyai habitat yang peka kepada perubahan di
Sabah seperti pada kawasan Dataran Banjir di Kinabatangan.

Daripada kajian yang baru dijalankan, 80 jenis spesis burung telah dihantar ke kawasan
perlindungan burung di "KK City Bird Sanctuary" dan "Likas Lagoon." Kawasan Paya bakau ini
menyediakan kawasan pembiakan utama bagi burung-burun Pucung Malam, ianya juga dapat
menampung hidupan akua yang berbeza-beza. Alam persekitaran lagun menyediakan sumber
dan tempat perlindungan yang sesuai bagi pelbagai spesis burung. Ada jenis spesis-spesis
burung yang boleh didapati dalam kumpulan yang besar, seperti "moorhens", namun begitu
terdapt juga jenis spesis yang jarang-jarang dijumpai seperti Burung Puyung Unggu dan sekali-
sekala kawasan ini dilawati oleh kumpulan itik-itik yang berhijrah. Fokus utama KKCB adalah
pembinaan Pusat Pendidikan Alam Sekitar yang akan dihubungkan dengan litar titian dan
kawasan terlindung bagi pengkaji burung. Daripada titian yang dibina itu para pengunjung
berpeluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat keunikan habitat paya dan hidupan liarnya.

Oleh kerana saiznya (26 hektar) dan rupa bentuk buminya yang berbentuk linear maka
pembangunan yang dijalankan pada "Likas Lagoon" hanya terhad kepada pembinaan dua
kawasan terlindung untuk pengkaji burung dan disebelahnya dibina medan letak kereta. Proses
pemuliharaan pada tumbuh-tumbuhan dikedua-dua kawasan ini akan dijalankan dan akan
memastikan kawasan ini akan kembali seperti sebelum ianya mengalami perubahan kesan
daripada aktiviti perkampungan setinggan. Apabila Pusat Pendidikan Alam Persekitaran ini
berjaya ditubuhkan, pihak KKCB disarankan untuk memulakan pendidikan, pelancongan dan
program penyelidikan sebagai antara kemudahan yang disediakan. Program-program ini juga
akan diperkembangkan dan diperbaiki /baikpulih oleh kakitangan di kawasan Perlindungan dari
semasa ke semasa.

15
5.0 LANGKAH MELALUI PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG ATAU AKTA

Penerapan nilai-nilai etika dalam merealisasikan pembangunan lestari turut


mengambilkira aspek penguatkuasaan akta yang berkaitan. Sebagai contoh, keprihatinan
kerajaan melalui pemuliharaan hutan juga terserlah apabila kerajaan mewujudkan Dasar Hutan
Kebangsaan pada tahun 1978 disusuli dengan Akta Perhutanan Negara 1984 bagi memulihara
khazanah hutan tempatan. Hal ini bertujuan untuk menjamin pengurusan hutan tidak dipandang
remeh dan diabaikan oleh setiap individu. Pada tahun 1993, Akta Perhutanan Negara telah
dipinda bagi meningkatkan kadar denda serta hukuman penjara. Hukuman maksimum bagi
kesalahan mengikut seksyen 15 akta itu dinaikkan kepada denda RM500 000 atau 20 tahun
penjara atau kedua-duanya sekali selain mewajibkan pembayaran royalti 10 kali ganda.
Hukuman yang dikenakan sebelumnya ialah denda maksimum RM10 000 atau tiga tahun
penjara atau kedua-duanya sekali selain mewajibkan pembayaran royalti lima kali ganda nilai
hasil hutan yang dikeluarkan.

Seksyen 15 akta tersebut adalah berhubung dengan pengawalan dan pengeluaran


lesen bagi pengambilan hasil rimba daripada hutan simpanan atau tanah milik kerajaan.
Seksyen 47 pula merangkumi syarat memperoleh permit bagi memasuki hutan simpanan.
Kesalahan mengikut Seksyen 47 akan dikenakan denda maksimum RM10 000 atau tiga tahun
penjara atau kedua-duanya sekali berbanding hukuman sebelumnya, iaitu denda RM500 atau
tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali. Seksyen 32, pula menggariskan syarat
mengeluarkan permit bagi melakukan kegiatan tertentu dalam sempadan kawasan hutan
simpanan. Hukuman maksimum bagi kegagalan mematuhi Seksyen 32 ialah denda maksimum
RM50 000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Walau bagaimanapun, semua
kesalahan itu boleh dikompaun dan lazimnya lebih rendah daripada kadar yang telah ditetapkan
dalam seksyen terbabit, selain dikenakan tuntutan bayaran lain yang berkenaan umpamanya
royalti.

Pencemaran sungai merupakan satu isu yang amat mendesak dan memerlukan usaha
holistik daripada pelbagai pihak ke arah penyelesaiannya. Kualiti air sungai-sungai di Malaysia
semakin terancam dengan pencemaran. Punca pencemaran sungai atau secara khususnya air
terbahagi kepada dua iaitu punca dikenalpasti dan punca kurang pasti. Punca dikenalpasti
merujuk kepada sumber yang boleh ditentukan puncanya dan dikenalpasti lokasinya iaitu
dengan mengesan dari mana bahan pencemar berpunca misalnya sisa dari kilang dan sisa

16
haiwan dari kandang ternakan. Punca kurang pasti merupakan punca pencemaran yang tidak
jelas dan tidak boleh ditentukan puncanya secara tepat seperti pencemaran dari kawasan
bandar, kawasan pertanian dan kawasan pembalakan. Di Malaysia, terdapat dua punca utama
bahan pencemar sungai, iaitu, aktiviti pembangunan tanah serta sumber asli dan pembuangan
sisa-sisa ke dalam air. Aktiviti pembangunan tanah dan sumber asli melibatkan pembukaan
kawasan penempatan dan pertanian baru, pembalakan, pembinaan infrastruktur fizikal seperti
jalan raya, pembangunan bandar dan pembinaan projek-projek fizikal seperti perumahan dan
perindustrian. Semua aktiviti ini menimbulkan masalah hakisan tanah yang mencemar air
sungai dari segi kandungan bahan terampai, warna, kekeruhan, bahan organik dan masalah
pemendapan sungai.

Isu pengurusan sungai menjadi sangat penting sejak kebelakangan ini akibat
meruncingnya masalah pencemaran sungai. Pengurusan sungai merupakan usaha memelihara
dan memulihara sungai supaya kualitinya tidak terus merosot. Dalam kata lain, pengurusan
sungai menyediakan cara bagaimana mengawal dan memandu hubungan manusia dengan
komponen alam sekitar ini agar kualiti sungai tersebut dan kepentingan organisma hidup
khususnya manusia sentiasa terpelihara. Objektif utama pengurusan sungai ialah untuk
memelihara sungai sedia ada untuk kegunaan semasa dan masa hadapan, meminimumkan
impak terhadap sungai kesan daripada pelbagai aktiviti pembangunan selain meningkatkan
kualiti sungai dan kehidupan sekitarnya. Agensi yang dianggap bertanggung jawab dalam hal
ehwal pengurusan sungai ialah Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Alam Sekitar.

Kaedah perundangan melibatkan penggunaan polisi dan perundangan dalam


pengurusan sungai antaranya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Kerajaan Tempatan 1976
dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Kaedah bukan perundangan pula antara lain
membabitkan penglibatan orang ramai dalam projek pemeliharaan sungai, penglibatan
Organisasi Bukan Kerajaan dan media massa dalam menimbulkan kesedaran orang ramai
mengenai peri pentingnya penjagaan sungai serta peranan institusi pendidikan melalui
pendidikan secara formal mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Selain itu, Jabatan Alam Sekitar yang merupakan agensi persekutuan di bawah
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tiada kawalan menyeluruh berkaitan dengan
sumber-sumber alam sekitar. Hal berkaitan dengan dengan tanah, hutan, sumber air, kawasan
Kerajaan tempatan, perikanan dan pertanian adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri

17
seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai Negeri, Perlembagaan
Persekutuan. Oleh itu, konflik sering berlaku antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri berkaitan
dengan pengurusan alam sekitar.

Di dalam kes pemuliharaan alam sekitar, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta
Kualiti Alam Sekeliling ( Pindaan ) 1985 merupakan akta-akta yang digubal dan diluluskan oleh
kerajaan Persekutuan tetapi pengurusan sumber alam sekitar masih dalam kawalan Kerajaan
Negeri. Kejayaan Akta-akta tersebut bergantung kepada kerjasama erat antara Kerajaan Negeri
dan Kerajaan Persekutuan. Namun kadang kala kerjasama ini susah dicapai jika berkait dengan
kepentingan kedua-dua buah pihak seperti dalam kes pembalakan di Endau- Rompin. Di bawah
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) Hutan Simpan Endau-Rompin akan dijadikan Taman
Negara. Taman Negara ini terdiri daripada kawasan seluas 500 000 ekar dan termasuk 90 000
ekar di Pahang dan 120 000 ekar di Johor. Pada tahun kedua Rancangan ini, Kerajaan Negeri
Pahang telah menggunakan 30 000 ekar daripada kawasan tersebut untuk pembalakan.
Sebalik pelbagai bantahan daripada badan bukan kerajaan dan orang awam, kerajaan Negeri
menyatakan mereka amat memerlukan hasil daripada pembalakan tersebut. Walaupun
mendapat pelbagai tentangan dan perhatian daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri
Pahang bercadang mengeluarkan lebih banyak lesen pembalakan. Hal ini hanya dapat
diselesaikan selepas pilihan raya pada tahun 1978 di mana Menteri Besar Pahang yang baru
dilantik.

Dalam berhadapan dengan pelaksanaan dasar yang buruk, kebanyakan masyarakat


yang terjejas telah menjadikan mahkamah sebagai saluran untuk mendapatkan keadilan alam
sekitar. Apa yang menyedihkan ialah ahli-ahli di bidang kehakiman juga telah menafikan hak
rakyat Malaysia untuk mendapatkan alam sekitar yang bersih, sihat, dan selamat meskipun hak
untuk hidup terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. Pada tahun-tahun kebelakangan, telah
menyaksikan kejayaan kepada penduduk Kampung Baru Kuala Kuang, Chemor selepas
berjuang selama 15 tahun untuk mendapatkan keadilan alam sekitar dalam menentang
pencemaran hidrogen sulfida yang beracun dari kilang getah. Dasar, standard dan pelaksanaan
yang betul yang disertai dengan budaya pertanggungjawaban dan akauntabiliti daripada sektor
swasta boleh mengelakkan kesukaran daripada berlakunya kejadian sama berulang.

Namun, langkah terbaik dalam hal ini ialah meminda Perlembagaan Persekutuan
dengan memberi kuasa sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk menguruskan

18
sumber dan hal-ehwal alam sekitar namun adalah penting memasukkan peruntukkan melantik
badan yang bebas untuk mengawasi tindakan kerajaan dalam menguruskan alam sekitar.
Hanya dengan cara ini masalah pertindihan kuasa dan pertelingkahan dapat diselesaikan di
samping memastikan Kerajaan Persekutuan tidak bertindak sesuka hati dalam pengurusan
alam sekitar negara dengan melantik badan pemerhati bebas untuk mengawasi mereka.
Sesungguhnya, jika pihak kerajaan betul-betul mengutamakan alam sekitar mereka haruslah
megetepikan kepentingan politik dan ekonomi dan melaksanakan pembangunan terancang
(substainable development) seperti yang diperuntukkan dalam rancangan Malaysia Ketiga
hingga kini ( Rancangan Malaysia Ke- 9 ).

Mengenai masalah melaksanakan undang-undang persekutuan di Sabah dan Sarawak kerana


kedua buah negeri ini mempunyai keistimewaan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan Negeri kedua buah negeri perlu juga mengambil kira kebaikkan undang-undang
tersebut terhadap pembangunan alam sekitar di negeri masing-masing. Tiada salahnya
mengguna pakai undang-undang tersebut dengan menggubal undang-undang yang sama
dengan undang-undang tersebut dan menguatkuasakannya di negeri masing-masing jika ia
betul-betul merupakan pilihan terbaik disebabkan kekangan yang ada untuk menggunakan
undang-undang persekutuan.

Ternyatalah dasar alam sekitar menekankan aspek pemuliharaan alam sekitar dan
keseimbangan ekologi bagi menjamin pertumbuhan berterusan sejajar dengan hasrat
menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020. Perhatian harus diberikan agar
pembangunan pada masa hadapan tidak menjejaskan mutu alam sekitar. Akta Kualiti Alam
Sekeliling (Pindaan), 1985 dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti-aktiviti yang ditetapkan),
1987 mewajibkan penilaian kesan terhadap alam sekitar (PKAS) dilaksanakan terhadap 19
kategori aktiviti yang ditetapkan. PKAS yang merupakan suatu proses pencegahan
dilaksanakan untuk mengkaji kesan projek yang dicadangkan terhadap alam sekitar dan
menentukan kos bagi melaksanakan langkah-langkah mencegah kerosakan alam sekitar. Bagi
melaksanakan tujuan PKAS, Jabatan Alam Sekitar telah menetapkan prosedur penilaian seperti
yang terkandung dalam buku Garis Panduan Penilaian Kesan Alam Sekitar,1989. Sebelum
suatu projek yang dicadangkan itu dimulai dan diluluskan kerajaan, pemaju projek aktiviti yang
ditetapkan dengan bantuan pakar perundingan dikehendaki menyediakan suatu laporan
penilaian projek yang dicadangkan untuk dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar.

19
6.0 PERANAN KERAJAAN DAN BADAN BUKAN KERAJAAN

6.1 Badan Kerajaan

Badan kerajaan merupakan badan yang berperanan besar dalam memastikan


pembangunan lestari terus berlangsung. Kerajaan mempunyai kuasa yang luas dalam
membuat dasar-dasar atau peraturan-peraturan yang berkaitan dengan alam sekitar. Tindakan
boleh dikenakan bagi pihak yang melanggar peraturan dan ia secara tidak langsung dapat
mengawal pencamaran alam sekitar dan mengawal penggunaan alam semulajadi. Kementerian
yang berkaitan dengan alam sekitar ialah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Selaras
dengan visi kementerian berkenaan yang mahu menerajui pengurusan sumber asli dan
pemuliharaan alam sekitar secara lestari ke arah pencapaian wawasan negara. Selain itu,
kementerian ini harus memastikan sumber asli dan alam sekitar diurus dengan seimbang bagi
menjamin pembangunan lestari dengan cara penyediakan inventori sumber, perancangan
pembangunan sumber dan pelan pemuliharaan, peningkatan pengetahuan saintifik,
pengukuhan mekanisme pentadbiran dan institusi.

Seterusnya, kementerian ini perlu memastikan sistem penyampaian perkhidmatan


berkaitan sumber asli dan alam sekitar yang cekap dan berkesan dengan mempertingkatkan
kemahiran dan pengetahuan tenaga kerja serta menyediakan mekanisme dan sistem
penyebaran maklumat yang cekap. Bagi pembangunan yang dijalankan, Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar perlu memastikan perlaksanaan projek-projek pembangunan berjalan
dengan cekap dan berkesan. Hal ini kerana ia dapat mengawal sebarang masalah pencemaran
yang bakal berlaku. Selain itu, kementerian ini boleh menyediakan latihan, penyelidikan dan
pembangunan (R&D) sebagai pemangkin terokaan inovatif dalam pengurusan sumber asli dan
pemuliharaan alam sekitar. Sebagai kementerian yang bertanggungjawab, badan ini perlu
sering menjalankan program-program dan aktiviti kesedaran alam sekitar sebagai langkah
pencegahan.

Selain Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, terdapat beberapa agensi-agensi
yang mempunyai peranan yang sama dengan kementerian ini dalam memastikan alam sekitar
serta pembangunan lestari berjalan dengan jayanya. Agensi-agensi tersebut ialah seperti
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (PERSEKUTUAN),

20
Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Jabatan Taman
Laut Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta Institut Penyelidikan Hidraulik
Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).

6.2 Badan Bukan Kerajaan

Tidak semua masyarakat yang boleh mengaplikasikan pemeliharaan alam sekitar di


dalam kehidupan mereka. Begitu juga dengan pihak kilang-kilang atau pihak swasta khususnya
yang sentiasa terlibat dengan alam sekitar. Pihak swasta yang menjalankan pelbagai aktiviti
yang beroperasi mencemarkan alam sekitar fizikal perlu beroperasi di bawah penguasaan pihak
berkuasa. Sebahagian besar daripada syarikat-syarikat yang beroperasi di negara ini
mempunyai kesedaran terhadap alam sekitar dan mematuhi peraturan-peraturan yang
ditetapkan dari segi perundangan. Selain itu, bagi menyahut seruan kerajaan dalam menjaga
alam sekitar, terdapat syarikat-syarikat yang tampil dan melibatkan diri menyokong pihak
kerajaan. Salah satu langkah yang diambil oleh pihak swasta ialah dalam menyediakan laporan
tentang penilaian impak alam sekitar projek mereka walaupun pada masa itu keperluan untuk
penilaian impak alam sekitar belum dikuatkuasakan. Sesetangah syarikat pula mewujudkan
bahagian khas yang diketuai oleh ahli alam sekitar bagi mengendalikan masalah berkaitan alam
sekitar, di samping mengadakan penyelidikan mengenai teknologi yang tidak mencemarkan.

Terdapat beberapa agensi bukan kerajaan yang aktif dalam menjalankan aktivitinya di
Malaysia. Antara agensi-agensi tersebut ialah Persatuan Pencinta Alam, Persatuan Teknologi
Malaysia, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Gabungan Organisasi Pengguna Antarabangsa,
Institut Pengurusan Malaysia, Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia, Sahabat Alam
Malaysia, Institut Masyarakat, Persatuan Pengurusan dan Penyelidikan Alam Sekitar Malaysia
dan Pusat Teknologi Alam Sekitar dan Pembangunan Malaysia.

Persatuan Pencinta Alam contohnya, merupakan salah sebuah daripada agensi atau
organisasi bukan kerajaan yang tertua di Malaysia yang melibatkan diri dengan alam sekitar.
Persatuan ini yang mewujudkan forum bagi kajian alam semula jadi juga bertindak melahirkan
kesedaran awam mengenai nilai alam semula jadi. Selain menggalakkan ahlinya menghayati
alam semula jadi melalui aktiviti luar, persatuan ini juga, menganjurkan ceramah dan forum
serta bergiat dalam kempen bagi pemuliharaan warisan alam semula jadi. Antara aktiviti yang
telah dijalankan ialah seperti kempen anti-pembalakkan dan menentang pembinaan Empangan

21
Tembeling serta kempen untuk menjadikan Hutan Simpan Endau-Rompin sebagai sebuah
taman negara.

Bagi pihak massa pula, sama ada media cetak atau media elektronik juga penting
mengimbau dan menghebahkan tentang kepenting menjaga alam sekitar. Hal ini kerana
masyarakat lebih rapat dengan media massa kerana fungsi media massa itu sendiri sebagai
saluran komunikasi dan hiburan kepada masyarakat. Sejak rakyat mula prihatin terhadap
pencemaran alam sekitar, pihak media massa telah meningkatkan liputan mereka mengenai
masalah-masalah alam sekitar yang nyata seperti pencemaran sungai, jerebu, pembakran
terbuka, pembuangan sisa toksik dan pembuangan efluen penternakan khinzir. Malah, jika
sesuatu peristiwa yang melibatkan alam sekitar seperti kejadian tanah runtuh dan pembakaran
terbuka turut akan disiarkan di dada akhbar, televisyen atau radio.

7.0 LANGKAH PROGRAM-PROGRAM KERJASAMA SERANTAU DAN


ANTARABANGSA

Terdapat pelbagai usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam
menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar khususnya dalam bidang
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Selain dari pelbagai projek pembangunan hutan
yang dilaksanakan di peringkat kebangsaan, Jabatan Perhutanan Malaysia turut terlibat secara
aktif di dalam beberapa bidang perhutanan di peringkat serantau dan antarabangsa.

7.1 Institut Pengurusan Hutan Asean (IPHA)

IPHA telah melaksanakan program komersial yang telah pun dilaksanakan sejak tahun
1995 lagi. Sepanjang penubuhan, institut ini telah berjaya menganjurkan dua kursus mengenai
Sistem Maklumat Geografi (GIS), dua kursus mengenai pengurusan hutan secara berkekalan
dan satu bengkel perpustakaan dalam tahun 1997. Di samping itu juga, melaksanakan projek
serantau ITTO (1996-1999) yang bertajuk “Perancangan Praktikal dan Strategi-strategi
Keberkesanan Kos bagi Pemeliharaan Sumber Genetik Pokok-pokok Berjenis Komersial di
Tropika Asia dan Pasifik” dipertingkatkan lagi dalam tahun 1997.

7.2 Kesedaran dan Promosi Alam Sekitar

22
Dalam tempoh Rancangan, usaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar
dipergiat di peringkat sekolah, komuniti dan kebangsaan. Pada tahun 2002, Pertubuhan NGO
Alam Sekitar Malaysia (MENGOs) diwujudkan bagi usaha menggabungkan 18 badan kerajaan
(NGO) yang berkaitan dengan alam sekitar. Hal demikian bertujuan untuk mengukuhkan
kerjasama dan integrasi dalam usaha mereka bagi meningkatkan tahap kesedaran terhadap
isu-isu alam sekitar dan sumber asli serta memberi input, komen dan maklum balas kepada
kerajaan. Usaha ini sangat penting bagi merealisasikan penggunaan nilai etika dalam
pemeliharaan alam sekitar. Oleh itu, bagi menggalakkan pihak berkuasa tempatan mengguna
pakai amalan mesra alam, program Bandar Lestari-Anugerah Alam Sekitar dilancarkan pada
tahun 2005 dan Kuantan, Pahang muncul sebagai penerima pertama anugerah tersebut.

7.3 Inisiatif Alam Sekitar Antarabangsa

Malaysia terus memainkan peranan yang aktif dalam pelbagai inisiatif alam sekitar di
peringkat pelbagai hala dan khususnya menganjurkan Persidangan Ke-7 Parti-Parti
Konvensyen. Kepelbagaian Biologi dan Mesyuarat Pertama Parti-Parti Protokol Cartagen pada
Februari 2004. Dalam tempoh Rancangan, beberapa perjanjian pelbagai hala mengenai alam
sekitar dan pindaan berkaitan telah ditandangani termasuk Konvensyen Stockholm Mengenai
Pencemar Organik Yang Berkekalan. Di samping itu, Protokol Montreal Bahan-Bahan Yang
Memusnahkan Lapisan Ozon, Konvensyen Basel Mengenai Kawalan Pergerakan Buangan
Berbahaya Merentasi Sempadan dan Pelupusannya, Konvensyen Rotterdam Mengenai
Peraturan Persetujuan Pemberitahuan Terlebih dahulu Bagi Bahan Kimia Berbahaya dan
Racun Perosak tertentu dalam Perdagangan Antarabangsa, Protokol Kyoto kepada
Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim dan
Protokol Cartagen berkenaan.

7.4 Pembangunan sistem pemetaan dan maklumat geografi untuk


keberkesanan perancangan, pengurusan, pemeliharaan dan pembangunan
sumber hutan secara berkekalan di Semenanjung Malaysia

Projek ini adalah atas inisiatif kerajaan Malaysia dengan menerima bantuan teknikal dan
kewangan daripada Kesatuan Eropah. Program yang dilaksanakan ini bertujuan untuk
membangunkan sistem maklumat pemetaan dan geografi perhutanan bagi perancangan,

23
pengurusan dan pemeliharaan sumber perhutanan secara lebih sistematik dan dinamik.
Sepanjang tahun 1997, kerja-kerja adalah lebih berfokus kepada tiga isu yang utama iaitu
analisis keperluan, pengumpulan maklumat dan rekabentuk sistem. Tahun tersebut merupakan
tahun pertama projek ini beroperasi.

Dua aspek utama projek ini telah dilaksanakan secara serentak iaitu projek Sistem
Maklumat Geografi (GIS) dan Sistem Maklumat Pengurusan (MIS) yang masing-masing
mempunyai perkaitan yang tersendiri. Selain itu, terdapat beberapa bidang dilaksanakan secara
berdigit seperti bidang perancangan, operasi, sumber, pentadbiran, pemetaan dan remote
sensing. Sebagai contoh, pada penghujung tahun 1997 iaitu tahun pertama projek ini
dilaksanakan struktur reka bentuk MIS telah hampir siap dibina bagi fasa pembangunan
program komputer pada tahun 1998. Di samping itu, pihak Agensi Angkasa Lepas Eropah telah
mengeluarkan geran tambahan kepada kerajaan Malaysia bagi penggunaan imej satelit
beradar. Penggunaan imej satelit tersebut amat bersesuaian digunakan di dalam awan dan
langit yang berjerebu serta memantau perubahan kegunaan tanah. Projek ini memainkan
peranan yang penting dan utama dalam mempelopori kemajuan teknologi maklumat (IT) dalam
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Secara keseluruhannya, projek ini dapat
menghasilkan ‘modular, intergrated software’ yang akan menggantikan pangkalan data dan
reka bentuk yang lama.

7.5 Menangani masalah alam sekitar (Kes Jerebu 1997)

Jerebu membawa kepada pelbagai kesan negatif. Kedatangannya setiap tahun


menjadikan Malaysia kini seolah-olah mempunyai tiga musim selain musim tengkujuh dan
musim kemarau yang saban tahun melanda negara ini. Masalahnya ialah kedatangan tidak
diundang musim terbaru dalam kalendar musim-musim di Malaysia ini bukanlah fenomena
biasa. Punca sebenarnya bukan dari dalam negeri tetapi dari luar, lebih tepat, Indonesia.
Sebagai contoh, pada tahun 1997 Malaysia mengalami masalah jerebu yang teruk bukan
berpunca daripada Malaysia tetapi berpunca daripada Indonesia yang melakukan pembakaran
secara terbuka. Kaedah pertanian di negara jiran itu yang mengizinkan pembakaran terbuka
seperti di Sumatera, Riau dan Kalimantan menjadikan Malaysia khususnya Lembah Klang dan
kawasan-kawasan sekitarnya sebagai kawasan tadahan asap dan segala macam pencemaran
daripada kerja-kerja pembakaran itu.

24
Disebabkan hubungan yang baik dalam kalangan anggota ASEAN, Malaysia telah
menghantar satu pasukan yang besar bagi membantu mengawal kebakaran hutan paling buruk
di Indonesia ketika itu. Semangat ASEAN perlu direalisasikan kerana jiran yang baik ialah yang
bukan sahaja tidak menyusahkan jiran yang lain, tetapi turut menyumbang kemakmuran dan
kesejahteraan kepada mereka. Pelan tindakan menangani jerebu yang dipersetujui oleh
Malaysia, Singapura dan Indonesia pada 1997 perlu dipupuk semula. Pelan itu dilaporkan
mendapat bantuan RM4.56 juta dari Bank Pembangunan Asia. ASEAN juga mempunyai
kesepakatan di bawah Perjanjian Asap Antara Negara Sempadan ASEAN yang ditandatangani
pada November 2003 antara Malaysia, Singapura, Brunei, Vietnam, Thailand dan Myanmar.
Oleh hal yang demikian, kerjasama serantau yang melibatkan keanggotaan negara-negara
ASEAN amat penting dalam melakukan kerjasama bagi membanteras masalah-masalah yang
berkaitan dengan alam sekitar.

7.6 Program Perolehan Bahan Tanaman Perhutanan Malaysia-Jerman

Projek Kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan The Deutsche


Gesselschaft fur Technische Zusammenarbeit (GTZ) ini bertujuan meningkatkan atau
menggalakkan sistem pengendalian, pengutipan dan penyimpanan biji benih dan stok tanaman
dari spesies tempatan melalui tranformasi teknologi di samping memperkukuhkan lagi
kerjasama dan hubungan antara agensi berkaitan (Jabatan Perhutanan Negeri). Projek ini
penting kerana mengekalkan kualiti yang tinggi terhadap bekalan bijih timah dan stok tanaman
dari spesies tempatan untuk membangunkan projek-projek perhutanan. Antara aktiviti yang
telah dijalankan adalah mengadakan kursus-kursus latihan yang masing-masing mengenai
Penyelenggaraan Alat-alat Memanjat Pokok, Bilik biji benih/anak benih Bergerak dan kajian
semula program FGRID telah diadakan khusus untuk 63 orang pegawai luar. Selain itu,
terdapat dua manual kerja luar bertajuk ‘Guidelines on Management and Nursery Technique’
dan ‘Guidelines on Seeds Handling’ telah disiapkan dan dihantar kepada semua negeri.

7.7 Projek pengurusan hutan secara berperingkat

Projek ini adalah projek kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan Jepun. Tujuan
utama pelaksanaan projek ini adalah berkaiatan dengan usaha untuk mengumpul data dan
maklumat-maklumat yang perlu bagi melahirkan atau mencipta sistem pengurusan hutan
pelbagai tahap melalui beberapa kajian ke atas tanaman ladang secara percubaan. Kemudian

25
akan dijadikan model untuk penubuhan ladang hutan secara besar-besaran di samping
menggalakkan atau menggiatkan aktiviti pemeliharaan hutan selaras dengan objektif
pengurusan hutan secara berkekalan bagi Semenanjung Malaysia. Sebagai contoh, tahun 1997
seluas 160 hektar dan 14 hektar masing-masing di Hutan Simpan Chikus dan Hutan Simpan
Kinta berjaya diselenggara dengan baik mengikut perancangan sementara sejumlah 30 000
anak benih jenis spesies tempatan telah pun disemai. Sebanyak tiga percubaan yang
mengambil jangka masa pendek berkaitan ‘Overstorey Felling Technique, Mychorrizal Survey
dan Nursery Management’ telah dijalankan dan disiapkan dalam tahun 1997. Oleh hal yang
demikian, semua kos perbelanjaan projek ini yang dikeluarkan adalah sebanyak RM540 713.

26
8.0 KESIMPULAN

Terdapat pelbagai langkah yang dilaksanakan oleh badan kerajaan dan bukan kerajaan
dalam memastikan alam sekitar sentiasa kelihatan bersih dan pembangunan lestari dapat
dicapai. Sebagai contoh, kempen, kerjasama serantau dan kemudahan-kemudahan seperti
tong sampah disediakan bagi memastikan alam sekitar tidak mudah dicemari. Namun, tanpa
adanya penyerapan nilai-nilai etika dalam diri setiap manusia terhadap kesedaran pengurusan
alam sekitar yang baik, pengekalan sumber seperti hutan dan udara yang bersih amat sukar
untuk dikecapi. Dalam semua agama tidak kira agama Islam, Budha, Hindu mahupun Kristian
sentiasa menyarankan agar manusia harus mengamalkan nilai-nilai murni untuk jaminan masa
hadapan yang baik seperti menyerapkan sikap mengambil berat, berilmu pengetahuan,
bertanggungjawab dan mematuhi peraturan. Jika setiap manusia patuh dengan ajaran agama
masing-masing, pastinya alam sekitar juga menerima impak positif hasil daripada ketaatan
manusia pada agama dan pegangan masing-masing.
Tidak dapat dinafikan bahawa keupayaan untuk mengatasi halangan-halangan ini
adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh manusia yang menuju ke arah alaf baru. Gesaan atau
arahan kepada masyarakat secara mengejut untuk melakukan perubahan dari segi cara hidup,
prinsip pemikiran dan tindakan lazimnya pasti akan menghadapi masalah dan tentangan. Oleh
itu, pendidikan tentang penerapan nilai murni, etika penjagaan alam sekitar dan
pengadaptasian secara berkesan tentang pembangunan lestari seharusnya dilakukan dari
institusi sekolah lagi. Kanak-kanak dan pelajar sekolah harus dididik dan diberi pendedahan
untuk menyedari istilah dan pembangunan lestari dan kepentingannya pada masa panjang.
Tidak mustahil bahawa langkah-langkah sewajarnya yang diambil dari istitusi pendidikan dapat
membentuk modal insan yang bertanggungjawab pada alam sekitar. Ibarat kata pepatah,
’melentur buluh biarlah daripada rebungnya’.
Secara kesimpulannya, langkah-langkah sewajarnya perlu dimantapkan selain daripada
menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat bagi mengelakkan berlaku sebarang
eksploitasi terhadap alam sekitar. Penerapan nilai-nilai etika harus dijadikan satu perkara yang
sangat penting terutama dalam kalangan pelajar sekolah dan remaja. Dengan adanya
kesedaran masyarakat menerusi penerapan nilai-nilai etika dalam diri masing-masing, kejayaan
pembangunan lestari pastinya dapat dicapai. Oleh itu, dapatlah generasi akan datang merasai
udara yang nyaman, sungai dan laut yang bersih, hidupan flora fauna yang masih terlindung
serta persekitaran yang sihat.

27
BIBLIOGRAFI

Abdul Samad Hadi & Sulong Mohamad (1990) Pembandaran dan Transformasi Negeri
Alam pemuliharaan. Diperoleh pada Febuari 10,2011 daripada
http://www.sabah. org.my/

Ahmad Badri Mohamed (1984). Manusia dan pembangunan terhadap alam sekitar.
Bangi : Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fatimah Said dan Saad Mohd Said (1999). Ekonomi Perindustrian : Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.

Jamaluddin Md. Jahi, 1995. Kesedaran terhadap alam sekitar dan pengurusannya di
Malaysia. Dlm. Prosiding “Seminar Kebangsaan Pendidikan Geografi di Malaysia
: Isu, Cabaran dan Prospek”, anjuran Persatuan Geografi Kebangsaan dan
Jabatan Geografi, FSKK, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 30-31 Oktober,
1995.

Mardzelah Makhsin (2006). Sains pemikiran dan Etika.Selangor: PTS Professional


Publishing Sdn.Bhd.

Ong Swee Kang (1993). Kemahiran Geografi dan Geografi Fizikal. Selangor: Delta.
Sabah. Penerbit UKM: Bangi

Sham Sani, Abdul Samad Hadi & Jamaluddin Md.Jahi (2001). Alam sekitar dan
pengurusannya di Malaysia : Kuala Lumpur. Isu dan pengurusannya, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990

Sham Sani, Abdul Samad Hj. Abdul Hadi (2006). Pembangunan dan Alam Sekitar di
Malaysia : Siri Memacu Ekonomi Negara. Alam Sekitar : Penerbitan Hartamas,
Segambut Kuala Lumpur

28

You might also like