You are on page 1of 5

BAB 9 : MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

PERANG DUNIA PERTAMA (1914-1918)

Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama


 Kemunculan nasionalisme
 Wujudnya sistem pakatan negara-negara Eropah iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan
Pakatan Bertiga
 Penyatuan negara Jerman dan Itali
 Persaingan sengit di kalangan kuasa Eropah membentuk lingkungan pengaruh mereka
 Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi
 Kuasa Eropah bersaing untuk mendapatkan bahan mentah dan memasarkan barangan
siap mereka
 Faktor segera ialah pembunuhan Archduke Franz Ferdinand, pewaris takhta Austria-
Hungary dan isterinya oleh seorang pengganas Serbia

Peristiwa Perang Dunia Pertama


 Austria dengan sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia
 Serbia disokong oleh sekutunya Rusia dan Perancis
 Serangan Jerman terhadap Perancis melalui Belgium (negara berkecuali)
menimbulkan kemarahan Britain
 Britain yang bermusuhan dengan Jerman turut campur tangan dalam peperangan
 Britain meminta bantuan daripada Amerika Syarikat
 Serangan Jerman terhadap kapal dagang Amerika Syarikat turut melibatkannya dalam
peperangan

Kesan-kesan Perang Dunia Pertama


Politik
 Menamatkan pemerintahan beraja di Eropah
 Termeterainya Perjanjian Versailles
 Perjanjian Versailles mengubah peta Eropah dan membentuk beberapa buah negara
baru
 Pembentukan Liga Bangsa
 Matlamat Liga Bangsa adalah untuk menggalakkan keamanan, menjamin
keselamatan bersama dan kerjasama antarabangsa
 Liga Bangsa gagal menjamin kesejahteraan dunia

Ekonomi
 Perbelanjaan perang yang terlalu yang besar
 Berlakunya inflasi dan hutang peperangan yang tinggi
 Berlakunya pengangguran
 Pasaran dunia diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun
 Britain kehilangan 1/3 daripada perdagangan luarnya

Sosial
 Kehilangan nyawa yang ramai
MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA

KOMANWEL
Latar Belakang
 Dibentuk pada 1931
 Anggotanya terdiri daripada Negara bekas tanah jajahan Britain yang telah merdeka
 Anggotanya terdiri daripada 54 buah negara maju dan negara sedang membangun
 Secretariat Komanwel ditubuhkan pada 1965 dan beribu pejabat di London

Matlamat
 Membina semangat setia kawan di kalangan negara anggota
 Mewujudkan kerjasama dalam segala bidang

Faedah yang diperoleh Malaysia


 Membantu Malaysia memelihara keamanan dalam menyekat perjuangan PKM
 Perjanjian pertahanan menjanjikan bantuan ketenteraan sekiranya Malaysia diserang
 Bantuan semasa Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia
 Eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel dikenakan cukai yang rendah

Penglibatan Malaysia
 Terlibat dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)
 Membincangkan hal-hal kepentingan bersama
 CHOGM di Malaysia pada 1989 telah mengisytiharkan Deklarasi Langkawi
 Malaysia menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak
asasi manusia
 Rancangan Colombia menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang
pendidikan
 Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel pada 1998

PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)


Latar Belakang
 Ditubuhkan pada September 1961 semasa kemuncak Perang Dingin
 Anggotanya terdiri daripada negara-negara membangun (Asia, Afrika dan Amerika
Selatan)
 Anggotanya terdiri daripada 113 buah negara, manakala 16 buah negara sebagai
pemerhati dan 28 buah negara merupakan tetamu jemputan

Matlamat dan prinsip perjuangan NAM


 Mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok Barat atau blok Komunis
 Mengelakkan campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara
 Menghormati kedaulatan sesebuah negara
 Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan
 Menghormati hak asasi manusia
Penglibatan Malaysia
 Malaysia menganggotai NAM pada 1970 setelah berlakunya pertukaran Dasar Luar
Malaysia daripada dasar pro-Barat dan antikomunis kepada dasar berbaik-baik
dengan semua negara
 Dalam Sidang Kemuncak Ke-7 di New Delhi pada 1987, Malaysia mengemukakan
usul seperti isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika
 Dalam Sidang Kemuncak Ke-8 di Harare (Zimbabwe), Malaysia mengemukakan
cadangan bagi menghapuskan Dasar Aparteid
 Pada 1989, Malaysia dipilih sebagai Naib Presiden dan Sidang Kemuncak di
Belgrade (Yugoslavia)
 Malaysia dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama
politik
 Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM yang Ke-13 pada
2003
 Sidang Kemuncak NAM Ke-13 berjaya mencatatkan penyertaan tertinggi,
mendaftarkan 2 negara anggota baru iaitu Timur Leste dan Pulau Catalina dan
menganjurkan satu mesyuarat tidak rasmi OIC
 Deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha menghidupkan kembali NAM,
pernyataan tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq

NEGARA-NEGARA SELATAN
Latar Belakang
 Dikenali sebagai Negara-negara Dunia Ketiga
 Mempunyai persamaan dari segi latar belakang ekonomi dan pernah dijajah oleh
kuasa Barat
 Bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah
 Tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses bahan mentah menjadi
barangan siap
 Pergantungan ini membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil
 Kawalan terhadap harga bahan mentah dan pengenaan kadar faedah yang tinggi
terhadap pinjaman yang diberikan

Matlamat
 Untuk mengatasi harga eksport bahan-bahan mentah
 Meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal dalam kalangann anggota tanpa
bergantung kepada negara-negara maju

Penglibatan Malaysia
 Idea penubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan datang daripada Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad
 Menubuhkan Kumpulan 15 (G15) pada 1989
 Sidang Kemuncak G15 yang pertama diadakan di Kuala Lumpur pada 1990
 Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
 Penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan
 Penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global
 Penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan
PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)
Latar Belakang
 Ditubuhkan pada 1971 daripada idea Tunku Abdul Rahman
 Beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi
 Semasa ditubuhkan ahlinya terdiri daripada 57 buah negara dengan 3 buah negara lagi
sebagai pemerhati

Matlamat
 Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang
 Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam
 Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam
 Memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari

Peranan OIC
 Memberi bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah
 Menghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan
 Bantuan kewangan kepada negara-negara Islam yang kurang maju seperti Sudan,
Negeria dan Chad
 Penubuhan Bank Pembangunan Islam bagi memberikan perkhidmatan kewangan
kepada negara anggota

Faedah yang diperoleh Malaysia


 Mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam untuk kepentingan rakyat
 Mendapat bantuan untuk menubuhkan UIAM
 Mendapat penghormatan daripada negara anggota

Penglibatan Malaysia
 Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk menjadi Setiausaha Agung OIC
yang pertama
 Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq
 Memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk
mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel
 Menjadi tuan rumah Persidang OIC pada 1974 dan 2003
 Menganjurkan persidangan menentang pengganas pada 2002
 Menawarkan biasiswa untuk belajar di UIAM
 Mengesyorkan penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam untuk urusan
perdagangan

KEPENTINGAN HUBUNGAN DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA


 Menjamin keselamatan rakyat dan negara
 Memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara
 Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi
 Mengekalkan keamanan sejagat
 Menjadi warga global yang bertanggungjawab
 Peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia
 Bersedia menangani cabaran semasa yang dihadapi dalam era globalisasi
CABARAN MASA DEPAN
GLOBALISASI
Takrifan
 Perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan yang disebabkan oleh kepantasan
perkembangan teknologi maklumat
 Segala aspek penting dari segi ekonomi dan sosial dapat menyeberangi sempadan
dalam masa yang begitu singkat
 Perubahan yang meliputi skop yang luas ini dihubungkan dengan kemajuan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT)
 ICT membolehkan proses komunikasi berlaku dengan pantas, mudah dan berkesan
tanpa mengira sempadan

Pandangan
 Merupakan sesuatu yang berfaedah kerana boleh membawa kepada pembangunan
ekonomi
 Akan meningkatkan jurang perbezaan di dalam negara antara bandar dengan luar
bandar, antara negara maju dengan negara membangun, menyekat peluang pekerjaan,
merendahkan taraf hidup dan menghindarkan perkembangan sosial

Langkah-langkah kerajaan
 Menyediakan prasarana ICT seperti yang terdapat dalam wawasan 2020
 Melancarkan projek Koridor Raya Multimedia (MSC) yang memulakan e-
pendidikan, e-dagang dan penyiaran digital
 MSC dilancarkan pada 1998
 Kawasan MSC mencakupi KLCC sehingga KLIA
 Tujuan MSC adalah untuk memanfaatkan sepenuhnya perkembangan teknologi
maklumat dan melahirkan masyarakat yang bermaklumat

K-masyarakat
 Masyarakat yang sentiasa memperkaya diri dengan pengetahuan agar terus bersaing
 Selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat
 Prasarana pendidikan dibangunkan dengan secekapnya untuk pembangunan k-
masyarakat
 Sekolah wawasan didirikan bagi memupuk perpaduan melalui interaksi murid
pelbagai kaum
 Sekolah bestari pula dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dalam usaha
memupuk masyarakat yang celik IT
 Kurikulum diubahsuai agar dapat melahirkan pelajar yang kreatif, dinamis dan
berfikiran kritis
 Bertujuan melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi, bermotivasi tinggi dan
berkemahiran tinggi

You might also like