You are on page 1of 3

Abdul Ghafar bin Baba

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari Tun Gaffar Baba)


Lompat ke: navigasi, gelintar

Ghafar Baba

Tun Abdul Ghafar bin Baba (18 Februari 1925 - 23 April 2006) merupakan Timbalan
Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad. Abdul Ghafar bin Baba mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri
pada 10 Mei 1986 sehingga 15 Oktober 1993.

[sunting] Kehidupan awal


Beliau dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan awal di
Sekolah Melayu Kuala Pilah (1931 - 1936) dan dan Sekolah Melayu Tangga Batu (1937 -
1940), Melaka. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan
Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim (1946 - 1949). Beliau
memulakan kerjaya sebagai seorang guru (1949 - 1955) sebelum beralih sepenuhnya
kepada kerjaya politik (1955 - 2004).

[sunting] Politik
Tun Ghafar Baba mula mengorak langkah untuk memperjuangkan nasib bangsa dan
negara Malaysia, apabila melibatkan diri dalam politik pada tahun 1940 dengan
menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Melaka ketika berusia 15 tahun. Kemudian
aktif dalam PKMM sejak 1945 hingga 1948.

Kira-kira 11 tahun kemudian, bintang politik beliau semakin terserlah apabila memegang
beberapa jawatan seperti Setiausaha UMNO Melaka, Pengerusi UMNO Melaka, Pegawai
Penerangan UMNO Malaya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Presiden UMNO dan
Setiausaha BN.

Beliau mula terbabit secara sepenuh masa dalam politik dengan bertanding di kawasan
Dewan Undangan Negeri Melaka Luar pada pilihan raya umum pertama 1955. Kawasan
pilihan raya terakhir yang diwakilinya ialah kawasan Parlimen Batu Berendam di Melaka
yang dimenanginya pada pilihan raya umum 1999.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1959
hingga tahun 1967.

Beliau merupakan antara kepimpinan UMNO yang telah berkhidmat di bawah 3 Perdana
Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir. Beliau
keluar kabinet selama 10 tahun apabila Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri.
Apabila Tun Dr. Mahathir dilantik Perdana Menteri beliau masih berada di luar kerajaan
dan hanya masuk kembali pada tahun 1986 apabila Tun Musa Hitam meletakkan jawatan
Timbalan Perdana Menteri.

Ghafar Baba pernah menjadi pengerusi MARA dari 1 September 1967 hingga 31 Oktober
1971 dan merupakan pengasas Kolej MARA dan ITM yang kini sebagai Universiti
Teknologi Mara (UiTM). Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah
Utusan Melayu (M) Bhd dan Kompleks Kewangan selama 10 tahun bermula 1 September
1976 hingga 1986 apabila dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Ghafar merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang diberi kepercayaan menerajui


MCA sebagai pemangku presiden selama 10 bulan ketika parti berasaskan kaum Cina itu
dilanda krisis akibat perebutan kuasa antara presidennya ketika itu, Tan Koon Swan dan
bekas presiden Tan Sri Dr Neo Yee Pan.

[sunting] Keluarga
Beliau berkahwin dengan Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Asmah binti Alang dan
kemudian berkahwin dengan D. Heryati binti Abdul Rahim pada tahun 1992, tetapi
bercerai pada tahun 2003. Beliau dikurniakan 11 orang anak.

[sunting] Meninggal dunia


Pada 23 April 2006. Beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan
Ampang, Kuala Lumpur pada pukul 7:34 pagi kerana diserang sakit jantung. Beliau
berusia 81 tahun ketika menghembuskan nafas terakhirnya. Jenazah beliau dikebumikan
di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

[sunting] Jawatan

Ghafar Baba semasa menjadi Ketua Menteri Melaka


 Setiausaha Kesatuan guru - guru 1949 - 1951,
 Setiausaha UMNO Melaka 1951 - 1955
 Pengerusi UMNO Melaka 1955 - 1973
 Ketua Menteri Melaka 1959 - 1967
 Ahli Majlis Tertinggi UMNO 1957 - 1993
 Ketua Penerangan UMNO 1958 - 1962
 Naib Presiden UMNO 1962 - 1987
 Presiden de facto MCA pada tahun 1985 (MCA mengalami krisis kepimpinan
pada 1985 dan 1986)
 Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri 1986 - 1993

You might also like