Professional Documents
Culture Documents
Pendahuluan
Burung puyuh adalah sejenis ternakan yang mudah dipelihara berdasarkan kepada perkara berikut:-
Perancangan Projek
Kos/Modal
Ladang
Pengurusan
Pasaran
Keempat-empat perkara ini sentiasa bergandingan bagi mencapai kejayaan disamping sikap dan
kesanggupan penternak itu sendiri. Jika salah satu daripada perkara ini diabaikan besar kemungkinan
usaha menternak akan menemui kegagalan.
Kos/Modal
Diperlukan untuk:-
Kos tetap iaitu Reban/bangsal, peralatan makan minum, alat pemanas dan sebagainya.
Kos berulang iaitu Makanan, air, gas/letrik , ubatan dan sebagainya.
Ladang
Pemilihan kawasan:-
Keluasan tanah
Saliran yang sempurna. Tidak mudah banjir
Bangsal/Reban
Mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-
a. Peredaran udara yang sempurna
b. Saiz yang bersesuaian dengan jumlah yang hendak dipelihara. 1 ekor = 20 " persegi
c. Kedudukan reban sebolehnya ditempat sunyi (tiada ganguan), terlindung dari matahari terik
(arah Timur-Barat), cuaca buruk dan musuh.
Peralatan
a. Bekas makanan ( dulang dan palung untuk anak serta bekas makanan yang boleh
digantung
b. Bekas minuman
c. Tirai/Bidai
d. Alat pemanas. Hover ( 1 utk 1000 ekor) atau Bal eletrik (15 watt - 1 utk 50 ekor) atau
lampu minyak.
e. Habok papan (kasar) atau sebagainya (jika menggunakan lantai bawah)
f. Kertas untuk alas lantai (semasa perindukan jika menggunakan lantai atas)
g. Alat pembentung (lantai bawah)
h. Guli atau batu (untuk dimasukkan dalam bekas minum untuk mengelakkan anak puyuh
masuk)
Pengurusan
* Baka
* Pemakanan
1. Jenis makanan yang boleh digunakan ialah:-
A. Quail Starter Mash serta Quail Finisher Pellet atau
B. Broiler Starter Mash atau Broiler Starter Crumblers atau Broiler Finisher Pellet
2. Cara Pemberian
Cara Pertama
1 hari - 14 hari - Quail starter Mash
15 hari hingga jual - Quail Finisher Pellet
Cara Kedua
1 hari hingga jual - Broiler Starter Mash/Crumbles atau
- Quail Starter Mash
Cara Ketiga
1 hari hingga 21 hari - Broiler Starter Mash
22 hari hingga jual - Broiler Finisher Pellet
* Perindukan
Haba. Minggu 1 suhu 95 F (35 C) dan minggu 2 suhu 90 F (32 C) atau lihat taburan
anak puyuh
Pasangkan bidai padaa waktu siang dan malam sehingga umur 1 minggu. Minggu 2
pada waktu malam atau hujan sahaja
Buang alas lantai apabila kaki anak puyuh tidak bolos dilantai perindukan (jika lantai
atas)
Besarkan pembentung pada minggu 2 supaya kawasan anak puyuh tidak sempit
* Membesar
Naikkan bekas makanan sama paras dengan belakang puyuh untuk mengelakan
pembaziran
makanan
* Pengurusan Rekod
Tarikh/bilangan dijual
Bilangan mati
Lain-lain.
Rekod Kewangan
Hasil/Jualan
- Tarikh, bilangan, berat, harga,pendapatan
Perbelanjaan Operasi
- Kos anak puyuh, makanan, ubatan, gas/minyak/letrik, air, upah, faedah bank, susut
nilai bangunan dan peralatan
Keuntungan/Kerugian
- Hasil (pendapatan)/Perbelanjaan
Pemasaran
Strategi Pemasaran
Terdapat empat faktor yang penting yang perlu dilakukan oleh penternak di dalam urusan perniagaan
* Tempat
- Menguntungkan jika berdekatan dengan kawasan pasaran
- Tiada masalah kemudahan air dan letrik
- Dapat mengkaji persaingan di antara penternak dan potensi pasaran
- Ada kemudahan peti sejuk dan mesin memproses
* Pengeluaran
- Boleh dijual dalam bentuk hidup dan telah diproses
* Harga
- Harga berbeza mengikut kawasan, pasar, restorn, hotel dan lain-lain
- Rangkaian pasaran biasanya ialah penternak, pemborong, peruncit dan pengguna. Setiap proses
ini akan mempengaruhi harga jualan. Untuk mendapatkan harga yang tinggi , penternak perlu
mengurangkan rangkaian ini.
* Pengiklanan/Promosi
- Boleh dilakukan melalui media cetak dan sebagainya bertujuan memberitahu barangan yang
hendak dijual.
Aktiviti Pemerosesan " Down Stream"
2. Pemotongan
- Dipotong memanjang kepada 2 bahagian
- Dipotong memanjang dari belakang atau dada tetapi tidak dicerai
- Dipotong mengikut permintaan
Puyuh hendaklah dipotong selepas menjalani "kekejongan" (4 - 24 jam selepas
disembelih) untuk mengelakkan karkas menjadi liat dan menjaga kualiti karkas.
4. "Predust"
- Cara melekatkan 'breading' ke kulit
- Puteh telor kering, tepong beras, wheat gluten
- jangan terlalu tebal kerana susah untuk membasahi dan melekat ke karkas
5. "Batter"
- Diperbuat dari tepong gandum, air garam dan lada hitam
- kepekatan penting untuk penerimaan kelekatan bahan breading (1 tepung + 1 air)