You are on page 1of 30

BAB 4

PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM

1. Pemikiran keilmuan dan pendidikan


2. Pemikiran politik dan pemerintahan
3. Pemikiran ekonomi Islam
4. Pemikiran sosial dan kemasyarakatan
PEMIKIRAN KEILMUAN DAN PENDIDIKAN

Konsep Ilmu
Hirarki Ilmu dalam Islam
Klasifikasi Ilmu
Pendekatan Pendidikan menurut Rasulullah s.a.w
1. Konsep Ilmu
Ilmu merupakan kayu ukur membezakan antara individu
dengan individu lain. Firman Allah swt bermaksud:
“Katakanlah adakah sama orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak mengetahui” (al-Zumar: 9)
Ilmu juga merupakan asas mencapai tahap keimanan dan
ketaqwaan. Allah meletakkan orang yang beriman dan
berilmu pada tahap yang tinggi.
“Allah akan meninggikan orang2 yang beriman antara kamu
dan orang-orang yang diberikan ilmu beberapa darjat”(al-
Mujadalah: 11)
Ilmu adalah syarat utama manusia untuk menjadi khalifah
dimuka bumi. Nabi Adam telah dilengkapkan dengan ilmu
bagi melayakkan diri sebagai khalifah bagi mentadbir dan
memakmurkan bumi.
2. Hirarki Ilmu dalam Islam

Imam Ghazali menyusun hirarki ilmu dalam Islam


seperti berikut:
Al-Quran
Al-Sunnah
Ilham / Intuisi
Akal
Pancaindera
1. Al-Quran

 Merupakan sumber utama dalam tamadun Islam.


 Al-Quran mempunyai rahsia dan hikmah yang tinggi
yang perlu diterokai. Ianya juga sumber rujukan dan
panduan di samping sumber pelbagai ilmu. Firman
Allah, bermaksud:
 “katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk
menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah
lautan itu, sebelum habis kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu”
(al-Kahfi: 109)
2. Al-Sunnah

 Sumber ilmu kedua selepas al-Quran


 Al-sunnah = segala apa yang disandarkan kepada
Rasulullah berkaitan dengan perbuatan, perkataan
dan pengakuan serta perjalanan hidupnya sama ada
sebelum atau selepas menjadi rasul.
 Al-sunnah melengkapi al-Quran dengan 3 cara:
 Menegaskan apa yang terdapat hukumnya dalam al-
Quran
 Menjelaskan apa yang tidak diperincikan dalam al-
Quran
 Menetapkan hukum yang tiada dalam al-Quran
3. Ilham atau instuisi

 Ianya berlaku kepada sesiapa yang dikehendaki oleh


Allah dari kalangan mereka yang bertaqwa.
 Ilham – idea yang diberi oleh Allah untuk
melakukan sesuatu
 Instuisi – kelebihan yang diberikan kepada
seseorang untuk mengetahui sesuatu dgn cepat
secara semulajadi
 Mimpi juga dianggap sebagai sumber ilmu spt
mimpi nabi Ibrahim diperintah menyembelih
anaknya Ismail.
4. Akal

 Manusia dikurniakan akal membolehkan manusia


memegang amanah dan tanggungjawab
 Dengan akal manusia boleh memahami, meneliti
dan mengkaji. Namun akal tidak boleh menjawab
segala persoalan alam ghaib melainkan perlukan
dalil naqli (wahyu).
 Justeru, akal perlu digabungkan dengan naqli kerana
ilmu2 aqli seumpama makanan dan ilmu naqli
umpama ubat.
5. Pancaindera

 Pancaindera (rasa, bau, sentuhan, penglihatan dan


pendegaran) merupakan deria yang penting kepada
manusia.
 Dengan akal dan pancaindera, manusia boleh
berfikir, merancang, mengkaji dan membezakan
antara yang baik dan buruk.
 Islam menmgiktiraf akal berdasarkan kebenaran
mengambil hukum melalui ijtihad, ijmak dan qiyas.
 Penggunaan akal dan pancaindera semata2 tidak
mampu untuk menemui kebenaran mutlak
melainkan perlu berpandukan wahyu Allah.
3. Klasifikasi Ilmu

4. Ilmu Fardhu Ain


 Ilmu tentang asas agama Islam seperti mengucap dua
kalimah syahadah, sembahyang, zakat, puasa dan haji.
Ianya adalah wajib dipelajari secara mendalam.

5. Ilmu fardhu Kifayah


 Iaitu seluruh ilmu yang diperlukan untuk
membangunkan urusan kehidupan dunia untuk mencari
redha Allah seperti ilmu perubatan, perakaunan,
perniagaan dsb. Jika ilmu seumpama ini tidak dikuasai
oleh sesebuah negeri maka akan merugikan.
 Ilmu fardhu kifayah juga dianggap pelengkap fardhu ain.
4. Pendekatan Pendidikan Menurut Rasulullah

Rasulullah mengajar para sahabat berdasarkan wahyu


yang diturunkan oleh Allah. Firman Allah swt,
maksudnya:
“Dan ia tidak memperkatakan menurut kemahuan dan
pendapatnya sendiri, melainkan apa yang telah diwahyukan”
(al-Najm: 3-4)
Rasulullah tidak menokok tambah apa yang diwahyu oleh
Allah kepada baginda dalam menyampaikan dan
mendidik ajaran Islam.
Proses pendidikan di zaman Rasulullah s.a.w:
Pembangunan insan di Mekah
Pembangunan kebendaan di Madinah
Manusia diingatkan agar menuntut ilmu dari buaian sehingga
ke liang lahad – pembelajaran sepanjang hayat. Rasulullah
mewajibkan umatnya menuntut ilmu dan menyampaikannya.
Orang yang berilmu diberi kedudukan yang tinggi di kalangan
manusia dan diberi kedudukan istimewa sesudah nabi.
 “para ulama’ adalah pewaris nabi. Para nabi tidak mewariskan
dinar dan dirham. Tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang
mengambilnya, ia telah mendapat habuan yang
menguntungkannya”
Orang yang memiliki ilmu akan menjadi seorang yang
berguna kepada agama, masyarakat dan negara.
Sabda Rasululullah s.a.w:
“Sesiapa mahukan dunia, mestilah dengan ilmu, sesiapa yang
mahukan akhirat, dengan ilmu. Dan sesiapa mahukan keduanya
mestilah dengan ilmu”
PEMIKIRAN POLITIK DAN PEMERINTAHAN
Keperluan Pemerintahan
Asas Politik Islam
Hakimiyah Ilahiyyah
Risalah
Khilafah
Tanggungjawab rakyat kepada Negara
Prinsip Utama Sistem Politik Islam
Syura
Keadilan
Kebebasan
Persamaan
1. Keperluan Pemerintahan

Walaupun manusia dijadikan oleh Allah sebagai


makhluk yang paling sempurna, tetapi disertakan
dengan pelbagai kelemahan. Tiada seorang manusia
dapat berdikari untuk memenuhi segala keperluan
psikologi dan fizikalnya.
Dari segi psikologi – tiada manusia yang hidup tanpa
berinteraksi dengan manusia lain.
Dari segi fizikal – tiada seorang yang dapat
menyempurnakan hidupnya tanpa bantuan orang lain.
Salah satu cara menyempurnakan keperluan manusia –
pembentukan institusi pemerintahan.
Ibn Khaldun – manusia merupakan makhluk bermasyarakat, berakal,
berseni, berekonomi, berpolitik dsb. Negara ibarat sebuah keluarga
besar. Bapa sebagai ketua keluarga, begitu halnya dengan negara
memerlukan seorang ketua untuk memimpin rakyat.
Muhammad Asad – pemerintahan diperlukan oleh manusia untuk
memastikan kebebasan manusia diabadikan iaitu terlaksana undang2
yang dapat mengawal individu daripada merampas hak orang lain.
James Killer – pemerintahan diperlukan kerana ia menentukan nasib
seseorang. Kebajikan seseorang terjamin hanya setelah wujudnya
pemerintahan. Tanpa pemerintahan manusia terdedah kepada pelbagai
kezaliman dan perampasan hak.
Oswald Spengler dan Hegel – kejahatan dan pertumpahan darah di
kalangan manusia hanya dapat dibendung dengan adanya pemerintahan
Antara peranan manusia – amar makruf dan nahi mungkar. Ianya dapat
dilaksanakan dengan berkesan dengan wujudnya kekuasaan yang hanya
wujud dalam pemerintahan.
Jamaludin Kafie – pemerintahan diperlukan bagi mewujudkan
kebahagian, menegakkan keadilan dan kebenaran.
2. Asas Politik Islam

a. Hakimiyyah Ilahiyyah

 Iaitu teras utama kepada sistem politik Islam ialah tauhid kepada
Allah swt
“Dan Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, bagiNyalah segala puji di
dunia dan di akhirat, dan bagiNyalah segala penentuan dan hanya
kepadaNyalah kamu dikembalikan”(al-Qasas: 70)
 Ia membawa pengertian:
 Memberikan kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum tertinggi
dalam sistem politik Islam hanya hak mutlak Allah
 Allah adalah pemilik dan pemelihara alam serta segala isinya
termasuklaj manusia
 Kuasa dan hak menghakimi dan mengadili tidak dimiliki oleh
sesiapa melainkan Allah.
 Allah sahaja yang memiliki hak untuk mengeluarkan hukum
b. Risalah (utusan)
Iaitu pemilihan dan penetapan beberapa orang lelaki
di kalangan manusia sebagai rasul sejak Nabi Adam
hingga nabi Muhammad adalah suatu asas yang
penting dalam sistem politik Islam.
Para rasul mewakili kekuasaan tertinggi Allah dalam
bidang perundangan dalam kehidupan manusia.
Para rasul bertindak sebagai menyampaikan,
mentafsir dan menterjemah segala wahyu Allah.
Segala perlakuan dan pengakuan rasul-rasul menjadi
ikutan manusia semua.
c. Khalifah

 Bererti perwakilan. Manusia adalah wakil Allah yang diberi amanah utk
mentadbir alam ini berpandukan syariat berteraskan al-Quran dan al-
Sunnah.
 Kekuasaan manusia terbatas mengikut ketetapan yang ditentukan oleh
Allah.
 Manusia harus sedar – hanya sbg pemegang amanah bukan penguasa /
pemilik mutlak.
 Syarat utama pemimpin:
 Beragama Islam - negara yang majoriti penduduknya Islam
 Lelaki
 Mampu melaksanakan amanah – bukan untuk mencari nama, pangkat,
kedudukan.
 Adil
 Sihat tubuh badan
 Berakal
 Berpengetahuan luas
 Menjadikan al-Quran dan al-sunnah sebagai panduan
d. Tanggungjawab Rakyat Kepada Negara

 Mentaati pemimpin yang taat kepada Allah dan


RasulNya
 Berjihad jika keselamatan negara terancam
 Bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing
 Mengelakkan sebarang bentuk kekacauan atau
huru-hara
 Tidak melakukan hasutan yang boleh menggugat
perpaduan
3. Prinsip Utama Sistem Politik Islam

a) Syura
 Berperanan:
 untuk memilih pemimpin dan penjawat utama dalam pentadbiran negara.
 Memberi nasihat dan pandangan kepada pemimpin
 Menentukan cara pelaksanaan undang-undang yang termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah

b) Keadilan
 Pemerintah mesti berlaku adil dan rakyat wajib mematuhinya.
 Orang yang adil adalah antara tujuh golongan yang akan peroleh perlindungan di hari akhirat

c) Kebebasan
 Kebebasan dalam sistem politik Islam ialah kebebasan berteraskan kepada makruf dan
kebajikan.
 Rakyat mempunyai hak kebebasan namun terikat pada batasan syariat

d) Persamaan
 Bermaksud persamaan dalam mendapat dan menuntut hak dalam sebuah negara.. Misalnya,
persamaan dari segi undang-undang di mana tiada pengecualian disebabkan pangkat, warna
kulit, agama dsb.
 Pemimpin tidak boleh mengamalkan diskriminasi terhadap rakyat. Rakyat perlu diberikan hak
sewajarnya
PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM
Ekonomi menurut Islam

Iaitu segala kegiatan yang berkaitan dengan usaha


yang bertujuan untuk memenuhi keperluan hidup
manusia.
Dalam pengertian Islam, ekonomi – satu sains sosial
yang mengkaji masalah-masalah ekonomi manusia
yang didasarkan kepada asas dan nilai Islam.
Ekonomi dalam Islam adalah sebahagian drpd asas
kepada masyarakat dan negara Islam.
Sistem ekonomi Islam adalah bersumberkan wahyu
bukan berteraskan akal semata-mata
Institusi Kewangan Islam

Institusi kewangan @ perbankan = institusi yang diberi hak untuk


menjalankan aktiviti mengumpul dana @ sumber kewangan
daripada orang ramai atau institusi lain, dan menggunakan
sumber tersebut bagi tujuan pinjaman atau pelaburan.
Ianya juga diertikan sebagai institusi yang mencipta dan
memperniagakan instrumen kewangan di samping memudahkan
aliran kewangan dan aliran sumber-sumber antara peserta2
pasaran kewangan.
Antara institusi kewangan Islam;
Baitulmal
Bank
Sistem barter
Gadaian
Baitulmal

Institusi baitulmal di zaman Rasulullah dan khulafa’ al-rasyidin


berperanan mengurus hasil pendapatan negara dan membiayai
perbelanjaan negara.
Sumber pendapatan baitulmal pada waktu permulaan Islam:
Harta khas – zakat fitrah dan zakat harta
Harta am – fai’ (harta rampasan bukan melalui peperangan), ghanimah dan
rikaz (harta karun)
Cukai – kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai ke atas orang bukan Islam),
usyur (cukai perniagaan)
Harta kebajikan – wakaf, pusaka, wasiat, sedekah dsb
Baitulmal masa kini (di Malaysia) adalah di bawah bidangkuasa Majlis
Agama Islam Negeri2 dan peranannya adalah terhad;
Pengurusan wakaf, zakat dan harta sumber am (pusaka, wasiat, sedekah,
hibah, hasil sewaan, nazar)
Bank

Iaitu institusi yang menawarkan perkhidamatan kewangan seperti simpanan


wang, pinjaman dsb.
Perbankan Islam = perbankan yang selaras dengan sistem nilai atau syariat
Islam.
Perbankan Islam bermula apabila Lembaga Tabung Haji pada tahu 1969
memperkenalkan transaksi Islam untuk memboleh orang Islam menyimpan
wang secara ansur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan haji dan
melibatkan diri dalam penanaman modal dalam bidang perusahaan,
perlandangan dan hartanah berdasarkan syariat Islam.
Pada tahun 1983, Bank Islam Malaysia sebagai bank Islam pertama telah
ditubuhkan di bawah akta Bank Islam 1983. Objektifnya – menjalankan
operasi sebagai bank perdagangan berlandaskan syarak dan menyediakan
kemudahan perbankan kepada orang awam khususnya orang Islam.
Pada 1993, Skim Perbankan Tanpa Faedah diperkenalkan di mana institusi
perbankan konvensional dibenar menawarkan produk dan perkhidmatan
perbankan Islam
Sistem Barter

Iaitu satu sistem di mana berlaku pertukaran barang


atau perkhidamatan dengan barang atau perkhidmatan
lain bagi memenuhi kehendak atau keperluan.
Ianya berlaku dalam urusniaga sebelum wujudnya mata
wang.
Sistem ini dianggap wujud ketidakadilan dan
mempunyai unsur riba.
Rasulullah telah perkenalkan sistem mata wang bagi
menggantikan sistem barter.
Di zaman khulafa al-rasyidin, mata wang mula
diperkemaskan dari segi bentuk.
Gadaian

Dalam bahasa Arab - Ar-Rahnu.


Iaitu meletakkan sesuatu barang yang berharga sebagai jaminan kepada sesuatu
hutang yang diperolehi seorang pemberi hutang dengan perkiraan bahawa
sekiranya orang yang berhutang tidak dapat melunaskan hutangnya, maka si
pemberi hutang boleh mendapatkan kembali barang atau wangnya daripada barang
gadaian itu.

Rukun gadaian:

1) Pemberi gadai (Rahin) dan penerima barang gadaian (Murtahin).


2) Hutang (Marhun Bih)
3) Sighah (Ijab dan Qabul)
4) Penerimaan barang gadaian oleh pemberi hutang secara mutlak.
5) Barang gadaian - barang yang halal dan sah untuk dijual beli menurut pandangan
syarak.
PEMIKIRAN SOSIAL DAN KEMASYARAKATAN
ISLAM
1. Berkaitan dengan Wanita

 Wanita dalam Islam diberi kedudukan yang tinggi


sesuai dengan fitrahnya. Antara hak wanita:
 Hak kemanusiaan
 Hak untuk hidup, perlindungan , perhatian dan harta yang
sewajarnya.
 Hak mendapat balasan dan ganjaran amal
 Hak untuk belajar
 Hak untuk berkahwin
 Hak sebagai ibu
2. Berkaitan kanak-kanak
 Hak diperlihara dan dididik dengan sempurna oleh
ibubapa. Pendidikan agama / Islam yang mantap.
 Hak mendapat kasih sayang

 Berkaitan keibubapaan
 Antara kewajipan ibubapa terhadap anak-anak
 Mendidik – fardhu ain dan fardhu kifayah
 Menyediakan tempat perlindungan
 Mengawasi pergerakan dan perkembangan anak-anal

You might also like