You are on page 1of 13

Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

SEKOLAH KEBANGSAAN MAHKOTA SARI


33300 GERIK,
PERAK DARUL RIDZUAN
---- http:/www.mahkotasari.nrt/mahkotasari

KERTAS CADANGAN PERMOHONAN


GELANGGANG BOLING PADANG
DI SEKOLAH KEBANGSAAN MAHKOTA SARI, GERIK

DISEDIAKAN OLEH;

UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN MAHKOTA SARI.

Unit Kokurikulum SKMS_2010


Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

KERTAS CADANGAN PERMOHONAN


GELANGGANG BOLING PADANG
DI SEKOLAH KEBANGSAAN MAHKOTA SARI, GERIK

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Dasar pembangunan Sukan Negara telah menetapkan beberapa garis panduan
agar perlaksanaan sukan di peringkat bawah dapat dilaksanakan dengan penuh
ketelitian, perancangan dan strategi yang mampu membuahkan keberhasilan
yang mapan. Selaras dengan itu kemudahan dan infrastruktur perlu diutamakan
dalam usaha untuk memberi peluang kesamarataan pelajar-pelajar diluar bandar
didedahkan dengan segala kemahiran dalam permainan, termasuklah kemahiran
dalam permainan boling padang .

1.2 Sukan boling padang merupakan sukan yang masih kurang pendedahan di
peringkat sekolah terutama di kawasan luar bandar seperti di Gerik. Oleh itu
salah satu cara untuk merealisasikan dasar pembangunan Sukan Negara, ialah
dengan menyediakan peluang dan kemudahan bagi memenuhi keperluan, sosial,
psikologi dan fisiologi.

1.3 Segala kemudahan dan peluang yang tersedia mampu membentuk satu
masyarakat pelajar atau komuniti setempat yang sihat, berdisiplin dan bersatu
padu. Di samping meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi
kepentingan sosial seseorang individu serta mencapai kecemerlangan ke tahap
tertinggi sekali, dengan semangat kesukanan yang tulen.

2.0 LATARBELAKANG

2.1 Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari (SKMS) terletak di tengah Pekan Gerik,
bersebelahan dengan Pejabat Pelajaran Daerah. Sekolah ini merupakan sekolah
elit di kawasan Hulu Perak.

2.2 Kemudahan sukan yang terdapat di SKMS antaranya padang bola sepak, padang
bola baling, padang bola jaring dan gelanggang bola tampar. SKMS juga sering
menjadi tempat untuk pertandingan sukan yang dianjurkan oleh pihak Pejabat
Pelajaran Daerah. (PPD)

2.3 SKMS telah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Cemerlang pada tahun
2007 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. SKMS juga menjadi calon sekolah
kluster dan sekarang ini seluruh warganya mengembling tenaga untuk
meningkatkan pencapaian dan imej sekolah bagi mendapat pengiktirafan
sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

2.4 Dalam bidang kokurikulum, sekolah ini juga tidak pernah ketinggalan mewakili
negeri dan daerah. Pada 2009 sekolah ini telah berjaya membolot tempat

Unit Kokurikulum SKMS_2010


Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

pertama, ke dua dan ketiga dalam pertandingan Robotik dan seterusnya mewakili
negeri ke peringkat kebangsaan. Begitu juga dengan pencapaian dalam olahraga,
pada tahun yang sama murid sekolah ini telah mewakili negeri ke peringkat
kebangsaan dalam acara 4 x 100m. Ini membuktikan murid-murid sekolah ini
berpotensi mencipta kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

2.5 Jumlah tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari seramai 48 orang,
9 orang staf sokongan dan 680 orang murid. Sebahagian besar murid-murid ini
terdiri daripada anak-anak kaki tangan kerajaan dan swasta yang tinggal dalam
sekitar 1km dari kawasan sekolah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menjadikan sukan boling padang ini sebagai salah satu sukan altenatif kepada
pelajar-pelajar yang kurang kemampuan dalam sukan bertenaga tinggi seperti
sukan bola sepak, bola baling, mahupun sukan olahraga.

3.2 Memajukan sukan boling padang sebagai sukan teras di peringkat sekolah ke
peringkat yang lebih tinggi sejajar dengan usaha berterusan pihak kerajaan untuk
meningkatkan mutu sukan Negara. Justeru memperkenalkan dan mempromosi
sukan boling padang dalam kalangan generasi pelbagai lapisan umur.

3.3 Menyediakan prasarana dan kemudahan-kemudahan sukan bagi memberi lebih


banyak ruang kepada penyertaan aktif para pelajar dalam aktiviti-aktiviti sukan
serta kepada remaja yang berbakat untuk mendapat latihan spesifik bagi
mengembangkan bakat mereka sebagai persediaan ke arah sukan prestasi tinggi
yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara.

3.4 Meningkatkan penyertaan masyarakat setempat dalam pelbagai bidang sukan ke


arah mewujudkan perpaduan nasional dan membentuk budaya sukan.

3.5 Sebagai salah satu usaha pihak sekolah untuk menyahut seruan Menteri Pelajaran
Malaysia YAB Dato’ Seri Mahyuddin bin Yassin dalam melaksanankan satu
sukan untuk satu murid.

3.6 Pihak sekolah juga mensasarkan dalam jangkamasa lima tahun akan datang
pasukan boling padang yang diwujudkan mampu menempa kejayaan seiring
dengan kedudukan sekolah SKMS yang telah berada dalam band 2 untuk
mencapai pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi.

4.0 MATLAMAT

4.1 Mewujudkan satu lagi kegiatan kokurikulum yang berpotensi untuk


mempertengahkan bakat-bakat murid yang boleh digilap sebagai permata baru
sukan tanah air terutama dalam permainan boling padang.

4.2 Menambah prasarana sukan yang terdapat di sekolah ini, dan kemudahan ini
boleh digunakan oleh sekolah- sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran
Daerah serta untuk komuniti setempat.

Unit Kokurikulum SKMS_2010


Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

5.0 KEMUDAHAN TAPAK DAN GELANGGANG

5.1 Pihak pengurusan sekolah mencadangkan lokasi gelanggang seperti lampiran A.

5.2 Gelanggang boling padang memerlukan keluasan bersaiz 40m x 40m dan
dilengkapi dengan empat unit lampu limpah.  Lokasi cadangan dirasakan
bersesuaian kerana keluasan lokasi melebihi keluasan yang diperlukan.(Lampiran
B)

6.0 SOKONGAN

6.1 PEJABAT PELAJARAN DAERAH


6.1.1 Pejabat Pelajaran Daerah memang berhasrat untuk menjadikan
gelanggang boling padang di Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari yang
dipohon ini sebagai pusat untuk membangunkan sukan boling padang di
daerah ini malah akan berusahan untuk mendapat kepakaran teknikal
dan kejurulatihan. Guru-guru terpilih akan diberi latihan dan kursus
untuk meningkatkan kemahiran. ( Lampiran C )

6.2 ADUN KAWASAN TEMENGGOR


6.2.1 Usaha pihak sekolah ini telah mencapat sokongan daripada pihak ADUN
Temenggor, Yang Berhormat Dato’ Hj. Hasbullah bin Hj. Osman.
( Lampiran D )

6.3 PEJABAT BELIA DAN SUKAN


6.3.1 Agensi luar seperti Pejabat Belia dan Sukan juga akan turut sama
memberi kerjasama dalam menyediakan kepakaran tenaga pengajar.
( Lampiran E )

6.4 PEJABAT TANAH DAN DAERAH


6.4.1 Pihak Pentadbir Tanah dan Daerah memberi sokongan penuh di atas
usaha permohonan pembinaan gelanggang ini. Kelulusan pembinaan
gelanggang ini di atas tapak yang dicadangkan akan dibawa ke
mesyuarat Jawatankuasa Tanah dan Daerah apabila dokumen
keseluruhan pembinaan di terima. Pihak Pejabat Daerah bersetuju bagi
membantu pembinaan kemudahan-kemudahan asas (tambahan) yang
berkaitan apabila gelanggang ini dapat diwujudkan nanti. Kemudahan
tandas, stor dan bilik persediaan adalah antara cadangan pembinaan
tambahan, peringkat demi peringkat. ( Lampiran F )

6.5 MAJLIS DAERAH GERIK


6.5.1 Cadangan pembinaan gelanggang ini di dalam kawasan pentadbiran
Majlis Daerah Gerik adalah amat dialu-alukan. Selain dari dapat
membantu, bilangan tempat rekreasi dan riadah, ianya juga boleh
dijadikan pusat bagi penganjuran kegiatan sukan di peringkat daerah dan
negeri. Pihak Majlis Daerah Gerik akan memberi kerjasama dari segi
penyelenggaraan dan keceriaan kawasan persekitaran, pelabelan juga
pembiayaan kos bagi lampu jalan kawasan persekitaran. ( Lampiran G )

Unit Kokurikulum SKMS_2010


Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

6.6 PIBG
6.6.1 PIBG sekolah menyokong penuh usaha untuk membina gelanggang
boling padang ini dan sanggup menaja segala peralatan permainan.
( Lampiran H )

7.0 SUMBER KEWANGAN

7.1 Pembinaan gelanggang boling padang ini menelan kos yang besar, maka pihak
pengurusan sekolah memohon peruntukan daripdda Kementerian Pelajaran
Malaysia melalui Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri.

7.2 Peralatan permainan akan disumbangkan oleh PIBG Sekolah Kebangsaan


Mahkota Sari.

8.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari,


PIBG, Pejabat Pelajaran Daerah dan ADUN Kawasan Temengor, serta komuniti setempat
agar segala cadangan yang dikemukankan mendapat perhatian dan pertimbangan
sewajarnya oleh pegawai tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


Unit Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari.

Unit Kokurikulum SKMS_2010


Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

LAMPIRAN A
( LOKASI CADANGAN )

Unit Kokurikulum SKMS_2010


Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

LAMPIRAN B
( PLAN GELANGGANG )

Unit Kokurikulum SKMS_2010


Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

LAMPIRAN C
( SOKONGAN PEJABAT PEJALARAN DAERAH )

Unit Kokurikulum SKMS_2010


Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

LAMPIRAN D
( SOKONGAN ADUN KAWASAN TEMENGOR )

Unit Kokurikulum SKMS_2010


Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

LAMPIRAN E
( SOKONGAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH )

Unit Kokurikulum SKMS_2010


Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

LAMPIRAN F
( SOKONGAN PEJABAT TANAH DAN DAERAH )

Unit Kokurikulum SKMS_2010


Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

LAMPIRAN G
(SOKONGAN MAJLIS DAERAH GERIK )

Unit Kokurikulum SKMS_2010


Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

LAMPIRAN H
( SOKONGAN PIBG )

Unit Kokurikulum SKMS_2010

You might also like