You are on page 1of 2

Ingat lagi tentang 10 muwasafat tarbiyah?

1. Aqidah yang sejahtera


2. Ibadah yang shahih
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Sihat tubuh badan
6. Mampu berdikari
7. Melawan nafsu
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10.Bermanfaat pada orang lain

Dalam banyak-banyak ni, saya sedang cuba untuk menjaga masa serta tersusun jadual. Alhamdulillah memang
sejak dulu lagi saya ni memang jenis berjadual sikit. Semua benda nak berjadual. Hatta nak belajar untuk final exam
pun ada jadual nak baca dari pukul berapa, topik apa dan lain-lain.

Sekarang ni, sedang cuba untuk menjadi individu yang mampu berdikari. Owh, boleh ke? :)

Ingat lagi waktu kecil-kecil dulu saya sangat takut untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. Kalau nak kena bayar
apa-apa atau tanya dalam Bahasa Inggeris, maka saya akan mencipta 1001 alasan! Apa-apa sahaja asal saya
terlepas. Pernah saya pergi ke toilet semata-mata mahu lari daripada bercakap Bahasa Inggeris. Pernah juga saya
pura-pura sibuk sebab tak nak disuruh pergi ke kaunter untuk tanya apa-apa dalam Bahasa Inggeris.

Tapi lama kelamaan saya sedar, hidup ni akan sendiri juga akhirnya. Contoh yang paling senang ialah sekarang.
Hidup di alam universiti, kita kena bijak memainkan peranan. Kalau kita tak mampu mengungkapkan pendapat
sendiri, itu tandanya kita masih lemah. Kita tidak mampu berdikari. Bayangkan lah. Mahu cakap apa yang ada
dalam otak kita pun sudah tak terluah.

Maka untuk itu, saya sedang berusaha membaiki diri sendiri. Mencari titik punca kelemahan diri supaya saya dapat
menjadi yang lebih baik. Berani. Itu kata kuncinya.

Mahu berdikari harus ada keberanian. Keberanian bercakap. Keberanian bertindak. Kadang-kadang kita terlampau
hidup senang dan mudah. Sehingga tidak dapat menyelami apa yang orang lain rasa.

Manusia yang tidak ada keberanian, tidak mampu berdikari. Kenapa saya cakap begitu? Kerana dengan keberanian
kita tidak akan menyorok di belakang orang lain. Dengan keberanian kita akan menyatakan pendapat kita. Dengan
keberanian kita boleh membetulkan kesalahan orang lain. Jadi hanya dengan keberanian kita mampu berdiri atas
kaki sendiri.

Jadi, anda mahu memperbaiki diri? Marilah bersama-sama saya. Kentalkan hati. Pupuk semangat berani. Belajar
bercakap. Belajar di gelak orang lain. Belajar di hina. Belajar dikritik. Dan belajar dari kesilapan. Pasti suatu hari
nanti kita akan lebih berani. Dan akhirnya dapat menjadi seorang yang berdikari. :)
Definisi: Kebolehan dan kesanggupan seseorang melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang
lain.

SUB Tajuk

Bertanggungjawab
-Kesanggupan seseorang untuk memikul tugas atau kewajipan dan melakukannya dangan sempurna.
Ciri-ciri:
- Menjalankan tugas yang diamanahkan dengan kesungguhan dan kegigihan.
- Mengutamakan keselamatan dan kebajikan keluarga.
- Bertanggungjawab bagi diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
- Percaya kepada kemampuan diri sendiri.

Berupaya bertindak sendiri


- Sanggup dan boleh melakukan sesuatu untuk diri sendiri tanpa mengharapkan orang lain.
Ciri-ciri:
- Menunjukkan daya kreativiti dan inisiatif.
- Berpandangan jauh.
- Menggunakan pengetahuan, pengalaman, kebolehan untuk menjalankan tugas.
- Menggunakan masa dengan berfaedah.

Jaya diri
- Berusaha mengembangkan potensi yang ada dalam diri sendiri untuk mencapai sesuatu kejayaan
dalam hidup.
Ciri-ciri:
- Mengembangkan potensi, bakat dan mengorbankan masa, tenaga dan benda.
- Berpandangan positif untuk mencapai cita-cita.
- Membuat perancangan secara sistematik.
- Mempertimbangkan kemahiran yang ada.

Yakin pada diri sendiri


- Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak.
Ciri-ciri:
- Suka mencuba dan tidak meniru.
- Bersikap ingin maju dan membawa perubahan kepada diri,masyarakat dan negara.
- Cuba mengatasi masalah sebelum minta bantuan orang lain.
- Mempunyai azam dan tekat.
- Menpunyai daya diri untuk meneruskan kerja yang kuat.

You might also like