Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Wasiat Kepada Waris Atau Bukan Waris

Wasiat Kepada Waris Atau Bukan Waris

Ratings: (0)|Views: 608|Likes:
Published by WarisanHarta.com

More info:

Published by: WarisanHarta.com on Apr 13, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See more
See less

04/13/2011

 
WASIAT KEPADA WARIS ATAU BUKAN WARIS
Terdapat persoalan yang dilontarkan kepada pihak as-Salihin Trustee mengenai kekeliruan wasiatapabila pernyataan di mana wasiat bukan untuk seorang waris telah dibincangkan di kaca televisyen(tv9) dalam beberapa minggu lepas yang mana telah menimbulkan sedikit persoalan mengenainya, jadidisini saya telah di arahkan untuk membuat sedikit komen atau jawapan kepada persoalan tersebut olehpihak pengurusan as-Salihin, semoga penjelasan ini dapat memberikan input kepada kita semua.Persoalan yang timbul adalah sebenarnya terdapat kekeliruan dalam penerangan tentang kepentinganwasiat dan sama ada wasiat adalah sesuatu yang dibolehkan oleh agama kepada waris atau tidak telahmenjadi isu yang diperkatakan di sini. Oleh itu kita akan membincangkan dengan lebih teliti konseppenulisan wasiat dan juga kaitannya dengan undang-undang syara' di Malaysia dan pemakaiannya dariperspektif undang-undang sivil.Pertama sekali tentang konsep sebenar wasiat. Penerangan mengenai wasiat telah di sebut oleh AllahSWT dalam surah
al-Baqarah ayat 180
yang menyatakan tentang kewajipan untuk menulis wasiat tetapiia telah dinasakhkan dengan penurunan surah
an-Nisa ayat 11-12
yang menyatakan bahawa tidak lahmewajibkan seorang mukmin itu menulis wasiat tetapi lebih kepada diharuskan. Tetapi dari hadis-hadisyang pernah disebut oleh Rasulullah SAW telah menggalakkan kita untuk menulis wasiat antaranyaialah:Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat” 
-Riwayat Ibnu Majah-Dan dalam hadis lain Rasulullah SAW menyatakan lagi :
“ sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat, maka dia mati di atas jalan ini dansunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan.” 
-Riwayat Ibnu Majah-Sabda Rasulullah lagi:
adalah rugi seseorang mukmin itu sekiranya dia tidur dua hari berturut-turut tanpa menulis wasiat danmeletakkan di bawah kepalanya semasa ia tidur.
Jadi adalah jelas bahawa Rasulullah amat menggalakkan umatnya untuk menulis wasiat semasa masihhidup sekiranya mempunyai harta yang akan ditinggalkan.
 
Wasiat sememangkan bukan untuk waris kerana wasiat adalah sebenarnya untuk bukan waris sahaja.Rasulullah bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mengurniakan hak kepada setiap yang berhak. Tidak harus wasiat untuk pewaris”.(Riwayat Abu Daud).
Peraturan asas wasiat, ia hanya boleh diberikan kepada bukan waris. Anak adalah ahli waris, oleh itumerujuk nas, tidak boleh membuat wasiat kepada anak berkenaan. Tetapi kita sedang melihat dari satusituasi sahaja yang mana tujuan peraturan ini adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah danmengharapkan pahala serta memenuhi segala kekurangan ketika hayat pembuat wasiat. Anak dan warislain mendapat bahagian mereka melalui pusaka.Tetapi sekiranya kita lihat satu lagi hadis Rasulullah SAW yang berbunyi :
La wasiyati Li waarithin illa yujiiza al Warathah.“Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain” 
(Riwayat Daruqutni daripada Ibnu Abbas r.a).Ini bermakna walaupun peraturan asas wasiat adalah waris tidak boleh menerima wasiat tetapi ia tidaklah sesuatu yang absolute atau tidak boleh disangkal. Menurut hadis di atas terdapat satu pengecualianatau dari segi bahasanya di sebut sebagai
‘isthisna’ 
yang disebut selepas penafian memberi makna
‘ithbaat’ 
atau pembenaran. Dengan itu hadis ini menjadi dalil kepada
SAHNYA
wasiat tersebut apabilaterdapat kerelaan dan penerimaan atau pembenaran dari waris lain.Pendapat lain menyatakan bahawa perbuatan mewasiatkan harta kepada waris ini adalah
‘mauquufah’ 
.Iaitu ia tidak membenarkan wasiat kepada waris tetapi
kitab ‘Aunul Ma’bud
dalam menerangkan maknahadis tersebut menegaskan bahawa pandangan yang tidak membenarkan perbuatan mewasiatkan hartakepada waris adalah semata-mata untuk menjaga kepentingan hak-hak waris-waris lain, oleh itusekiranya mereka membenarkan, bersetuju menerima kandungan wasiat itu sebagaimana halnya jikamereka bersetuju diwasiatkan harta lebih daripada 1/3 kepada bukan waris (oleh si mati) makaperbuatan itu adalah
DIHARUSKAN
.Jadi di as-Salihin Trustee Bhd kami menggunakan dalil-dalil yang kuat dan telah dipersetujui secarabersama oleh Lembaga Syariah syarikat ini tentang kebenaran membuat wasiat dan wasiat itudibenarkan serta diterima oleh waris lain, tetapi peraturan asas wasiat iaitu wasiat bukan untuk warisadalah tulang belakang kepada setiap wasiat yang dibuat di as-Salihin. Oleh itu wasi, boleh, dengankuasa yang ada padanya menyerahkan bahagian faraidh waris yang tidak bersetuju dengan wasiat yangdibuat oleh pewasiat sebelum kematiannya.
 
Adalah perlu diingatkan bahawa kepentingan wasiat hari ini adalah untuk dua perkara ini iaitu :i. melantik wasi bagi menjadi pentadbir harta bagi pihak si pewasiat selepas kematiannya dan,ii. perlantikan penjaga bagi pewasiat yang masih mempunyai anak di bawah umur yang tidak bolehmentadbir harta.Ini adalah sangat penting memandangkan perkaitannya dengan undang-undang sivil di Malaysia yangmemerlukan pentadbir harta dilantik sebelum kuasa mentadbir harta diberikan kepada wakil si matiuntuk mentadbir dan menguruskan harta si mati bagi di serahkan kepada yang berhak. Tetapi undang-undang telah menetapkan satu prosedur yang dirasakan sangat sukar untuk dilakukan dalam sesetengahsituasi yang membabitkan masalah pusaka yang rumit. Tetapi undang-undang membenarkan pemilikharta melantik sendiri wasi atau pentadbir harta bagi pihaknya tanpa memerlukan persetujuan warislain. Jadi di sinilah terletaknya kepantingan wasiat. Wasiat yang di tulis di as-Salihin tidak sesekalimeletakkan faraidh di belakang kerana faraidh adalah tunjang kepada perancangan dan pembahagianharta umat Islam di Malaysia. Cuma dengan adanya wasiat akan memudahkan tuntutan hak oleh waris simati.Beberapa perkara perlu diketahui berkaitan wasiat kepada waris ini iaitu:1) Jika wasiat ditujukan kepada waris, penerimaan atau penolakan waris ketika hayat pewasiat tidakmemberikan sebarang kesan kerana pewaris tidak mempunyai sebarang hak dalam pusaka ketika hayatpewasiat. Mana-mana waris yang menerima wasiat melalui wasiat ketika hidup pewasiat, bolehmenolaknya selepas kematian pewasiat. Mana-mana waris yang menolak harta ketika pewasiat masihhidup, boleh menerimanya selepas kematian pewasiat. Oleh itu, setiap waris tidak terikat dengan mana-mana perjanjian wasiat yang dibuat ketika hayat pewasiat.2) Penerima wasiat mesti menjadi waris ketika kematian pewasiat, bukan ketika wasiat dibuat. Jikapewasiat mewasiatkan harta kepada saudaranya kerana beliau tidak mempunyai anak, tetapi sebelumpewasiat mati, pewasiat mendapat anak lelaki, wasiat itu sah dan boleh dilaksanakan kerana pada masakematiannya, saudaranya bukan lagi waris yang berhak menerima pusaka kerana anak lelakimenghalang saudara kandung daripada mendapat pusaka.3) Jika selepas kematian pewasiat, sebahagian pewaris setuju dan sebahagian lagi membantah, makahukumnya perlu diperinci. Wasiat dibatalkan daripada bahagian waris membantah dan dilaksanakanpada bahagian waris yang setuju mengikut bahagian mereka dalam pusaka.4) Jika wasiat berkaitan wakaf dan hadiah dibuat kepada waris ketika pewasiat hampir mati ia jugamemerlukan persetujuan waris yang lain. Merujuk Ahmad Hidayat Buang dalam Bagaimana MembuatWasiat, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, hikmah waris tidak berhak menerima wasiatdaripada pewasiat adalah kerana hak mereka sudah dijamin hukum syarak melalui hukum faraid. Maka,pewasiat tidak wajar merosakkan keseimbangan agihan pusaka secara faraid yang ditetapkan hukumsyara'.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->