You are on page 1of 2

CARA-CARA BELAJAR

Keputusan peperiksaan UPSR baru sahaja diumumkan.Razi telah mendapat


keputusan yang cermelang dalam peperiksaan tersebut.Nisaq telah ke rumahnya
untuk bertanya tentang cara-cara belajar dengan berkesan agar dia juga akan
mendapat keputusan yang cermelang.

Nisaq: Taniah,,Abang Razi!Saya sungguh bangga apabila         mendengar berita


yang mengatakan abang Razi mendapat semua A dalam peperiksaan UPSR yang
baru diumumkan.

Razi: Terima kasih.Saya bersyukur mendapat keputusan sebegitu.Seluruh ahli


keluarga saya turut gembira terutama ibu dan ayah saya.

Nisaq: Bolehkan abang Razi memberitahu saya cara-cara untuk berjaya dengan
cemerlang?

Razi:    Boleh.Saya selalu memberi tumpuan semasa guru mengajar di dalam


kelas,mengadakan kumpulan perbincangan dengan rakan-rakan,membuat ulangkaji
sekurang-kurangnya 3 jam sehari dan membuat latih tubi.    

Nisaq:    Adakah abang Razi juga pergi ke kelas tuisyen?

Razi:    Ada.Kelas tuisyen itu boleh membantu kita dalam pelajaran dengan syarat
kita mestilah menggunakan peluang yang ada itu sebaik mungkin.Gunakan
kesempatan atau peluang yang ada itu untuk bertanya guru sekiranya ada mana-
mana topik yang tidak kita fahami.Hal ini demikian kerana jumlah pelajar dalam
kelas tuisyen agak sedikit dan guru lebih dekat dengan kita.

Nisaq: Abang ,sebenarnya saya malulah hendak bertanya.Kawan-kawan selalu


mengejek kita jika kita bertanya kepada guru.Saya sangat malu hendak bertanya
kepada guru.

Razi: Itu tindakan yang salah.Jika kita bertanya,kita tidak akan faham topik yang
diajar oleh guru.Tindakan itu akan merugikan kita dan kita akan gagal dalam
peperiksaan nanti.Kadangkala topik itu bersangkutan dengan topik yang lain.Hal ini
menyebabkan topik yang lain juga tidak kita fahami.

Nisaq: Abang Razi saya berjanji tidak akan malu bertanya kepada guru.

Razi: Baguslah kalau Nisaq cakap begitu ingat pesan abang jangan malu bertanya
kepada guru

Nisaq: Terima kasih abang Razi.Saya mesti belajar dengan bersungguh-sungguh


agar mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti dan saya akan
berjaya nanti.

Razi: Sama-sama.Kalau nak bantuan abang bolehlah datang ke rumah


abang.Abang sentiasa akan menolong Nisaq.

NIsaq pun meninggalkan Razi lalu pulang ke rumahnya dengan semangat dan azam
yang baru untuk mendapat 5A dalam UPSR yang akan datang nanti.

You might also like