Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
1Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Ayat Tunggal & Ayat Majmuk

Ayat Tunggal & Ayat Majmuk

Ratings: (0)|Views: 349|Likes:
Published by Nurulain Hasan

More info:

Published by: Nurulain Hasan on Apr 13, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

04/13/2011

pdf

text

original

 
AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
 
Ayat Tunggal
 1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.Subjek = Lelaki gemuk ituPredikat = sedang menembak burung.
Ayat Majmuk
 1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggaldisambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi,sambil, seraya dan lain-lain.2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( AyatMajmuk )
PEMAJMUKAN
 
Kata Majmuk
 1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuksatu kata baru yang padu atau sebati maknanya.2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanyasendiri-sendiri.4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang sakumempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untukdigunakan apabila diperlukan.5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbezatetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantikjelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.
 
6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkanuntuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik,hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.
Bentuknya
 7. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapitidak ada yang bersempang.8. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kataganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari,kekuda, dan sebagainya.9. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila,bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.10. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buahpinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.11. Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelasseperti yang berikut:(a) kata nama majmuk;(b) kata bilangan majmuk;(c) kata adjektif majmuk;(d) kata kerja majmuk;(e) kata sendi majmuk;(f) kata keterangan majmuk;(g) Kata hubung majmuk.12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalamkelas kata nama.Contoh kata nama majmuk, antara yang lainlain, ialah air mata, buah mulut, citarasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dandua ratus lima puluh.14. Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf,cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.15. Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarangimbuhan.Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.
 
16. Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba,mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah,membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri,menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada,kepada, dan sedari.18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi,demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.19 Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, danmeskipun.
Tugasnya
 20. Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:(a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.air (kata nama) + mata (kata nama) air mata (kata nama)lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif) lemah lembut (kata adjektif)mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja) mogok duduk (kata kerja)dari (kata sendi) + pada (kata sendi) daripada (kata sendi)(b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya:apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangantanya)apabila (kata nama)alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) alim utama (kata nama)gulung (kata kerja) + tikar (kata nama) gulung tikar (kata kerja)tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama) tumbuk rusuk (kata nama)cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif) cerdik pandai (kata nama)lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja) lalu lintas (kata nama)banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama) banyak mulut (kata adjektif)lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif) lambat laun (kata keterangan)
Maknanya
 21. Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis sepertiyang berikut:(a) kata majmuk wajar;(b) kata majmuk kiasan22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapatdiketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya.Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak laindaripada buah yang bernama anggur.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->