You are on page 1of 27

“AKU TINGGALKAN KEPADA KAMU

DUA PERKARA DI MANA KAMU


TIDAK AKAN SESAT SELAGI KAMU
BERPEGANG TEGUH DENGAN
KEDUANYA IAITU KITAB ALLAH
DAN SUNNAHKU.”
-THE BEST OF MANKIND PROPHET
MUHAMMAD-
HADIS DAN
SUNNAH
DALAM ISLAM
APA ITU
SUNNAH?
“Barangsiapa mengikuti sunnahku, bererti dia
cinta kepadaku. Dan barangsiapa yang cinta
kepadaku, maka dia akan masuk syurga
bersamaku.”
PENGERTIAN SUNNAH :

Cara atau kebiasaan Rasulullah, berkaitan


cara hidup, perilaku baginda.
Menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah, Sunnah
adalah segala sesuatu yang diriwayatkan
oleh Rasulullah SAW yang merupakan
perkataan,
perbuatan,ketetapan, peribadi, akhlak,
mahupun perilaku, baik sebelum
mahupun sesudah dilantik menjadi Rasul.
APA ITU HADIS?
PENGERTIAN HADIS:

• Perkara yang berkisar dengan Sunnah


Rasulullah S.A.W. dan apa yang disandarkan
kepada Rasulullah dari segi perbuatan,
pengakuan, sifat, akhlak, dan sifat
kejadiannya.
Jenis-jenis sunnah
• Terdapat 4 jenis Sunnah
• Hadis perkataan( qauliyyah ) : iaitu hadis yang
lahir dari perkataan dan pertuturan Nabi s.a.w.
• Hadis perbuatan( fi’liyyah ) : iaitu hadis yang terbit
dari perbuatan Nabi s.a.w.
• Hadis pengakuan( taqririyyah ) : iaitu pengakuan
Nabi samada secara jelas ataupun diam.
• Hadis sifat( sifat ) : iaitu hadis yang lahir daripada
sifat Nabi samada sifat akhlak atau sifat kejadian.
Kedudukan hadis dalam Islam
• Hadis merupakan sumber rujukan kedua
selepas al-Quran dalam Islam.
• ...Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w)
kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua
yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah
laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi
orang-orang yang melanggar perintahNya). [59:7]

• “Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-


orang yang beriman” (surah al Anfāl : ayat 1)
Fungsi utama hadis & sunnah
• Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang
terdapat di dalam al-Quran.
Contoh : Kewajipan menunaikan solat 5 waktu,
berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji.

• Penghurai dan pentafsir bagi ayat-ayat al Quran yang


umum.
Contoh : Bilangan rakaat dalam solat, cara
menunaikan haji, cara menunaikan zakat dan kaedah
jual-beli.
• Menjadi keterangan tasyri’ iaitu menentukan
sesuatu hukum yang tiada di dalam al-Quran.
Contoh: makan daging dhab (biawak padang pasir),
arnab, dan anak kambing dalam perut ibunya.

• Memperincikan lagi masalah-masalah yang


berhubung pelaksanaan sesuatu ibadat sama ada
wajib, sunat, makruh atau haram.

• Menjelaskan hukuman dan undang-undang dalam


al-Quran seperti hukuman terhadap penzina.
JENIS-JENIS HADIS

• HADIS MUTAWATTIR
- diriwayatkan oleh beberapa orang perawi yang
saling menyampaikan hadis dan yakin hadis itu
tidak didustakan kerana bilangan mereka yang
ramai.
Contoh : "Barangsiapa berdusta atas namaku
dengan sengaja, maka tempatnya dalam
neraka. " (H.R Bukhari, Muslim, Ad Darimi, Abu
Daud, Ibnu Majah, Tirmizi,. Abu Ha'nifah,
Tabrani, dan Hakim).
HADIS SAHIH
• Hadis yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang
adil & dhabit iaitu tepat dan kuat ingatan. Sanadnya
perlu bersambung dari awal sampai akhir.
• Beberapa ciri yang perlu dipenuhi oleh perawi hadis
Sahih iaitu :
- Adil
- Dhabit dan penjagaannya baik.
- Hadis diterima daripada perawi-perawi yang sama
sifatnya.
- Sanadnya bersambung dari awal hingga akhir.
- Tidak terdapat kejanggalan.
Contoh Hadis Sahih :

Dari Jabir r.a katanya :Rasulullah s.a.w.


bersabda :"Apabila salah seorang daripada
kamu telah menunaikan solat (fardhu) dalam
masjidmaka sebaik-baik pula ditunaikan solat
dirumahnya,kerana dengan solat (sunat) itu
Allah akan memberikankebahagian dalam
rumah tangganyaHadis sahih riwayat Muslim
Hadis Hassan
• Perlu bersambung sanad dari mula hingga akhir
tapi ciri-ciri perawi kecualikan kuat ingatan.
• Contoh :
- Ishak bin Ibrahim dari Itab bin Basir dari
Ubaidillah bin Abu Ziyad dari Abu Zubair,
dari Jabir Nabi Muhammad S.A.W.
(Ubaidillah bin Abu Ziyad dikecualikan daripada
orang yang kuat ingatan).
Hadis Dha’if
• Tidak diketahui periwayatnya atau periwayat tidak
bersifat seperti hadis Sahih dan Hassan ; tidak
bersambung sanad atau kecacatan pada perawi
hadis.
Hadis Maudhuk
• Hadis yang diriwayatkan oleh mereka dengan
mendustakannya dari Nabi Muhammad S.A.W.
(hadis palsu)
Hadis Ahad
• Diriwayatkan oleh seorang atau dua orang perawi
sahaja, khasnya di tingkatan pertama, yakni para
sahabat.
Hadis Ahad
• Diriwayatkan oleh seorang atau dua orang
perawi sahaja, khasnya di tingkatan pertama,
yakni para sahabat.
• Contoh :
“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu
dengan sekaligus, akan tetapi Allah
mencabutnya dengan diwafatkannya para
ulama.” (Riwayat Bukhari)
Larangan menulis hadis pada zaman Rasulullah S.A.W.

• “Janganlah kamu menulis sesuatu yang kamu terima


daripada aku selain Al-Qur’an. Barangsiapa yang
menulis apa yang diterimanya dari aku selain Al-
Qur’an hendaklah memadamkannya tetapi tidak
mengapa kamu cukup menyampaikan apa yang
kamu dengar dari aku (tanpa menulisnya) dan
barangsiapa yang sengaja berdusta ke atas aku maka
hendaklah bersedia dengan tempat duduknya di
neraka.” (hadith sahih riwayat Muslim). 
Sebab :
• Bimbang ada percampuran antara al-Quran
dan hadis.
• Tidak ramai para sahabat yang tahu membaca
dan menulis.
Sunnah Rasulullah dalam
kehidupan seharian
BANGUN PAGI
• Mengusap bekas tidur dari muka : “Rasulullah
S.A.W. bangun dari tidur, lalu baginda duduk seraya
mengusap bekas tidurnya dari wajahnya dengan
kedua tangannya.” – HR Muslim.
• Beristintsar ( menghirup air ke dalam hidung dan
mengeluarkannya kembali ) : “ Apabila diantara
kalian bangun dari tidurnya,hendaknya ia
beristintsar 3 kali, kerana syaitan bermalam di
rongga hidungnya”.
(Muttafaq’alaih)
MAKAN
• Duduk dengan posisi kaki lutut kanan dinaikkan kerana ia mampu
menjaga keseimbangan ruang dalam perut.
• Makan guna tangan kanan.
• Menjilat jari
• Makan dalam satu dulang secara berjemaah (iftar). Ia dapat
mengelakkan pembaziran dan menguatkan ikatan silaturrahim
terutamanya sahabat dan suami isteri.
• Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.
• Nabi bersabda kepada Aisyah r.a. " Seringlah mengetuk pintu
syurga,niscaya akan dibukakan untukmu,Aisyah bertanya '
bagaimana caranya kami membiasakan mengetuknya?nabi saw
bersabda ' Dengan lapar dan dahaga “.
• “Akan terjadi pada ummatku seseorang memakan semua jenis
makanan, meminum semua jenis minuman, memakai semua jenis
pakaian dan banyak berbicara. Maka, mereka itulah paling
jeleknya ummatku.”
TIDUR
• Dari Aisyah R.A. : “Setiap kali Rasulullah S.A.W. ingin tidur, baginda akan
membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas dan menghembus ke tapak
tangan lalu menyapukan ke seluruh muka dan bahagian badan yang mampu
dicapai. Dan apabila baginda jatuh sakit, baginda akan menyuruhku
melakukannya untuk baginda.”
• Tidur di awal malam dan bangun di penghujung malam untuk solat tahjud.
Allah juga berfirman “Sungguh, bangun malam itu lebih kuat mengisi jiwa
dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.” (al-Muzammil : 6)
• Berwudhuk sebelum tidur dan mengiring di atas rusuk kanan, menghadap
kiblat.
• Mengibaskan alas tidur tiga kali.
• Makruh tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur penghuni neraka.
• Menutup pintu, jendela, matikan api dan lampu sebelum tidur.
• Apabila bermimpi buruk, ludah 3 kali ke sebelah kiri lalu ubah posisi tidur
dan tidak menceritakan mimpi kepada sesiapa.
• Kalau menguap kerana mengantuk, tutuplah mulut dan tahan sekuatnya,
kerana syaitan akan mentertawakan kita.
• Bercakap hanya benda yang perlu dan berfaedah.
-"Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta
dengan menceritakan apa sahaja yang dia
dengar". (Riwayat Muslim dan Abu Daud)
SESI
SOAL JAWAB
Rujukan
• http://www.slideshare.net/wanbk/7-al-sunnah
• http://www.scribd.com/doc/20826071/Fungsi-
Hadis-Dan-Kriteria-Hadis-Shahih
• http://ms.wikipedia.org/wiki/Hadis#Contoh-Co
ntoh_Sunnah
• http://www.alquran-melayu.com/24-an-nur/
• http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_Memaka
n_Daging_Haiwan_Mamalia_Maun_(Mamalia_
Hebivor)_Menurut_Islam
• http://www.freewebs.com/alhadith/

You might also like