You are on page 1of 10

KERTAS KERJA PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KALI KE-53

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JERNEH

1.0 PENDAHULUAN

Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting dalam
membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi muda yang bakal
menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai
kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Mereka perlu dididik untuk membina generasi muda
yang mempunyai rasa cinta kepada negara, sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan
negarawan-negarawan ulung terdahulu dan mempunyai jati diri yang jitu. Di samping itu,
mereka juga perlu mempunyai semangat patriotisme yang tinggi yang dapat dizahirkan dengan
menghormati Lagu Kebangsaan dan Jalur Gemilang. Mereka hendaklah menjadi bangsa yang
berani, tegas, dihormati dan berkeyakinan serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk sedia
berkorban demi kedaulatan agama, bangsa dan negara.

2.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dibentangkan adalah untuk mendapatkan persetujuan agar program ini
dapat dilaksanakan dengan berjaya.

3.0 OBJEKTIF

Melalui program ini diharap objektif berikut akan dicapai:

3.1 Menerapkan kesedaran dikalangan murid tentang semangat patriotisme dan mensyukuri
perjuangan pejuang-pejuang terdahulu membolehkan negara mencapai kemerdekaan.
3.2 Membentuk semangat jati diri yang mantap dan jitu dalam kalangan warga sekolah
sebagai bangsa Malaysia yang berdaulat.
3.3 Memupuk semangat perpaduan dalam usaha membentuk kedamaian dan kesejahteraan
dalam kehidupan bermasyarakat, baik di institusi sekolah mahupun dalam konteks
negara.

4.0 RASIONAL

Kehidupan di zaman moden murid-murid memerlukan pengetahuan am, kemahiran dan


pengalaman supaya menjadi lebih matang dan berdikari. Pengetahuan dan kemahiran ini perlu
didedahkan kepada pelajar-pelajar yang akan memimpin negara di masa akan datang.

5.0 PERLAKSANAAN

Antara program sambutan Hari Kemerdekaan yang dicadangkan adalah seperti berikut:
5.1 Tarikh Program : 30 Ogos 2010 (ISNIN)
5.2 Cadangan Tempat : Tapak Perhimpunan dan Kantin Sekolah
5.4 Kumpulan Sasaran : Semua murid SKSJ (43 orang murid)
5.3 Aturcara Program : Sila lihat LAMPIRAN 1
6.0 URUSETIA

Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik adalah seperti LAMPIRAN 2.

7.0 BELANJAWAN

7.1 Hadiah pertandingan

7.1.1 Pertandingan Lagu-lagu Patriotik


Tempat Pertama : Hamper bernilai RM30.00
Tempat Kedua : Hamper bernilai RM25.00
Tempat Ketiga : Hamper bernilai RM20.00

7.1.2 Pertandingan Deklamasi Sajak Tahap 1


Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM5.00
Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM5.00
Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM5.00

7.1.3 Pertandingan Deklamasi Sajak Tahap 2


Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM5.00
Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM5.00
Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM5.00

7.1.4 Pertandingan Mewarna Tahap 1


Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM5.00
Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM5.00
Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM5.00

7.1.5 Pertandingan Melukis Poster Tahap 2


Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM5.00
Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM5.00
Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM5.00

Sumber kewangan akan menggunakan peruntukan sekolah . Pecahan keseluruhan sumber


kewangan seperti di LAMPIRAN 3.

8.0 PENUTUP

Semoga program ini akan dapat meningkatkan dan mengukuhkan semangat patriotisme di
kalangan murid-murid dan secara tidak langsung di kalangan guru-guru. Segala kerjasama dari
semua guru dan murid amat dialu-alukan dalam menjayakan program ini. Pihak sekolah yakin
akan mendapat pertimbangan dan kelulusan dari pihak pentadbir.

Disediakan oleh:
…………………………………….
(HASLIZA BT. ABDULLAH SANI)
GPK HEM
SEK.KEB. SUNGAI JERNEH
13 OGOS 2010
LAMPIRAN 1

ATURCARA

7.35 pagi : Ketibaan para jemputan

7.45 pagi : Nyanyian Lagu-lagu Kebangsaan


- Negaraku
- Melaka Maju Jaya
- Wawasan Pendidikan Negeri Melaka
- Lagu Sekolah
- Jalur Gemilang
- Satu Malaysia

Bacaan Ikrar

Bacaan Doa

8.30 pagi : Ucapan oleh Pn.Hjh.Hamidah bt.Hj.Hassan


Guru Besar SK Sungai Jerneh

8.40 pagi : Ucapan Perasmian & Ceramah Kemerdekaan oleh


Tn.Hj. Nayan b. Karim
Pengerusi JKKK Kpg Sungai Jerneh

Laungan Kemerdekaan

9.30 pagi : Persembahan Nyanyian Lagu-lagu Patriotik


Persembahan Deklamasi Sajak

10.30 pagi : Rehat

11.30 pagi : Pertandingan Mewarna Tahap 1 &


Melukis Poster Tahap 2

12.45 tgh : Penyampaian Hadiah

1.00 tgh : Bersurai


LAMPIRAN 2

JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Pn. Hjh. Hamidah bt. Hj. Hassan (Guru Besar)

Pengerusi : Pn. Hasliza bt. Abdullah Sani (GPK HEM)

Setiausaha : Pn. Nurhuda bt. Khalib

Bendahari : Cik Nurzila bt. Minhad

Ahli Jawatankuasa :

Buku Program : En. Mohd. Haidir b. Manaf

Penyediaan Tempat & PA sistem : En. Hazri b. Ayob

Penyelaras Pertandingan : 1. En. Ahmad Fariez b. Saleh (Lagu-lagu Patriotik)


2. Pn. Sumaliah bt. Tamami (Deklamasi Sajak)
3. Pn. Rozita bt. Abd. Rahim (Mewarna Tahap 1 &
Melukis Poster Tahap 2)

Keselamatan & Disiplin : Pn. Najmiah bt. Omar


Pn. Nurhuda bt. Khalib

Pengacara Majlis : Pn. Zuraida bt. Abdullah

Hadiah & Cenderamata : Pn. RoseLailaWati bt. Abd. Hamid


Pn. Norazlina bt. Abu Bakar

Hakim : Pertandingan Lagu-lagu Patriotik


1. Pn. Sariah (AJK PIBG)
2. Pn. Zaiton bt. Aman (AJK PIBG)

Pertandingan Mendeklamasi Sajak


1. En. Jaafar b. Atan (AJK PIBG)
2. Pn. Salmah bt. Yousof (AJK PIBG)

Pertandingan Mewarna Tahap 1


Pn. Najmiah bt. Omar

Pertandingan Melukis Poster Tahap 2


En. Hazri b. Ayob
LAMPIRAN 3

BELANJAWAN PROGRAM
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE-53 TAHUN 2010
PERINGKAT SEK. KEB. SUNGAI JERNEH

BIL PERKARA JUMLAH

1. HADIAH PERTANDINGAN
1. Lagu-lagu Patriotik RM 75.00

2. Deklamasi Sajak Tahap 1 RM 15.00

3. Deklamasi Sajak Tahap 2 RM 15.00

3. Mewarna Tahap 1 RM 15.00

4. Melukis Poster Tahap 2 RM 15.00

2. LAIN-LAIN PERBELANJAAN
1. Kertas Lukisan
RM0.10 x 20 keping RM 2.00

2. Kertas Poster Mewarna


RM0.15 x 20 keping RM 3.00

3. Cenderamata RM 20.00

Jumlah Keseluruhan RM 160.00


KERTAS KERJA MAJLIS SAMBUTAN
HARI RAYA DAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JERNEH

1.0 PENDAHULUAN

Majlis sambutan Hari Raya dan Hari Kanak-Kanak adalah di bawah Unit Hal Ehwal Murid.
Setiap tahun unit ini akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Kanak-Kanak
Sedunia. Melalui majlis ini , murid-murid akan mempunyai pengalaman dan idea dalam realiti
kehidupan yang sebenar serta membantu meningkatkan minda. Selain itu, murid-murid akan
diberi peluang untuk berseronok dan bergembira dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk
mereka.

2.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dibentangkan adalah untuk mendapatkan persetujuan agar program ini
dapat dilaksanakan dengan jayanya.

3.0 OBJEKTIF

Melalui program ini diharap objektif berikut akan dicapai:

3.1 Memberi peluang kepada murid-murid merasa diri mereka dihargai dan diraikan.
3.2 Memberi peluang murid belajar melalui pengalaman tentang sesuatu majlis.
3.3 Memberi peluang kepada murid untuk bergembira dan berseronok di samping
mengeratkan lagi silaturahim.
3.4 Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat mereka melalui pertandingan
yang disediakan.

4.0 RASIONAL

Kehidupan di zaman moden murid-murid memerlukan pengetahuan am, kemahiran dan


pengalaman supaya menjadi lebih matang dan berdikari. Pengetahuan dan kemahiran ini perlu
didedahkan kepada pelajar-pelajar yang akan memimpin negara di masa akan datang.

5.0 PERLAKSANAAN

Program ini akan dijalankan untuk semua murid. Melalui programini murid-murid akan diraikan
oleh guru-guru. Antara program yang dicadangkan adalah seperti berikut:

5.1 Tarikh Program : 17 September 2010 (JUMAAT)


5.2 Cadangan Tempat : Kantin Sekolah
5.3 Kumpulan Sasaran : Semua murid SKSJ (43 orang murid)
5.4 Aturcara Program : Sila lihat LAMPIRAN 1
6.0 URUSETIA

Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik adalah seperti LAMPIRAN 2.

7.0 BELANJAWAN

7.1 Makan & Minum murid = RM 8.00 x 43 orang murid

7.2 Hadiah pertandingan

7.2.1 Pertandingan Persembahan Lagu-lagu Raya


Hamper bernilai RM 20.00 x 7 buah kelas

7.2.2 Pertandingan Kad Ucapan Paling Kreatif Tahap 1


Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM 10.00
Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM 8.00
Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM 6.00

7.2.3 Pertandingan Kad Ucapan Paling Kreatif Tahap 2


Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM 10.00
Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM 8.00
Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM 6.00

Sumber kewangan akan menggunakan peruntukan sekolah . Pecahan keseluruhan sumber


kewangan seperti di LAMPIRAN 3.

8.0 PENUTUP

Semoga program ini mendapat sokongan padu kerana program ini memberi manfaat yang
berguna kepada murid serta meningkatkan dan mengukuhkan ikatan silaturrahim di kalangan
murid-murid dan secara tidak langsung di kalangan guru-guru. Segala kerjasama dari semua guru
dan murid amat dialu-alukan dalam menjayakan program ini. Pihak sekolah yakin akan
mendapat pertimbangan dan kelulusan dari pihak pentadbir.

Disediakan oleh:
…………………………………….
(HASLIZA BT. ABDULLAH SANI)
GPK HEM
SEK.KEB. SUNGAI JERNEH
13 OGOS 2010
LAMPIRAN 1

ATURCARA

7.45 pagi : Ketibaan para jemputan

8.00 pagi : Bacaan Doa

8.05 pagi : Ucapan oleh Pn.Hjh.Hamidah bt.Hj.Hassan


Guru Besar SK Sungai Jerneh

8.15 pagi : Ucapan oleh En. Jaafar b. Atan


Yang Dipertua PIBG SK Sungai Jerneh

8.30 pagi : Pertandingan Persembahan Nyanyian Lagu-lagu Hari Raya

10.00 pagi : Jamuan

11.45 tgh : Penyampaian Hadiah

12.00 tgh : Bersurai


LAMPIRAN 2

JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Pn. Hjh. Hamidah bt. Hj. Hassan (Guru Besar)

Pengerusi : Pn. Hasliza bt. Abdullah Sani (GPK HEM)

Setiausaha : Pn. Nurhuda bt. Khalib

Bendahari : Cik Nurzila bt. Minhad

Ahli Jawatankuasa :

Buku Program : En. Mohd. Haidir b. Manaf

Penyediaan Tempat & PA system : En. Ahmad Fariez b. Saleh

Penyelaras Pertandingan : 1. Pn. Rozita bt. Abd. Rahim


(Pertandingan Kad Ucapan Paling Kreatif)
2. Pn. Zuraida bt. Abdullah
(Pertandingan Persembahan Lagu-lagu Raya)

Keselamatan & Disiplin : En. Hazri b. Ayob

Pengacara Majlis : Pn. Nurhuda bt. Khalib

Hadiah & Cenderamata : Pn. Norazlina bt. Abu Bakar

Jamuan : 1. Pn. RoseLailaWati bt. Abdul Hamid


2. Pn. Sumaliah bt. Tamami
3. Pn. Maryana bt. Amran

Hakim pertandingan : Pertandingan Lagu-lagu Raya


1. En. Ismail b. Sulaiman (AJK PIBG)
2. Pn. Salmah bt. Yousof (AJK PIBG)

Pertandingan Kad Ucapan Paling Kreatif


Pn. Hjh. Hamidah bt. Hj. Hassan
LAMPIRAN 3

BELANJAWAN PROGRAM
SAMBUTAN HARI RAYA DAN HARI KANAK-KANAK TAHUN 2010
PERINGKAT SEK. KEB. SUNGAI JERNEH

BIL PERKARA JUMLAH

1. HADIAH PERTANDINGAN
1. Persembahan Lagu-lagu Raya RM140.00

2. Kad Ucapan Paling Kreatif Tahap 1 RM 24.00

3. Kad Ucapan Paling Kreatif Tahap 2 RM 24.00

2. LAIN-LAIN PERBELANJAAN
1. Jamuan Murid
RM8.00 x 43 orang murid RM344.00

Jumlah Keseluruhan RM 532.00

You might also like