You are on page 1of 5

LAPORAN PELAKSANAAN MERENTAS DESA 2011

NAMA SEKOLAH : SJK (TAMIL) CHANGLUN, KEDAH

NAMA PROJEK / AKTIVITI : MERENTAS DESA 2011

TEMPOH PELAKSANAAN : 9 MAC 2011 (RABU)

OBJEKTIF :

1. Murid-murid dapat meningkatkan keupayaan fizikal

2. Masa lapang digunakan untuk kepentingan yang berfaedah

STRATEGI PELAKSANAAN :

Merentas desa merupakan suatu aktiviti yang dijalan di sekolah SJK (Tamil)

Changlun pada setiap tahun. Kami semua guru sekolah ini bersama dengan PK

Kokurikulam, iaitu Pn.Vani A/P Veloo bercadang untuk menjalankan aktiviti pada 9 Mac

2011. Selepas itu, kami mendapatkan kebenaran daripada guru besar sekolah ini.

Aktiviti ini dapat dijayakan dengan bantuan PIBG sekolah ini

1. Fasa Sebelum Pelaksanaan

Setelah mendapatkan kebenaran dari guru besar, kami semua guru menetapkan

suatu hari untuk memerhatikan trek merentas desa. Pada 6 Mac 201, kami

memerhatikan keadaan trek merentas desa. Kami memastikan keadaan trek itu berada

dalam keadaan yang baik dan selamat demi keselamatan para pelajar. Selepas itu,

kami menetapkan tiga stesen yang dimanakan stesen 1, stesen 2 dan stesen 3. Pelajar
tahap satu hanya melepasi stesen 1 pulang ke garisan penamatn manakala pelajar

tahap dua pula perlu melepasi ketiga-tiga stesen tersebut.

Selain itu, kami juga menyedia tag yang bercop nama sekolah untuk diberikan

kepada para pelajar semasa melepasi sesuatu stesen. Tag tersebut terdiri daripada tiga

warna iaitu hijau,kuning dan biru mengikut stesen.

2. Fasa Semasa Pelakasanaan

Pada 9 Mac 2011, aktiviti merentas desa dijalankan seperti yang dirancangkan

oleh kami. aktiviti tersebut berjalan dari pukul 4 petang hingga 6.30 petang.

Semua pelajar dikumpulkan mengikut tahap satu dan tahap dua. Acara bagi

pelajar tahap satu dijalankan dahulu. Bendera malaysia dikibarkan dan hon dibunyikan

oleh Pengerusi PIBG sebagai agenda pelancaran merentas desa bagi tahun 2011.

Guru – guru ditempatkan di setiap stesen untuk memberikan tag kepada pelajar. Ahli –

ahli PIBG juga turut menolong guru untuk menjaga keselamatan pelajar sepanjang

aktiviti.

GAMBAR 1 : PARA PELAJAR DIKUMPULKAN


SEBELUM MEMULAKAN AKTIVITI
GAMBAR 2 : PARA PELAJAR MENDENGAR
ARAHAN GURU

GAMBAR 3 : PENGERUSI PIBG MENGIBARKAN


BERDERA DAN MEMULAKAN MERENTAS DESA

GAMBAR 4 : PELAJAR KATEGORI PEREMPUAN


TAHAP 1 DIHADAPAN GARIS PENAMAT
GAMBAR 5 : PARA PELAJAR MEMBERIKAN
NAMA SELEPAS MELEPASI GARISAN PENAMAT
DI TEMPAT URUSETIA

GAMBAR 6 : PARA PELAJAR DIEDARKAN


MAKANAN DAN MINUMAN SELEPAS AKTIVITI

GAMBAR 7 : ANTARA IBU BAPA (AHLI PIBG)


YANG MENOLONG SEMASA AKTIVITI
3. Fasa Selepas Pelaksanaan

Aktiviti merentas desa berjaya diadakan seperti yang dirancang oleh

semua guru sekolah. Kami mengambil tujuh (7) orang yang terpantas dari setiap

tahap sebagai pemenang. Mereka akan diberi hadiah di perhimpunan mingguan.

KESIMPULAN :

konklusinya, aktiviti merentas desa 2011 ini telah berjalan seperti yang dirancang

oleh kami. Ia memberikan pelbagai ilmu dan pengalaman kepada kami. Selain itu, saya

ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar, para guru, kakitangan

sekolah dan juga ahli PIBG yang berjaya menjayakan projek kami.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh Disemak oleh PK Disahkan oleh Guru Besar


Setiausaha Sukan Kokurikulam
Tandatangan : Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh : Tarikh :

You might also like