You are on page 1of 22

BOLA BALING

SEJARAH

Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah
diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di
Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa perang dunia kedua permainan ini
dikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917, bilangan pemain
telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah
diasaskan oleh Heizer di Jerman.
Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu
jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Pada tahun tersebut juga, Kesatuan Bola
Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam.
Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan
Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah
muncul sebagai juara. Pada tahun 1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola
Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946 (IAHF) telah
ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menggalakkan
permainan menggunakan tujuh orang sepasukan. Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Sedunia
telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956,
undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini.
Antara negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania,
Czechoslovakia, Hungury dan juga Poland. Di Asia, Jepun, China dan juga Korea adalah antara
negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam
Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelaki telah memenangi pingat perak.
Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu, Kesatuan
Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran sedang
berlangsung.. Ibu pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait.
Permainan bola baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia mula diperkenalkan
pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah
Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 Sep. 1985. Cheah Hai Su telah dilantik
sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun 1986 persekutuan ini
telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka
Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan
Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Dis. 1985 dimana 11 pasukan telah
mengambil bahagian.
Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima sebagai satu permainan yang
dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Malaysia (MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di
Kompleks TUDM, Lumut tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986
untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab
perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan
menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam
Pestarama Maktab mulai tahun 1985.

Di Malaysia, permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada sekumpulan
guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, beliau bertugas sebagai
pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti Malaya.
Seterusnya satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su
dari Unit Pendidikan Jasmani Dan Sukan, kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun
1978. sejak itu, kursus-kursus bola baling untuk gurur-guru telah dijalankan untuk
mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah.

Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi lelaki dan wanita buat
kali pertama telah diadakan pada 2 jun 1982. kejohanan ini telah disertai 12 buah pasukan dari
Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya. Persatuan Bola Baling
Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan telah didaftarkan secara rasmi pada 11 september
1982. persekutuan Bola Baling Malaysia pula telah didafarkan secara rasmi pada 11 september
1982. Persekutuan Bola Baling Malaysia pula telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1985. di
peringlat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling bagi melatih guru dalam
aspek pengadilan dan kejurulatihan.

PENGENALAN

Sebelum mempelajari cara bermain bola baling, ada baiknya jika mengetahui peralatan yang
diperlukan untuk permainan ini. Bola baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar
dewan. Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau
gelangggang, sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujung orang sepasukan). Dua orang
pengadil diperlukan untuk mengawal permainan. Permainan bola baling juga mempunyai
beberapa peralatan yang etrsendiri daripada kebanyakan sukan-sukan yang lain. jadi peralatan
yang disediakan adalah bersesuaian dengan bentuk dan jenis permainan.

Padang/gelanggang

Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelangggang yang digunakan boleh merupakan
gelanggang bersimen atau ber[arket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang permainan
berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol.
Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan
tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan gol yang berjejari 6 meter dari
tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah
garisan gol ialah pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah
ialah 4.5 cm meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secar jelas dengan ukuran
sebenar 5 cm.
Bola

Bola yang digunakan dalam permainan bola baling adalah kecil bentuknya daripada bola sepak
atau bola jarring tetapi lebih besar daripada bola takraw. Bola harus berbentuk bulat dan
diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk
setiap kategori pemain adalah seperti berikut:

1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas)

• Bola saiz 3
• Berat antara 426 g hingga 475 g
• Lilitan antara 58 cm sehingga 60 cm

2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16
tahun)

• Bola saiz 2
• Berat antara 325 g sehingga 375 g
• Lilitan antaar sehingga 56 cm

3. Remaja perempuan (8 tahun sehingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun sehingga 12 tahun)

• Bola saiz 1
• Berat antara 290 g sehingga 330 g
• Lilitan antara 50 cm sehingga 52 cm

Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagi
setiap perlawanan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat
antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling
Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.

Tiang gol

Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua batang
tiang tegak panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh
sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau
bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan dua warna yang terang. Penjuru pertemuan antara
tiang gol dengan palang harus dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. di bahagian
lain tiang gold an palang, panjang warna yang sama adalah 20 cm. gol perlu dipasangkan dengan
jarring. Lebar kayu tiang gold an palang ialah 8 cm.
Pemain dan pakaian

Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain wanita terdiri daripada baju lengan pendek atau
panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain gelanggang hendaklah
berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian yang
berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala
alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain tidak dibenarkan. Setiap pasukan bola
baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10 orang peamin gelanggang dan 2 orang
penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi bernombor 1 hingga 20. nombor 1, 12,
dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-
pemain gelanggang.

KEMAHIRAN 1

MENANGKAP

Pengenalan

Keupayaan pemain bola baling menangkap setiap bola hantaran rakannya dengan selesa dan
selamat merupakan kemahiran asas dalam permainan ini. Prinsip utama dalam melakukan
tangkapan dengan berkesan ialah dengan memerhatikan kelajuan bola, melakukan tangkapan
yang selamat dan mengawal bola yang baik selepas bola ditangkap. Kedua-dua tangan hendaklah
digunakan oleh setiap pemain semasa membuat tangkapan ini. Pemain juga hendaklah dalam
kedudukan relaks selepas bola berada pada tangannya. Keupayaan membuat tangkapan amat
bergantung kepada jenis dan cara hantaran yang diterimannya. Kemahiran menangkap bola
bersama-sama membuat hantaran merupakan asas yang perlu dimiliki oleh setiap pemain bola
baling. Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan oleh pemain. Perkara paling penting ialah setiap
tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang
dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran
atau hantaran yang tepat dan sempurna. Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua
keadaan dan situasi permainan, seseorang pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-
faktor berikut:

1. Penglihatan pemain dan penerima hendaklah fokus pada bola.


2. Pemain yang akan menerima tangkapan hendaklah merenggangkan kedua-dua belah
tangannya dan dihulur ke hadapan dalam kedudukan bersedia untuk menerima hantaran.
3. Pemain hendaklah memastikan jari kedua-dua belah tangnnya sentiasa terbuka bagi
memudahkan mengawal bola, manakala ibu jarinya adalah tetap untuk menahan bola yang
ditangkap.
4. Pemain membawa bola rapat ke dada dalam kedudukan yang selamat. Ini dilakukan sebaik
sahaja bola ditangkap.
5. Pemain beralih kepada kedudukan yang seimbang dan selesa untuk melakukan tindakan
seterusnya, seperti membuat hantaran, mennggelecek, membuat jaringan atau pergerakan lain.
6. Pemain hendaklah memastikan kedudukannya seimbang, sebaik-baiknya dengan meletak
sebelah kakinya ke hadapan dan berjarak seluas bahu dengan kaki belakangnya.
7. Bola yang diterima berada diatas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-jari
menunjuk ke atas dengan ibu jari berbentuk ‘w’ di belakang bola. Untuk bola yang berada di
bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari. Untuk menangkap bola
terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik.
8. Pemain hendaklah mampu menerima sebanrang jenis hantaran daripada rakan umpamanya
hantaran yang liar meninggi, rendah, ke sisi dan dalam keadaan statik atau bergerak , dan pada
kelajuan yang berbeza-beza.

Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi, hantaran rendah
dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik. Semua prinsip dalam
tangkapan merupakan asas yang perlu diketahui oleh semua pemain sama ada mereka yang baru
mempelajari permainan ini mahupun mereka yang sudah lama bermain. Sebagai pemain, anda
perlu berlatih dengan betul kerana dalam permainan bola baling, kemahiran menghantar dan
menangkap menjadi asas penting yang harus dimiliki oleh setiap pemain. Satu perkara paling
sukar untuk pemain-pemain baru ialah keberkesanan mengawal bola sebaik-baik ia tiba di tangan
pemain yang membuat tangkapan. Selain daripada dapat mengurangkan kemungkinan
kecederaan pada jari, tangkapan bola yang betul dapat mengawal dan mengekalkan penguasaan
bola untuk diri pemain dan pasukannya.

Ansur maju

Latihan menghantar dan menangkap

Oleh sebab gerakan menghantar dan menangkap dianggap sebagai satu kemahiran, maka latihan
untuk kedua-dua gerakan ini adalah wajar diadakan berasama. Setiap pemain harus diberi
kesempatan memegang bola atau cuba bermain dengan bola di peringkat awal khusunya untuk
sesi latihan. Bola plastik yang saiznya hampir sama dengan bola sebenar boleg digunakan untuk
tujuan ini.

Latihan dalam kedudukan duduk

Kaedah ini untuk mengembangkan teknik yang betul adalah dengan kedudukan duduk, iaitu kaki
direngggangkan ke depan, dan pelatih berhadapan antara satu sama lain atau mengahadap
dinding pada jarak 2 meter. Tangan diangkat lurus dan tubuh ditolak ke belakang. Bola dipegang
menggunakan tapak tangan, dan dihantar kea rah dinding atau kepada rakan menggunakan
lengan depan, jari serta pergelangan tangan. Teknik dan kekuatan ditinggalkan dengan
menjauhkan jarak.

Latihan dalam kedudukan berdiri dan berlari

1) Dua orang pemain menggunakan sebiji bola setiap seorang dalam kedudukan berdepan
dengan dinding.

a) Jarak antara kedua-dua pemain dengan dinding ialah 3 meter.


b) Hantaran dan tangkapan bola dilakukan anatar kedua-dua pemain dengan membuat lontaran
ke dinding.
c) Pelbagai jenis hantaran dilakukan oleh kedua-dua pemain.

2) Dua pemain menggunakan satu bola.

a) Hantaran dan tangkapan mudah bola di buat secara berpasangan dengan menggunakan
pelbagai jenis hantaran dan tangkapan.
b) Pemain menghantar bola tanpa henti antara satu sama lalin dalam kedudukan berjalan,
seterusnya diikuti kedudukan berlari dengan cara bergerak ke depan dan ke belakang.
c) Pemain melakukan hantaran atas bahu, hantaran jauh dan hantaran lantun.

3) Tiga pemain menggunakan satu bola.

a) Pemain yang berdiri dalam bentuk segi tiga melakukan hantaran biasa sesama sendiri.
b) Hantaran dipelbagaikan dengan kelajuan dan arah yang berlainan.
c) Tiga kon atau halangan diletakkan dalam bentuk segi tiga. Permainan berlari mengelilingi kon
tersebut sambil membuat hantaran. Ulangi beberapa kali dengan mengubah arah dan kelajuan.

4) Hantaran berkumpulan dalam barisan. Pemain dibahagikan kepada dua kumpulan dengan
enam orang berada dalam satu kumpulan. Mereka berbaris dengan berhadapan antara satu sama
lain pada jarak 5 hingga 10 meter.
5) Hantaran zigzag dalam barisan. Pemain disusun berjarak 5 meter antara satu sama lain dalam
dua barisan yang juga berjarak 5 meter antara 2 baris.
6) Hantaran dalam barisan.

a) Hantaran dibuat dari kiri ke kanan dengan menggunakan hantaran sisi.


b) Hantaran dibuat dari kanan ke kiri dengan menggunakan hantaran dada.
c) Pemain melakukan hantaran menggunakan beberapa jenis hantaran lain.
7) Hantaran dalam bulatan.

a) Pemain membentuk bulatan.


b) Pemain menghantar dan menangkap bola dari pelbagai jenis arah, jenis dan kelajuan.
Undang-undang

Kesalahan-kesalahan semasa menangkap dan menghantar bola

1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan.


2. Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula berada terlalu jauh di
belakang.
3. Tidak menggunakan pergelangan tangan.
4. Tersalah kaki ke depan semasa membuat hantaran.
5. Menghantar bola terlalu tinggi, keras dan deras.
6. Gangguan dalam corak atau langkah.
7. Genggaman yang tidak kemas.
8. Menggunakan hantaran dan tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan.

Memegang bola

Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan memegangnya tidak lebih daripada 3 saat.sebelum
menghantarnya kepada rakan atau terus membuat jaringan gol. Dalam masa yang singkat ini,
pemain menguasai bola sepenuhnya. Pemain perlu memegang bola dengan kedua-dua belah
tangannya kerana jika sebelah tangan digunakan, kemungkinan bola boleh terlepas daripada
pegangannya.

Apabila bola dirapatkan ke dada, ia dipegang erat oleh jari-jari yang dibuka mengarah ke depan.
Pegangan yangkukuh ini adalah penting bagi membolehkan pemain melakukan gerakan yang
seterusnya. Umumnya, pemega ng bola hendaklah mengggunakan kedua-dua belah tangan dan
berkedudukan pada aras dada. Pegangan ini hendaklah sekejap mungkin agar tidak mengganggu
pergerakan bola serta memberikan masa dan kesempatan kepada pemain pertahanan pasukan
lawan mengatur pertahanannya atau mematah serangan.

Aplikasi prinsip sains

Terdapat beberapa prinsip sains yang terlibat dalam kemahiran menangkap. Kemahiran
menangkap menggunaka tangan. Antara prinsip sains yang terlibat ialah:

Hukum gerakan Newton pertama

Sifat inersia sesuatu objek boleh dinyatakan dalam hukum gerakan Newton pertama. Hukum
gerakan Newton pertama menyatakan bahawa sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya,
iaitu dalam keadaan pegun atau keadaan gerakan dengan halaju seragam jika tiada daya luar
bertindak ke atas objek itu. Sesuatu objek yang pegun akan tetap pegun. Untuk menggerakan
objek itu., satu daya luar diperlukan. Sesuatu objek yang bergerak dengan halaju seragam akan
tetap bergerak dengan halaju seragam sepanjang garis lurus. Untuk mengubah keadaan itu, daya
luar mesti ditindakkan ke atas objek itu.

Dalam permainan bola baling, bola yang bergerak dengan halaju seragam akan tetap bergerak
dengan halaju seragam sepanjang garis lurus. Untuk mengubah keadaan itu, daya luar mesti
ditindakkan ke atas objek itu iaitu tangan pemain akan menahan pergerakan bola itu untuk
menangkap.

Kesan daya dan impuls

Daya tidak dapat dilihat atau dirasa. Apa yang dapat diperhatikan ialah kesan daya. Apabila
sesuatu daya bertindak ke atas sesuatu objek, kesan ke atas objek itu boleh mengubah saiz,
bentuk, keadaan rehat, halaju dan arah gerakan objek itu.

Dalam kemahiran menangkap, bola yang sedang bergerak dengan halaju seragam telah
dikenakan daya untuk bergerak. Daya itu tidak dapat dirasa dan dilihat. Tetapi apabila tangan
pemain menahan pergerakan bola itu (daya luar), kita dapat melihat halaju pergerakan bola itu
perlahan dan seterusnya berhenti. Ini adalah kesan daya.

Mengurangkan kesan daya impuls

Dalam permainan bola baling, bola yang bergerak dengan cepat perlu ditangkap oleh pemain.
Jika bola itu dihentikan dengan cepat, daya impuls yang dikenakan ke atas tangan adalah sangat
besar dan menyakitkan tangan pemain. Selain menggunakan sarung getah, pemain boleh
menangkap bola itu sambil mengundurkan tangan. Dengan cara ini, masa untuk memberhentikan
bola dipanjangkan dan daya impuls akan dikurangkan.

Keseimbangan daya

Apabila beberapa daya bertindak ke atas sesuatu objek, keseimbangan daya berlaku jika paduan
semua daya itu adalah sifar. Apabila kesimbangan daya dicapai, iaitu tiada daya bersih bertindak
kepada objek itu, objek itu sama ada dalam keadaan pegun atau bergerak dengan halaju seragam.

Sebiji bola yang sedang bergerak dengan halaju seragam adalah dalam keseimbangan daya. Daya
tolakan semasa bola dihantar mempunyai magnitud yang sama dengan geseran dan berat
diseimbangkan oleh tindak balas normal. Daya paduan yang bertindak ke atas bola itu adalah
sifar.
KEMAHIRAN 2

MENGGELECEK

Pengenalan

Menggelecek ialah satu pergerakan melantunkan bola secara berterusan ke tanah dengan hanya
menggunakan satu tangan tanpa memegangnya. Kemahiran ini penting bagi membolehkan
pemain bergerak dengan membawa bola dari setempat ke setempat. Pergerakan menerusi
kemahiran ini adalah lambat dan tidak digalakkan dalam permainan kecuali jika terpaksa atau
dalam keadaan terdesak. Meggelecek yang berkesan memerlukan pemain mengawal bola secara
rapat dan dapat menolak bola ke arah padang dengan jari terbuka luas. Semasa bergerak dengan
pantas , pemain hendaklah menolak bola dengan baik ke depan. Seperti kemahiran lain,
mengelecek jugam memerlukan letihan.

Dalam melakukan kemahiran ini pemain tidak dibenarkan memegang bola, kerana jika dia sudah
memegangnya, bola hendaklah dihantar kepada rakan atau sebarang tindakan selanjutnya.
Kemahiran ini juga penting untuk dipelajari. Tujuannya adalah untuk menggerakkan bola, yakni
bersama pemain ke tempat atau ruang yang dikehendaki. Walau bagaimanapun pergerakan bola
menerusi kemahiran ini juga tidak sesuai kerana lambat. Atas alasan inilah pemain baru tidak
digalakkan melakukan kemahiran ini dalam permainan, kecuali pemain itu tidak ada cara lain
atau terdesak untuk bertindak sedemikian.

Satu perkara yang harus diberi perhatian dalam melakukan pergerakan mengelecek ini ialah
pengawalan bola yang berkesan. Pengawalan bola yang berkesan ialah membawa bola agak rapat
kepada pemain. Semasa bergerak dengan pantas, pemain hendaklah menolak bola dengan
sempurna ke hadapan sambil mata ditumpukan kepada rakan yang akan dihantarkan bola itu
serta pemain-pemain pasukan lawan yang sudah tentu akan cuba membuat hadangan. Dalam
melakukan kemahiran ini, pemain hendaklah memastikan bola dapat dikawal dengan baik.

Teknik dalam menggelecek

Teknik dalam melakukan sesuatu kemahiran memerlukan latihan kemahiran yang betul dan
teratur, terutamanya pada peringkat awal penglibatan pemain dalam sukan termasuk bola baling
ini. Bagi menudahkan perlakuan mengelecek ini, dinyatakan beberapa teknik yang bersesuaian:
a) Pemain hendaklah membengkokkan lutut sekurang-kurangnya pada jarak keluasan 120º
dengan kedudukan badan yang kesinambungan terkawal.
b) Pemain hendaklah menyentuh tangannya pada bahagian atas bola, manakala jari sentiasa
terbuka.
c) Pemain hendaklah melakkuakn lantunan bola pada jari dan tidak pada tapak tangannya.
d) Pemain menolak bola ke tanah dengan pergelangan tangan sambil lengan dibawa ke bawah
sedikit. Badan hendaklah dibengkokkan sedikit.
e) Pemain hendaklah memfokuskan penglihatannya pada hantaran yang akan dibuat dan tidak
pada bola.
f) Lantunan bola sebaik-baiknya hendaklah pada aras sederhana, iaitu di antara paras pinggang
dengan lutut.
g) Pemain menolak bola ke hadapan sambil bergerak pantas semasa manyambut bola bagi
mendapatkan kepantasan mengelecek.

Ansur maju

Latihan menggelecek

Ada beberapa jenis latihan menggelecek yang boleh dilaksanakan dalam memahirkan diri dalam
kemahiran ini:

Mengelecek melepasi halangan

Pemain akan membentuk barisan terdiri daripada antara 3 hingga 5 orang yang berada pada
kedudukan berbaris, didepan mereka diletak beberapa halangan. Pemain pertama A menggelecek
bola melalui tanda-tanda di hadapan mereka. Apabila sampai ke tanda akhir, dengan cepat
pemain A berpusing lalu menghantar bola kepada pemain B, sambil membentuk barisan baru di
hadapan halangan awal. Pemain B akan melakukan kemahiran mengelecek seperti yang
dilakukan pemain A, dan begitulah seterusnya.

Latihan menggelecek mengelilingi penanda

Pemain membentuk dua barisan terdiri daripada antara 4 hingga 5 orang dan menempatkan
barisan mereka seperti dalam rajah. Di bahagian tengahnya terdapat pelbagai penanda. Pemain A
akan menggelecek bola mengelilingi penanda sebelum menghantar kepada pemain B, dan
pemain A mengambil tempat dalam barisan pertama. Pemain B mengggelecek lalu menghantar
bola kepada pemain C, kemudian mengmbil tempat dalam barisan kedua. Latihan diteruskan
dengan pergerakan menggelecek oleh pemain-pemain lain.
Latihan menggelecek berhalangan

Pemain membentuk dua barisan terdiri daripada tiga orang setiap barisan. Pemain A mengelecek
bola lalu memberikannya kepada pemain B yang berada di bahagian sisi berisan. Pemain B
menghantar balik bola kepada pemain A (A 1), yang menyambung menggelecek untuk dihantar
kepada pemain C. pemain C akan menghantar kembali bola kepada pemain A (A 2). Pemain ini
kemudian menggelecek dan memberi bola kepada pemain D. Pemain D akan mengulangi
menggelecek seperti yang dilakukan oleh pemain A dari barisannya.

Latihan menggelecek dalam kedudukan berlari

Pemain membentuk dua barisan. Pemain A menghantar bola kepada pemain B, selepas itu
pemain A bergerak ke hadapan. Pemain B menerima bola lalu membuat hantaran kepada pemain
A bergerak ke hadapan. Pemain B menerima bola lalu membuat hantaran kepada pemain A
kembali. Dalam kedudukan berlari pemain A menerima bola itu lalu menggelecek bola itu
hingga ke garisan penamat dengan laju. Sementara itu, pemain B akan berlari laju ke garisan
penamat dan cuba memotong dan merampas bola sebelum pemain A tiba.

Undang-undang

Perkara-perkara penting dalam menggelecek

Bagi memudahkan pemahaman pemain dalam kemahiran menggelcek ini, berikut adalah
beberapa perkara penting yang boleh dijadikan panduan:

1. Pemain hendaklah mengelak daripada memandang bola yang dikawal.


2. Pemain hendaklah mengelakkan daripada menggelecek terlalu lama atau terlalu jauh.
3. Pemain hanya boleh melakukan pergerakan menggelecek pada waktu-waktu tertentu dan
sesuai sahaja.
4. Pemain boleh menggunakan berbagai jenis-jenis menggelecek untuk mengelirukan lawan
dalam usaha mengawal dalam usahanya mengawal bola.
5. Pemain hendaklah mampu menghalang pemain lawan daripada percubaan untuk merampas
bola.
6. Pemain hendaklah memastikan ketinggian bola pada aras diantara pingggang dengan lutut.
7. Pemain hendaklah berusaha melawan serta mengawal bola. Tangan yang tidak menyentuh
bola hendaklah sentiasa menjadi penghalang kepada pihak lawan.

Aplikasi prinsip sains

Dalam kemahiran menggelecek juga terdapat aplikasi sains yang dapat dikaitkan dengan
kemahiran ini. Kemahiran ini menggunakan tangan untuk menggerakkan bola. Antara prinsip
sains yang terlibat ialah:
Daya graviti

Semua objek di sekeliling kita ditarik ke arah pusat bumi oleh satu daya yang dikenali daya
tarikan graviti bumi. Daya ini menyebabkan objek jatuh ke arah bumi apabila dilepaskan. Suatu
objek yang jatuh di bawah daya tarikan graviti, tanpa pengaruh daya-daya luar seperti rintangan
udara dikatakan sebagai jatuh secara bebas atau jatuh bebas. Secara praktik, jatuh bebas hanya
berlaku dalam keadaan vakum, iaitu dalam ruang yang tidak mengandungi jirim.

Objek yang jatuh bebas akan memecut. Pecutannya yang dikenali sebagai pecutan graviti. Nilai
pecutan graviti tidak bergantung kepada bentuk dan jisim objek yang jatuh jika tiada faktor luar
seperti geseran udara yang mempengaruhi kejatuhannya. Daya graviti juga menyebabkan semua
jasad mempunyai berat dan nilai daya ini adalah bergantung kepada nilai daya graviti. Berat
sesuatu objek berbeza pada tempat-tempat yang berlainan daya tarikan graviti.

Dalam kemahiran menggelecek, bola yang dilepaskan dari tangan pemain akan jatuh ke arah
bumi. Bola yang jatuh bebas akan memecut. Pecutannya dikenali sebagai pecutan graviti. Dalam
keadaan tanpa graviti, benda-nda yang terdapat di atas permukaan bumi ini akan terapung di
merata-rata tempat. Pergerakan seseorang akan terganggu.

Tenaga keupayaan

Tenaga keupayaan ialah tenaga yang tersimpan di dalam sesuatu jasad kerana kedudukan dan
keadaannya. Tenaga keupayaan sesuatu objek yang berada dalam medan graviti akan meningkat
jika kedudukan objek itu dinaikkan menjadi medan graviti. Tenaga keupayaan sesuatu jasad
yang disebabkan oleh ketinggian jasad itu dikenali sebagai tenaga keupayaan graviti. Oleh itu,
semakin tinggi sesuatu objek dari permukaan bumi, semakin tinggi tenaga keupayaan pada objek
itu.

Tenaga keupayaan juga wujud pada objek yang kenyal seperti bahan bahan getah atau plastik
dan spring. Objek kenyal yang direnggangkan, dimampatkan atau dibengkokkan akan
memperoleh tenaga keupayaan kerana keadaan objek itu yang telah berubah.

Dalam permainan bola baling, bola yang diperbuat daripada kulit atau getah yang berwarna dan
tidak terlalu keras menyimpan tenaga keupayaan kenyal dan mampu menjalankan kerja menolak
bola itu ke atas semula apbila terkena permukaan tanah.

Prinsip keabadian tenaga

Tenaga wujud dalam pelbagai bentuk. Contoh-contoh bentuk tenaga ialah tenaga keupayaan,
tenaga kinetik, tenaga haba, tenaga kimia, tenaga cahaya, dan tenaga nucklear. Prinsip keabadian
tenaga menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi boleh berubah
daripada satu bentuk ke bentuk yang lain. Jumlah kuantiti tenaga selalu sama atau diabadikan.
Kekurangn dalam suatu bentuk tenaga akan menyebabkan pertambahan yang sama banyak
dalam bentuk yang lain. kerja dilakukan apabila tenaga berubah daripada satu bentuk ke bentuk
yang lain.

Perubahan bentuk tenaga dapat ditunjukkan pada sebuah bandul yang berayun.

CBA

Bandul boleh berayun dari A ke B kemudian ke C dan balik ke B sebelum balik ke A semula.
Ayunan ini diulangi beberapa kali sebelum bandul berhenti. Tenaga keupayaan paling tinggi di A
dan bertukar menjadi tenaga kinetik apabila bergerak dari A ke B. Bandul mempunyai paling
banyaktenaga kinetic di B kerana semua tenaga keupayaan ditukar kepada renaga kinetik.
Apabila bandul bergerak dari B ke C, tenaga kinetik bertukar menjadi tenaga keupayaan. Bandul
mempunyai tenaga keupayaan keseluruhannya apabila berada di C.

Dalam kemahiran menggelecek, sewaktu bola berada di tangan pemain, tenaga yang terlibat
ialah tenaga keupayaan. Apabila bola itu dilepaskan bola itu akan jatuh ke bawah. Tenaga yang
terlibat semasa bola itu bergerak jatuh ke bawah ialah tenaga kinetik.

Tenaga keupayaan

Bola dilepaskan dari


Tangan.

Tenaga kinetik
2

Permukaan tanah

Walaupun tenaga diabadikan, namun setiap kali pemindahan tenaga berlaku, terdapat tenaga
yang tidak berguna dihasilkan. Ini bermaksud tenaga yang berguna semakin berkurangan.
Tenaga yang berguna adalah jauh lebih mudah dimanfaatkan berbanding dengan tenaga tak
berguna seperti haba yang dihasilkan dan dibebaskan ke sekeliling.

Kestabilan

Sesuatu objek dikatakan stabil pada kedudukannya jika objek itu tidak mudah tumbang.
Kestabilan sesuatu objek dipengaruhi oleh kedudukan pusat graviti dan keluasan tapak. Kesan
kedudukan pusat graviti ke atas kestabilan ialah semakin rendah kedudukan pusat graviti sesuatu
objek, semakin stabil objek itu. Kesan keluasan tapak pula ke atas kestabilan ialah semakin luas
tapak sesuatu objek semakin stabil objek itu.

Bagi objek yang mempunyai saiz dan bentuk yang sama, objek yang lebih berat adalah lebih
stabil daripada objek yang ringan. Beberapa contoh aplikasi prinsip kestabilan yang berdasarkan
kepada pusat graviti yang rendah adalah seperti berikut:

a) Haiwan seperti gajah dan badak mempunyai kaki yang pendek untuk merendahkan pusat
graviti.
b) Penumpang-penumpang sebuah bot dinasihatkan supaya duduk semasa bot bergerak untuk
kestabilan bot.
c) Bahagian bawah kenderaan berat seperti lori bas, bas, dan kereta api diperbuat daripada keluli
yang berat serta mempunyai enjin yang berat supaya pusat gravitinya adalah rendah.

Kaki gajah yang pendek Bahagian bawah bas yang diperbuat


Untuk merendahkan pusat daripada keluli yang berat supaya
Graviti. pusat gravitinya rendah.

Beberapa contoh aplikasi kestabilan yang berdasarkan kepada keluasan tapak yang besar adalah
seperti berikut:

a) Haiwan berkaki empat yang tinggi seperti zirafah mengangkang kakinya untuk mengekalkan
kestabilan badannya semasa meminum air.
b) Seorang peserta angkat berat mengangkangkan kakinya untuk menambahkan kestabilan
badannya.

Dalam permainan bola baling, kestabilan amat penting. Pusat graviti manusia adalah pada
pusatnya. Sewaktu menggelecek bola, pemain harus mengimbangi badan supaya stabil. Kaki
pemain dibuka luas mengikut keselesaan pemain tersebut dan kakinya dibengkokkan sedikit
untuk merendahkan pusat gravity badannya. Sekiranya pemain tidak berada dalam keadaan
stabil, kemungkinan untuk pemain itu terjatuh adalah tinggi.

Selain itu, tapak kaki manusia yang luas juga betujuan untuk memberi kestabilan semasa berdiri.
KEMAHIRAN 3

MENJARINGKAN GOL

Pengenalan

Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain dan
penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan, terutamanya jika
hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah gol yang mampu dijaringkan dalam
sesuatu perlawanan bola baling ialah 40 gol. Maka bola baling merupakan permianan yang
banyak menghasilkan gol. Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan
oleh semua pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada
pemain belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol, manakala pemain-pemain
lain lebih bertangunggjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi permainan
agar bola dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan gol.

Kekuatan, kelajuan, ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu ada pada
pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan mendapatkan gol. Pemain-pemain ini
juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak
memintas, tahan lasak dan tidak mudah putus asa.

Prinsip-prinsip utama

Umumnya, terdapat beberapa prinsip uatam dalam kemahiran menjaringkan gol dalam
permainan bola baling. Antaranya ialah:

a) Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.


b) Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan.
c) Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak dilaksanakan.
d) Pemain mengikut lajak.
e) Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.
f) Pemain cekap menilai ruang kosong dab kedudukan penjaga gol.

Terdapat sekurang-kurangnya empat jenis jaringan gol dalam permainan bola baling, iaitu
jaringan atas kepala, jaringan dari bawah lengan, jaringan lompat dan jaringan menjunam.

1) Jaringan dari atas kepala.


Jaringan dari atas kepala ialah jaringan biasa dan mudah dilakukan, serta mudah pula
mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain baru. Jaringan ini boleh
dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau berlari.

Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:

• Pemain bergerak satu langkah ke depan.


• Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.
• Tangan pamain yang memegnga bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang kepala
pada aras bahu.
• Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke atas
kepala dan membalingnya kuat kearah sasaran.
• Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat lontaran.

2) Jaringan dari bawah lengan

Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh dilakukan
apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi. Kadang-kadang, pertahanan
tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan rendah. Bola selalunya
diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan. Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini
adalah seperti berikut:

• Pemain mengambil satu langkah ke depan dangan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan sambil
bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.
• Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke depan
dan seterusnya bola dilontar kuat ke sasaran.
• Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

3) Jaringan lompat

Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi perkara yang
terpenting dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga langkah ke depan sebelum
membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan, terutamanya bagi pemain-pemain beru,
namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan yang berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalam
kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan ini sering
dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi
bola berada di puncak lompatan.

Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:

• Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain memegang bola
dengan kedua-dua belah tangan.
• Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan
dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju
ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.
• Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
• Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

Kelebihan-kelebihan yang ada pada jarringan ini adalah seperti berikut:

• Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat molpatan sendiri
boleh mengelirukan penjaga gol.
• Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara memusingkan
bahu dan lengannya.
• Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di celah-
celah kaki penjaga gol.
• Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka sudah
tentu mempunyai kelebihan psikologi peluang.

3) Jaringan pada aras paha

Jaringan ini agak berkesan dalam meghasilkan gol. Namun, ia banyak memerlukan latihan yang
lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha, dan dengan serta-
merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan bola
daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan. Cara
jaringan ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan lututnya sehinggan
bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukan
ke seberang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.

4) Jaringan sisi

Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan lawan,
penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal. Pemain tangan
kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba dia akan
mengangkat kaki kanannya, menggerakan badannya ke kiri, dan berdiri pada kaki kiri. Apabila
mendaratdi sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa bola
lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan
jika dilakukan secara mengejut.

5) Jaringan junam dan jaringan jatuh

Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru, jaringan
junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi dan gerakannya. Ia
selalunya dilakukan dalam kawasan balinga percuma. Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan
memerlukan pemain membengkokka badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan.
Teknik melakukan jaringan junma adalah seperti berikut:

• Pemain berada di luar garisan kawasan gol.


• Denga menggunkan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju kawasan gol.
• Semasa melojak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa berada di
udara sebelum mendarat.
• Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau menggulingkan
badan.

6) Jaringan penalti

Jaringan penalty dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-undang
penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan. Jaringan
hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.

Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:

• Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah fokus
kepada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan.
• Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.
• Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan lambung (lob) untuk
menjaring.
• Pemain melakukannya mengikut lajak.

7) Jaringan lambung

Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke depan
gol. Umunya, terdapat tiga situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:

• Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut pemain
lawan daripada lontaran penalti
• Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang memperoleh bola
untuk membuat jaringan.
• Apabila penkaga gol gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika terjadi
serangan pantas.
8) Jaringan voli

Jaringan voli adalah sama dengan jaringan lompat. Teknik melakukan jaringan voli adalah
seperti berikut:

• Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.


• Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.
• Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

Ansur maju

Antara latihan-latihan yang perlu dilakukan oleh setiap pemain dalam kemahiran menjaringkan
gol ialah:

I. Latihan bergerak. Tanpa menggunakan bola, pemain hendaklah nergerak 3 langkah ke depan.
Kemudian, bergerak lagi untuk membuat lompatan. Bagi pemain tangan kanan atau kaki kiri,
bermula dari kaki kanan sebanyak dua kali dan diakhiri dengan kaki kiri. Bagi pemain tangan
kiri pula, mereka hendaklah mula bergerak dengan kaki kanan, kiri dan kanan serta bertindak
untuk membuat jaringan dengan pergerakan kaki kiri, kiri dan kanan. Latihan boleh dilakukan
secara perseorangan ataupun bersama-sama rakan.

Rajah 1
II. Membaling bola ke sasaran melalui gelung rotan seperti dalam rajah 1. Pemain berlatih
membaling bola menggunakan sebelah tangan ke sasaran. Pemain boleh membuat balingan
berlari ke barisan belakang. Aktiviti dilakukan dalam kumpulan kecil pada jarak 2, 3, 4 m secara
statik.
III. Membaling bola ke sasaran (jatuhkan skital). Pemain membaling bola dengan sebelah tangan
ke sasaran. Pemain yang telah membuat balingan berlari ke barisan belakang.
IV. Menjaring dari arah hadapan, sisi kiri, dan sisi kanan pintu gol dalam kedudukan statik. A
menghantar bola ke B dan B membaling bola ke pintu gol dengan sebelah tangan. Ulang aktiviti
yang sama dan tukar kedudukan.
V. Menjaring dari arah hadapan pintu gol. A menghantar bola ke B dan B menggelecek bola
sambil berlari dan berjalan seterusnya.
VI. Aktiviti menjaraing dari pelbagai arah/penjuru dilakuakan dalam kumpulan kecil. Pelajar
yang telah menjaring berlari ke barisan belakang. Ulang aktiviti yang sama dan tukar kedudukan.
VII. Aktiviti menjaring cara lompatan dalam kumpulan kecil dari arah tengah/hadapan. B berlari
ke hadapan dan melompat menyambut boal tinggi yang dihantar oleh A dan seterusnya
membaling bole ke arah pintu gol.
VIII. Aktiviti menjaring cara lompatan dalam kumpulan kecil dari arah sisi kiri/ kanan. B berlari
ke sisi kiri dan melompat menyambut bola tinggi yang dihantar oleh A dan seterusnya
membaling bola ke arah pintu gol.
Undang-undang

Seperti kemahiran lain, kemahiran menjaringkan gol juga mempunyai undang-undang tertentu
seperti:

a) Jaringan gol dilakukan apabila seluruh bola telah melepasi garisan gol pihak lawan diantara
kedua-dua tiang dan dibawah palang gol.
b) Selepas satu jaringan gol dibuat, permainan hendaklah dimulakan dengan balingan dari tengah
gelanggang oleh pemain dari pasukan yang menerima gol tadi.
c) Jika pengadil atau penjaga masa telah meniiup wisel sebelum keseluruhan bola melintasi
garisan gol, jaringan gol itu tidak dikira.
d) Pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira pemenang.
e) Perlawanan akan dikira seri jika kedua-dua pasukan menjaringkan sama banyak gol atau tidak
menjariangkan sebarang gol.

Aplikasi prinsip sains

Terdapat beberapa prinsip sains yang boleh dikaitkan dengan kemahiran menjaringkan gol ini.
Prinsip sains yang terlibat memberi penjelasan yang jelas dalam penggunaannya semasa
bermain. Anataranya ialah:

Prinsip keabadian momentum

Prinsip keabadian momentum menerangkan bahawa dalam suatu sistem yang terdiri daripada
beberapa objek yang bertindak balas, jumlah momentum adalah malar jika tiada daya luar
bertindak ke atas sistem itu. Contohnya, semasa pemain melakukan 3 langkah dan kakinya
melonjak kuat ke permukaan tanah untuk melompat ke udara, momentum yang dihasilkan adalah
malar jika tiada daya luar seperti tiupan angin atau halangan lain yang bertindak ke atasnya.

Sistem keabadian momentum boleh dikaji melalui sistem perlanggaran objek. Jenis perlanggaran
yang terhasil dalam kemahiran menjaringkan gol ini ialah perlanggaran kenyal. Dalam
perlanggaran kenyal, momentum dan tenaga kinetic diabadikan. Objek-objek yang berlanggar
bergerak berasingan sama ada dalam keadaan pegun selepas perlanggaran. Contohnya, semasa
lonjakan kaki untuk melompat, ia melibatkan perlanggaran antara kaki dengan permukaan tanah
dim na kaki pemain akan bergerak ke udara manakala permukaan tanah akan pegun di situ.
Jumlah tenaga terabadi.

Kesan daya dan impuls

Daya tidak dapat dilihat atau dirasa. Apa yang dapat diperhatikan ialah kesan daya. Apabila
sesuatu daya bertindak ke atas sesuatu objek, kesan ke atas objek itu boleh mengubah saiz,
bentuk, keadaan rehat, halaju dan arah gerakan objek itu.
Contohnya dalam kemahiran menjaringkan gol, daya yang dikenakan pada bola untuk
menjaringkan gol tidak dapat dilihat, tetapi kesannya dapat dilihat melalui halaju dan arah bola
itu bergerak iaitu sama ada menuju tepat ke arah tiang gol atau sebaliknya. Daya ialah suatu
kuantiti vector yang mempunyai magnitud dan arah.

Kesan daya dapat dilihat melalui


halaju bola itu bergerak dan
arah gerakannya.

Hukum gerakan Newton ketiga

Hokum gerakan Newton ketiga menyatakan bahawa untuk setiap daya tindakan, terdapat satu
daya tindak balas yang bermagnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan. Contoh
dalam kehidupan seharian, apabila seseorang berjalan, tapak kakinya menolak lantai ke
belakang. Lantai menolak tapak kaki orang itu ke hadapan dengan magnitud daya yang sama.
Dengan ini orang itu dapat bergerak ke hadapan.

Dalam permainan bola baling pula, kemahiran yeng terlibat ialah kemahiran mejaringkan gol.
Konsep ini hampir sama dengan prinsip keabadian momentum. Tetapi bezanya cuma prinsip
keabadia momentum melibatkan momentum manakala hokum gerakan Newton ketiga ini
melibatkan daya tindak balas yang bermagnitud sama dan bertindak pada arah yang
bertentangan.

Kerja

Kerja ialah suatu kuantiti tenaga yang digunakan untuk memindahkan sesuatu objek dari satu
tempat ke tempat yang lain. Kerja dikatakan berlaku apabila daya bertindak untuk mengubahkan
kedudukan sesuatu objek dan bentuk sesuatu objek. Kerja yang dilakukan oleh satu daya yang
malar untuk menggerakkan suatu jasad adalah sama dengan hasil darab magnitud sesaran
komponen daya yang selari dengan arah sesaran itu. Setiap perlakuan yang bergerak adalah
kerja.

Langkah yang diambil untuk menjaringkan gol adalah satu kerja. Momentum yang dihasilkan
sewaktu berlari dan melompat merupakan daya yang bertindak untuk mengubah kedudukan
pemain daripada permukaan tanah ke udara.

You might also like