You are on page 1of 10

PENGENALAN

Takrif membaca: satu perlakuan mendapatkan


maklumat melalui lambang2 bertulis atau
bercetak.
Melibatkan dua proses:
1) Menterjemahkan lambang bertulis kpd bunyi
bahasa.
2) Mendapatkan maklumat / makna drpd
bunyi2 bahasa yg disuarakan itu.
PROGRAM BACAAN DALAM KBSR
• Membaca melibatkan proses mekanis dan
proses mental.

a) Tahap Pra bacaan


b) Tahap Bacaan Mekanis
c) Bacaan dan Kefahaman
KEMAHIRAN MEMBACA
Pada suatu masa dahulu, ada seekor
semut yang gagah berani. Dia
dianugerahi gelaran Panglima Terhandal
di negaranya.

Si Semut sungguh bangga dengan


gelarannya. Dia merancang hendak
pergi ke bandar untuk menunjukkan
kehandalan dan kehebatannya di sana.

1
Pada suatu hari Si Semut mendapat
peluang untuk pergi ke bandar. Dia
menumpang sebuah kereta kuda yang
menuju ke bandar.
Setelah tiba di bandar, semangat
Si Semut berkobar-kobar untuk
menunjukkan kehebatannya.

2
Si Semut bermula dengan menarik
sehelai daun. Dia menanti-nantikan
tepukan orang ramai di situ. Tapi tiada
seorang pun yang melihatnya.

Si Semut tidak berputus asa.


Dia menjunjung pula daun itu. Tiada
seorang pun yang menoleh ke arahnya.

3
Si Semut begitu kecewa sekali. Dia
menghabiskan tenaganya menggulung
daun itu. Fikirnya, “takkan kali ini tidak
berjaya”.

Si Semut masih tidak dapat menarik


perhatian orang ramai. Selain itu, dia
tertanya-tanya kenapa orang ramai
tidak mempedulikannya.

4
Akhirnya dia sedar bahawa
kehandalan dan kehebatannya
hanyalah di tempatnya sendiri.

5
MORAL
Kita tidak seharusnya
bersikap angkuh dengan
kehebatan sendiri malah
kita harus berusaha lagi
untuk melengkapkan diri.
AKTIVITI SUSULAN
1) Guru meminta murid menceritakan semula
kisah Si Semut yang Sombong untuk
mengetahui kefahaman murid.
2) Guru meminta beberapa orang murid tampil
ke hadapan untuk membaca petikan-petikan
cerita Si Semut yang Sombong yang telah
disediakan.
3) Guru bertanya kepada murid2 sekiranya
terdapat perkataan yang tidak difahami dalam
petikan tersebut.

You might also like