You are on page 1of 6

Terjemahan Teks Kajian

Akhbar Utusan Melayu

Isnin 01 Februari 2010

Halaman 18

Tajuk : Hanya Boleh Tayang Muka, Tangan Di Aceh.

Susunan Muhammad Dzulkifli Zainal Abidin

Yuli lengkap memakai topi keledar dan memandu dengan penuh hemah di ibu kota

wilayah Aceh Indonesia ini tanpa melanggar sebarang kesalahan jalan raya. Tetapi dia masih

ditahan oleh polis syariah.

Dia ditahan bukan kerana melanggar peraturan jalan raya, tetapi atas kesalahan memakai

jeans ketat dan pakaian yang tidak mematuhi tatacara pemakaian Islam.

Gadis berusia 20 tahun itu bagaimanapun tidak menentang tindakan pegawai polis

berkenaan yang menyamannya di tepi jalan atas kesalahan tersebut.

“ Saya berjanji untuk membeli lebih banyak pakaian yang mematuhi ajaran Agama

Islam,” katanya sambil menunjukkan rasa kesal. Dalam tempoh sejam sahaja, seramai 18 wanita

di tahan atas kesalahan memakai seluar atau baju ketat atau pakaian yang terlalu seksi.

Bagaimanapun hanya tiga orang lelaki ditahan kerana memakai seluar pendek.

“Kami perlu mematuhi undang-undang syariah yang diperkenalkan oleh kerajaan wilayah

ini yang mensyaratkan wanita hanya boleh menayangkan wajah dan tangan mereka,” kata

seorang polis syariah, Hali Marzuki kepada AFP.

Terletak di hujung Pulau Sumatera kira-kira 1000 kilometer ke timur laut Jakarta, Aceh

merupakan rantau paling konservatif di kepulauan yang dihuni majoriti penduduk beragama

Islam ini.
Kebanyakan penduduk Islam di negara yang mempunyai 234 juta penduduk ini adalah

kalangan golongan moden dan sederhana.

Perlembagaan Indonesia turut mengikhtiraf lima agama rasmi termasuk Buddha dan

Kristian.

Namun Aceh mempunyai keistimewaan autonomi dan satu cara untuk membezakannya

dengan negeri-negeri lain adalah dengan melaksanakan undang-undang syariah dan

menubuhkan polis syariah.

Pasukan tersebut terdiri daripada 1500 orang pegawai termasuk 60 orang wanita. Mereka

mempunyai perwatakan yang ceria, tidak membawa senjata dan selalunya hanya memberi

amaran sahaja kepada pesalah.

“ Menghukum bukanlah matlamat perlaksanaan undang-undang ini. Kami lebih kepada

menasihati dan menegur para penduduk yang melakukan kesalahan,”kata Ketua Polis Syariah di

Bandar Aceh, Iskandar.

Beliau mempunyai kuasa untuk menyaman pesalah tetapi menyatakan tidak perlu berbuat

demikian sejak beliau mempromosikan jawatan barunya ini setahun lalu.

Pada 2005, kurang 20 pesalah di sebat di khlayak ramai atas kesalahan meminum

minuman keras, berjudi atau melakukan seks secara haram.

Menurut kumpulan yang menyokong perlaksanaan undang-undang tersebut, pasukan

polis syariah memberi kesan baik kepada masyarakat.

“Rondaan polis syariah akan mengurangkan perbuatan yang menyalahi ajaran Agama

Islam,” kata pegawai polis kanan, Sharif Aldin.


Terjemahan Teks Kajian

Akhbar Utusan Melayu

Isnin, 01 Februari 2010

Halaman 5
Tajuk : Blog Dan Peradaban Manusia

Secukup rasa

Muhammad Kamil Yusof

Sebagai media baru, blog semakin mendapat tempat dalam masyarakat dalam Negara ini.

Ia juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran raakyat.

Pengaruh media konvensional seperti radio, televisyen dan kahbar sebagai sumber utama

maklumat, semakin lama semakin terhakis, di gantikaan dnegna blog sebagai wadah baru

maklumat.

Perkembangan ini tentunya membawa pro dan kontranya yang tersendiri. Dari satu segi

media baru ini akan mewujudkan masyarakat yang peka dan berinformasi. Namun , ia juga

membuka ruang manipulasi pihak-pihak tertentu.

Kebebasan mengeluarkan pandangan dan pendapat melalui blog-blog ini menyebabkan ia

sering di salah gunakan untuk tujuan-tujuan tertentu.

Maka, muncul penulis-penulis blog yang gagal mengawal emosi dan secara melampau

memaki hamun, mencaci, mencerca dan menghina orang lain atas pelbagai alasan.

Apa yang dilakukan oleh penulis blog Aduka Teruna yang di dakwa menghina Al-

Marhum Sultan Johor, Sultan Isklandar Ibnu Al-Marhum Sultan Ismail yang jumaat lalu adalah

salah satu daripada kesan buruk blog yang tidak terkawal.

Walaupun penulis tersebut telah memohon maaf dan menarik balik tulisannya namun

semuanya sudah terlambat. Kesannya bukan sedikit.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Keceluparan penulis

tersebut memberi kesan kepada insitusi raja dan orang melayu amnya.
Inilah akibabat membuat sesuatu mengikut hawa nafsu semata-mata, tidak menggunakan

akal fikiran yang waras. Mengata, mencaci, menghina dan yang seakan-akan dengannya terhadap

orang lain memang mudah. Tetapi kesannya amat besar.

Penulis tersebut nampaknya menggunakan segala kemudahan teknologi komunikasi

untuk tujuan tidak baik. Menyhebarkan keburukan orang lain dengan apa tujuan sekalipun adalah

suatu perbuatan tidak bermoral.

Lebih-lebih lagi mereka yang mencaci maki itu sudah meninggal dunia dan tidak dapat

membela diri dari segala tohmahan dan tohmahan itu.

Ternyata penulis tersebut seorang yang pengecut kerana hanya berani apabila orang lain

tidak dapat melawan lagi.

Nampaknya kebebasan bersuara dan memberi pendapat telah disalah gunakan. Teknologi

komunikasi jika digunakan untuk kebaikan akan memberi kesan positif, begitu juga sebaliknya.

Kenapa semua ini berlaku sejak akhir-akhir ini? Adakah kerana tidak ada undang-undang

untuk mengawal semua ini? Atau penguatkuasaan undang-undang yang ada tidak begitu

berkesan?

Sudah sampai masanya pihak berkuasa menggunakan segala kuaasa yang ada di bawah

Akta Komunikasi dan multimedia 1998 (AKM 1998) bagi menangani pebulis-penulis blog

celupar ini.

Akta ini turut memberi kuasa kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

serta polis mengambil tindakan sewajarnya jika pengamal media baru ini melampui undang-

undang ditetapkan.
Antara peruntukan terbabit ialah seksyen 211 dan seksyen AKM 233 1998 terhadap

pemberian kandungan jelek dan mengenai penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan

perkhidmatan rangkaian.

Antara yang dilarang mengikutb seksyen di atas ialah, komen, permintaan, cadangan

atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelek sifatnya dnegan niat

menyakitkan hati, menganiayai, menggugat atau mengganggu orang lain.

Bertindaklah sekarang sebelum ia menjadi ‘kebiasaan’ dan ikutan dalam kalangan

penulis-penulis blog dan pengamal media baru ini.

Ketegasan pihak berkuasa dalam hal ini amat diharapkan supaya bidang media

terpelihara daripada unsure-unsur negative yang boleh memberi kesan buruk kepada adab,

budaya dan akhlak generasi akan datang.

You might also like