Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Intervensi Dalam Menangani Masalah Disiplin Pelajar

Intervensi Dalam Menangani Masalah Disiplin Pelajar

Ratings: (0)|Views: 1,066|Likes:
Published by maklumatku

More info:

Published by: maklumatku on Apr 17, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/10/2014

pdf

text

original

 
INTERVENSI DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR:MODEL PENDEKATAN KAUNSELING
Ab. Aziz Mohd Yatim, Md. Noor Saper, Nor Junainah Mohd IsaJabatan Bimbingan dan KaunselingUniversiti Pendidikan Sultan IdrisGejala disiplin di sekolah merupakan isu antarabangsa yang masih menjadi perbahasan semua peringkat sama ada ahli politik, ahli akademik mahupun masyarakat biasa. Isu pelajar sekolahmembuli, merokok, bergaduh, memukul guru, dan yang paling mengejutkan, iaitu membunuhrakan sebaya menjadi topik perbincangan hangat setiap lapisan masyarakat memandangkangejala ini semakin hari menjadi semakin serius. Pelbagai pendekatan digunakan oleh pihak sekolah termasuk melaksanakan konsep dendaan, sistem hukuman dan bimbingan, namunmasalah ini masih tidak berjaya dibendung. Berdasarkan pengalaman praktikal Penulis sebagai pengamal kaunseling di sekolah, terdapat beberapa alternatif yang boleh dilakukan oleh guru-guru terutamanya kaunselor dalam menguruskan isu disiplin seperti penerapan konsep µagapelove´, kursus ³Fajar´, kursus ³Galus´, dan mewujudkan ³networking´. Intervensi ini yang berasaskan pendekatan kaunseling didapati dapat mengurangkan masalah disiplin pelajar disekolah. Penulis berharap agar kertas kerja ini dapat dijadikan sebagai salah satu sandaran kearah penambahbaikan sistem yang sedia ada di sekolah bagi menangani masalah disiplin.1. PendahuluanHasrat kerajaan untuk mewujudkan ³sekolah tiada kecacatan´, iaitu sekolah yang tidak mengalami masalah dari segi pencapaian akademik, persekitaran sekolah, mahupun disiplin pelajar telah lama diwar-warkan (Mohd Saleh, 1998). Usaha ke arah memupuk danmeningkatkan disiplin sekolah ini bertujuan untuk menjamin keselesaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Azizah, 2002). Ini kerana selain menjadi unsur penting dalam prosessosialisasi dan pembentukan peribadi pelajar, disiplin sekolah juga merupakan sistem kawalanyang membolehkan pengajaran berlaku dengan berkesan (Docking dalam Azizah, 2002).Sekolah yang mempunyai disiplin guru, kakitangan dan pelajar yang tinggi secara tidak langsungdapat mewujudkan persekitaran yang aman dan selamat untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Suradi (1996), ketiadaan disiplin adalah satu penyakit dalam sistem pendidikan yang boleh menyebabkan proses pendidikan para pelajar menjadi tidak lengkap, danseterusnya menimbulkan masalah disiplin di kalangan mereka.2. Pelajar dan Masalah DisiplinMerujuk pada Buku Rekod Salah Laku Masalah Disiplin yang dikeluarkan oleh KementerianPendidikan Malaysia pada tahun 1990, terdapat beberapa kategori salah laku disiplin, iaitutingkahlaku jenayah, lucah, kekemasan diri, tidak mementingkan masa, kurang sopan dan biadab, laku musnah, tidak jujur, dan ponteng. Kesalahan yang dianggap berat pula termasuklahmerosak harta benda sekolah, bergaduh atau bertumbuk di sekolah, memukul atau mengancam pelajar atau guru, dan memeras ugut.Berdasarkan kajian-kajian lepas, didapati para pelajar terlibat dengan masalah disiplindisebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah sikap guru yang kurang prihatin terhadap pelajar, kurang mesra dan menakutkan pelajar (Azizah, 2002), pergaulan dan pengaruh rakan
 
sebaya yang bersifat negatif, kesan media elektronik, pengaruh budaya asing, dan kegagalandidikan ibu bapa (Asmah dan Zulekha, 2004). Selain itu, kadangkala guru-guru telah mendidik  para pelajar dengan nilai yang baik tetapi nilai yang diperolehi dari dunia luar membatalkanusaha baik guru-guru di sekolah (Iloyd dan Asmah, 1987).Bagi ahli-ahli psikologi pula, tingkahlaku bermasalah di kalangan pelajar yang merupakangolongan remaja dikaitkan dengan perkembangan tahap remaja yang dilalui oleh mereka. Padatahap remaja, individu mudah mengalami konflik pemikiran dan gangguan moraliti. Remajamengalami krisis identiti (Allen, 2000), iaitu dari segi mencari identiti yang sesuai denganmengambil kira aspek tingkah laku, sikap dan kepercayaan (Tucker, 1990). Apabila remaja gagalmenyelesaikan krisis, mereka akan mempamerkan tingkah laku bilazim dan nakal (Erikson,1968).Laporan akhbar Utusan Malaysia pada 14 April 2006 mendedahkan kenyataan yang dibuat olehTimbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar berkaitan masalah disiplin di kalangan pelajar.Menurut beliau, pada tahun 1995 kira-kira 1.74% daripada 5.5 juta pelajar di Malaysia terlibatdengan kes disiplin. Walaupun statistik menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnyatetapi beliau berpendapat masalah ini tidak boleh dipandang ringan.Pada tahun 2006, negara sekali lagi digemparkan dengan beberapa kes salah laku disiplin.Antaranya ialah:1. Mac 2006 ± kes seorang pelajar perempuan menyerang dua orang gurunya di sebuah sekolahmenengah (Utusan Malaysia, 3/3/06).2. April 2006 ± seorang pelajar darjah 5 berada dalam keadaan kritikal dengan kedua-dua buah pinggangnya rosak dipercayai selepas dibelasah oleh rakan-rakannya di sekolah (UtusanMalaysia, 7/4/06).3. Mei 2006 ± 10 orang pelajar sekolah menengah melakukan perbuatan khianat denganmembakar buku, menconteng dan merosakkan kemudahan sekolah berpunca daripada perasaantidak puas hati dengan tindakan disiplin yang dikenakan terhadap mereka (Utusan Malaysia,19/5/06).4. Jun 2006 ± kes seorang pelajar tingkatan 1 dibelasah oleh 12 orang pelajar tingkatan 1 dantingkatan 2 kerana enggan menyertai kumpulan samseng (Utusan Malaysia, 27/6/06).Kes-kes yang dipaparkan di atas sudah cukup untuk memberi gambaran bahawa persekitaransekolah tidak lagi selamat sehingga memaksa pihak polis untuk campur tangan. Malah, pihak Kementerian Pelajaran terpaksa menggunakan alternatif dengan memasang kamera litar tertutup(CCTV) di sekolah bagi menangani masalah disiplin termasuk buli dan gangsterisme (UtusanMalaysia, 1/5/06).Situasi ini menunjukkan bahawa hukuman yang selalunya dikenakan terhadap kesalahan disiplinyang berat seperti rotan, gantung sekolah, dan dibuang sekolah sudah tidak praktikal lagi untuk dilaksanakan pada masa sekarang. Para pelajar bukan sahaja tidak mengambil pengajaran apabilamelihat rakan-rakan mereka dihukum, malah tidak merasa insaf apabila diri mereka sendirimenerima hukuman atas kesalahan yang dilakukan.Rentetan itu, pelbagai persoalan timbul. Adakah bentuk hukuman yang sedia ada masih belummencukupi untuk membuatkan mereka patuh kepada undang-undang sekolah? Adakah mereka perlu dihukum dengan lebih ³berat´? Adakah hukuman berbentuk ³kekerasan´ ini yangmembuatkan para pelajar terus memberontak dan menjadi seorang yang delinkuen, atau adakahkeadaan ini perlu diselami semula untuk mengetahui di mana pucuk pangkalnya permasalahandisiplin berlaku?3. Pendekatan Kaunseling Dalam Mengangani Isu DisiplinKaunseling adalah ³satu perhubungan yang dicirikan oleh keyakinan, saling mempercayai dan
 
kemesraan yang membolehkan pelajar memperoleh kestabilan intelek dan emosi yang dengannyadia boleh menyelesaikan msalah atau kemusykilan, membuat rancangan dan memperolehkepuasan kendiri yang lebih tinggi´ (Suradi, 1996: 249). Melalui pendekatan kaunseling yangantaranya bersifat menerima klien tanpa syarat, berempati, tulen, dan berkeinginan untuk menolong, para pelajar dapat dibantu untuk memupuk tingkahlaku yang sejajar dengan hasratFalsafah Pendidikan Negara.Kesedaran untuk melahirkan para pelajar yang berdisiplin merupakan antara matlamatKementerian Pelajaran seperti mana tertera dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet MengkajiDasar Pelajaran Malaysia (1979), iaitu penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh danunsur-unsur disiplin yang diingini. Usaha ini dilakukan salah satunya dengan cara meningkatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.Di Malaysia, objektif am perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah antara lainnya bertujuan untuk 1) memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek  perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang kemudahan dan pengalaman yangselaras dengan kemampuan dan potensi, 2) memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan tingkahlaku anti sosial yang lain, dan 3) memberi khidmat bersifat pemulihan (remedial) dengan tujuanmengorientasikan semula pelajar yang bermasalah peribadi, pelajaran, kerjaya dan sosial supaya pelajar mampu menghadapi dan mengatasi masalah mereka (Panduan Pelaksanaan PerkhidmatanBimbingan dan Kaunseling di Sekolah, 2000).Pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah ini menunjukkan bahawakerajaan berusaha untuk menangani masalah disiplin dengan cara mendidik. Prinsip disiplinmendidik ini yang menekankan aspek pemerhatian dengan kasih sayang, prihatin, dan inginmembantu ditimbulkan kembali oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) baru-baru ini memandangkan gejala disiplin masih tidak dapat dibendung. Selain itu, kerajaan juga menganjurkan kursus jati diri bagi pelajar bermasalah supaya akhlak pelajar tersebut dapatdibina semula (Utusan Malaysia, 23/4/06).Persoalannya, apa yang menyebabkan salah laku pelajar masih tidak dapat ditangani sedangkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang bercirikan kasih-sayang telah dilaksanakan sejak lebih 30 tahun yang lalu? Apa yang menyebabkan isu mendisiplin pelajar dengan cara mendidik disuarakan semula, walhal isu ini telah lama diutarakan? Adakah terdapat perbezaan antara prinsip disiplin mendidik pada 30 tahun dahulu dengan prinsip disiplin mendidik yangdikemukakan sekarang?Persoalan-persoalan di atas mungkin boleh terjawab dengan dapatan kajian yang salah satunyadikemukakan oleh Suradi (1992). Beliau yang mengkaji tentang masalah pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah mendapati para pelajar menganggap perkhidmatan ini tidak berfaedah. Guru bimbingan dan kaunseling pula mengalamimasalah tidak cukup masa, masalah kemahiran, masalah kerjasama, masalah sambutan pelajar,masalah kemudahan, masalah kewangan dan sebagainya. Mereka juga mempunyai beban tugasyang banyak, tidak tahu mengendalikan perkhidmatan, ketiadaan bahan atau maklumat untuk mengendalikan perkhidmatan, dan kurang mendapat kerjasama daripada pentadbir, guru-gurudan ibu bapa.Ini menunjukkan bahawa pengetahuan, kemahiran yang tinggi dan strategi yang bersesuaian perlu ada bagi seseorang guru terutamanya guru bimbingan dan kaunseling untuk mengimplementasi pendekatan kaunseling dalam menangani masalah disiplin di sekolah.Justeru, Penulis ingin mengemukakan beberapa alternatif yang boleh dilakukan oleh guru-guruterutamanya kaunselor dalam menguruskan isu disiplin seperti penerapan konsep µagape love´,

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Izral Hafifi liked this
Rosniza Niza liked this
Gevita Gv liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->